Chapter 69.2

Mature Content Series 586

"Mayda..awak keluar sekarang.Panggil Jack naik ke sini.Jangan masuk ke sini selagi saya tak panggil awak."

"Baik madam."

Elenor meramas rambutnya dengan kasar.Dia melepaskan keluhan berat sebaik dia membaca isi kandungan pada surat itu.Surat itu tertulis 'saya tahu awak ada kat dalam bilik sekarang.Ada benda yang saya nak beritahu pada awak berkenaan dengan Derick.Kalau awak tak mahu berjumpa dengan saya,saya tunggu awak kat luar pintu bilik sehingga Derick datang.'

Jack terlalu memaksa mahu berjumpa dengannya.Geram pula dia dengan perangai Jack yang tidak memahami dirinya.Sudah diberitahu beberapa kali,Jack tetap juga datang ke sini.Namun kerana Derick sudah menyakiti hatinya,apa salahnya dia bermesra dengan Jack.

Sementara itu Mayda pula tergesa-gesa turun ke bawah.Dari jauh dia melihat Jack sedang duduk di luar.Jack terlihat segak memakai baju formal.Namun apa yang membuat Jack kalah dengan Derick adalah Kerana Jack itu tidak mempunyai harta seperti Derick.Mayda tertawa sinis dalam hati.Pada kepalanya dia sudah merancang sesuatu.Dia mahu membalas rasa sakit hatinya kepada Jack yang tidak pernah memandang ke arahnya.

"Jack awak dah lama tunggu ke?.Awak pakai kemas-kemas macam ni awak nak pergi mana?."

Sengaja Mayda bertanya.Padahal dia sudah tahu sejak bila lagi Jack sudah ada di sana.Dia hanya mahu Jack bercerita sebentar kepadanya.Dia melihat sekeliling.Pembantu yang lain agak jauh jaraknya dari mereka berdua.Dia tersenyum dalam hati.Dia boleh bercakap apa sahaja dengan Jack tanpa perlu risau perbualan mereka didengar.

"Hmmm..dah dekat dua jam.Saya dari pejabat tadi.Balik,terus datang kat sini.Mayda mana Elenor?dia tak turun ke?."

Jack mencari-cari kelibat Elenor.Namun hatinya sedikit kecewa kerana Elenor tidak datang untuk berjumpa dengannya walaupun hanya sebentar.Sudah beberapa bulan dia tidak bertemu dengan Elenor.Dia langsung tidak dikhabarkan tentang kepulangan Elenor di sini.Jika dia tidak melihat Elenor berjalan di bandar Athenil,sampai ke hari ini dia tidak tahu yang Elenor sudah kembali.Perbuatan Elenor itu sedikit sebanyak melukai hatinya.Dia seperti tidak percaya dengan kata-kata Elenor yang dia hanya mahukan harta Derick.Jika diamati betul-betul, Elenor kelihatan seperti menyukai Derick.Dia tidak mahu Elenor berubah hati lebih jauh.Dia takut Elenor akan melupakan dirinya jika dia tidak kerap datang ke sini untuk bertemu dengan Elenor.

"Oh..mesti awak penat.Kasihan awak datang jauh-jauh ke sini tapi madam tak mahu berjumpa dengan awak."

Berubah wajah Jack apabila mendengar kata-kata Mayda.Dia sudah mengagak yang Elenor tidak mahu berjumpa dengannya.Tetapi mendengar sendiri dari Mayda,hatinya terasa seperti dicucuk-cucuk jarum.Elenor seperti mahu membuangnya dari hidup.

"Mayda..Elenor ada cakap yang dia tak nak jumpa dengan saya ke? saya nak jumpa dia sekejap.Saya faham dia penat.Tapi saya betul-betul nak jumpa dia.Mayda boleh tak awak bantu saya untuk pujuk Elenor?."

Jack sudah mulai merayu.Dia sangat rindukan isterinya.Dia cuma mahu memberi awal hadiah hari jadi Elenor yang akan berlangsung esok lusa.Tidak pernah lagi dia melupakan hari lahir isterinya.Setiap kali menjelang hari kelahiran isterinya,dia cuba mencari hadiah mahal biarpun dia terpaksa mengikat perut.Dia sengaja menulis surat seperti itu, kerana dengan cara itu sahaja Elenor akan bertemu dengannya.Namun usahanya ternyata sia-sia.Lain pula dengan Mayda yang sudah tersenyum dalam hati.Ternyata rancangannya berjaya.Puas hatinya melihat wajah keruh Jack.

"Urmm..madam memang ada cakap macam tu pada saya Jack.Saya tak tipu.Malah dia halau saya keluar bila saya cuba pujuk dia supaya dia turun untuk berjumpa dengan awak.Tapi awak jangan risau.Pujukan saya tak sia-sia.Madam bersetuju nak berjumpa dengan awak di bilik.Tapi dengan syarat gaji saya bulan ni akan dipotong.Saya tak kisah dengan semua tu.Awak dah banyak bantu saya dulu.Sebab tu saya bantu awak semula."

Mayda berpura-pura sedih.Matanya digosok di hadapan Jack.Dia kemudian mulai bergerak.Namun Jack menarik tangannya sebentar.Simpati pula Jack bila melihat Mayda yang dibuli oleh Elenor.Ternyata sikap Elenor sudah berubah.Dulu dia tidak pernah berkasar dengan Mayda.Benar juga kata ibunya dulu.Kemewahan mampu mengubah seseorang.Dia sedih dengan perubahan sikap Elenor.Dia mahu membawa Elenor balik ke rumah mereka semula.Dia risau bila mendengar perubahan sikap Elenor.

"Mayda..awak ambil wang 5000ril ni.Biar saya yang bayar gaji awak untuk bulan ni kerana awak dah bantu saya.Mayda awak tolong tengok-tengokkan Elenor tu.Kalau dia dah mulai bersikap keterlaluan,awak cepat-cepat beritahu saya."

"Jack saya tak nak terima wang awak ni.Saya bukan bekerja dengan awak lagi.Tapi saya tetap akan bantu awak.Jack awak pergi jumpa madam sekarang.Nanti dia marah saya lagi bila awak lambat naik ke atas."

"Mayda awak ambil wang tu.Saya ikhlas nak beri pada awak.Tapi awak jangan beritahu pada Elenor.Nanti kalau awak sampaikan maklumat tentang Elenor kepada saya,saya akan beri awak wang lagi.Saya naik dulu.Cerita kita kat sini,biar hanya antara awak dan saya sahaja yang tahu."

Jack kemudian berlalu pergi setelah menyerahkan wang kepada Mayda.Mayda pula kelihatan terketar-ketar menerima wang itu.Setelah Jack sudah berlalu pergi untuk naik ke atas dia mencium wang itu sambil tergelak-gelak.Dia kemudian menyimpan wang itu ke dalam poket bajunya lalu dia naik ke biliknya.

Tokk..tokk..tokkk..

Ketukan pintu kedengaran diketuk bertalu-talu.Elenor sudah tahu siapa yang ada di luar.Dia mengganti pakaiannya dengan pakaian yang disukai Jack.Dia melakukan seperti itu agar Jack tidak berasa curiga dengan dirinya.Dia mahu mengorek rahsia tentang Derick daripada Jack sebelum dia bertanya hal itu kepada Derick sendiri.

"Masuk..pintu tak berkunci."

Cepat sangat Jack masuk ke dalam.Matanya memerhati sebentar ke luar lalu dialihkan pandangan ke arah Elenor.Terhenti seketika dia apabila terpandang wajah Elenor.Matanya tidak lepas dari memandang Elenor yang seperti sengaja mahu mengodanya.

"Jack..kenapa masih bediri kat pintu lagi.Kunci pintu tu.Duduk dekat saya.Awak kata ada benda yang awak nak beritahu pada saya tentang Derick."

Elenor berkata dengan nada lembut.Manis sekali senyumannya saat dia memandang ke arah Jack.Namun silapnya dia menyebut nama Derick di hadapan Jack sehingga membuat wajah Jack berubah.Dia teringat kembali tentang apa yang Mayda katakan padanya sebentar tadi.Dia dapat merasakan yang Elenor hanya berpura-pura melayannya.

"Elenor kalau saya tak tulis nama Derick tadi awak pasti tak nak jumpa saya.Betul tak?Elenor awak dah lupa apa tujuan awak yang sebenarnya?atau hati awak dah beralih pada Derick?."

"Sayang awak cakap apa ni?.Saya masih isteri awak yang sah lagi."

Elenor berdiri lalu memeluk tubuh Jack.Namun Jack menolaknya.Entah mengapa dia tiba-tiba benci dengan Elenor.Dia tidak suka haruman baju Elenor yang bercampur dengan haruman milik Derick.Perasaan cemburunya timbul secara tiba-tiba.

"Kenapa kata-kata awak ni menyakitkan hati saya?Elenor,cukup!! saya tak nak awak panggil saya sayang lagi.Di hadapan saya awak panggil Derick sayang.Saya tak nak berkongsi gelaran tu Elenor.Kalau awak masih anggap saya ni suami awak,kenapa awak tak pernah balik ke rumah kita?saya tahu Derick bukannya selalu datang ke sini.Apa yang buat saya bertambah sakit hati,awak sengaja mengelak nak jumpa saya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience