"Riley kenapa awak tak tukar baju lagi.Mulut tu dari tadi asyik mengunyah makanan."
Daria menegur anaknya yang hanya berpakaian biasa sedangkan begitu banyak sekali dia menjahit baju cantik untuk dipakai oleh Riley.Namun tidak pernah pula dia melihat Riley memakai baju cantik kecuali dia mahu bertolak ke sekolah.
"Baju ni dah cukup cantik ibu.Buat apa saya nak tukar baju lain pula?baju ni tak kotor pun.Saya bukan selalu pakai baju ni."
Riley memerhati baju dan seluar yang dipakainya.Dia tidak berasa ada yang kurang pada pakaiannya.Lagipun untuk apa dia mahu menukar baju.Mereka hanya mahu berjalan di bandar Athenil.Bukannya pergi menghadiri sebarang majlis.
"Awak tak malu ke jalan guna baju tu?Trice tu dah lawa-lawa.Awak pula selekeh.Ambil baju ni.Awak tukar sekarang.Pasti ayah awak dah menunggu kehadiran kita."
"Hmm..yelah..yelah..mari bagi saya baju tu, nanti saya tukar kat bilik.Malu pula saya kalau Trice keluar tiba-tiba lalu dia lihat saya tak berpakaian."
Riley berjalan laju menuju ke biliknya.Daria hanya tersenyum kecil melihat kelakuan anaknya.Sejak kehadiran Mytrice,sikap anaknya itu berubah menjadi periang.Malah dia sudah pandai mengemaskan dirinya agar terlihat segak.Daria berasa gembira melihat perubahan Riley.
Beberapa minit selepas Riley masuk ke bilik, Mytrice pula keluar dengan memakai pakaian yang dijahit oleh Daria.Ternyata apa yang Daria bayangkan memang sesuai sangat dengan apa yang dilihatnya sekarang.Mytrice kelihatan cantik sekali memakai baju separas lutut bewarna biru putih.Dia kemudian mengikat separuh rambut Mytrice lalu dia letakkan reben pada rambut Mytrice .Sementara rambut yang terjuntai digulungnya sedikit.Dia berpuas hati melihat hasil tangannya.
Riley yang baru keluar terpegun seketika bila dia melihat kecantikan Mytrice.Kini baru dia faham mengapa ibunya menyuruh dia menukar pakaian.Baju yang dipakainya itu sedondon dengan baju yang dipakai oleh Mytrice.Sebelum mereka berangkat pergi,Riley mengambil sebuah kotak kecil,lalu segera bergerak ke arah pedati kuda.Dia semakin pandai mengenderai pedati kuda setelah beberapa lama bergerak untuk menghantar kemudian mengambil Mytrice dan ibunya.
Beberapa jam berlalu,ibunya pula menggantikan tempat Riley untuk mengenderai pedati kuda.Dia sengaja memberi ruang kepada Riley dan Mytrice untuk bercerita.Jika suatu hari nanti Riley memilih Mytrice,dia antara orang yang paling gembira kerana niatnya memang mahu melihat Mytrice dan Riley bersama selama-lamanya.
Dari jauh,Thom sudah tersenyum ke arah isterinya yang sedang menghampirinya.Sudah berkali-kali dia memberitahu isterinya agar tidak mengenderai pedati kuda lagi.Tetapi isterinya masih juga berdegil.Dia risau jika isterinya terjatuh lagi seperti apa yang telah berlaku beberapa tahun lalu.Nasib baik ketika itu datuk Willstan iaitu Shim kebetulan berjalan di sana lalu dia membantu isterinya.Jika tidak entah apa nasib isterinya itu.Kuda yang dinaikinya tiba-tiba bertindak ganas.Dia kemudian mengembalikan kuda itu kepada Shim.Shim kemudian menukar kuda itu tanpa meminta sebarang bayaran.
"Sayang,kenapa tak suruh Riley sahaja yang bawa pedati kuda ni?"
"Sayang ni.. bukannya selalu saya bawa pedati kuda.Biarlah budak tu rehat dulu.Selalu sangat saya jadi penumpang.Rindu pula saya nak menunggang kuda.Eh?..awal sayang tunggu kat sini.Siapa yang jaga jualan?."
Daria tersenyum manis ke arah suaminya.Dia tahu yang Thom masih lagi trauma dengan peristiwa yang menimpa dirinya dahulu.Namun sampai bila dia harus takut.Suatu hari nanti jika Riley sudah berkhawin dan berpindah rumah, siapa lagi yang akan menghantarnya untuk pergi berjualan?.
"Yelah..tapi jangan selalu sayang.Riley tu dah besar.Apa salahnya awak berehat.Hmm..Sejak dari awal pagi tadi lagi jualan saya dah habis sayang.Banyak orang dari Pulau Epeltus berkunjung kat sini.Mereka memborong habis jualan saya.Sayang hari ni Emmet kata nak buat makan-makan kat rumah mereka.Ayah mereka datang melawat.Saya dah belikan hadiah untuk mereka.Tinggal tunggu kata putus dari awak lagi."
Thom melihat ke arah isterinya yang seperti sedang berfikir.Manakala anaknya dan Mytrice pula sedang membeli makanan yang dijual di tepi jalan.Wajah Riley kelihatan gembira sekali saat dia bercerita dengan Mytrice.Matanya dari tadi asyik memandang ke arah Mytrice tanpa Mytrice sedari.Thom pula hanya mampu tersenyum kecil melihat tingkah-laku anaknya.Dia tahu dalam diam Riley menyukai Mytrice.
"Saya macam tak nak pergi.Tapi berat hati pula mahu menolak pelawaan dari Emmet tu.Teringin pula saya melihat wajah ayah Emmet.Katanya ayah mereka jarang sangat balik.Julien pun ada sekali ke?. Kebetulan Riley ada ikut kita.Mesti dia gembira dapat jumpa dengan Julien tu."
Daria termenung sebentar.Nampaknya dia terpaksa membatalkan rancangannya untuk membawa mereka pergi bersiar-siar di bandar Athenil.Dia terhutang budi pula dengan Emmet yang sudah banyak membantunya dulu.Terutamanya saat Emmet membantunya mencari kain yang murah untuk diborong.
"Sayang ada rancangan lain yang nak dibuat ke?kalau penting,nanti saya seorang sahaja yang pergi.Kalau Emmet cari sayang,nanti saya beritahu yang awak sibuk sedikit.Biasa lah kalau orang kaya ni sayang.Masa kat rumah memang sangat sedikit kerana sibuk nak uruskan perniagaan.Awak tengok sahaja Emmet,muda-muda dah ada perniagaan sendiri.Terkenal pula tu bakery milik dia.Julien tu saya tak pasti lagi.Tak ada pula saya tanya Emmet tadi.Macam kelam-kabut sahaja Emmet.Tak mahu pula saya menganggu dia."
"Tak lah penting sangat.Saya hanya nak bawa mereka berdua ni pergi bersiar-siar.Kasihan pula saya tengok mereka.Asyik terperap kat bandar Medion.Terutamanya Trice tu.Tapi tak apa lah,mungkin minggu depan baru hasrat saya tertunai.Emmet tu bukan selalu buat majlis makan-makan.Lebih baik kita sekeluarga datang ke sana.Awak pun dah beli hadiah.Membazir jika tak diberi pada mereka."
"Hmmm..saya ikut sayang sahaja ni.Tapi sayang tanya dulu Riley tu.Nak ke dia ikut ke rumah Emmet?Kalau tengok dari gaya anak kita ni teruja benar dia nak bawa Trice pergi berjalan-jalan."
"Sayang tunggu sekejap kat sini.Nanti saya tanya budak tu dulu."
Daria kemudian berjalan laju menuju ke arah Riley yang kelihatan sedang memilih gelang tangan.Namun Daria tidak pula melihat kelibat Mytrice.Matanya merenung sekeliling.Tetapi kerana terlalu ramai pengunjung,dia hanya melihat Riley sahaja.Dia mahu cepat.Dia tidak mahu Thom menunggu lama.
"Riley..Trice mana?tak nampak pula dia."
"Tu hah kat dalam kedai.Saya suruh pekerja kedai gelang ni pilih perhiasan yang sesuai dengan baju yang dipakai oleh Trice tu.Ayah kat mana?."
"Budak ni, ditinggalkan Trice tu seorang diri kat sana.Kenapa tak temankan Trice tu kat dalam.Ayah kat tempat letak pedati kuda.Riley ibu nak beritahu sesuatu.Mari berdiri dekat sedikit dengan ibu.Bising sangat ni."
Riley berhenti memilih gelang.Dia kemudian berjalan menghampiri ibunya yang ada di sebelah kanan.Matanya sempat mengerling ke arah Mytrice yang sedang berdiri di depan cermin sambil ditemani oleh pekerja kedai menjual perhiasan itu.
"Bukan Riley tak nak masuk.Tapi hanya perempuan sahaja boleh masuk kat dalam.Kalau tak,dengan muka tak malunya saya dah teman Trice tu kat dalam.Apa yang ibu nak beritahu?."
"Hahaha..perangai awak ni tak ubah macam perangai ayah awak ketika dia masih muda dulu.Awak ingat tak kawan awak yang bernama Julien tu?."
"Ibu saya kan anak ayah dan ibu,ke mana lagi perangai kamu berdua tu turun kalau bukan ke saya.Julien?ingat.Kenapa dengan dia ibu.Sakit ke?."
"Ada sahaja jawaban anak ibu ni.Tak,kak dia jemput kita ke rumah mereka hari ni.Ayah dah belikan hadiah untuk diberikan kepada mereka.Maaf ibu tak dapat bawa kamu berdua pergi berjalan-jalan.Nanti minggu depan ibu ambil masa rehat untuk bawa kamu berdua.Ayah pun ikut sekali."
Daria menjelaskan hal yang sebenar kepada Riley.Dia berasa bersalah pula kerana mengingkari janjinya.Namun dia tidak mahu pula Emmet bersedih kerana dia tidak datang.
"Ibu..boleh tak saya dan Trice tak ikut pergi sana?.Minggu depan sekolah saya ada pameran.Ada benda penting yang saya nak buat."
Riley mulai bersuara apabila sudah beberapa minit dia berdiam.Mahu juga dia berjumpa dengan Julien.Tetapi dia sudah berjanji dengan Mytrice yang dia akan membawa Mytrice berjalan di taman.Minggu depan dia agak sibuk kerana pameran lukisan.Dia bukan saja-saja datang ke sini.Dia mahu mencari idea untuk melukis.Lagipun dia ada memesan hadiah untuk diberikan pada ibu dan ayahnya serta Mytrice hasil dari wang kemenangan yang dia terima semasa pertandingan memanah.Dia mahu membuat kejutan untuk mereka bertiga.
"Riley ibu tak paksa.Tapi boleh ke awak jaga Trice?Bandar ni bukannya kecil.Ibu takut kamu tersesat."
"Ibu tak perlu risau.Saya dah biasa berjalan kat sini.Kalau ada apa-apa,nanti saya bawa Trice berlari ke arah penjaga bandar ni."
"Hmm..kalau macam tu ibu pergi dulu.Jangan balik lewat tau."
"Baik ibu.Sampaikan salam saya pada Julien."
Riley kemudian bergerak pergi apabila dia melihat Mytrice sudah keluar.Sementara itu Daria pula menuju ke arah Thom.Memang benar kata suaminya.Riley tidak mahu ikut bersama.Dia tidak mahu memaksa anaknya untuk pergi ke rumah Emmet.Sementara itu,Riley pula memandang lama ke arah Mytrice.Bibirnya mengukir senyuman.Perhiasan yang dipilih oleh pekerja itu sangat sesuai dengan Mytrice.Dia sangat berpuas hati melihat wajah Mytrice yang menawan itu.Dia kemudian membayar harga perhiasan itu lalu membawa Mytrice ke taman.
Share this novel