Chapter 70.2

Mature Content Series 586

Ragu-ragu juga Cosmas mahu menerima pelawaan dari mereka.Tetapi teringin juga dia mempunyai kumpulan seperti Willstan.Dia tidak pernah lagi keluar bersendirian.Ingin juga dia mahu melihat di luar.Tetapi dia tidak mempunyai kawan.Mahu dibawa Donna keluar pergi berjalan-jalan dia kurang selesa kerana Mayda sering ikut bersama.Mungkin sudah tiba masanya dia mengikut mereka.Namun dia mahu mereka merayu dulu kepadanya.

"Cosmas,walaupun ayah saya tak terkenal sangat seperti ayah awak,tapi rata-rata penduduk kat bandar Medion kenal dengan datuk saya.Awak sebut sahaja nama dia semua tahu.Saya pilih awak sebab awak berani.Awak jangan risau.Biarpun saya ada pembantu,tapi saya sendiri yang akan datang untuk jemput awak kat Villa Sakura."

"Nanti saya tanya ayah saya dulu.Saya akan ikut kamu hujung minggu ni sebelum saya buat keputusan nak jadi orang kanan awak atau tak.Tapi pegang kata-kata awak tu Willstan.Kalau awak tak datang sendiri kat Villa Sakura,jangan harap saya nak ikut."

"Awak boleh percayakan saya Cosmas.Belum pernah lagi saya menipu."

Willstan menepuk bahu Cosmas.Matanya merenung ke arah Cosmas.Dia tertawa dalam hati.Perangkapnya sudah mengena.Dia sudah terfikir apa yang akan dia lakukan untuk menarik Cosmas masuk dalam kumpulannya.Daryl pula menarik muka masam.Nampaknya dia bakal menjadi kuli Cosmas pula.Geram pula dia bila memikirkan semua itu.

Cosmas beredar apabila lonceng sudah dibunyikan.Tidak sabar pula dia mahu melihat sendiri apa yang dilakukan oleh Willstan dan kawan-kawannya di luar sekolah.Daripada dia terperap di rumah,lebih baik dia keluar dengan kawan-kawan barunya.Apa yang pasti,tiada siapa yang akan berani mahu membulinya lagi jika Willstan ada bersama.

Setelah Cosmas bergerak,mereka juga bergerak sama.Dalam perjalanan ke kelas Daryl tidak bercakap sepatah perkataan pun dengan Willstan.Kawan-kawan lain yang berbuat lucu juga tidak dibalasnya seperti selalu.Willstan mengangkat sebelah keningnya apabila Daryl tidak menyahut apabila dia memanggil.

"Daryl.. sudah.. sudah lah buat muka buruk macam tu.Awak tak puas hati ke bila saya ambil Cosmas jadi orang kanan saya?."

"Tak ada orang yang akan berpuas hati kalau dengan senang sahaja Cosmas tu boleh masuk dalam kumpulan kita.Saya dulu bukan main susah lagi nak masuk kumpulan awak.Tapi sekarang mudah pula Cosmas masuk.Siap boleh jadi orang kanan awak lagi."

Daryl meluahkan kekecewaan hatinya dengan keputusan yang dibuat oleh Willstan.Tadi Willstan sudah meminta dia untuk menyerahkan Evona pada Cosmas.Kini tempatnya pula bakal digantikan oleh Cosmas.Dia sudah bertahun-tahun mengikuti kumpulan Willstan.Tetapi senang pula Willstan mencari pengganti.

"Kamu yang lain pun tak puas hati dengan keputusan saya ke?."

Willstan memandang ke arah kawan-kawannya yang lain.Dia ingin mendengar sendiri jawaban dari mulut mereka.Namun mereka memandang sesama sendiri lalu menggeleng kepala.Mereka tidak peduli dengan semua itu.Apa yang pasti,mereka hanya mahu menumpang kekayaan Willstan.

"Daryl,awak seorang sahaja yang tak puas hati.Mereka yang lain tak kisah langsung pun."

"Kamu semua jangan nak tipu.Cakap betul-betul.Bukan boleh percaya kamu ni.Lain di depan lain di belakang."

Daryl bercakap ke arah mereka dengan nada memaksa.Dia tidak percaya jika hanya dia sahaja yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Willstan.Dia tahu mereka menipu kerana mereka takut dengan Willstan.

"Daryl awak ingat kami ni macam awak ke?kami percayakan Willstan.Awak beritahu kami kenapa kami harus tak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Willstan?Cosmas tu lebih kuat dari awak.Kaya lagi.Apa salahnya dia ikut kumpulan kita?."

"Ya betul tu."

Mereka membalas tuduhan yang dilemparkan Daryl kepada mereka.Willstan pula tersenyum sinis memandang ke arah Daryl.Ternyata mereka lagi dapat berfikir logik daripada Daryl yang selalu mengaku rapat dengannya.

"Willstan..saya nak tanya awak.Kenapa awak nak bawa Cosmas tu masuk dalam kumpulan kita?."

Daryl memberanikan diri untuk bertanya.Dia geram dengan perangai kawan-kawannya yang langsung tidak mahu menyokongnya.Daripada dia mendengar kata-kata mereka,lebih baik dia bertanya sendiri kepada Willstan.Dia benar-benar tidak faham mengapa dengan mudah sahaja Willstan mahu menjemput Cosmas untuk masuk ke dalam kumpulan mereka.

"Daryl..awak ni masih tak faham ke?sekarang ni kita perlukan dana.Awak tahu apa tu dana?Cosmas tu anak Derick.Kalau Cosmas ikut kumpulan kita,bukan hanya saya sahaja yang senang.Tetapi dengan awak..awak..semua.Faham!!."

"Hmm..betul juga kata awak tu.Saya pun dah lama tak curi-curi masuk ke dalam brothel kerana saya tak ada wang.Kenapa saya tak boleh fikir tadi?."

"Sebab kepala awak tu penuh dengan kebodohan.Dah..saya malas nak bercakap dengan awak.Kita dah kat dalam kelas ni.Tu si botak dah nak masuk mengajar.Nanti dia lihat kita bercerita,dibalingnya kaktus kat muka kita."

Mereka kemudian cepat-cepat membuka buku lalu berpura-pura untuk membaca.Mereka tidak mahu menaikkan kemarahan pengajar mereka yang disebut sebagai si botak oleh mereka kerana tidak mempunyai rambut.Jika tersalah berkata sahaja,kaktus yang ada di meja dibaling ke arah mereka.

Sementara itu,Donna pula terpinga-pinga apabila mendapati yang hari ini ialah hari kelahiran Evona.Dia betul-betul terlupa mahu membeli hadiah untuk Evona.Kini baru dia tahu mengapa Cosmas mahu membawa Evona keluar makan.Dia menyumpah Cosmas dalam hati kerana Cosmas tidak mengingatkan dirinya.Wajah Evona pula terlihat muram kerana hanya Donna sahaja yang tidak memberinya apa-apa hadiah.

"Evona jangan lah macam ni.Saya bukannya sengaja tak nak bagi awak hadiah."

"Habis tu awak lupa ke?hari tu saya datang ke majlis kelahiran awak dengan membawa hadiah mahal.Awak pula langsung tak beri saya apa-apa."

Donna mulai gelabah kerana semua mata memerhati ke arahnya.Mukanya berubah merah.Dia malu diperlakukan seperti itu oleh Evona.Mahu dicakap terlupa,entah apa lagi yang akan dikatakan oleh Evona nanti.Kepalanya sudah cuba untuk mencari alasan.Namun dia buntu memikirkan apa lagl yang harus dia katakan kepada Evona.

"Evona awak jangan salah faham.Saya tak pernah lupa.Sebenarnya saya nak beri  kejutan pada awak.Tapi memandangkan awak dah buat muka macam ni,saya tak ada pilihan.Saya terpaksa beritahu awak.Saya sebenarnya nak bawa awak makan bersama dengan Aleya dan Mya kat restaurant terkenal dekat dengan Manor Celeste tu."

Terhenti seketika mereka berbicara.Mata mereka memandang ke arah Donna.Evona,Mya dan Aleya pula sudah mulai tersenyum lebar.Mereka tahu siapa pemilik restaurant terkenal itu.Kawan-kawan yang lain saling berbisik-bisik.Mereka berasa cemburu dengan Donna yang mampu membawa kawan-kawannya ke sana.Mahu menumpang sama,namun tidak dipelawa.Mereka hanya mampu memandang dengan perasaan cemburu.

"Betul ke?awak tak tipu?"

"Betul Evona.Tapi tu lah,Cosmas tu nak duduk dengan awak.Dia ada nak beri awak sesuatu.Saya dah beritahu dia yang saya tak nak bawa dia sekali,tapi dia ugut nak beritahu tentang.."

"Oh..err..Donna..tak apa.Bawa sahaja Cosmas tu.Kebetulan saya pun ada nak cakap hal penting dengan dia."

Evona cepat-cepat memotong percakapan Donna.Dia tahu apa yang cuba disampaikan oleh Donna itu.Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang Cosmas yang membantunya ketika dia didenda.Jika sampai pada pengetahuan Sir Addos,dia akan menerima hukuman yang lebih teruk lagi.

"Kalau tu keputusan awak saya jemput Cosmas ikut sama.Tapi awak nak ke duduk di depan dia?nanti Aleya dan Mya duduk sebelah meja."

"Ermm..saya tak kisah.Lagipun bukan selalu."

Evona menghela nafas.Dia sebenarnya tidak suka melihat Cosmas.Namun silapnya juga kerana meminta pertolongan daripada Cosmas.Kini perbuatannya memakan dirinya sendiri.Dia tidak punya alasan untuk menolak.Namun jika Cosmas terlalu memaksa,dia akan fikiran cara untuk menyingkirkan Cosmas.

"Hey..siapa Cosmas tu?teman lelaki awak ke Evona?."

Mya mulai menyoal apabila hanya dia dan Aleya sahaja yang tidak faham tentang apa yang dibicarakan oleh Donna dan Evona.Mereka berdua saling berpandangan lalu mengangkat bahu.

"Mengarut awak ni Mya.Dia kawan saya saja.Alah awak pernah jumpa dengan dia dulu."

"Lelaki yang tersengih-sengih bila bercakap dengan Donna tu ke?whahaha..peliknya.Macam mana awak boleh berkawan dengan lelaki muka macam tu."

Ketawa besar Mya apabila mengingat wajah Cosmas dulu.Terfikir juga dia bagaimana Evona boleh berkawan dengan Cosmas.Dia tidak pula melihat wajah Donna dan Evona yang sudah mula berubah melihat ke arahnya.Sikap Mya yang kuat mengejek itu membuatkan mereka sering bergaduh.

"Mya..awak ni.Ada ke cakap macam tu.Awak berkawan dengan orang,kena tengok muka juga ke?."

Aleya pula menyampuk.Walaupun wajah Cosmas itu tidak menarik seperti Kyle dan Julien,namun perangai Cosmas tidak seteruk Willstan dan kawan-kawannya.Dia merasakan tidak salah jika Evona berkawan dengan Cosmas.

"Alah.. saya bergurau sahaja.Kamu jangan lah marah.Eh?..kamu ada dengar cerita  tentang Julien ke?kamu tahu,saya dengar ada pelajar baru di sekolah kita bertengkar dengan pelajar dari pulau Epeltus sebab berebut Julien."

Mya sengaja menukar topik perbualan apabila dia mula perasan wajah Donna dan Evona yang sudah berubah itu.Dia terlupa yang hari ini adalah hari kelahiran Evona.Nanti dia pula tidak dibawa bersama ke restaurant terkenal itu.Oleh sebab itu dia menukar cerita.

Donna pula tidak sempat mendengar cerita Mya sehinggga habis kerana dia dipanggil oleh tenaga pengajar untuk membeli barang-barang di bandar.Dia kemudian berlari perlahan menuju ke arah tenaga pengajar yang sudah menunggunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience