Chapter 70.1

Mature Content Series 586

Pagi itu Cosmas dan Donna tergesa-gesa keluar menuju ke arah pedati kuda.Donna sempat mengerling ke bawah untuk memastikan Derick tidak ada di sana.Apabila ibunya datang menghampiri,wang sebanyak 2000ril diberikan kepada Donna.Dia tahu yang Donna dan Cosmas akan makan di restaurant terkenal di bandar Athenil nanti.Oleh sebab itu dia tidak mahu ikut serta.Lagipun hari ini dia harus menemani Elenor pergi ke Pulau Epeltus untuk membeli baju yang akan digunakan di majlis hari lahir Elenor esok.Tidak sabar pula dia mahu melihat sendiri keindahan pulau Epeltus yang hanya dia dengar dari cerita bekas suaminya dulu.Kini sebentar lagi dia pula akan berpeluang pergi ke sana.

Sementara itu,Cosmas dan Donna pula sudah masuk ke dalam pedati kuda.Cosmas membuka sedikit langsir pedati kuda untuk mencari kelibat Mytrice.Namun hari ini tidak pula dia melihat pedati kuda yang selalu datang pergi mengambil Mytrice.Malahan Mytrice juga tidak ada.Dia tersenyum sendiri.Dia gembira kerana dia tidak melihat Mytrice mengikut lelaki lain lagi.Donna pula memerhati kelakuan Cosmas yang kelihatan pelik dengan wajah berkerut.Dia seperti tahu apa yang sedang dicari oleh Cosmas.

"Cosmas turunkan kain tu,takut saya nak tengok semak-samun kat luar tu.Dah lah gelap.Sunyi lagi.Entah makhluk apa yang ada kat sana."

Donna berkata seperti itu untuk menarik perhatian Cosmas.Dia tidak mahu terus menyebut nama Mytrice kerana dia harus menjaga hati Cosmas sekarang.Dia juga mahu masuk dan makan di restaurant terkenal itu.Mahu diharap ibunya?entah sampai bila dia boleh menjejakkan kaki ke sana.Hanya Cosmas sahaja yang menjadi harapannya sekarang.

"Merepek sahaja awak ni.Apa yang awak takut sangat dengan pokok tu.Donna awak jangan lupa beritahu pada Evona tau.Esok saya tak dapat bawa dia pergi berjalan-jalan.Saya nak ikut untuk sambut majlis hari jadi ibu saya.Awak tolong pujuk Evona ya."

"Awak tu lelaki saya pula perempuan.Awak tak faham.Eh..macam awak berani sangat.Kalau awak berani kenapa awak tak cuba turun.May tu duduk-duduk lagi kat tepi hutan tu.Hmmm..boleh tu boleh..tapi Evona mesti nak kami bertiga pun ikut sama."

Dia tidak akan membiarkan Evona pergi bersendirian dengan Cosmas.Dia bukannya tidak percayakan Cosmas.Tetapi dia takut jika Evona memberitahu perkara yang sebenar.Maka segala penipuannya selama ini akan terbongkar.Dia masih perlukan Cosmas.Lebih tepat lagi,dia masih perlu wang dan nama Derick untuk tetap bersama dalam kelompok kawan-kawannya.

"Awak ni.Boleh tak kalau sehari awak tak sebut nama budak kotor tu?..awak nak bandingkan dia dengan saya buat apa?kenapa awak tak bandingkan dengan diri awak sendiri?dia tu buat apa nak hairan.Muka pun dah macam hantu.Pucat macam tak cukup zat.Alah.. awak pujuk sahaja.Kalau dia nak bawa kamu bertiga,saya tak kisah.Tapi syaratnya kamu bertiga duduk meja sebelah.Beri peluang pada saya untuk duduk berdua-duaan dengan Evona."

Cosmas membuat muka bosan.Dia tidak suka bila nama Mytrice disebut di depannya.Entah mengapa sejak kebelakangan ini,dia sering teringat-ingat tentang Mytrice.Dulu sewaktu dia selalu bertemu dengan Mytrice,dia tidak suka dengan kehadiran Mytrice.Namun lain pula jadinya apabila dia sudah kurang berjumpa dengan Mytrice.Dia tiba-tiba teringat tentang Mytrice.Namun dia cuba menyembunyikannya perasaannya daripada penglihatan Donna.

"Tu pun nak marah.Saya bergurau sahaja dengan awak.Cosmas sejak akhir-akhir ni awak selalu sahaja melenting bila saya bercakap tentang May.Dia ada buat benda yang awak tak suka ke?Tapi saya tak pernah pula nampak awak bertegur dengan May tu.Lagipun dah jarang sangat awak dan saya jumpa dengan May.Hmm..Kalau macam tu saya yakin sangat yang Evona pasti setuju.Tapi..err..Cosmas,Evona tu sahaja ke yang awak nak belanja?.Saya tak ada wang ni."

Donna menggaru kepalanya yang tidak gatal.Risau juga dia jika dia harus membayar harga makanan yang dimakan oleh Aleya,Mya dan dirinya kelak.Restaurant itu bukan calang-calang harga makanannya.Dia ada wang juga.Tapi dia tidak mahu menggunakan wangnya untuk membelanja mereka.

"Donna..saya tak suka dengan May.Saya tak perlu ada alasan lain nak benci budak kotor tu.Biarpun tak jumpa budak tu,tapi mendengar nama pun dah buat saya geli.Awak ada wang ke nak bayar?Donna awak ni kadang pandai kadang bodoh.Saya yang bawa mestilah saya bayar.Tugas awak pula hanya perlu pujuk Evona tu.Lagi satu.Saya nak awak tolong saya pilih hadiah untuk Evona."

Cosmas memerhati ke arah luar.Berdua-duaan dengan Donna,kadang-kala membuat dia berasa agak rimas.Sedangkan dulu dia yang terkejar-kejar dengan Donna kerana wajah Donna yang jelita pada pandangannya.Namun apabila dia sudah masuk bersekolah wajah Donna itu hanya terlihat biasa.Banyak lagi yang lebih cantik dari wajah Donna.Terutamanya Evona dan Keena.Pelajar dari sekolah pulau Epeltus.Terkaku dia apabila melihat wajah Keena yang bercakap-cakap dengan Julien sewaktu dia pergi ke pejabat Sir Addos.Selama ini dia hanya mendengar nama itu dari kawannya yang tinggal di pulau Epeltus dulu.Namun telah berpindah di bandar Athenil.Ternyata wajah Keena itu lebih cantik daripada wajah Evona.Tetapi jika diperhati betul-betul,wajah Mytrice lebih menawan dari mereka berdua.Sayangnya Mytrice tidak bersekolah.

"Yelah..yelah..saya dah tak cakap fasal May lagi.Awak menghina saya ke?Cosmas kalau awak buat saya sakit hati,saya tak nak pujuk Evona.Awak sendiri pergi cakap dengan dia.Hmm..Cosmas awak beli lah sendiri hadiah tu.Kenapa pula nak suruh saya."

Donna mencebik mulut.Dia memandang ke arah lain.Terasa sakit hati pula dia dengan kata-kata Cosmas.Jika dia yang berada di tempat Cosmas sekarang,dia sudah menghalau Cosmas agar turun dari pedati kuda dengan kadar segera.Namun dia bukan siapa-siapa.Oleh sebab itu dia terpaksa bersikap bermuka-muka di hadapan Cosmas.

"Awak ni cepat betul terasa hati.Dulu saya cakap macam tu tak pernah pula awak macam ni.Dah..dah..jangan marah lagi.Donna,awak perempuan.Hanya awak yang tahu apa yang dimahukan oleh Evona.Sebab tu saya minta bantuan dari awak.Awak bantu saya,nanti saya bagi awak wang.Tapi pastikan hadiah tu yang mahal punya."

"Awak tu lah cakap kasar sangat.Mana saya tak terasa hati.Boleh.Kebetulan hari ni saya ikut pengajar saya pergi membeli barang kat bandar untuk kegunaan kelas kami.Awak bagi wang banyak sedikit.Nanti tak cukup pula."

"Hmmm..yelah..salah saya.Nah ambil wang 20000ril ni.Awak habiskan semua wang ni untuk beli hadiah Evona.Wang 200ril ni pula gaji awak sebab awak bantu saya beli hadiah."

Hampir ternganga mulut Donna apabila dia melihat wang yang dihulurkan oleh Cosmas kepada dirinya.Namun dia agak kecewa apabila Cosmas hanya memberinya wang sebanyak 200ril.Jumlah itu terlalu sedikit dari jumlah wang yang diberi oleh ibunya.Tetapi dia bukan bodoh.Dia akan mengambil separuh dari wang yang diberikan untuk membeli hadiah Evona.Lagipun dia tahu hadiah yang diberikan kepada Evona nanti,pasti Evona berikan kepadanya juga.Evona itu tidak akan menerima hadiah dari pelajar lain kecuali dari Kyle.

Cosmas pula mula menutup matanya.Dia sudah malas mahu bercakap dengan Donna.Dia sedang sarat memikirkan bagaimana dia mahu bercakap dengan Evona nanti.Dia berasa agak kekok kerana dia jarang sekali dapat bercakap dengan Evona.Hanya sewaktu Evona didenda sahaja dia berpeluang untuk bercakap dengan Evona.Itu pun Evona yang terlebih dahulu bercakap dengannya.Jika mengharapkan dia yang memulakan bicara,entah sampai bila.Mulutnya terasa berat mahu bercakap dengan Evona.

Sampai sahaja di sekolah,tidak seperti kebiasaannya, kelibat Evona, Aleya dan Mya tiada di sana menunggu.Berkerut sedikit kening Donna.Risau pula dia jika mereka tidak datang ke sekolah.Rosak pula rancangannya mahu mengambil separuh dari wang yang diberikan oleh Cosmas untuk membeli hadiah yang akan diberikan kepada Evona.Dia kemudian berjalan cepat menuju ke kelas.Dia meninggalkan Cosmas yang terpinga-pinga melihat kelakuannya.

Baru sahaja Cosmas mahu melangkah pergi.Dia ditahan oleh Willstan dan kawan-kawannya.Tidak seperti hari itu, Willstan dan kawan-kawannya tersenyum-senyum memandang ke arah Cosmas.Curiga pula Cosmas melihat perubahan sikap mereka.Dalam masa yang sama, dia agak takut jika mereka mahu memukulnnya lagi.

"Kamu nak apa lagi?masih tak puas hati dengan saya ke?saya dah tak nak bergaduh dengan kamu lagi.Kalau nak juga,tunggu beberapa hari lagi."

Cosmas berkata dengan lagak tenang.Dia tidak mahu mereka melihat dia sebagai orang yang senang dibuli.Jika mereka memukulnya sekali lagi,dia akan melaporkan hal itu kepada Derick nanti.Derick sudah berjanji mahu membantunya.Sebab itu dia tidak takut dengan mereka.

"Tenang..tenang..kami datang sini bukan nak cari gaduh.Kami datang sebab kami nak minta maaf pada awak.Kenapa awak tak beritahu kami yang ayah awak Derick?Kami ingatkan Donna tu anak kepada Derick.Cosmas boleh tak awak minta ayah awak agar berhenti hantar orang untuk pukul kami?Kalau awak nak,saya boleh jadikan awak orang kanan saya."

Willstan dan kawan-kawannya merenung ke arah Cosmas.Bila dilihat dari dekat,wajah mereka kelihatan lebam-lebam.Cosmas tertawa sinis.Ternyata Derick tidak berbohong.Dia berbangga kerana memiliki ayah seperti Derick.Kini baru mereka tahu siapa dirinya.

"Hmmm..saya hanya nak menjalani hidup seperti orang biasa.Sebab tu saya tak nak orang tahu siapa ayah saya.Kalau kamu berjanji tak akan menganggu Evona lagi, saya akan tunaikan permintaan kamu.Kalau nak ikut kumpulan kamu,saya harus fikir dulu.Lagipun boleh ke saya percaya cakap orang yang pernah pukul saya?."

Cosmas merenung tajam ke arah mereka.Dia kelihatan sedikit berlagak kerana dia ada Derick yang mahu membantu jika dia diserang mereka lagi.Dia tidak pernah lupa dengan wajah sombong mereka,sewaktu mereka bercakap dengannya beberapa hari lalu.Apa salahnya dia membalas perbuatan mereka kembali.

"Daryl..awak cari perempuan lain.Lupakan tentang Evona.Sekarang awak beritahu pada Cosmas yang awak tak akan menganggu Evona lagi."

Willstan menjeling ke arah Daryl.Hanya Daryl sahaja yang meminati Evona.Jadi untuk apa dia yang harus bercakap bagi pihak Daryl.Di matanya Evona itu terlihat biasa.Dia lebih berminat dengan Mytrice yang menawan itu.Namun sukar untuk dijinakkan.

"Cosmas saya janji saya tak akan kacau Evona lagi."

Daryl berkata dengan ayat pendek.Berubah sedikit riak wajahnya kerana dia dipaksa untuk bercakap dengan Cosmas.Dia yang terlebih dahulu menyukai Evona.Namun dia terpaksa melepaskan Evona kerana Cosmas.Hatinya menyumpah Willstan.Mengapa dia pula harus merendah diri di hadapan pelajar junior?Namun kerana diugut oleh penjaga pekerja Derick,dia terpaksa mengalah.Lagipun sudah ada lagi perempuan yang dalam pemerhatiannya sekarang.

"Cosmas..saya tawarkan awak sekali lagi.Awak nak ikut ke kumpulan saya?mungkin sekarang awak fikir tak seronok.Tapi saya jemput awak ikut kami pergi berjalan setiap hujung minggu.Saya yakin awak pasti akan berubah fikiran."

Willstan menebalkan wajah untuk memujuk Cosmas.Mereka kenal dengan Derick.Malah hampir separuh dari penduduk di bandar Medion kenal dengan Derick.Walaupun keluarganya kaya,namun jika hanya dia sahaja yang perlu mengeluarkan wang setiap kali mereka keluar,memang terasa berat.Tetapi jika Cosmas ada,dia boleh berjimat sedikit.Datuknya mulai bising kerana dia banyak menghabiskan wang.Sudah dua bulan ayahnya belum pulang.Sukar untuk dia meminta wang kecuali dengan cara mencuri.Mahu diharapkan datuknya,datuknya itu terlalu kedekut.Sudah beberapa minggu dia tidak dapat bertemu dengan kawan-kawannya yang selalu ada di brothel kerana tidak memiliki wang.

"Saya bukan tak nak ikut.Tapi saya boleh percayakan kamu ke?saya tak kenal kamu.Lagipun kenapa awak pilih saya?."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience