Chapter 74.2

Mature Content Series 586

Evona pula bukannya berasa gembira.Tetapi dia menjadi malu.Matanya mencari kelibat Kyle.Namun dia sudah tidak melihat Kyle lagi.Risau juga dia jika sambutan hari jadinya itu akan menjadi bahan gosip di sekolah nanti.Dia berasa malu jika kawan sekolahnya tahu hubungannya dengan Cosmas sedangkan dia tidak pernah menyukai Cosmas.Sebaik sahaja lilin ditiup,Evona berjalan keluar lalu membawa hadiah yang diberikan oleh Cosmas tadi.Namun hadiah itu kemudian dibuangnya di luar restaurant.Beberapa budak jalanan mulai berebut-rebut untuk mengambil hadiah yang dibuang itu.

Sementara itu di dalam,Cosmas terkaku sebentar.Terkejut juga dia melihat Evona yang berlalu pergi begitu sahaja.Pelanggan lain yang turut serta menyanyi bersamanya tadi hanya memandang ke arah Cosmas dengan wajah simpati.Cosmas meramas kasar rambutnya.Silapnya juga kerana terburu-buru membuat keputusan sehingga dia lupa bertanya sama ada Evona suka atau tidak diperlakukan seperti itu.

"Cosmas,awak jangan sedih.Evona tu pemalu orangnya.Mungkin dia terkejut bila awak tiba-tiba buat kejutan macam tu."

Donna datang menghampiri Cosmas.Dia berkata perlahan agar Mya dan Aleya tidak mendengar perbualan mereka berdua.Dia terpaksa menipu Cosmas kerana dia takut jika Cosmas tiba-tiba memarahinya.Dia juga tidak menyangka yang Cosmas akan membuat kejutan seperti itu.Apa yang dia beritahu kepada Evona,mereka hanya makan di sana sahaja.

"Dia tak marah saya ke? Donna boleh tak awak tolong pujuk Evona?.Saya akan beri apa sahaja yang awak nak kalau awak berjaya pujuk Evona tu."

"Awak tenangkan diri dulu.Awak tunggu saya kat dalam pedati kuda.Nanti saya bincang dengan mereka dulu."

Cosmas kemudian berlalu pergi dengan wajah sedih.Sementara itu,Donna pula bergerak ke arah Aleya dan Mya yang kelihatan berselera sekali menikmati kek yang langsung tidak disentuh oleh Evona dan Cosmas.

"Kamu berdua dah siap makan ke?dari tadi lagi saya tengok kamu makan,kamu masih tak kenyang lagi ke?.Saya dah nak balik ni."Kata Donna sambil bercekak pinggang.

"Alah..sekejap lagi.Bagi kami sedikit masa lagi untuk habiskan kek ni dulu.Donna selagi perut ni boleh diisi,apa salahnya kami makan sehingga habis makanan ni.Benda percuma sayang kalau dibiar begitu sahaja."

Sempat lagi Mya membalas walaupun mulutnya sibuk mengunyah kek dalam mulut.Aleya pula sudah berhenti makan.Perutnya sudah terlalu penuh.Dia tidak sanggup lagi mahu mengikut Mya untuk makan.

"Cepat sikit.Kamu berdua tu balik kat sini juga.Saya ni pula kena balik ke bandar Medion.Kalau lambat,nanti ayah saya marah pula."

"Yelah..yelah..dah siap pun."

Mereka bertiga kemudian mulai berdiri.Sempat lagi mereka mencari kelibat Kyle.Namun hampa.Kyle sudah tidak ada di sana.Baru beberapa langkah mereka berjalan,Mya dan Aleya menarik tangan Donna membuat Donna terpusing menghadap ke arah yang sedang dilihat oleh mereka.Pucat sedikit wajah Donna bila dia melihat orang tersebut.Namun teringat pula dia yang Derick tidak pernah melihatnya.

"Donna tu bukan ayah awak ke? tergesa-gesa sahaja dia berjalan.Awak tak nak kenalkan kami pada ayah awak ke?."

Mya kelihatan sangat berharap.Ternyata kacak juga ayah Donna.Tetapi apa yang menghairankan dia,wajah Donna terlalu jauh berbeza dengan ayahnya.Teringat pula dia tentang wajah pembantu rumah Donna.Wajah pembantu itu jika dilihat betul-betul kelihatan sedikit mirip dengan wajah Derick.

"Nanti sahaja saya kenalkan kamu pada dia.Ayah saya ada urusan penting.Dia tak suka diganggu ketika dia hendak ke tempat kerja."kata Donna.

"Ermmm..Donna..ayah awak tu pernah ada hubungan sulit dengan pembantu kat rumah awak ke?."

Mya tiba-tiba bertanya soalan yang tidak pernah difikirkan oleh Donna.Aleya yang mendengar juga mulai mengerutkan kening.Curiga dia dengan pertanyaan Mya yang kelihatan serius itu.

"Issh..Mya awak cakap apa ni?ayah saya sendiri kenal sangat dengan ayah Donna tu.Dia selalu cerita yang ayah Donna tu amat setia dan penyayang orangnya.Tak mungkin dia ada perempuan lain."Kata Aleya menyampuk.

"Saya nak tahu sahaja.Tu pun salah.Donna betul ke tak?saya tunggu jawaban awak ni."

Mya masih tidak berpuas hati walaupun Aleya sudah membantu Donna untuk menjawab soalannya.Namun Mya yakin yang hanya Donna sahaja yang betul-betul mengenali sikap ayahnya di rumah.Jika di luar rumah,sesiapa pun boleh berlakon baik.Hanya keluarga sendiri sahaja yang nampak baik buruknya.

"Tak pernah.Ayah saya memang setia orangnya.Mya kenapa awak tanya soalan pelik macam ni?awak nampak ayah saya curang ke?Mya jawab betul-betul.Saya tak nak awak berahsia dengan saya."

Donna mulai berasa gelisah.Dia tahu Mytrice itu adalah anak kepada Derick.Tetapi dia tidak tahu siapa ibu sebenar Mytrice.Mungkin juga pembantu rumah di sana dahulu.Dia tidak risau tentang itu.Dia lebih risau jika Derick mempunyai anak selain daripada Mytrice kerana kemungkinan besar,Cosmas tidak akan menerima sebarang harta milik Derick.

"Err..saya tak berniat mahu menuduh ayah awak buat benda macam tu.Saya hanya bertanya sahaja kerana saya macam tak percaya yang ayah awak yang berwajah tampan tu tak ada perempuan simpanan.Lagipun cuba awak tengok wajah ayah awak tu.Lagi tampan dari teman lelaki Evona tu.Siapa namanya?Cosas?Camas?."

"Wahahaha..Cosmas..awak ni baru tadi Cosmas tu perkenalkan diri kat kita awak dah lupa."

Aleya tergelak besar tanpa dapat menahan lagi.Donna pula ikut tertawa apabila dia melihat wajah Mya yang kelihatan tidak puas hati dengan Aleya.Dia cuba untuk tidak tertawa,tetapi dia juga seperti Aleya yang berasa lucu dengan panggilan Mya kepada Cosmas.Andai sahaja Cosmas ada di sana ketika ini,entah bagaimana reaksinya kepada Mya.

"Lucu sangat ke?tak baik ketawakan kawan sendiri.Hei..Aleya..Donna..tu..tu.."

Mya menarik kedua-duanya agar memandang ke arah yang menjadi pusat perhatiannya.Aleya dan Donna seperti malas mahu melihat.Namun Mya memaksa mereka agar melihat orang yang sedang ditunjuknya.

"Mya..dah cukup.Awak nak kami tengok apa lagi?."kata Aleya.Geram juga dia dengan perangai Mya.

"Tu bukan ayah dan ibu Kyle ke?..segak sungguh ayah Kyle.Ibunya pun sangat cantik.Beruntung Kyle dapat ibu dan ayah yang cantik dan tampan."

Mya berkata dengan kagum.Dia memandang ke arah Aleya yang hanya diam membisu.Donna pula sibuk memerhati ibu Kyle.Dia mahu meniru cara ibu Kyle berpakaian untuk menarik hati Kyle agar menyukainya.

"Donna..awak ni anak dari isteri pertama atau isteri kedua ayah awak?."

"Awak ni tak habis-habis bertanya soalan pelik."

"Alah Donna awak jawab sahaja soalan saya tu.Boleh tak? sebab saya ada nak tanya awak sesuatu ni."

"Oh..tapi kalau saya beritahu awak,awak jangan beritahu sesiapa tau.Aleya awak juga.Saya sebenarnya anak isteri pertama ayah saya."

Donna menjawab dengan yakin soalan dari Mya.Dia risau jika dia menjawab ibunya adalah isteri kedua Derick,maka penipuannya akan terbongkar kerana Elenor sering sahaja membawa Cosmas jika mereka menghadiri apa-apa majlis.Sedangkan isteri pertama Derick sudah meninggal.Dia boleh mencipta berbagai alasan kerana tiada siapa yang tahu hal yang sebenar.

"Err..bukan anak isteri pertama ayah awak meninggal juga ke?maaf."

Mya menggaru kepalanya yang tidak gatal.Serba-salah dia mahu bercakap.Tetapi dia mahu tahu hal yang sebenar kerana ibunya pernah memberitahu yang isteri Derick meninggal bersama anaknya.Sebab itu dia hairan bila Donna memberitahu yang dia itu anak kepada isteri pertama Derick.

"Tak..ayah saya sengaja buat macam tu untuk melindungi saya.Tapi kamu berdua jangan beritahu pada orang lain pula."

Donna berkata dengan nada sedih sehingga Mya dan Aleya percaya dengan kata-katanya.Mereka tidak menyangka yang Derick sanggup menipu untuk melindungi Donna.Namun mereka tidak bertanya banyak kerana mereka faham dengan adat orang yang berniaga.Pasti banyak sahaja yang mahu menjatuhkan.Malah anak akan menjadi sasaran jika mereka mahu menjatuhkan perniagaan.

"Donna..awak tahu tak,dulu ibu awak rapat sangat dengan ibu Kyle tu.Dengar cerita ayah Kyle berhajat nak jodohkan Kyle dengan anak isteri pertama Derick iaitu Emerlad."

Aleya mulai membuka cerita.Dia ada terdengar perbualan ibu dan ayahnya dulu sebelum dia melihat Kyle.Dia mulai ingin melihat wajah Kyle apabila dia bertemu dengan ayah Kyle ketika ayahnya membuat majlis hari jadinya dulu.Tetapi ayahnya sering mengatakan yang Kyle tidak suka menghadiri apa-apa majlis.Apabila dihantar ke sekolah baru dia melihat wajah Kyle.Dia tertarik dengan ketampanan Kyle.Apabila mendengar isteri dan anak Derick meninggal,dia berasa gembira kerana dia mempunyai peluang untuk mendekati Kyle.Namun setelah mendengar kata-kata Donna,dia menjadi putus asa.

"Hah?!..betul ke apa yang awak cakap ni Aleya?."Ternganga seketika Mya.Dia seperti tidak percaya dengan kata-kata Aleya.

"Betul, buat apa saya nak tipu.Awak cuba tanya ayah awak.Saya pasti ayah awak pun tahu."

Aleya merenung ke arah Donna seperti tidak percaya.Tetapi dia harus menerima kenyataan yang Donna itu adalah bakal isteri Kyle nanti.Adalah lebih baik dia undur diri dari terus mengharap Kyle yang bakal menjadi suami Donna nanti.

"Emerlad?.."

Perlahan sekali suara Donna.Namun sempat didengari oleh Mya.Dia cuba untuk menutup rasa kecewanya.Namun dia tidak mampu.Entah mengapa dia berasa kecil hati dengan Donna yang tidak berterus-terang dari awal.Terasa dia diperbodohkan pula.

"Ibu awak pun awak dah lupa ke?.Patut lah awak senyum sahaja bila kami berebut Kyle tu.Sampai bila awak nak berahsia dengan kami Donna? rupanya awak bakal isteri Kyle tu."Kata Mya dengan kasar.

"Mya siapa tak ingat ibu sendiri.Tapi ibu saya dah lama meninggal.Bila awak dan Aleya sebut nama ibu saya,saya mulai teringat pada ibu saya semula.Saya dah beritahu tadi yang ayah saya tak nak sesiapa tahu tentang saya.Kecuali Kyle dan keluarganya.Mya maafkan saya.Saya pergi dulu."

Donna berlalu pergi dengan wajah sedih.Sempat lagi dia menyeka air mata yang mulai menitik pada pipinya.Padahal dalam hati dia mulai terfikir cara untuk menyingkirkan Mytrice dari Villa Sakura.Dia tidak mahu sesiapa tahu tentang Mytrice.

Sementara itu, Aleya pula bertindak menarik Mya keluar lalu duduk di kerusi yang disediakan untuk bersantai.Dia cuba mencari Donna.Tetapi Donna sudah tidak kelihatan lagi.

"Mya..awak ni dah keterlaluan sangat.Kenapa awak cakap Donna macam tu?."

"Aleya..saya betul-betul kecewa dengan sikap Donna tu.Dia dah lama berkawan dengan kita.Tetapi dia tak beritahu hal yang sebenar.Kalau saya tak tanya sampai mereka khawin baru kita tahu.Awak tak rasa sakit hati ke Aleya?."

"Mya awak fikir saya tunggul ke tak ada perasaan?.Tapi awak tak fikir ke tentang Donna yang sudah kehilangan ibunya sejak dia kecil.Awak tak nampak ke dia menangis tadi?."

Aleya memegang bahu Mya dengan lembut.Dia tahu Mya marah,sedih dan Kecewa.Tetapi dia tidak harus menyebut nama ibu Donna yang telah meninggal dengan cara kasar seperti itu.

"Ermm... Aleya..saya.. saya terlupa tentang tu..saya terlalu mengikut perasaan marah tadi.Err..macam mana ni?."

Mya mulai tersedar atas perbuatannya yang menyingung perasaan Donna.Hatinya tiba-tiba berasa bersalah.Dia sedar yang dia sudah membuka kembali luka lama Donna.

"Esok awak pergi jumpa Donna depan-depan.Minta maaf dengan dia.Tapi ingat.Jangan sampai Evona tahu semua ni.Biarkan Donna yang beritahu sendiri kepada Evona.Sekarang lebih baik kita balik.Tu pedati kuda awak dan saya dah sampai."

Mereka berdua kemudian berjalan menuju ke arah pedati kuda yang sedang menunggu lalu masuk ke dalam.Aleya sempat lagi melambaikan tangan ke arah Mya apabila pedati kuda yang dinaikinya sudah mulai bergerak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience