Chapter 72.2

Mature Content Series 586

Hampir sahaja Kyle ketawa bila dia mendengar doa Mytrice.Terasa bersalah juga dia kerana tidak berlaku jujur kepada Mytrice.Namun belum masanya untuk dia memberitahu pada Mytrice.Dia tahu keadaan sekarang tidak sesuai lagi.Dia mahu Mytrice betul-betul sembuh dari luka kemudian barulah dia akan memberitahu semua itu.

"Riley tu baik orangnya.Dia selalu bantu saya.Ibu dan ayah Riley pula dah anggap saya macam keluarga.Baju ni ibu Riley yang bagi.Perhiasan ni pula Riley beli tadi.Ringkasnya Riley tu orangnya baik.Sky kalau awak dah kaya nanti awak jangan lupakan saya sehingga saya dapat balas semula kebaikan awak.Saya takut awak tak nak berkawan lagi dengan saya bila awak dah kaya nanti.Ermm..lukisan tu saya lukis semasa saya berdiri kat depan tu.Cantik sangat saya tengok bunga peony tu.Sebab tu saya lukis."

Pujian Mytrice kepada Riley sedikit sebanyak membuat Kyle bersedih.Dia mahu hanya dia satu-satunya tempat untuk Mytrice meminta pertolongan.Namun dia buntu memikirkan bagaimana dia mahu membawa Mytrice ke rumahnya.Dia takut jika Mytrice terlalu rapat dengan Riley,dirinya perlahan-lahan akan dilupakan.Tetapi Mytrice tidak melihat perubahan wajah Kyle.Matanya terlalu fokus dengan lukisan yang ditunjuk oleh Kyle.

"Kalau saya ada kesempatan,saya nak jumpa dengan Riley.Dari nada awak bercakap tentang Riley tentu dia orang yang baik.Peony, boleh tak saya tambah lukisan tu?saya lihat awak suka sangat tengok bunga kat taman ni.Awak tak nak tahu ke tempat yang paling saya suka?."

Kyle bergerak ke arah lukisan itu.Sebelah tangannya diletakkan di belakang seperti sedang memberi isyarat.Namun Mytrice tidak melihat isyarat tangan Kyle.Matanya tidak lepas dari melihat jari-jemari Kyle yang sedang sibuk melukis.Pertanyaan Kyle juga dibiarkan sepi.Dia terdiam saat melihat lukisan itu kerana sudah lama dia tidak datang ke sana.Entah mengapa hatinya terasa sebak.

"Sky..kawasan pondok nenek saya ni awak ingat betul.Tak ada satu pun yang kurang.Saya pula sibuk nak lukis tempat baru."

Sedih pula Mytrice melihat lukisan itu.Kyle yang tidak pernah tinggal di sana pun menyukai suasana di sana.Hanya dia sahaja yang mencari tempat yang sempurna.Mungkin kerana hidupnya di Villa terlalu pahit menyebabkan dia mahu keluar dari sana.

"Peony..tempat tu sangat bermakna bagi saya.Saya tak akan menemukan kenangan indah seperti yang saya alami dulu di tempat lain,dan di situ juga saya berjumpa dengan awak buat kali pertama.Peony,tak salah mencari tempat baru untuk dilihat.Tak salah juga untuk mengagumi tempat baru yang awak sukai kerana tak bermakna awak lupa tempat lama.Hak awak untuk berfikirkan seperti itu.Cuma bagi saya tempat tinggal awak tu sangat istimewa.Memandangkan kita berdua lukis lukisan ni,apa kata kita namakan lukisan ni sebagai 'berbeza pandangan'."

Terdiam seketika Mytrice bila dia mendengar Kyle mulai bercakap serius.Dia tidak menyangka yang Kyle itu berfikiran agak matang.Manakala Kyle pula tersenyum kecil.Gembira dia bila mulut Mytrice sudah tidak menyebut nama Riley lagi.Sungguh dia tidak selesa bila mendengar Mytrice memuji nama lelaki lain di hadapannya.

"Sky..saya harap suatu hari nanti kita dapat kembali ke sana lagi.Bagus juga idea awak tu tak terfikir pula saya.Apa kata kat bawah tajuk lukisan tu kita tulis 'you&me'.Lukisan ni akan menjadi kenangan untuk kita berdua..hei... sky..tu..tu lukisan wajah kita..budak remaja tu bawa lari..."

"Peony..tunggu.."

Mytrice mengejar seorang budak remaja lelaki yang mencuri lukisan wajah dia dan Kyle.Wajah budak remaja lelaki itu tidak kelihatan kerana dia menutup kepalanya dengan kain.Lukisan itu sangat berharga bagi Mytrice.Dia mengejar sehingga dia tidak menyedari dirinya sudah keluar dari taman bunga.Malahan suara Kyle tidak lagi didengari.Matanya mencari-cari kelibat budak lelaki itu.Namun hampa kerana kelibat budak lelaki itu sudah hilang.

"Peony awak tak patut gadaikan nyawa awak hanya disebabkan lukisan tu.Awak tahu tak,orang kat sini ramai yang tak baik dari yang baik?saya risaukan keselamatan awak.Kalau awak nak lukisan seperti tu,saya boleh lukis semula.Peony..awak..awak buat saya risau."

Kyle menarik tangan Mytrice lalu dipeluknya tubuh Mytrice yang kelihatan sedih.Air matanya jatuh kerana dia betul-betul sayangkan lukisan itu.Namun dia berasa bersalah kerana sering sahaja menyusahkan Kyle.

"Sky..saya minta maaf..lukisan tu..saya sayang lukisan tu."

"Dah..dah..Peony jangan menangis lagi.Nanti kita boleh lukis lukisan serupa macam tu lagi.Selagi kita berdua ada, lukisan macam tu kita boleh hasilkan semula.Kalau awak nak saya boleh datang ke Villa Sakura,saya akan datang bila-bila masa awak perlukan saya.Awak jangan buat macam ni lagi tau.Nanti terjadi sesuatu yang tak baik kat awak,sedih saya."

"Sky..lukisan kita tadi?.."

"Peony..jangan risau.Kawan saya ada kat sana untuk jaga lukisan tu.Peony dari tadi saya tak nampak awak makan.Apa kata kita pergi makan di restaurant bersebelahan dengan Manor Celeste tu?."

Mytrice melihat ke arah Kyle.Tangan Kyle kemudian menyeka air mata Mytrice yang masih bersisa.Terfikir juga Kyle untuk membawa Mytrice makan ke restaurant lain.Tetapi dia tahu yang Mytrice menggemari masakan ibunya.Restoran terkenal itu pula adalah milik ibunya yang digelar restauran choyle.Nama restaurant itu sempena gabungan nama dia dan ibunya.

"Kawan awak tak kisah ke tunggu lama?Erm..boleh..tapi biar saya yang belanja awak makan.Lupa pula saya dengan janji saya dulu.Kebetulan saya diberi gaji awal."

Kyle kemudian menarik tangan Mytrice masuk ke dalam pedati kuda mewah untuk bergerak ke restaurant Cholye.Dalam kepala Mytrice sempat lagi dia mengira wangnya.Dia yakin wang simpanannya cukup untuk membelanja Kyle makan.Tetapi seketika kemudian wajahnya berkerut.Dia memandang ke arah penunggang pedati kuda kemudian beralih ke arah Kyle.

"Peony?awak ada nak tanya sesuatu pada saya ke?"

Kyle seperti dapat membaca fikiran Mytrice yang melihat ke arahnya.Terasa lucu pula dia melihat Mytrice yang mahu bercakap sesuatu dengannya tetapi suaranya seperti tersekat di leher sahaja.

"Sky..ermm.. selalunya kat sini,kalau kita naik pedati kuda mewah macam ni berapa nak bayar?."Teragak-agak Mytrice bertanya.

"Kalau pedati kuda yang kita naik sekarang percuma.Sebab muka awak cantik."Kyle ketawa kecil usai menjawab soalan Mytrice.

"Sky..awak bergurau dengan saya ke?."

"Tak..dia tak bergurau dengan adik..saya memang hantar kamu berdua tanpa meminta bayaran kerana wajah adik yang cantik."

Penunggang pedati kuda itu menjawab soalan Mytrice.Terdengar lagi suara ketawa penunggang pedati kuda itu.Kyle pula cuba menahan ketawa.Kasihan pula dia melihat wajah Mytrice yang bingung itu.

"Abang terima kasih ya..Sky..erm..pelik juga tinggal kat sini.Tak pernah lagi kat bandar Medion orang buat macam ni.Selalu kita kena bayar kalau kita naik pedati kuda."

Mytrice mengosok-gosok perlahan dahinya.Dia berasa tidak masuk akal pula dengan jawaban dari penunggang pedati kuda itu.Namun dia tidak mahu bertanya kerana dia takut pertanyaannya nanti akan menyingung perasaan mereka.

"Tak pelik pun Peony.Saya dah cakap tadi sebab muka awak cantik.Satu lagi,awak akan selalu mendapat layanan macam ni bila awak dengan saya.Sebab saya tampan dan awak cantik.Sesuai sangat.Eh?peony pedati kuda dah berhenti.Kita dah sampai agaknya."

Kyle turun dahulu kemudian dia menghulurkan tangan untuk membantu Mytrice turun.Penunggang pedati kuda itu hanya memerhati kelakuan Kyle.Terasa pelik pula dia kerana ini baru pertama kali dia melihat Kyle memberi layanan yang terbaik kepada orang lain.

Sebaik sahaja mereka turun,dia meletakkan pedati kuda di sebelah kiri restaurant cholye.Kebiasaanya di sanalah dia meletakkan pedati kuda sementara menunggu Kyle keluar walaupun rumah Kyle hanya bersebelahan sahaja dengan restaurant terkenal itu.

Langkah kaki Mytrice pula terhenti seketika saat matanya melihat ke arah restaurant yang dimaksudkan oleh Kyle.Berfikir dia jika dia dapat membayar harga makanan yang ada di sini atau tidak.Namun mengingat wang simpanannya dan wang belanja yang diberi oleh Riley,dia yakin wangnya cukup untuk membayar makanan mereka berdua.

"Peony kenapa ni?awak tak nak masuk ke?."

"Err..tak..cuma kepala saya pening sedikit.Mari masuk.Erm..kyle..orang macam saya boleh masuk tempat macam ni ke?."

Risau pula Mytrice jika dia dihalau keluar seperti apa yang terjadi sewaktu dia berkunjung ke galeri lukisan dulu.Sejak dari peristiwa itu,dia menjadi takut mahu masuk ke kedai atau restaurant mewah tanpa Roselyn atau Daria menemani.

"Awak boleh tahan ke?kalau sakit sangat lain kali sahaja saya bawa awak kat sini.Peony..siapa kata awak tak boleh masuk tempat ni?selagi saya ada,takkan ada sesiapa yang berani halau awak dari masuk sini."

Kyle meletakkan tapak tangannya pada kepala Mytrice.Namun suhu badan Mytrice hanya terasa sejuk.Mungkin juga kerana Mytrice terlalu penat mengejar budak yang mencuri lukisan mereka tadi.Dia berasa bersalah pula melihat Mytrice.

"Boleh..awak jangan risau.Saya dah janji nak belanja awak makan.Saya tak boleh ingkar janji."

"Hmm..Peony..tunggu sekejap.Awak nampak cantik bila awak tutup kepala awak guna kain tadi.Mari saya tolong betulkan."

Kyle kemudian menutup kepala Mytrice menggunakan Kain.Dia sebenarnya mahu Mytrice menanggalkan sahaja kain itu,tetapi dia tidak mahu Mytrice menjadi sasaran musuh perniagaan ayahnya.Dia tidak mahu mereka melihat wajah Mytrice untuk keselamatan Mytrice.

"Awak lagi pandai betulkan kain ni dari saya."kata Mytrice tersenyum ke arah Kyle.

Tangannya yang masih dalam genggaman Kyle ditarik lembut.Seperti biasa, Kyle membawa Mytrice duduk di kerusi yang hanya dikhaskan untuk pelanggan penting yang datang ke sana untuk makan.Tempat itu terletak di tingkat satu.Setelah sampai, Kyle menarik tempat duduk lalu menjemput Mytrice untuk duduk.Dia kemudian duduk di hadapan Mytrice.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience