Chapter 71.3

Mature Content Series 586

"Riley nanti dulu,ibu dan ayah awak kat mana?."

Pelik pula Mytrice apabila hanya mereka berdua sahaja berjalan.Sedangkan ibu dan ayah Riley tidak kelihatan.Dia tahu yang kadang-kala Riley agak nakal.Dia tidak mahu Daria tercari-cari mereka nanti.

"Mereka ada jemputan dari kawan mereka.Ibu sempat jumpa saya tadi.Dia minta maaf kerana dia tak dapat bawa kita pergi berjalan-jalan.Trice,awak lapar lagi ke?kalau ya..saya nak bawa awak kat kedai makan kat sebelah taman ni.Nasib baik cuaca sekarang tak panas.Saya lupa pula beli payung."

"Oh..tak apa.Jemputan tu lagi penting.Saya masih kenyang lagi Riley.Awak lupa ke hampir semua makanan yang dijual tadi awak bagi saya makan.Perut saya ni dah tak boleh masuk makanan lagi.Riley ni ke taman yang awak maksudkan?"

Riley tersenyum ke arah Mytrice.Entah mengapa matanya tidak dapat dilarikan dari terus memandang wajah Mytrice.Dia agak malu sedikit apabila Mytrice tiba-tiba memandang ke arahnya dengan wajah tenang.

"Erm..kita bukan selalu ada peluang nak datang kat sini.Kalau boleh,saya nak awak rasa semua makanan yang dijual kat sini..ini lah taman yang saya maksudkan.Mari kita masuk kat dalam."

Riley menarik tangan Mytrice agar mengikutinya.Telinganya kelihatan merah sekali kerana dia malu dengan tindakannya sendiri.Namun tidak pula dia mahu melepaskan tangan Mytrice dari genggamannya.

Mytrice pula agak terpaku melihat taman itu yang dipenuhi dengan berbagai jenis bunga.Terdapat beberapa pancuran air dan kerusi untuk diduduki oleh pengunjung taman.Tidak seperti taman yang ada di bandar Medion,taman di bandar Athenil sangat besar dan cantik.Dia ingin sekali membawa neneknya datang berkunjung di sini suatu hari nanti.Riley pula tersenyum bangga apabila melihat wajah gembira Mytrice.Dia sangat menyukai perangai Mytrice yang cepat teruja walaupun hanya perkara kecil.

"Riley..Riley..mari pergi ke sana..tengok tu bunga peony..Riley..mari..cepat ikut saya."

"Trice jangan berlari laju sangat.Jatuh nanti.Bunga tu tetap kekal kat sana.Tak lari pun."

Riley tergelak kecil melihat tingkah-laku Mytrice.Namun jauh di sudut hatinya dia bahagia melihat perangai Mytrice yang jarang-jarang dapat dilihat.

"Riley boleh tak saya duduk melukis kat sini?cantik sangat tempat ni."

"Boleh.Tapi awak pasti akan rasa penat sedikit kerana kat sini tak ada kerusi untuk awak duduk.Mari saya tolong awak keluarkan alat-alat melukis.Kebetulan pula saya ada bawa alat melukis saya.Lebih baik awak guna tempat saya."

Riley membuka beg besar yang dipegangnya lalu diletakkan di hadapan Mytrice yang sedang sibuk mengumpul bunga peony yang sedang berguguran berhampiran kakinya.

"Riley terima kasih sebab awak dah bawa saya kat sini.Nah bunga untuk awak.Tadi saya sempat beli bunga ros putih.Awak tahu kenapa saya beli awak bunga ros putih?sebab hati awak macam ni lah baik dan bersih."

"Trice awak ni buat saya malu.Ada ke perempuan yang bagi lelaki bunga.Tapi tak apa.Saya ambil juga.Dulu saya dah janji nak bawa awak datang ke sini.Saya tak nak ingkar janji.Lebih-lebih lagi dengan awak.Oh ya Trice boleh tak awak tunggu saya kat sini sebentar.Ada benda saya nak pergi ambil.Tapi kalau awak nak ikut saya boleh juga."

Riley bercakap sambil menghidu haruman bunga ros putih yang diberi oleh Mytrice kepadanya.Dia pasti akan menyimpan hadiah dari Mytrice itu walaupun bunga itu akan kering kerana ia adalah hadiah pertama dari Mytrice kepadanya.

"Hmm..tak apa saya tunggu awak di sini sahaja.Tapi awak janji tau yang awak tak akan tinggalkan saya kat sini.Kalau awak tak datang sampai ke malam,saya balik sendiri."

Mytrice terfikir mahu mengikut Riley berjalan.Namun dia tidak mahu menyusahkan Riley kerana dia berjalan agak perlahan dari Riley.Lagipun matanya sudah tertarik dengan keindahan taman yang dipenuhi bunga Peony itu.Dia mahu duduk di sana.

"Hahaha..Trice dalam fikiran awak saya ni jahat sangat ke?saya tak pernah terfikir lagi nak buat awak macam tu.Kalau saya terlalu lama dan awak pula mulai bosan menunggu,awak boleh pergi berjalan-jalan.Tapi awak mesti balik ke sini semula kerana saya akan kembali ke sini untuk bawa awak balik.Trice nanti bila saya dah siap saya nak melukis kat sini juga.Saya jalan tak lama sangat.Ingat pesan saya tau."

Riley merenung sebentar ke arah Mytrice lalu mulai berjalan.Semakin lama dia di sana,semakin berat hatinya mahu meninggalkan Mytrice berseorangan di situ.Tetapi dari pengalamannya yang kerap datang ke sini,belum pernah lagi dia diganggu kerana mereka yang datang ke sini hanya mahu merehatkan kepala yang berserabut.

Beberapa lama berjalan,Riley berhenti melangkah.Dia melihat ke arah Mytrice yang termenung jauh melihat ke arah bunga-bunga Peony yang sedang berkembang mekar.Tangannya sedang memegang berus.Teringin juga dia mahu melihat lukisan Mytrice.Namun dia harus menahan keinginannya.

Sejam kemudian,Riley sampai ke sebuah bangunan tempat mengambil barang untuk apa-apa barangan yang dipesan dari luar kawasan bandar Athenil.Dia mengeluh perlahan.Barisan terlalu panjang.Ramai sangat orang yang mahu mengambil barang.Keluhannya menarik perhatian orang yang ada di depannya.Dia berpusing lalu memberi Riley makanan ringan agar tidak terlalu bosan untuk menunggu.Kedua-duanya tertawa kecil apabila menyedari mereka saling mengenali.

"Riley awak tak ikut ibu dan ayah awak pergi ke rumah kami ke?."

"Maaf saya tak dapat pergi.Saya bawa kawan istimewa saya pergi bersiar-siar kat sini.Lagipun minggu depan akan diadakan pameran lukisan kat sekolah.Saya nak cari idea untuk melukis.Sudah sepuluh lukisan saya hantar.Tapi pengajar kami masih tak puas hati.Kebetulan kawan saya tu pandai melukis.Kalau saya dengan dia bersama, ada sahaja idea saya nak melukis.Awak kenapa masih kat sini?bukan ayah awak datang kat rumah ke?."

Hairan pula Riley melihat kelibat Julien yang masih berlegar-legar di bandar Athenil, sedangkan di rumah mereka sedang diadakan majlis untuk menyambut kedatangan ayah mereka.

"Tak pernah saya dengar awak cakap macam ni Riley.Mana orang tu?saya teringin juga nak kenal.Dari pagi saya berbaris kat sini Riley.Nasib baik barisan dah pendek.Kalau awak tengok tadi rasa nak balik sahaja.Tapi saya ada pesan hadiah untuk ayah saya dari pulau Epeltus.Kalau saya tak ambil sekarang entah bila lagi saya dapat beri pada ayah saya.Awak tahu lah,ayah saya tu jarang sangat datang pergi melawat kami.Tapi kami faham juga yang ayah ada keluarga lain."

Julien memandang sebentar ke hadapan.Bibirnya menguntum senyuman.Tinggal sebelas orang lagi di hadapannya sekarang.Tidak sabar pula dia mahu balik ke rumah.Kakaknya Emmet pasti sudah mencari-cari dirinya.

"Hahaha.. saya pun baru sahaja kenal dengan kawan saya tu.Dia sedang melukis kat taman.Kalau saya tahu awak ada kat sini, dah lama saya bawa dia untuk berjumpa dengan awak.Tapi awak jangan terpikat pula.Dia tu bakal isteri saya nanti.Tak tahu pula saya yang ayah awak ada keluarga lain.Tapi saya tak hairan sangat dengan orang kaya ni.Mereka banyak keluarga lain.Tapi awak jangan terasa pula.Saya tak maksudkan yang tak baik."

Riley memegang bahu Julien.Mulutnya itu kadang-kala tidak bertapis.Dia selalu sahaja berkata-kata tanpa memikirkan perasaan orang lain.Perangainya itu sering ditegur oleh ibunya.Apatah lagi sejak Mytrice ada bersama mereka.Namun bukan senang dia mahu berubah.Pasti ada juga kata-katanya yang mengguris perasaan orang.

"Oh ya..teringat tentang kawan..hari tu awak ada bawa kawan perempuan semasa pertandingan memanah.Siapa nama dia?.Riley saya tak pernah pun terasa hati dengan kata-kata awak.Tapi awak dah banyak berubah Riley.Fikiran awak semakin matang dari dulu."

Tiba-tiba sahaja dia teringat tentang Mytrice yang menaiki pedati kuda milik Riley.Tetapi lebih baik dia bertanya dulu kepada Riley siapa budak perempuan itu.Manalah tahu dia tersilap orang.Dia tidak mahu pula ditertawakan oleh Riley.

"Awak ada nampak juga ke?kenapa awak tak tegur.Dia lah yang saya maksudkan.Nama dia May.Nanti kalau awak ada peluang untuk jumpa dia lagi,awak panggil dia May.Kita dah meningkat remaja takkan awak nak saya kekal dengan perangai dulu.Entah apa soalan awak ni Julien.Teruk sangat ke perangai saya dulu?."

Riley tersenyum kecil.Sebentar tadi dia mahu juga memberitahu Julien tentang Mytrice yang dia panggil sebagai Trice.Tapi baginya panggil Trice itu hanya dia dan keluarganya sahaja boleh memanggil Mytrice dengan nama seperti itu.Oleh sebab itu dia mahu Julien memanggil nama Mytrice dengan panggilan May.Dia tidak mahu mereka memanggil nama yang sama.

"Awak dah berjalan masa tu.Wajah kawan awak tu pun saya tak nampak dengan jelas.Hmm..saya tahu, dulu awak kurang keyakinan.Tapi mulut awak boleh tahan.Sampai Willstan tu pun boleh hilang sabar.Sekarang perangai awak dah jauh berbeza.Mesti kawan awak tu baik orangnya sehingga dia boleh ubah awak sampai jadi macam ni."

Julien mulai mengusik Riley.Bukan selalu dia dapat melihat wajah Riley yang berubah menjadi kemerahan kerana malu.Ternyata Riley sudah berjumpa dengan seseorang.Hanya dia sahaja yang masih mencari keberadaan Mytrice.Dia tahu Kyle juga menganggap Mytrice istimewa.Tetapi dia tidak mahu membiarkan Kyle menyakiti Mytrice, kerana sikap Kyle yang tidak pernah serius.Ternyata matanya sudah tersilap.Kawan Riley itu bukan orang yang dicari.

"Julien nama awak dah dipanggil tu.Cepat pergi ambil barang awak.Pekerja kat depan tu dah tengok awak."

Julien cepat-cepat bergerak ke depan apabila pekerja yang menjaga kaunter di hadapan sudah melihat ke arahnya.Dia kemudian mengambil barang yang dipesannya lalu dia menunggu Riley yang sedang mengambil barang.Apabila Riley sudah selesai dia meminta diri untuk balik.Riley pula sempat singgah di sebuah gerai menjual makanan.Dia membeli beberapa jenis makanan untuk diberikan kepada Mytrice.

Setelah selesai,dia mulai bergerak ke taman.Namun kakinya berhenti melangkah apabila dia terasa pergerakannya seperti sedang diekori.Dia berpura-pura tunduk untuk membetulkan tali kasutnya.Tetapi matanya sempat menjeling ke belakang.Telahannya benar.Dia melihat Willstan dan kawan-kawannya sedang mengekori dirinya.

Dia mahu bergerak menuju ke arah Mytrice.Namun dia tidak mahu mereka menganggu Mytrice.Dia kemudian mengambil keputusan untuk duduk makan di sebuah restoran berhampiran taman.Dia sengaja berlama-lama di situ agar mereka bosan menunggu.Namun kelibat mereka tetap ada di sana.

Dia tidak punya pilihan selain bergerak ke arah galeri lukisan kerana perutnya sudah terlalu kenyang.Dia mengambil masa yang lama untuk melihat lukisan yang terpampang di dinding.Dalam hatinya berkata bahawa suatu hari nanti, lukisannya juga akan ada di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience