Hampir sahaja Maer bertanya tentang Mytrice kepada Derick.Tetapi Chole menendang perlahan kakinya agar dia tidak meneruskan niat untuk bertanya kepada Derick secara terus-terang.Lagipun mereka sendiri tidak pasti identiti sebenar Mytrice.Mungkin juga hanya kebetulan sahaja Mytrice memiliki wajah hampir seiras dengan Emerlad.
"Hah?..Mary tu memang pernah khawin.Tapi dia tak ada anak atau cucu.Erm..Maer awak ada jumpa dengan Mary lagi ke? dia ada cakap awak apa-apa?."
Derick agak menggelabah.Dia mulai risau jika Maer mengetahui yang dia menipu.Silapnya juga kerana tidak mengarahkan pengawalnya untuk memerhati gerak-geri Mary.Mulai hari ini dia akan mengawasi pergerakan Mary.Dia tidak mahu Mary memberitahu identiti sebenar Mytrice kepada Maer.
"Kenapa dengan awak ni Derick?awak ada rahsiakan sesuatu dari saya ke?Dah lama saya tak jumpa Mary tu.Sebab tu saya tanya awak.Nak harap awak jemput saya datang kat rumah awak memang tak lah.Awak selalu sahaja mengelak.Saya pun tak faham apa yang awak takut sangat nak jemput saya datang ke Villa awak.Saya bukan nak minta awak wang pun."
Maer berasa pelik pula melihat perangai Derick yang seperti ketakutan apabila dia bercakap tentang Mary.Entah apa sahaja yang menakutkan Derick dengan Mary.Sedangkan Mary tidak pernah berkasar bila bercakap.Lembut sahaja tutur katanya.
"Tak adalah..saya hanya nak beritahu awak yang Mary sekarang dah tak macam dulu lagi.Sejak kematian Emerlad dia selalu bercakap benda yang tak betul.Sebab tu saya tanya.Takut pula saya kalau dia cerita benda pelik kat awak."
Derick menarik nafas panjang.Hampir sahaja dia pengsan dengan soalan Maer.Rupa-rupanya tekaannya salah.Maer tidak pernah berjumpa dengan Mary.Dia akan memastikan yang Mary tidak akan keluar dari Villa Sakura tanpa kebenaran darinya.
"Oh.. kalau dia cakap benda pelik saya tak hairan.Dia tu dah berusia.Awak jaga Mary tu baik-baik Derick.Hanya dia seorang yang tinggal untuk jaga keluarga awak."kata Maer menasihati Derick.
Namun semakin banyak pula persoalan yang bermain di fikirannya.Dia sendiri mendengar perbualan antara Mytrice dan isterinya dulu.Mytrice berkata yang neneknya bernama Mary.Setahunya hanya seorang sahaja pekerja bernama Mary yang bekerja di Villa Derick.Malah apabila dia minta pekerjanya menyiasat,mereka mengatakan yang budak bernama'Trice' tiada di sana.Hanya 'May'sahaja.
"Maer saya tak boleh lama ni.Anak angkat saya dah tunggu.Ni surat jemputan untuk awak dan keluarga.Terlambat pula saya nak beri surat jemputan ni pada awak.Tapi kalau awak ada masa,saya harap awak dapat datang petang ni."
Derick memberikan kad undangan daripada Emmet kepada Maer.Surat itu sebenarnya untuk isterinya.Tetapi buat masa ini,dia belum mahu mengenalkan isterinya dengan anak angkatnya.Dia tidak mahu menjemput Maer sebenarnya,tetapi kerana dia tidak ingin berlama-lama di sini dia terpaksa mencari alasan agar dapat melarikan diri untuk mengelak dari terus ditanya Maer.
"Nanti saya dan Chole datang.Saya pun nak kenal mereka juga."kata Maer lalu menyerahkan undangan itu kepada Chole.Derick pula berlalu pergi dengan pantas.
Chole dan Maer saling berpandangan.Terlalu cepat pula Derick berlalu pergi.Derick kelihatan kurang selesa dengan soalan yang ditanya oleh Maer.Mereka kemudian memandang ke arah Kyle yang termenung jauh.Ada persoalan yang bermain di kepala Maer ketika ini.
"Kyle semasa awak pergi ke majlis sambutan hari lahir kat Villa Sakura tu awak ada jumpa dengan auntie Mary ke?."Maer bertanya.
"Tak ada ayah tapi saya pelik sedikit ayah.Sambutan majlis hari jadi hari tu bukannya untuk Cosmas.Tapi untuk seorang perempuan yang bernama Donna.Dia kata dia anak kepada uncle Derick.Erm..ayah boleh tak saya pergi ke taman sekejap.Ada lukisan saya yang tertinggal tadi."
Kyle cuba mencari alasan.Dia mahu melihat wajah Riley supaya senang dia menyuruh pengawalnya untuk memerhati gerak-geri Riley nanti.Dia risau jika Riley berniat tidak baik kepada Mytrice.Sementara itu,Chole dan Maer pula terkejut mendengar pengakuan Kyle.Selama Maer bertanya dengan Derick,tidak pernah pula Derick bercerita tentang Donna.Chole pula mulai terfikir yang mungkinkah 'Trice' dan Donna itu orang yang sama?.
"Kyle kalau ayah jodohkan awak dengan anak uncle Derick yang bernama Donna awak mahu tak?.Kyle awak tak boleh pergi selagi ayah tak benarkan.Faham?."
Maer bercakap dengan nada serius.Dia ingin mendengar jawaban Kyle walaupun dia tetap akan memaksa Kyle untuk berkhawin dengan anak perempuan Derick.Nanti dipaksanya Derick agar berterus-terang kepadanya tentang anak Derick yang bernama Donna itu.
"Ayah saya tak berminat dengan Donna tu.Saya nak pilih pasangan saya sendiri ayah.Masih banyak ke soalan yang ayah nak tanya?tak boleh ke ayah tanya kat rumah nanti?saya nak cepat ayah.Lukisan tu penting.Minggu depan akan diadakan pameran lukisan kat bandar Medion.Saya pula terpilih untuk bawa lukisan pada pameran tu."
Kyle benar-benar terkejut dengan permintaan ayahnya.Dia tidak suka dijodohkan dengan Donna.Dia lebih rela memilih Mytrice walaupun status Mytrice hanyalah anak kepada pembantu rumah.Sudah beberapa kali dia melihat perangai Donna yang agak menjengkelkan.Dia terpaksa menipu ayahnya agar ayahnya membenarkan dia berjalan.
"Kyle kenapa cakap macam tu?anak uncle Derick tu pasti sesuai dengan awak.Ibu yakin perangai anak Derick tu baik seperti arwah auntie Emerlad dulu."
Chole memujuk Kyle agar bersetuju dengan permintaan Maer.Dia yakin yang Donna itu adalah 'Trice' yang dia temui beberapa bulan lalu.Perangai anak itu amat disukainya.Malah Maer sendiri juga bersetuju jika Kyle dijodohkan dengan 'Trice'.
"Ibu saya bukan nak bersikap biadab dengan ibu,tapi saya langsung tak berminat dengan Donna.Lagipun saya dah beberapa kali berjumpa dengan Donna.Saya cukup kenal perangai dia.Ibu pernah ke jumpa dengan Donna?."
Kyle mulai berasa marah apabila ayah dan ibunya langsung tidak pernah memikirkan tentang perasaannya.Dia lebih terkilan apabila ibunya lebih menyokong pendapat ayahnya tanpa bertanya kepadanya terlebih dahulu.
"Kyle..jaga tingkah-laku awak tu.Ibu awak bertanya dengan nada perlahan awak balas dengan suara macam ni.Awak ingat ayah tak tahu ke awak bawa budak entah dari mana makan kat sini dengan percuma.Awak ingat restaurant ni tempat untuk buat kebajikan ke?dalam surat tu tadi ayah suruh awak bawa budak tu bersama.Mana dia?dah mulai melampau perangai awak ni."
Maer mulai marah.Suaranya agak tinggi sedikit sehingga para pelayan yang berdiri di tingkat atas mulai kecut perut.Maer jarang sekali marah di dalam restaurant.Sekali dia meninggikan suara tiada siapa yang berani untuk melihat ke arahnya.
"Ayah saya bukannya marah pada ibu.Saya cuma tak suka bila saya dipaksa.Saya masih belajar lagi ayah.Saya tak nak fikir semua tu.Apa pula kaitan budak tu?saya yang bawa dia kat sini.Kenapa dia pula harus bayar harga makanan tu?ayah juga ajar saya untuk beri makanan pada orang yang tak mampu.Tapi kenapa bila saya buat apa yang ayah suruh, ayah marah saya pula.Semua yang saya buat tak pernah betul di mata ayah.Saya kecewa dengan ayah.Ni wang untuk bayar makanan tu."
Kyle berlalu pergi dengan wajah muram.Dia berasa kecil hati dengan perangai ayahnya yang sering sahaja mencari kesalahannya.Sedangkan dia sudah mencuba untuk mendengar perintah ayahnya.Melihat tindakan Kyle yang membuang wang ke arahnya,Maer menjadi marah.
"Kyle..tunggu dulu..Awak dah mula kurang ajar dengan ayah.Kalau awak tak balik sini,awak tunggu hukuman awak nanti."
Maer cuba mengejar Kyle.Namun tangan Chole laju menarik pergelangan tangan Maer.Sikap Maer yang terlalu panas baran itu langsung tidak berubah dari dulu sehingga sekarang.Dia sedar yang mereka terlalu memaksa Kyle.Dia tidak mahu Maer memukul Kyle hanya kerana perkara kecil.
"Sayang sudah lah tu..awak ni benda kecil pun nak marah budak tu.Awak sedar tak yang dia tu satu-satunya anak awak?."
Chole menegur kelakuan Maer kerana di tingkat bawah terlalu ramai pelanggan yang datang untuk makan.Dia tidak mahu pelanggannya lari kerana melihat perangai Maer yang terjerit-jerit.
"Hah.. tengoklah.Awak manjakan sangat budak tu.Awak tak nampak ke apa yang dia buat pada awak dan saya tadi?awak nak ke budak tu pijak kepala awak nanti?."kata Maer.Marahnya belum habis lagi.
"Sayang Kyle tu sekolah pun belum habis lagi.Kita dah bebankan dia dengan niat kita untuk menjodohkan dia dengan anak perempuan Derick.Awak juga yang mahu Kyle belajar bagus-bagus.Tapi tadi dia nak jalan melukis awak tak bagi.Silap awak juga Maer.Betul kata Kyle tadi tu.Awak juga ajar budak tu untuk beri makanan pada yang tak mampu.Kenapa awak marah budak tu lagi."
Chole mengurut-urut belakang suaminya.Dia tahu Maer masih marah dengan perbuatan Kyle tadi.Tetapi dia harus menyedarkan Maer yang Kyle itu masih terlalu muda untuk dijodohkan.
"Habis tu awak nak kata yang semua tu salah saya sehingga Kyle jadi biadab macam tu?."
Maer menepis tangan Chole dari terus menyentuh belakangnya.Namun suaranya dikendurkan sedikit.Dia sedar dia salah.Namun kerana ego,dia tidak mahu mengakui kesalahannya di hadapan Chole.Dia tidak mahu terlihat lemah.
"Sayang saya tak kata pun hanya awak sahaja yang salah.Saya juga salah.Mungkin Donna tu bukan Trice yang pernah kita jumpa.Lagipun dah terang-terang Trice kata dia bukan anak Derick.Saya tak sepatutnya cakap macam tu pada Kyle.Saya pun tak pernah lagi berjumpa dengan Donna.Sayang pula,berkira sangat.Kyle tu baru bawa kawan dia seorang makan kat sini,tapi awak dah melenting.Manalah Kyle tu tak sedih.Kalau sayang cakap baik-baik tentu Kyle tu dah perkenalkan kawan dia kepada kita."
Chole cuba memujuk Maer.Sikap Maer ini kadang-kala terlalu kebudak-budakkan.Dia cepat sahaja melenting jika Kyle tidak mahu menuruti arahannya,sedangkan dia tidak pernah mendengar pendapat anaknya terlebih dahulu.
"Dah..dah..saya tak nak dengar ceramah awak.Sakit telinga saya nak dengar suara awak.Sekarang awak dan saya balik ke rumah untuk bersiap.Budak tu biarkan dia tinggal sendiri di rumah.Saya nak dia renungkan dan fikir apa kesalahan yang dia dah buat."
Maer kemudian mulai berdiri lalu turun ke bawah.Sementara isterinya mengejar di belakang.Wajah Maer masih terlihat masam mencuka.Hatinya masih belum terubat dengan perbuatan Kyle.Wang yang dihamburkan Kyle tadi dibiarkan di lantai.Pelayan yang ada di situ yang mengutip kembali wang itu atas arahan Chole.
Share this novel