Belum lama mereka duduk di sana,seorang pelayan yang mengenali Kyle datang sambil membawa buku.Kyle kemudian bertanya Mytrice makanan apa yang ingin dipesan oleh Mytrice.Namun sebaik melihat buku itu, Mytrice kelihatan kaget sebentar.Menu makanan itu tidak mempunyai harga.Dia terpaksa meminta pendapat Kyle kerana semua makanan yang ada di sana itu tidak pernah dimakannya.
Kyle pula memilih beberapa jenis hidangan yang berunsurkan makan laut dan daging yang menjadi kegemarannya setiap kali dia datang ke sini.Sementara itu bagi pencuci mulut dia memilih berbagai jenis buah dan kek untuk dicuba oleh Mytrice.
Setelah selesai memilih,Mytrice melihat-lihat persekitaran restaurant itu.Walaupun dia biasa tinggal di Villa yang agak mewah.Namun keadaan restaurant ini jauh lebih mewah jika dibandingkan dengan Villa Sakura.Kyle pula hanya memerhati sahaja wajah Mytrice.Dia membiarkan sahaja Mytrice melihat.
Tidak lama kemudian,makanan yang dipesan oleh mereka sudah sampai.Terliur pula Mytrice melihat makanan yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.Dia kemudian mengangkat beg kecil yang diberi oleh Kyle lalu mulai membukanya.
"Erm..kak..berapa harga makanan ni.Saya nak bayar awal makanan yang kami pesan ni."
Pelayan dan penghantar makanan itu kelihatan bingung.Mereka saling berpandangan sesama sendiri.Namun tiada satu pun yang mampu menjawab.Mytrice mulai pelik dengan kelakuan mereka.Dia terlupa bertanya kepada Kyle tentang bahasa apa yang digunakan oleh mereka di sana.Mungkin juga mereka tidak faham dengan kata-katanya.
"Cik muda..makanan ni tak perlu bayar.Tuan muda biasanya memang akan makan kat sini."
Semakin bingung pula Mytrice apabila mendengar jawaban mereka.Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh mereka.Terfikir juga dia jika mereka tersilap orang.Namun dia hanya mampu merenung Kyle untuk membantunya memahami apa yang mereka cuba sampaikan.Kyle yang melihat wajah bingung Mytrice segera mengarahkan mereka agar meninggalkan dia dan Mytrice.
"Sky..ermm..apa maksud mereka?saya betul-betul tak faham.Siapa tuan muda yang dimaksudkan oleh mereka?mereka salah orang ke?."
"Peony maksud mereka,makanan ni dah dibayar oleh anak kepada pemilik restaurant ni.Tuan muda tu panggilan bagi anak pemilik restaurant.Jadi kita berdua akan makan makanan ni secara percuma."
"Eh?..betul ke?..tak sangka baik sungguh tuan muda yang dimaksudkan oleh mereka tu.Sky awak kenal ke dengan tuan muda tu?."
"Betul lah tu.Saya memang kenal dengan tuan muda tu.Saya selalu jumpa dia.Awak nak cakap apa dengan dia?.Nanti saya sampaikan."
Mytrice berdiri lalu bergerak ke arah Kyle.Dia kemudian melutut di hadapan Kyle.Badannya dibongkokkan lalu dia mengucap terima kasih.Kyle pula agak terkejut.Dia menarik tangan Mytrice untuk berdiri.Dia tidak menyangka yang Mytrice akan bertindak begitu.Tangannya menyapu lembut lutut Mytrice yang kelihatan merah.
"Peony..awak tak perlu buat macam tu.Tuan muda tu hanya nak awak menikmati hidangan ni dengan gembira sahaja."
Kyle menghantar Mytrice untuk kembali duduk di kerusi semula.Dia kemudian mengambil pinggan lalu mengambil makanan.Dia mengisi setiap jenis untuk diberi kepada Mytrice.Dia pula duduk lalu mengambil kek yang dipesannya.
"Sky awak tak makan ke?sedap betul makanan ni.Awak ingat tak Sky semasa awak pergi ke pondok dulu? makanan ni serupa dengan masakan ibu awak yang abang awak bawa dulu."
"Saya nak makan kek dulu Peony.Awak nak cuba ke?sini saya suapkan.Ya ke?dah lupa pula saya rasa makanan tu.Mungkin kerana saya dah selalu sangat makan masakan ibu saya.Tapi saya ingat yang awak suka rasa makanan macam ni kan."
Kyle menyuap kek ke dalam mulut Mytrice.Tangannya sempat mengelap cebisan krim kek yang ada di bibir Mytrice menggunakan ibu jarinya.Kemudian ibu jarinya itu dibawa ke bibir.Dibiar seketika tangannya menyentuh bibirnya.Mytrice tidak pula menyedari kelakuan Kyle kerana dia terlalu sibuk mencuba makanan yang diletakkan oleh Kyle di pinggannya.
"Sedap kek tu..nanti kalau kita ke sini lagi kita pesan makanan macam ni ya Sky.Ermm..tapi segan pula saya nak datang sini.Terasa seperti mengambil kesempatan dengan tuan muda tu.Eh?Sky awak nampak tak rumah besar kat sebelah restaurant ni? cantik sangat."
"Awak nak lagi ke?kalau nak saya suapkan.Kalau dengan awak saya tak kisah.Peony awak jangan risau.Tuan muda tu tak akan fikir macam tu.Oh..tu Manor Celeste.Awak nak masuk ke dalam ke?"
"Saya dah kenyang Sky.Banyak sangat makanan ni.Tak nak lah saya.Kalau tuan muda tu nak minta bayar saya nak.Tapi kalau percuma macam ni nanti rugi pula tuan muda tu nanti.Saya nak juga tengok kat dalam.Tapi orang macam saya ni tak sesuai masuk ke tempat macam tu."
"Kalau macam tu saya habiskan kek ni.Mungkin hari ni sahaja kita dapat makan percuma.Nanti kalau kita datang semula di sini,kita dah perlu bayar.Tapi awak jangan risau.Giliran saya pula nak belanja awak makan.Hari ni hari bertuah saya.Awak ada sahaja semua saya boleh dapat dengan percuma.Peony pemilik manor tu baik.Saya tinggal kat sana.Kalau awak nak saya boleh bawa awak masuk sekejap."
Mytrice berfikir seketika.Hari ini dia langsung tidak mengeluarkan wang untuk membayar apa-apa.Bagaimana pula Kyle mengatakan yang dia sudah membelanja Kyle.Namun tidak pula dia suarakan.Dia tidak mahu Kyle berkecil hati.Entah mengapa setiap kali bertemu Kyle dia sering sahaja bernasib baik.
"Nanti saya fikiran dulu Sky.Ermm..tak nak lah.Mungkin nanti sahaja.Kawan awak tu masih menunggu.Saya tak nak menyusahkan awak dan kawan awak."
Teringin juga Mytrice masuk ke dalam.Tetapi dia teringat tentang kawan Kyle yang sedang menjaga lukisan.Mungkin juga Riley sudah kembali.Dia tidak mahu Riley menunggu lama walaupun dia seperti ingin berlama-lama dengan Kyle.
"Peony..ermm..saya tak dapat hantar awak kat taman.Majikan saya ada kat depan tu.Awak tunggu sini sekejap."
Kyle bergerak ke arah jendela.Dia kemudian mengisyaratkan penunggang pedati kuda yang juga sahabat Aiden iaitu Raun untuk naik ke atas.Kebetulan waktu itu hanya Raun sahaja yang melihat ke atas.Kemudian dia kembali ke meja untuk bertemu Mytrice.Seorang pelayan datang lalu memberikan makanan yang dibungkus kepada Mytrice atas arahan Kyle.Dia tidak menyangka pula yang ayahnya ada di sana.Dia tidak mahu ayahnya melihat kelibat Mytrice.
"Peony kawan abang saya dah datang.Nanti dia hantar awak balik ke taman.Makanan ni untuk awak sebagai tanda minta maaf dari saya sebab tak dapat hantar awak balik ke taman semula.Awak jaga diri ya Peony."
Kyle mencium tangan Mytrice lalu merenung ke arah Mytrice yang sudah mulai berlalu pergi.Geram pula dia dengan ayahnya yang tiba-tiba berkunjung ke sini dengan pelanggan.Sempat lagi ayahnya mengirim kertas kepada pelayan untuk diberikan kepadanya agar dia datang ke sana.Mytrice pula sempat melihat ke arah majikan yang dimaksudkan oleh Kyle.Wajahnya berkerut kerana wajah majikan yang dimaksudkan oleh Kyle hampir serupa dengan wajah Kyle.Namun wajah orang yang sedang duduk di sebelah majikan Kyle membuat dia kecut perut.Cepat sungguh dia mengalihkan pandangan.Dia tidak mahu melihat wajah itu lama-lama.
Share this novel