Agak lama juga Derick memandang wajah satu-satunya anak Maer.Semakin Kyle membesar, semakin kacak wajahnya.Dia tidak hairan kerana wajah Maer juga seperti Kyle. Biarpun sudah berusia,wajah Maer tetap kelihatan tampan.Chole yang baru datang ke sana juga terlihat menawan.Dia masih ingat tentang Chole dan arwah isterinya dulu.Setiap kali mereka berjalan ada sahaja kedengaran siulan nakal dari lelaki muda.Betapa beruntung dia dan Maer kerana berjaya memenangi hati wanita yang menjadi rebutan.Sayangnya hanya Maer sahaja yang masih kekal beruntung.Dia pula bernasib malang.
"Kyle lama uncle tak jumpa dengan awak.Dulu awak masih kecil lagi.Sekarang awak dah meningkat ke alam remaja.Uncle tengok semakin kacak pula wajah awak .Hari tu awak ada datang ke Villa?maaf uncle tak ada masa tu.Uncle pergi berbulan madu dengan isteri uncle."
Derick memulakan bicara.Dia ada mendengar tentang kehadiran Kyle ke majlis hari lahir anaknya Cosmas melalui ketua pembantu beberapa hari selepas dia balik dulu.Terasa bersalah juga dia kerana tidak dapat hadir bersama.
"Anak saya ni semakin membesar semakin susah saya nak jumpa Derick.Asyik sibuk sahaja dia dengan aktiviti sekolah.Biarkan sahaja mereka.Kita yang dah tua-tua ni elok berseronok sendiri.Awak tak perlu rasa bersalah.Eh?..Derick?bukan ke awak kata yang awak tak ada anak?."
Maer pula menyampuk tanpa memberi peluang kepada Kyle untuk menjawab.Ada benda yang lebih penting ingin dia tanyakan kepada Derick.Berubah seketika wajah Derick apabila ditanya tentang anak.Namun dia cepat-cepat menyembunyikan riak wajah kurang selesanya dengan senyuman.
"Tak lama lagi anak awak dah nak habis belajar.Nanti dapat lah awak jumpa selalu.Orang yang buka perniagaan macam kita ni memang payah sedikit nak luangkan masa untuk keluarga.Erm..maksud saya anak angkat Elenor.Tapi saya dah anggap dia macam anak saya sendiri.Awak tahu juga saya ni tak ada anak dengan arwah isteri saya dulu.Dengan isteri sekarang pun belum ada rezeki lagi.Anak saya tu satu sekolah dengan Kyle.Namanya Cosmas."
Derick cepat-cepat meneguk air yang ada di hadapannya.Tekaknya terasa kering kerana cuba menyembunyikan rasa gugupnya saat bercakap dengan Maer.Chole pula hanya diam membisu.Dia tidak berniat mahu menyampuk perbualan mereka kerana dia khawatir Maer pasti akan menuduhnya cuba untuk menggoda Derick lagi.Namun dia berasa geram dengan perangai Maer yang terang-terangan menipu di hadapan Kyle.Bukan dia tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan Kyle.Tetapi masanya lebih banyak dihabiskan di brothel untuk berdampingan dengan perempuan muda yang semakin banyak bekerja sebagai pelayan.Maer yang memang terkenal sebagai kaki perempuan tidak melepaskan peluang untuk bertukar-tukar pasangan walaupun dirinya sudah sedikit berusia kerana sudah banyak pekerja muda yang menarik perhatian Maer di sana.
"Ni lah yang saya tunggu Derick.Kalau boleh saya nak anak saya menggantikan tempat saya untuk menguruskan perniagaan saya.Badan saya bukan macam dulu lagi Derick.Semakin tua ni semakin kerap sakit badan.Awak tak pernah cerita pula yang isteri awak tu ada anak angkat.Kalau anak awak perempuan dah lama saya jodohkan dengan anak saya ni.Tapi tu lah tak ada nasib kita nak berbesan.Sekarang ni Dane tu pula yang sibuk nak jodohkan anak dia dengan Kyle.Tapi macam saya tak berminat pula.Awak mesti kenal dengan Dane kan."
Maer merenung wajah Derick.Entah mengapa dia merasakan yang Derick ada menyembunyikan sesuatu darinya.Dia tahu kerana cara Derick bercakap sekarang berbeza seperti selalu apatah lagi sewaktu dia bertanya tentang anak.Tetapi dia cepat tersedar dengan nama yang baru disebutnya.Dane itu adalah bekas kekasih Emerlad.Dia terlupa pula yang Derick pernah bertengkar dengan Dane hanya kerana sikap Dane yang masih berdegil mahu berjumpa dengan Emerlad dulu.Akhirnya dia juga yang datang membantu untuk meleraikan pergaduhan mereka.Jika bukan kerana Emerlad yang sendiri datang untuk meminta pertolongan darinya,dia tidak akan menolong Derick dulu.
"Anak saya tu pula lama lagi nak habis belajar.Kalau dia berminat nak berniaga,saya serahkan kilang kat bandar Medion tu pada Cosmas.Hmmm..Maer kalau fasal Dane tu,saya dah tak ingat lagi.Dia tinggal kat mana sekarang?Tak tahu pula saya dia ada anak perempuan.Sebab kali terakhir saya dengar berita tentang Dane,dia dah berkhawin dengan wanita tercantik kat pulau Epeltus.Tapi saya tak tahu siapa nama isterinya sebab saya kurang berminat nak ambil tahu fasal dia lagi."
Derick berasa kurang senang apabila mendengar nama Dane.Bertahun-tahun dia menyimpan dendam kepada Dane kerana dia merasakan arwah isterinya itu masih menyimpan perasaan dengan Dane.Jika tidak,mengapa Emerald terhegeh-hegeh balik ke bandar Medion.Sedangkan Villa mereka di bandar Athenil lagi cantik dan mewah.Malah sejak Emerald balik ke sana sikap Emerlad berubah sangat drastik,sehingga dia hampir tidak kenal dengan Emerlad.Namun dia berasa sedikit lega kerana Maer mengubah topik perbualan.Walaupun topik itu dia tidak suka.
"Hmmm..Baru saya ingat yang awak tak suka dengan Dane tu Derick.Lupa pula saya nak tanya.Kyle awak kenal ke dengan anak uncle Derick tu?."
Maer merenung ke arah Kyle.Sempat lagi dia menjeling ke arah isterinya yang hanya menundukkan kepala.Jika dia terlihat isterinya itu memandang ke arah Derick,dia tidak akan teragak-agak untuk menengking isterinya itu sebentar lagi.Dia sengaja memanggil isterinya ke situ untuk melihat sama ada isterinya itu masih menyimpan perasaan pada Derick atau tidak.
"Kenal ayah.Tapi saya tak rapat sangat kerana anak uncle tu junior saya.Pengajar tak benarkan kami menganggu para junior kat sekolah."
Ingin sahaja Kyle menyatakan yang dia tidak mengenali Cosmas.Namun dia tidak mahu ayahnya bertanya terlalu banyak.Lagipun fikirnya agak bercelaru sekarang.Dia memikirkan sama ada Mytrice sudah sampai atau belum.Dia juga ingin melihat wajah Riley yang selalu meniti di bibir Mytrice.Tetapi dia agak hairan juga dengan kata-kata Derick.Semasa majlis ulang tahun kelahiran yang dia pergi dulu,majlis itu bukan majlis untuk meraikan Cosmas sebaliknya majlis menyambut hari kelahiran Donna.Malah dia mendengar dengan jelas Donna mengaku yang Derick itu ayahnya.Dia langsung tidak melihat kelibat Cosmas di sana waktu itu.Jika benar Derick cuba menyembunyikan anaknya Donna dari pengetahuan ayahnya dia lebih rela kerana dia langsung tidak berminat dengan Donna yang suka berpura-pura itu.Sudah beberapa kali dia melihat Donna membuli Mytrice.Namun Mytrice hanya berdiam sahaja.Oleh sebab itu dia membenci Donna.
"Oh..ayah lupa pula.Kalau awak tak kenal macam mana anak uncle Derick awak ni boleh jemput awak datang dulu.Sesuai sangat tu Derick.Kesian pula kalau awak tak wariskan harta walau sedikit biarpun dia hanya anak angkat awak.Saya dengar begitu juga.Tapi lebih terperinci sedikit dari yang awak dengar.Saya dengar Dane dah lama balik ke bandar Medion sejak isterinya meninggal sewaktu anak pertamanya masih kecil lagi.Kalau saya tak silap, anaknya sahaja yang masih tinggal di pulau Epeltus bersama dengan keluarga ibunya.Dane tu pula sedang usahakan perniagaan macam awak juga.Hari tu dia ada jemput saya datang ke rumah tapi saya tak ada masa nak datang.Kebetulan kawan saya kat pulau Epeltus nak bertemu dengan saya.Terpaksa saya tolak permintaan Dane tu.Nak minta Chole jadi wakil,sakit pula mata saya.Awak tahu lah Dane tu dah lama menduda.Biarpun isteri saya ni tak secantik mana tapi tak manis dipandang orang kalau saya tak ikut sama."
Sempat lagi Maer memerli isterinya.Dia mahu memberi amaran kepada isterinya agar tidak memandang ke arah Derick walaupun dengan ekor mata.Namun dia tidak menyedari wajah anaknya Kyle berubah sedikit.Dia tidak suka ayahnya berkata buruk tentang ibunya di hadapan orang.Derick juga berasa simpati dengan Chole.Tetapi dia takut mahu menegur Maer yang cepat berubah mood.
"Memang itu yang selalu bermain di fikiran saya Maer.Biarpun Cosmas hanya anak angkat,tapi Cosmas tu budak baik.Tak mahu pula saya lihat dia hidup susah lagi.Agaknya dia yang menjadi pesaing hebat saya sekarang.Corak kain keluaran kilang Derld tu sering menjadi rebutan.Terpaksa saya suruh pekerja saya pergi mencari pelukis muda untuk membuat lakaran beberapa corak baru untuk menandingi kilang Derld tu.Nasib baik juga pelanggan perempuan saya kekal setia.Kalau tak merosot habis keuntungan saya."
Sempat lagi dia menceritakan masalah yang dia hadapi kepada Maer beberapa bulan kebelakangan ini.Dia berharap agar Maer dapat membantunya menurunkan sedikit kadar bayaran untuk perlindungan kilangnya dari ancaman kumpulan samseng.Mengingat sahaja nama kilang itu dia mulai terfikir yang nama kilang itu seperti gabungan nama antara Dane dan Emerald.Mungkin Emerlad menjalin hubungan dengan Dane tanpa pengetahuannya dulu.Dia mulai ragu-ragu tentang status sebenar Mytrice.Mungkin anak itu juga hasil selingkuh Emerlad.
"Awak kena hati-hati juga Derick.Lebih baik awak ada anak sendiri.Saya bukannya nak cakap buruk tentang anak angkat awak.Tapi dah banyak berlaku di depan mata saya.Terutama budak miskin ni.Bila dah rasa senang sedikit dah mula lupa diri.Silap sedikit perniagaan tergadai kerana sikap boros.Derick awak rajin-rajin datang kat brothel.Nanti saya kenalkan awak dengan beberapa orang pelanggan perempuan yang sedang mencari kain untuk diborong."
Maer cuba untuk menasihati Derick.Tetapi dalam masa yang sama dia menyindir Derick yang berhabisan wang di pulau Epeltus untuk membeli barang mahal sedangkan perniagaannya baru sahaja berkembang.Namun Derick seolah-olah tidak memahami sindiran halus Maer.
"Saya yakin anak angkat saya tu baik Maer.Saya dah lama perhatikan tingkah laku budak tu.Maer saya bukan tak nak.Tapi risau pula saya bila isteri saya fikir yang bukan-bukan.Kalau dia dah merajuk susah pula nak dipujuk.Saya ni sayang kat isteri saya.Tak mahu pula saya lihat dia bersedih."
Derick cuba menolak dengan lembut pelawaan Maer.Walaupun dia ingin mencari pelanggan,tetapi dia tidak terdesak sangat sehingga sanggup datang ke brothel untuk memujuk mereka.Dia tidak mahu hati isterinya terluka.Isterinya itu baru sahaja mulai menyukainya.
"Ikut awak lah Derick,yang penting awak harus bayar bulanan kat saya tanpa terputus.Hmm..pelik pula saya dengan perangai isteri awak ni Derick.Dia mengandung ke?."
"Awak jangan risau Maer.Saya akan bayar tanpa menangguh.Apa maksud awak Maer?saya tak faham."
Berkerut kening Derick seketika.Tiada pula dia bercakap jika isterinya mengandung atau tidak.Dia tidak faham apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh Maer.Jika isterinya itu mengandung,dia insan yang paling gembira sekali.Akan ditatang isterinya dengan baik.Anaknya yang bakal lahir juga akan dimanjakan.
"Awak ni tak faham maksud saya.Dulu isteri awak tu bekas pekerja awak juga kan.Dia tahu yang kadang-kala awak akan bertemu dengan pelanggan kat brothel .Takkan tu pun dia nak cemburu?sebab tu saya tanya isteri awak tu mengandung ke tak!."
Maer mengeluh keras.Kadang-kala geram juga dia dengan perangai Derick yang agak perlahan sedikit ketika berfikir.Terfikir juga dia bagaimana Emerald bolen tertarik dengan Derick sewaktu muda dulu.Mahu dikatakan romantis jauh sekali.Di matanya Derick terlihat seperti lelaki bingung.
"Oh..erm..bukan macam tu.Isteri saya tak pernah marah.Hanya saya sahaja yang tak nak mengguris hati isteri saya tu."
"Kalau macam tu,awak bawa isteri awak sekali.Rugi kalau awak lepaskan peluang ni.Pelanggan tu bukannya dari sini.Mereka dari pulau Epeltus.Cerita punya cerita,hampir saya terlupa.Derick pembantu rumah awak yang bernama Mary tu masih kerja kat Villa awak ke?."
Share this novel