Chapter 69.3

Mature Content Series 586

Jack mengeluarkan apa yang dia simpan di dalam hati selama ini.Dia terlalu kecewa dengan Elenor yang seperti mempermainkan perasaannya.Namun dia tidak menafikan yang semua ini berpunca darinya yang tidak dapat memberikan kemewahan kepada Elenor.Tetapi sepanjang Elenor tinggal bersamanya,dia sudah cuba untuk memberikan yang terbaik.Tetapi semua yang dia lakukan belum cukup sempurna bagi Elenor.

"Jack..saya bukan sengaja tak nak jumpa awak,tapi saya sibuk.Saya dah mula bekerja semula."

"Awak jangan nak bagi alasan tu pada saya Elenor.Saya pun sibuk juga.Tapi saya masih sempat datang ke sini hanya untuk berjumpa dengan awak.Tapi apa awak buat?awak langsung tak hargai saya.Awak tu isteri Derick.Tak mungkin Derick buat awak seperti pekerja biasa lagi.Awak fikir Derick tu baik sangat ke?dah beberapa kali saya lihat dia balik bersama perempuan muda dari awak.Elenor sedarlah.Derick tak akan setia dengan awak seorang.Umur awak pun dah meningkat.Derick pun dah mulai nak cari perempuan muda.Hanya saya yang setia kepada awak Elenor.Tapi kalau awak masih tak nampak semua tu lebih baik saya bina hidup baru."

Jack meluahkan rasa kecewa yang dipendam selama ini.Namun Elenor langsung tidak berasa simpati sedikitpun kepada Jack.Dia lebih berminat dengan cerita yang disampaikan oleh Jack tentang Derick.Dia cuba untuk tidak percaya dengan semua itu.Dia tahu yang Jack mungkin sengaja mahu mereka-reka cerita agar dia bercerai dengan Derick.

"Jack awak datang ke sini hanya untuk bawa cerita bodoh macam tu ke?Awak pun sama macam saya.Awak datang ke sini bukan nak jumpa dengan saya.Tapi sibuk nak bercakap tentang Derick."

Elenor berjalan ke arah katil.Dia duduk sambil menyilangkan kakinya.Dia tidak mungkin percaya dengan kata-kata Jack.Dia mahu tersenyum,namun wajah Jack yang serius itu membuat dia berasa sedikit takut.Dia pula segera berpura-pura memandang ke arah lain.Dia tidak berani mahu menatap mata Jack.

"Elenor awak ingat saya tipu awak ke?mesti dalam hati awak sekarang,awak percaya sangat dengan Derick tu.Kalau awak tak percaya,awak boleh ikut saya selepas majlis hari jadi awak.Nanti biar mata awak sendiri yang akan melihat kecurangan Derick.Hmm.. saya datang sini memang nak jumpa awak.Nah,hadiah ni untuk awak.Kenapa ya saya masih nak ingat tarikh lahir awak?.Tapi awak..tak..hurm..Elenor selama ni awak pernah terfikir ke nak beri saya hadiah biarpun hadiah murah?."

Jack mengeluarkan hadiah dari poket seluarnya lalu diberi kepada Elenor.Namun Elenor terasa berat hati mahu menerima hadiah itu kerana dia risau jika Derick terlihat hadiah pemberian Jack.Dia tidak mahu Derick curiga dengan hubungan antara dia dan Jack.Melihat sahaja riak wajah Elenor,bertambah kecewa Jack kerana Elenor tidak mahu menerima hadiah pemberiannya.Dia kemudian menghampiri Elenor lalu meletakkan hadiah itu di tepi Elenor.Tangannya menggengam bahu Elenor.Wajahnya pula didekatkan pada wajah Elenor.

"Elenor,hadiah ni bukannya barang murah yang awak sangkakan.Saya tahu awak selalu dapat hadiah mewah dari suami baru awak.Jangan risau sebab hadiah ni sama harganya dengan hadiah yang awak biasa terima.Malah lebih mahal lagi kerana hadiah ni adalah hasil usaha keras suami lama awak yang awak tak pernah peduli."

"Jack..lepas..sakit.Jack..saya..saya bukan tak nak terima hadiah dari awak.Saya terkejut sebenarnya kerana awak masih lagi ingat tarikh lahir saya.Sedangkan Derick langsung tak ingat semua tu.Sebab tu saya tak ambil hadiah awak tu."

Elenor cuba mahu memujuk Jack kerana bahunya terasa sakit apabila dicengkam kuat oleh Jack.Sebaik sahaja dia berkata begitu,wajah Jack berubah.Perlahan-lahan dia melepaskan tangannya dari bahu Elenor.Dia kemudian memeluk erat tubuh Elenor.Terasa bersalah pula dia kerana menyakiti isterinya.Haruman tubuh Elenor membuat dia bernafsu.Perlahan-lahan dia menurunkan baju Elenor.Namun Elenor menolaknya.Perbuatan Elenor membangkitkan kemarahannya.Dia cuba memaksa Elenor.Namun ketukan dan suara di pintu membuat mereka terdiam.

"Jack..awak..awak pergi bersembunyi kat dalam almari tu.Nanti saya padamkan lampu agar Derick tak lihat awak."

Kelam-kabut mereka berjalan.Sebaik sahaja Jack masuk ke dalam almari,Elenor tergesa-gesa membuka pintu.Tersembul wajah Derick yang kelihatan mabuk itu.Dia berjalan terhuyung-hayang lalu dibantu oleh Elenor untuk masuk ke bilik.Elenor sengaja membuka sedikit pintu biliknya agar Jack boleh keluar.

"Sayang kenapa tak pasang lampu.Gelap sangat ni."

Derick duduk di atas katil sementara Elenor membuka kasutnya.Terlalu kuat haruman alkohol pada baju Derick membuat Elenor kurang selesa.Namun dia tidak pula marah dengan Derick.Malah dia gembira bila melihat Derick balik ke sini walaupun dalam keadaan mabuk.

"Sayang saya dah nak tidur tadi.Saya ingatkan sayang tak balik sini.Sayang minum kat mana lagi ni?"

"Hmmm..awak nak tidur pun guna minyak wangi ya sayang.Macam awak tahu sahaja saya nak balik.Saya pergi berjumpa dengan Maer tadi.Dia bawa saya pergi minum kat brothel di bandar Medion.Dia kata ramai gadis-gadis muda kat sana.Saya pula tak ada pilihan.Saya terpaksa ikut dia.Awak pun tahu juga perangai Maer tu."

Derick berkata tanpa berselindung.Kepalanya terasa berat kerana terlalu minum minuman keras.Maer ada memperkenalkan dia kepada gadis muda.Namun dia menolak dengan baik.Sekali lagi Maer mempelawa dia untuk tidur di sana.Tetapi Derick berkeras untuk balik.Maer kemudian tidak mahu memaksa lagi kerana dia sudah lena dibuai gadis muda di situ.

"Sayang pun layan perempuan muda yang kerja kat sana ke?."

Elenor mulai berasa cemburu.Dia pernah bekerja di sana dulu.Dia tahu dan cukup kenal dengan gadis-gadis muda yang ada di sana.Wajah mereka kebanyakkannya cantik-cantik belaka.Geram pula dia bila mengingatkan perangai mereka dulu.

"Tak..saya dah ada awak.Elenor kenapa baju awak ada haruman lain?awak dah tukar minyak wangi ke?."

"Errr..saya cuba minyak wangi Mayda tadi."

"Elenor..Elenor..saya sayangkan awak."

Derick mulai memeluk Elenor.Dia mencari bibir Elenor dalam kegelapan.Kemudian dia mulai mencumbui Elenor.Entah mengapa malam ini dia terasa mahu menyentuh isterinya.Elenor pula sudah terbuai dengan layanan Derick.Dia terlupa yang Jack masih ada di dalam almari.

Dalam kegelapan,Jack merenung ke arah Derick dan isterinya yang sedang melakukan hubangan intim.Telinganya ditutup rapat.Dia tidak sanggup mendengar erangan isterinya bersama Derick.Mahu sahaja dia keluar untuk memukul mereka.Namun dia masih ingat tentang pesan Elenor kepadanya.Hatinya terasa seperti disiat-siat kerana Elenor menolak dirinya.Tetapi dengan mudah sahaja dia memberikan tubuhnya pada Derick.

Beberapa jam kemudian,bilik mulai sunyi.Pintu almari dibuka perlahan-lahan oleh Elenor.Dia segera menarik Jack untuk keluar.Tetapi Jack tidak mahu menyambut huluran tangan Elenor.Dia berasa jijik dengan Elenor yang baru bersama dengan Derick sebentar tadi.Elenor pula hanya diam membisu.Dia benar-benar terlupa yang Jack ada bersama mereka.Namun setelah Derick tidur,baru dia teringat tentang Jack.

"Awak tak perlu hantar saya sampai ke pintu.Saya tahu jalan keluar.Selamat hari jadi Elenor.Malam ni adalah hadiah yang terburuk yang awak pernah beri pada saya.Saya pergi dulu."

Jack bercakap perlahan lalu mulai keluar dengan tergesa-gesa.Dia tidak sedikit pun mahu memandang wajah Elenor.Hatinya terlalu sakit dengan kelakuan Elenor.Dia tidak sanggup melihat wajah Elenor kerana dia takut hatinya yang luka bertambah dalam.Elenor pula tidak berasa bersalah langsung.Dia lebih memikirkan Derick daripada Jack.

Sementara itu,Mayda yang sejak tadi berlindung di sebalik tiang segera keluar apabila Jack sudah berlalu pergi.Sebentar tadi dia sudah nampak kelibat Derick dari pintu gerbang.Namun sengaja dia tidak memberitahu kepada Elenor.Dia mahu Jack melihat sendiri perangai Elenor.Tertawa besar dia.Gembira dia melihat wajah sedih Jack tadi.Dalam hatinya mengutuk Jack kerana tidak pernah melayannya dulu.Mungkin itu balasan untuk Jack fikirnya.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience