Series
696
Mytrice mengelap peluh yang sudah mulai menitik di wajahnya.Cuaca sudah agak panas sedikit.Dia mahu mencari tempat untuk dia berlindung kerana sudah beberapa jam dia menunggu,tetapi Riley belum juga datang.Dia mahu berjalan namun kakinya terasa malas mahu melangkah jauh.Sedang dia berfikir,dia terlihat sebuah pokok Wisteria yang sedang berbunga lebat tidak jauh darinya.
Dia kemudian menyusun peralatan melukis,lalu perlahan-lahan kakinya bergerak menujuk ke arah pokok wisteria itu.Sesampainya dia di situ,dia duduk sebentar di kerusi yang disediakan di situ.Matanya ditutup sebentar sambil merasakan hembusan bayu yang meniup lembut wajahnya.Dia berasa tenang seketika.Beberapa kuntum bunga wisteria jatuh di wajahnya.Namun dia biarkan sahaja.
Saat dia menutup mata,dia tiba-tiba terbayangkan wajah Kyle yang sedang tersenyum ke arahnya.Dia masih ingat senyuman Kyle semasa Kyle datang ke pondok tempat tinggal neneknya.Entah mengapa dia berasa rindu dengan gelak tawa Kyle.Dia kemudian perlahan-lahan membuka matanya apabila dia sudah berasa tenang.Dia tidak mahu fikirannya asyik memikirkan tentang Kyle.
Perlahan-lahan dia mengambil kertas lalu mulai melukis wajah Kyle yang ada dalam imaginasinya sebentar tadi.Dia cukup teliti melukis segala apa yang dia fikirkan tentang Kyle.Apabila siap,dia tertawa sendiri bila melihat lukisannya yang sudah semakin cantik.Dia berdiri sebentar sambil melihat keindahan pokok Wisteria.Tangannya mengambil bunga wisteria yang gugur lalu dibawanya bunga itu pada lukisan wajah Kyle.Dia cuba meletakkan bunga itu di sebelah lukisan wajah Kyle.Namun angin yang agak kuat menerbangkan bunga itu.
Dia membiarkan sahaja bunga wisteria itu dibawa angin.Lukisan itu pula dipegangnya agar tidak terjatuh.Disebabkan dia mahu menjaga lukisan itu dari diterbangkan angin yang kuat,dia tidak dapat menangkap kain yang diberi oleh Riley sebentar tadi untuk menutup kepalanya.Kain itu terbang ditiup angin.Dia segera membawa lukisan itu lalu bergerak mengambil kain yang terjatuh beberapa meter dari tempat dia melukis tadi.
Keluhan kecil kedengaran terluah dari bibirnya.Dia membongkok untuk mengambil kain milik Riley itu.Sebaik sahaja tangannya mencapai kain itu,dia mulai berdiri lalu mahu berpusing.Namun pergerakan kakinya dihentikan oleh seseorang.Mytrice terdiam seketika apabila hidungnya mulai menghidu haruman minyak wangi yang pernah dihidunya sebelum ini.Serentak itu hatinya mula berdebar-debar.Dia takut jika dia dimarah kerana dia terlanggar tanpa sengaja orang yang ada di belakangnya sekarang.Dia cuba untuk berpusing.Namun badannya ditahan.
"Jangan berpusing ke belakang.Biar tangan saya yang akan memimpin awak sehingga awak sampak ke destinasi tujuan awak."
Suatu suara kedengaran berbisik di telinganya.Dia kenal suara itu.Namun dia takut jika dia tersilap orang.
"Sky..awak..ke tu?."
Kyle tidak terus menjawab soalan Mytrice. Sebaliknya dia mengambil kain yang ada di tangan Mytrice lalu mulai menutup mata Mytrice.Tangannya menyentuh lembut tangan Mytrice yang masih memegang lukisan.Nafasnya bagai terhenti apabila melihat lukisan itu adalah wajahnya sendiri.Dia kemudian menarik Mytrice pada dakapannya.
"Saya tak pasti jika saya orang yang awak cari.Saya dah lama perhatikan awak tadi.Tapi awak tak pernah sedar kehadiran saya.Awak rindu dengan wajah yang ada dalam lukisan ni ke?cantik lukisan ni.Tapi ada sesuatu yang kurang."
"Awak kenal dengan wajah pada lukisan ni ke?maaf saya mungkin tersilap orang tapi suara awak hampir sama dengan suara seseorang yang saya kenali."
Mytrice mulai takut.Dia tidak tahu apa niat orang tersebut mahu menutup matanya.Dia menyangka Kyle yang ada di belakangnya tadi.Oleh sebab itu dia membiarkan sahaja matanya ditutup.Tetapi bila lelaki itu seperti berteka-teki dengannya,dia mulai risau.Namun dalam masa yang sama dia berasa hairan kerana bila dia berada dekat dengan lelaki itu hatinya terasa tenang.
"Hmmm..sangat kenal.Apa hubungan awak dengan orang tu?siapa dia bagi awak?..awak..awak ikut sahaja arahan saya.Nanti penutup mata awak tu saya akan buka nanti."
"Dia kawan pertama saya.Dia sangat baik.Setiap kali saya bersama dia,saya berasa tenang.Pendek kata,dia seseorang yang sangat penting bagi saya.Hmm..baik saya ikut arahan awak.Tapi awak tak berniat jahat pada saya kan?kalau awak kenal wajah dalam lukisan ni,awak pun mesti baik macam dia.Saya yakin."
Kyle membawa Mytrice ke tempat Mytrice melukis tadi.Hampir sahaja dia tertawa melihat Mytrice yang kelihatan takut.Dia tidak ingin melakukan Mytrice seperti itu.Tetapi dia ingin tahu siapa dia di hati Mytrice.Dia mahu bertanya,tetapi lidahnya kelu untuk berbicara ketika Mytrice melihat ke arahnya.Sebab itu dia menutup mata Mytrice.
"Tekaan awak kali ni betul.Saya dan wajah dalam lukisan ni memang sama perangai.Terutama kepada orang yang memiliki wajah yang cantik seperti awak.Awak jangan bergerak.Nanti saya sempurnakan lukisan awak ni agar wajah yang ada pada lukisan ni tak keseorangan."
Tangan Kyle mulai memegang berus.Dia menarik Mytrice di tengah antara dia dan lukisan.Matanya melirik ke arah Mytrice yang sedang tersenyum-senyum ketika dia mulai melukis.Setengah jam berlalu,Kyle akhirnya siap melukis.Walaupun dia tidak suka melukis,namun dia tetap menyiapkan lukisan itu dengan sempurna.Sebaik dia siap dia membuka perlahan kain yang menutupi mata Mytrice.
Terpempan Mytrice melihat lukisan itu.Lukisan tadi yang hanya mempunyai wajah Kyle kini sudah mempunyai teman iaitu wajahnya sendiri.Dalam lukisan itu Kyle kelihatan sedang duduk sambil tersenyum ke arahnya yang sedang tidur pada pangkuan Kyle.Suasana dalam lukisan itu mirip seperti sekarang.Bunga Wisteria kelihatan berjatuhan ditiup angin.
Mytrice menoleh ke belakang.Dadanya berdebar-debar.Dia teringin sekali melihat pelukis itu.Kelihatan Kyle berdiri sambil tersenyum manis ke arahnya.Mytrice terkaku seketika.Kyle terlalu tampan pada pandangan matanya.Baru pertama kali dia melihat Kyle berpakaian seperti itu.Dia seperti tidak percaya yang Kyle itu juga hanya bekerja sebagai pembantu.
"Sky?..awak..urm..tadi dah betul tekaan saya.Tapi kenapa awak..hmm..tak apa lah.Lupakan saja."Mytrice memandang ke bawah.Malu pula dia direnung Kyle.
"Saya saja bergurau dengan awak.Awak suka tak lukisan tu?.Peony awak ni misteri betul.Sekejap awak kat bandar Medion,sekejap awak kat sini.Awak ada sembunyikan sesuatu dari saya ke?."
Kyle memegang dagu Mytrice agar Mytrice memandang ke arahnya.Dia belum puas mahu merenung wajah Mytrice yang jelita itu.Jika diikutikan hati mahu sahaja dia membawa Mytrice balik ke rumah.Namun dia tahu yang Mary tetap mahu tinggal di Villa Sakura.
"Awak buat saya takut.Sky awak tak pernah cerita saya yang awak pandai melukis.Segan pula saya dengan awak.Lukisan awak lebih cantik dari lukisan saya.Sky..boleh tak saya ambil lukisan ni?.Awak terlalu berfikir banyak sky.Saya ni kerja dengan orang.Kalau tuan tempat saya kerja tu bawa saya ke sini,ke sini lah saya.Saya tak boleh membantah."
Mytrice tersenyum kecil.Redup sahaja matanya membalas pandangan mata Kyle.Melihat tindak balas Mytrice,membuat Kyle tersentak.Tangannya dengan perlahan dilepaskan dari dagu Mytrice.Dia mengelus perlahan rambut Mytrice yang diikat reben .Kecantikan Mytrice semakin terserlah kerana baju yang dipakainya itu sesuai sangat dengan Mytrice.
"Maaf..saya tak berniat takutkan awak tadi.Peony,lukisan awak tu dah semakin cantik.Saya hanya tambah sedikit sahaja.Erm.. saya bercadang nak ambil lukisan ni.Tapi..kalau awak nak lukisan ni saya beri pada awak.Peony kalau saya kaya awak nak tak kerja dengan saya?."
Simpati pula Kyle mendengar cerita dari Mytrice.Dia terlupa pula yang Mytrice ada memberitahu dia tentang kerjanya di bandar Medion.Dia menyangka Mytrice hanya bergurau.Ternyata semua itu benar.Risau pula dia jika mereka mengambil kesempatan kepada Mytrice.
"Tapi awak tahu Sky.Biarpun tadi saya takut,tapi saya rasa tenang bila saya dekat dengan awak.Jadi awak tak perlu minta maaf pada saya.Hmm..sebenarnya Sky.. lukisan saya bertambah baik sebab anak majikan saya yang banyak mengajar saya bagaimana nak melukis.Namanya Riley.Dia yang bawa saya kat sini.Tapi memandangkan dia ada urusan lain,saya tunggu dia kat sini sambil melukis.Barang-barang melukis ni kepunyaan Riley.Sky..saya nak lukisan ni juga.Saya yakin awak mesti boleh lukis semula lukisan sama seperti ni.Sky kalau awak kaya saya tak nak kerja dengan awak.Nanti kita mesti tak dapat berkawan macam ni lagi.Selalunya anak orang kaya tak mahu berkawan dengan budak kotor macam saya."
Mytrice melihat sebentar ke arah lukisan itu.Dia benar-benar mahukan lukisan itu.Mungkin lukisan itu akan menjadi kenangan untuk mereka berdua bila mereka sudah dewasa kelak.Dia mahu mengingat semua kebaikan Kyle melalui lukisan itu.Dia takut jika dia terlupa wajah Kyle bila mereka tidak dapat bertemu lagi.Neneknya selalu berpesan kepadanya yang budi baik orang harus dibayar.Dia selalu ingat tentang kata-kata neneknya itu.Terlalu banyak pertolongan dari Kyle yang belum dibalas.Dia mahu membalas semua yang Kyle pernah lakukan kepadanya.
"Awak tahu Peony,jawaban awak buat saya gembira.Riley?Riley?nama tu awak pernah sebut sebelum ni.Tapi saya tak pernah jumpa lagi dengan pemilik nama tu.Peony awak harus yakin dengan saya.Biarpun saya kaya nanti,mata dan fikiran saya ni hanya tertuju kat awak.Hanya awak yang tak sedar kelebihan awak yang menjadi daya penarik orang.Jadi,awak jangan anggap awak tu kotor.Di mata saya awak cukup sempurna Peony."
Kyle memegang tangan Mytrice.Terfikir juga dia tentang apa yang sudah dilalui Mytrice sehingga dia kelihatan trauma dengan orang kaya.Mungkin juga kerana peristiwa seperti yang dilihatnya dahulu sering berlaku kepada Mytrice.Namun jauh di sudut hatinya,dia mahu membuktikan kepada Mytrice yang dia lebih baik dari mereka.Tetapi sekarang nama Riley yang bermain-main di kepalanya.Entah mengapa dia cemburu mendengar Mytrice menyebut nama lain di hadapannya.
"Ermm..betul.Saya pernah beritahu awak semasa kita berjumpa kat sekolah awak.Sky..Ermm..saya minta maaf sebab tak dapat tunggu awak.Masa tu Riley nak cepat.Saya tak ada pilihan kerana saya hanya menumpang pedati kuda milik Riley.Sky..saya doakan agar impian awak untuk menjadi orang kaya akan tercapai kerana saya yakin awak berbeza dengan orang lain."
"Oh?.. hampir saya terlupa fasal tu.Tak apa Peony.Salah saya juga kerana saya terlambat pergi berjumpa dengan awak.Dia ermm..maksud saya Riley tu macam mana perangainya?.Hahaha..Peony saya yakin doa awak dah dimakbulkan.Eh?..tu awak yang lukis ke?."
Share this novel