Chapter 74.1

Mature Content Series 586

Donna,Mya dan Aleya saling berpandangan apabila mereka melihat kelibat Kyle sedang menarik tangan seorang perempuan yang kelihatan seusia dengan mereka.Kelakuan Kyle itu menarik perhatian mereka.Sementara itu Cosmas dan Evona yang sedang sibuk bercerita langsung tidak menyedari apa yang sedang berlaku.Hampir tertawa pula Mya apabila dia melihat kelakuan Evona yang seperti tertarik dengan Cosmas yang berwajah biasa-biasa itu.

"Donna..mari kita ikut mereka naik ke atas."

Mya sudah mulai berdiri.Dia hanya menanti jawaban dari Donna.Namun Donna kelihatan teragak-agak untuk naik ke atas.Hatinya kuat mengatakan yang perempuan itu seperti pernah dia lihat.Tetapi mungkin dia tersilap.Tidak mungkin Mytrice fikirnya.

"Donna awak tunggu apa lagi?awak tak nak tengok muka perempuan tu ke?bukan awak cakap Kyle tu kekasih awak ke?dia bawa perempuan selain dari awak maknanya Kyle tu curang dengan awak.Takkan awak nak biarkan begitu sahaja.Kami tak pernah tengok Kyle tu pegang tangan awak macam dia buat pada perempuan tadi."

Mya cuba meracun fikiran Donna agar bersetuju dengan tindakannya.Sebenarnya dia ingin melihat sendiri dengan matanya siapa perempuan itu.Mungkinkah itu yang digosipkan oleh kawan-kawan mereka di sekolah tempoh hari.Mahu juga dia melihat wajah seperti apa yang menarik perhatian Kyle.

"Mya,awak ni boleh tak bawa bersabar sedikit.Takkan awak nak tinggalkan Evona seorang kat sini.Kyle tu mungkin datang nak makan.Ada ke patut awak nak ganggu."

Aleya yang sejak tadi berdiam diri mulai membuka mulut apabila melihat perangai Mya yang terlalu memaksa.Pelanggan yang ada di sebelah mereka mulai memandang ke arah meja mereka.Agak jengkel juga dia melihat gaya Mya yang terlalu suka menyibuk itu.

"Kalau awak tak nak pergi saya tak paksa.Buat apa awak nak tunggu Evona tu.Awak tak nampak ke dia tengah sibuk melayan lelaki yang tak tampan tu."

"Ikut suka awak lah.Saya tunggu kat sini sahaja.Donna awak nak ikut Mya tu?."

Aleya memandang ke arah Donna yang sejak tadi berdiam diri.Dia seperti hanyut dalam dunianya sendiri.Mungkin juga dia kecewa kerana Kyle curang di belakangnya dengan perempuan lain.Namun entah mengapa sukar sekali dia mahu mempercayai kata-kata Donna.Selalu juga dia melihat Kyle.Tetapi Kyle seperti tidak ambil peduli dengan Donna.Dia pula tidak bercadang mahu bertanya kepada Donna.Dia lebih suka menyiasat sendiri.

"Awak ni Aleya..macam mana saya nak pergi kat atas kalau Donna tak ada.Awak pun tahu yang ibu Kyle pemilik restaurant ni.Hanya orang yang rapat dengan keluarga Kyle sahaja dibenarkan masuk ke tingkat atas.Donna,cepat.Nanti kita terlambat pula."

Mya menarik tangan Donna agar mengikuti langkahnya.Dia tidak mahu Donna menghampakan permintaannya.Dia hanya mahu melihat wajah perempuan itu agar dia dapat melupakan Kyle.Lagipun untuk apa dia mahu terus mengharap pada orang yang sudah dimiliki.

"Mya..boleh tak jalan perlahan sedikit.Orang dah mulai pandang ke arah kita."

Donna menarik perlahan tangannya dari genggaman tangan Mya.Sempat lagi dia memandang ke arah pelanggan yang melihat ke arah mereka.Risau pula Donna jika ada yang mengenali dirinya.Dia tidak mahu identitinya diketahui oleh kawan-kawannya.

"Donna tengok!!tengok tu.. perempuan tu dah turun.Tapi Kyle pula tak ada."

Terhenti seketika langkah kaki mereka apabila melihat perempuan yang menemani Kyle tadi sudah turun ditemani oleh seseorang yang lebih dewasa.Donna memandang wajah perempuan itu.Sebaik sahaja kain yang menutupi wajah perempuan itu terselak sedikit,wajah Donna berubah.Dia amat terkejut melihat wajah di hadapannya itu walaupun sekejap,kerana lelaki yang ada di sebelahnya cepat sahaja membetulkan kain pada kepala perempuan itu.

"Donna..awak nampak tak muka perempuan tu?bukan tu pembantu rumah kat Villa awak ke?."Ternganga mulut Mya apabila melihat wajah Mytrice.

"Tak..tak mungkin budak tu."

Donna cuba menafikan apa yang dilihatnya sebentar tadi.Namun tidak mungkin matanya silap melihat.Dia yakin perempuan itu adalah Mytrice.Tetapi bagaimana dia boleh bertemu dengan Kyle?.Dia seperti tidak dapat menerima kenyataan yang Mytrice itu menjadi pilihan Kyle.Dia tahu Mytrice memiliki paras wajah yang cantik.Tetapi dia tetap tidak bersetuju jika Kyle memilih Mytrice.Donna mulai curiga jika Kyle tahu yang Mytrice itu adalah anak sebenar Derick.Dia harus melakukan sesuatu.

"Donna.. Donna..awak dengar tak apa yang saya cakap ni.Ishhh..awak ni sempat lagi berkhayal."

"Ermm..saya rasa macam tak percaya pula."

"Wahahaha..kenapa?awak tak percaya yang pembantu awak tu ada hubungan dengan Kyle?Donna..kat dunia ni banyak orang yang serupa.Apa yang awak nak hairan.Lagipun tak logik juga kalau perempuan tadi tu pembantu kat rumah awak.Mana dia dapat wang nak beli baju mahal macam tu.Awak tahu tak,baju tu hanya dijual di Pulau Epeltus.Nampaknya punah harapan saya nak merebut Kyle tu.Ternyata pilihan hatinya budak dari pulau Epeltus."

Mya mengeluh berat.Tetapi sempat lagi dia mentertawakan Donna yang berwajah muram.Sejak berkawan rapat dengan Aleya, perangainya mulai berubah.Fikirannya agak matang sedikit berbanding ketika dia rapat dengan Donna dulu.Hatinya sering sahaja dipenuhi rasa iri hati kerana Donna sering sahaja membandingkan dia dengan Evona.

"Setakat muka macam tu saya tak hairan.Tapi saya yakin yang Kyle tu tetap pilih saya untuk dijadikan isteri.Perempuan tu hanya dibuat main sahaja.Kalau muka awak sesuai sangat nak berhenti berharap dengan Kyle tu.Kalau Kyle pilih awak pun nampak tak sesuai sangat."

Donna melampiskan kemarahannya kepada Mya kerana dia menganggap Mya seperti mengejek dirinya ketika ini.Rasa marahnya kepada Mytrice membuat dia bertindak begitu sedangkan dia sendiri tidak pasti jika perempuan itu adalah Mytrice atau hanya kebetulan memiliki wajah seperti Mytrice.Namun wajah mereka agak sama.Bezanya perempuan tadi kelihatan menawan.Tidak seperti Mytrice yang kelihatan tidak terurus.Petang nanti dia akan menunggu kepulangan Mytrice.Jika baju yang dipakai Mytrice sama, bermakna dia tidak tersilap orang.

"Huh..awak ni bercakap macam tak pernah tengok cermin.Sekurang-kurangnya saya ni sedar diri.Awak tu pun bukannya cantik sangat pun.Err..Donna..tu..Kyle.."

Mya cepat-cepat menutup separuh mukanya menggunakan tangannya lalu dia mulai berlalu pergi.Donna pula turut melakukan hal yang sama.Kedua-dua mereka balik semula ke meja dengan tergesa-gesa.Aleya pula hanya memandang ke arah mereka sambil mengangkat sebelah keningnya.Tangannya pula sibuk menyuap makanan ke dalam mulut.

"Aleya awak ni sejak dari tadi asyik makan sahaja.Tak pandai kenyang.Awak tak takut jadi gemuk ke?."Mya menegur Aleya yang kelihatan lahap sekali mahu menjamah hidangan yang ada di meja.

"Makanan ni dah terhidang kat meja.Takkan nak buat perhiasan pula.Kalau saya gemuk pun bukannya menyusahkan awak.Hey Mya,awak ni dah kenapa?datang kat sini semula tiba-tiba naik angin sampai sibuk nak marah saya?."

Aleya tetap sibuk mengunyah makanan walaupun ditegur oleh Mya.Lagipun bukan selalu dia dapat menikmati makanan di restaurant Cholye ini.Mahu diharapkan keluarganya memang memakan masa bertahun.Lagipun keluarganya bukan sekaya keluarga Evona.

"Tegur sedikit dah marah.Aleya..awak tengok tu.Kyle macam pandang ke arah kita."

"Mengarut awak ni.Lebih baik awak makan, kenyang juga perut tu.Tapi tak tahu pula saya kalau hanya dengan memandang wajah Kyle sahaja perut awak dah jadi kenyang."

Aleya hanya memandang sebentar.Kemudian matanya kembali memandang ke arah makanan yang baru sahaja dihidangkan.Dia kemudian mengambil daging yang dipanggang lalu mulai disuap ke mulutnya.Mya yang melihat Aleya mulai menelan air liur.Akhirnya dia juga ikut sama makan seperti Aleya.

Sementara itu,Evona pula terkaku sebentar apabila dia melihat Kyle yang seperti sedang tersenyum ke arahnya.Sedangkan Kyle sebenarnya sedang tersenyum ke arah kawan ibunya yang ada di belakang Evona.Perbuatan Evona yang tersenyum manis membuat Cosmas yang ada di hadapannya mulai tersenyum-senyum.Dia terasa mungkin Evona sudah semakin tertarik dengannya.

"Ermm..Evona..kat sekolah ramai sangat lelaki yang minat kat awak..erm..Evona..saya..saya pun termasuk dalam kumpulan lelaki tu.Evona,apa pandangan awak pada saya bila awak dah kenal saya seperti sekarang?."

Cosmas menundukkan kepalanya.Segan pula dia melihat wajah Evona yang merenung ke arahnya sejak dari tadi tetapi tidak bercakap dengannya walaupun sepatah kata.Fikirannya bercelaru seketika.Dadanya berdebar-debar mahu menanti jawaban dari Evona.

"Sangat tampan sehingga mata saya tak pernah puas mahu melihat dan kalau boleh saya nak tengok sepanjang masa."

Evona tidak menyedari apa yang dia katakan kepada Cosmas.Pada pendengarannya,Cosmas bertanya kepadanya mengapa dia tertarik saat melihat Kyle.Oleh sebab itu dia menjawab dengan yakin tanpa mendengar betul-betul soalan yang keluar dari mulut Cosmas.Sangkanya Cosmas sudah tahu yang dia sudah lama menyukai Kyle.

"Evona..betul ke apa yang saya dengar ni?sampai macam tu sekali perasaan awak bila awak nampak saya?kalau saya tahu dari awal saya tak akan biarkan awak menunggu lama.Sebab..sebab..saya pun dah lama suka pada awak.Evona..kalau Willstan tu cuba nak buli awak lagi,awak beritahu saya.Nanti saya uruskan mereka.Awak tahu ayah saya dah beri amaran kepada mereka.Sekarang mereka dah mulai takut dengan saya.Evona kalau awak dengan saya keselamatan awak akan terjamin."

Cosmas cuba mahu menjelaskan pada Evona dengan panjang lebar.Terharu pula dia apabila dia mendengar sendiri pengakuan dari Evona tentang dirinya.Balik nanti dia akan memberi Donna wang lagi kerana Donna berjaya memujuk Evona agar dapat menerima dirinya.

"Ya saya tahu.Sebab tu saya gembira sangat hari ni.Saya tak minta lebih,tapi kalau saya dapat hadiah walaupun hadiah yang biasa bertambah gembira hati saya."

Evona tersenyum-senyum saat berkata seperti itu.Matanya masih memandang ke arah Kyle yang sudah mulai berjalan.Apabila matanya beralih arah,dia terkejut apabila melihat hadiah di hadapannya.Dia terpinga-pinga sebentar.Baru dia menyedari yang saat ini dia sedang bersama-sama dengan Cosmas.Dia mulai teringat apa yang dia katakan tadi.Merah sekali wajahnya apabila dia tersilap cakap.Donna,Mya dan Aleya yang sejak tadi memerhati Cosmas dan Evona mulai tergelak-gelak kerana berasa lucu.

"Evona ambil lah hadiah tu.Ikhlas dari Cosmas.Untung awak dapat hadiah besar macam tu walaupun awak hanya nak hadiah biasa dari Cosmas.Harap hadiah tu bukan hanya cantik kat luar sahaja."

Mya bercakap seakan menyindir Evona.Ketawanya hampir pecah apabila dia mendengar sendiri pengakuan dari Evona yang dia juga menyukai Cosmas.Terasa lucu pula pada pendengarannya sedangkan Evona bermati-matian tidak mahu mengaku yang dia mempunyai hubungan dengan Cosmas.Tetapi apa yang dia pelik,untuk apa Evona mahu menjalin hubungan dengan Cosmas sedangkan rupa Cosmas hanya biasa-biasa.Entah apa agenda Evona sebenarnya.Nanti dia akan menyiasat sendiri apa yang sebenarnya dirahsiakan oleh Evona dari mereka.Dia juga sedikit curiga dengan identiti Cosmas.Pernah sekali dia melihat Cosmas dan Donna turun dari pedati kuda yang sama.Namun Donna sering sahaja menafikan.Malah Donna memberitahu yang Cosmas hanya menumpang sahaja pedati kuda yang mereka selalu naiki.

"Betul kata Mya tu.Err..Cosmas awak ke yang pesan kek tu?pelayan tu dah menuju kat sini."

"Ha'a..saya buat semua ni untuk seseorang yang sangat istimewa.Saya mengaku awal yang suara saya tak merdu.Tapi untuk menyanyikan lagu hari kelahiran awak,saya akan cuba yang terbaik Evona."

Cosmas kemudian mulai menyanyi lagu selamat hari jadi kepada Evona.Melihat sahaja Cosmas menyanyi, pelanggan lain yang ada di sana turut serta menyanyi sebagai tanda untuk memberi sokongan kepada Cosmas.Donna yang melihat semua itu mencebik.Terasa cemburu pula dia melihat layanan baik Cosmas pada Evona.Sedangkan dengan dia,ada sahaja yang mahu dikritik oleh Cosmas.Tetapi dia tidak peduli tentang semua itu.Apa yang pasti dia hanya mahu wang daripada Cosmas.

Aleya dan Mya pula sekadar tersenyum mengejek.Dalam hati mereka berasa lega kerana Evona sudah mempunyai teman lelaki.Sekurang-kurangnya saingan mereka untuk merebut hati Kyle sudah berkurangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience