Hari ini Mytrice terlambat bangun kerana semalam dia sibuk menyusun dan membersihkan stor yang menjadi tempat tinggalnya.Lukisan yang telah siap itu digulungnya lalu diletakkan di dalam almari.Dia mahu melekatkan lukisan itu di dinding.Namun dia takut dimarah oleh Derick.Nanti jika dia berpeluang pergi ke pondok neneknya,dia akan membawa lukisan itu.Neneknya pasti gembira bila melihat lukisannya semakin cantik hasil daripada tunjuk ajar daripada Riley.
Dia bersiap ala kadar kerana Daria pasti akan memberinya baju apabila dia tiba di rumah mereka nanti.Selalunya Daria yang akan menentukan baju apa yang akan dia pakai hari ini.Malah rambutnya juga akan diurus oleh Daria.Dia mahu memberi Mytrice baju lagi.Tetapi Mytrice menolak untuk membawa balik kerana dia takut bajunya diambil oleh Donna lagi.Di rumah mereka,Daria sudah menyediakan sebuah almari tempat menyimpan baju-baju yang direkanya sendiri untuk dipakai oleh Mytrice.
Setelah selesai,dia berjalan cepat menuju ke pintu pagar.Dia sempat mengerling ke kiri dan kanan untuk memastikan Roselyn dan neneknya tiada di situ.Dia risau jika mereka melihat kelibatnya yang masih ada di kawasan Villa sedangkan dia sepatutnya sudah ke sekolah.
Sebaik sahaja dia keluar dari pintu pagar,dia menuju ke arah pedati kuda milik Riley yang sudah ada menunggu di luar pagar.Namun kelibat Riley tidak pula kelihatan.Dia berpusing untuk mencari Riley.Kakinya terhenti melangkah apabila melihat Roselyn sedang bercakap-cakap dengan Riley.Roselyn kelihatan terkejut apabila melihat kelibat Mytrice.Wajahnya terlihat berkerut.Terhenti seketika dia berbicara bersama Riley.
"May?awak tak pergi sekolah hari ni?.Ayl tinggalkan awak lagi ke?."
Bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Roselyn membuatkan Mytrice bingung mahu menjawab.Dia tidak tahu jawaban apa yang harus dia berikan pada Roselyn.Dia tahu Roselyn tidak mudah untuk dibohongi.
"Ermm..kak saya.."
"Kak.. sebenarnya saya nak bawa dia berkunjung kat galeri lukisan.Sekolah tempat saya belajar nak adakan pameran lukisan nanti.May pula dihantar sebagai wakil oleh sekolahnya untuk melihat dahulu lukisan yang akan kami pamerkan.Jadi saya bertanggungjawab untuk bawa May datang ke sekolah kami."
Cepat sungguh Riley menjawab.Dia tahu ada yang cuba disembunyikan oleh Mytrice dari pengetahuannya.Melihat wajah Mytrice yang kelihatan serba-salah mahu menjawab membuat dia terpanggil untuk membantu Mytrice.Dia kasihan melihat wajah Mytrice yang kelihatan bingung mahu menjawab soalan Roselyn.
"Oh..nasib baik awak ada untuk teman May ni Riley.May tak pernah lagi pergi berjalan-jalan sendiri sebelum ni.Risau pula kak dengan May.Awak tolong jaga May ya Riley."
"Baik kak..kak jangan risau,May akan selamat selagi dia bersama saya.Saya akan jaga dia dengan baik kak."
Riley menarik nafas panjang.Berdebar-debar dia mahu memberi alasan kepada Roselyn.Dia takut jika Roselyn tidak mempercayai kata-katanya.Namun melihat reaksi Roselyn yang tidak bertanya banyak membuat dia berasa lega.Terasa bersalah juga dia kerana menipu Roselyn.Namun kerana Mytrice dia sanggup melakukan apa sahaja.Dia tidak mahu menyalahkan Mytrice kerana dia tidak tahu apa masalah sebenar yang menimpa Mytrice.
"May jaga diri.Kak dah lama kenal dengan Riley ni.Awak dengar cakap dia ya.Kak minta maaf sebab kak dah lama tak jumpa May.Kak sibuk sangat sekarang.Kak terpaksa berulang-alik ke bandar Athenil.May awak ada wang belanja tak?Ni hah..wang 1000Ril untuk awak."
Roselyn menghampiri Mytrice lalu menghulurkan wang.Namun Mytrice menolak wang tersebut.Dia tidak mahu mengambil wang hasil dari kerja keras Roselyn bekerja.Dia tahu bagaimana rasanya penat bekerja untuk mencari wang.
"May kenapa tak ambil?nanti belanja awak pergi berjalan tak ada.Kak tak nak awak berlapar.Kak tak ada siapkan bekal untuk awak.Kalau kak tahu,kak dah masak awal."
Roselyn berkata dengan nada perlahan.Sedih juga dia kerana dia tidak sempat bercerita dengan Mytrice.Stor tempat tinggal Mytrice itu agak jauh.Kadang dia tidak sempat pergi ke sana kerana Elenor seperti sengaja menghantarnya untuk berurusan dengan pelanggan di bandar Athenil.Setiap hari ada sahaja barang yang dibeli oleh Elenor.Dia yang selalu disuruh untuk menguruskan pembayaran barang-barang yang dipesan oleh Elenor.
Dia ada mencari Mytrice di Villa.Namun baru hari ini dia tahu yang Mytrice sudah tidak dibenarkan masuk ke dalam Villa lagi .Biana yang memberitahu kepadanya.Dia ada bertanya juga mengapa Mytrice diperlakukan seperti itu.Namun Biana berkata semua itu atas arahan dari Derick.Roselyn hanya mampu menggeleng kepalanya.Entah mengapa Derick terlalu kejam dengan anaknya sendiri.Sedangkan Cosmas tidak pula diperlakukan seperti Mytrice.
"Saya masih ada wang kak.Saya tak nak pegang wang banyak.Kak simpan wang tu.Lagipun ibu Riley selalu beri saya makanan.Kalau bawa wang banyak nanti membazir sahaja kak.Nanti May beli benda yang tak penting pula."
May membuka beg kecil yang diberi oleh Kyle kepadanya.Dia hanya menunjukkan sedikit wangnya agar Roselyn tidak curiga.Selebihnya dia simpan di dalam poket begnya yang diberi oleh Daria.Melihat wang sebanyak 500Ril yang ditunjukkan oleh Mytrice, Roselyn risau jika wang milik Mytrice itu tidak mencukupi.Dia memaksa agar Mytrice mengambil wang yang ada di tangannya.Namun akhirnya dia terpaksa mengalah apabila Mytrice berkeras menolak wang tersebut.
Terfikir juga Roselyn,dari mana Mytrice memperolehi wang.Sedangkan sudah beberapa minggu dia tidak memberi wang kepada Mytrice.Dia tidak kisah mahu mengeluarkan wang dari poketnya sendiri untuk Mytrice kerana dia sudah menganggap Mytrice seperti adiknya.Mahu diharapkan Derick,dia sudah tidak pernah memberi wang kepadanya untuk diberi kepada Mytrice.
Dia tidak pula mahu bertanya.Dia tahu diam-diam Mary mungkin ada memberi Mytrice wang.Dia tahu gaji yang diterima oleh Mary sangat kecil.Oleh kerana itu Mary mungkin hanya dapat memberi Mytrice wang dalam jumlah yang kecil.Dia kemudian mulai teringat yang mereka mahu bergerak pergi.Takut pula dia jika mereka terlewat.Dia tahu peraturan sekolah Orili yahg menempatkan Mytrice agak ketat peraturannya.Dia tidak mahu kerana dirinya,mereka terlewat.
"Riley maaf,kak dah banyak buang masa kamu berdua.May,ingat cakap kak tadi tau.Nanti bila kak ada masa terluang kak pergi kat rumah awak."
Mytrice kemudian melambaikan tangan ke arah Roselyn sebelum dia naik ke dalam pedati kuda.Setelah itu, Riley membawa Mytrice berlalu pergi meninggalkan Roselyn yang masih berdiri di pintu pagar.Riley kemudian menarik sedikit langsir yang menutupi pedati kuda itu agar dia dapat melihat Mytrice.
"Trice..sebelum saya bertanya awak sesuatu yang penting,saya nak tanya awak.Kenapa kak Roselyn panggil awak May?tu nama panggilan awak kat rumah ke?."
"Ha'a..nenek pun panggil saya macam tu."
Pendek sahaja jawaban Mytrice.Kepalanya sarat memikirkan jawaban yang harus dia berikan pada Riley.Dia seperti dapat mengagak apa yang Riley ingin tanyakan kepada dirinya.
"Awak nak saya panggil awak May juga ke?."
"Tak lah...Ikut suka awak.Saya tak kisah awak panggil saya May atau Trice."
"Hmmm..saya tak nak lah panggil awak May.Saya nak panggil awak Trice.Rasa istimewa pula nama tu.Urmmm..Trice..soalan saya seterusnya agak peribadi sedikit.Tetapi kalau awak tak nak jawab saya tak paksa.Tapi kalau awak nak beritahu,saya sedia mendengar.Awak jangan risau.Saya tak beritahu pada ibu."
Mytrice melihat Riley mengangkat tangannya untuk bersumpah.Dia sempat merenung sebentar ke arah Mytrice sebelum matanya kembali melihat ke arah jalan.Dia mahu bertanya di rumah,namun dia tahu Mytrice pasti tidak selesa.Apatah lagi ibunya selalu ada dekat dengan Mytrice.
"Riley saya tahu apa yang awak nak tanya..maaf sebab saya tipu awak dulu.Saya tak berniat nak tipu awak.Sebenarnya tuan Villa tu hantar saya dan anaknya untuk bersekolah kat bandar Athenil.Tapi tempat saya diganti dengan kawan kepada anak tuan Villa.Saya tak berani nak beritahu pada Kak Roselyn.Nanti mereka bergaduh pula."
Mytrice terpaksa menceritakan hal yang sebenar kepada Riley.Selama beberapa bulan dia bekerja dengan keluarga Riley,dia cukup mengenali perangai Riley.Walaupun kadang kala mulut Riley agak jahat,namun hatinya baik.Dia percayakan Riley.Tanpa kebenaran darinya,Riley tidak akan memberitahu hal ini kepada Daria.
"Hurmm..jahat juga mereka ya Trice.Tapi saya tak heran.Anak orang kaya memang macam tu.Kalau dia tak rapat dengan awak,dengan senang sahaja dia singkirkan awak.Tak apa Trice,kalau awak dah senang nanti,awak pindah dari Villa tu.Kalau setakat perangai tuan Villa tu sahaja baik tak guna juga kalau anak dia bersikap macam tu.Awak tak perlu fikir banyak.Sekarang awak ada saya,saya akan lindungi awak."
"Mungkin memang dah nasib saya macam ni.Riley terima kasih sebab awak tolong saya tadi.Saya pun tak tahu apa nak jawab dengan Kak Roselyn tadi."
"Trice,awak sangat istimewa pada saya.Saya tetap akan tolong awak biarpun awak tak pernah minta bantuan dari saya.Dah..dah..kita lupakan tentang tu dulu.Saya tak nak awak bersedih lagi.Sebentar lagi kita dah nak sampai.Tu,ibu dah tunggu dengan baju kat tangan.Hal ni biar hanya antara kita berdua sahaja yang tahu.Hari ni kita bersenang-lenang kat bandar Athenil.Nanti saya bawa awak kat taman yang saya cakap tempoh hari."
Mytrice sekadar menganggukkan kepalanya.Mereka kemudian turun apabila mereka sudah sampai di rumah Riley.Daria kelihatan sudah tersenyum lebar apabila dia melihat kedatangan mereka berdua.Dia kemudian memberikan pakaian kepada Mytrice untuk dipakai.Baju itu baru dibuatnya semalam.Dia ada ternampak fesyen baju seperti itu beberapa hari lalu dipakai oleh pelancong dari pulau Epeltus.Dalam kepalanya sudah membayangkan rupa Mytrice memakai baju itu.Namun baru semalam dia mempunyai masa terluang untuk menjahit baju itu.
Share this novel