Awal pagi lagi Elenor sudah kembali ke Villa Sakura.Kelmarin,seharian dia sibuk berjumpa dengan pelanggan perempuan yang mahu memborong kain.Dia mahu dihantar balik ke Villa Demerlad milik Derick di bandar Athenil.Namun penunggang pedati kuda itu memberitahu kepada Elenor yang Derick sudah kembali ke bandar Medion.Dia berkeras juga untuk ke Villa Demerlad.Tetapi hanya Derick sahaja yang boleh masuk ke situ.Tanpa kebenaran dari Derick,tiada sesiapa yang boleh masuk ke sana.Dengan perasaan tidak puas hati Elenor terpaksa menginap di sebuah rumah penginapan bersebelahan dengan Manor Celeste milik Maer untuk berehat.
Hatinya masih lagi panas dengan tingkah-laku pelanggan muda yang dikenali sebagai Edora itu.Sewaktu mereka bertemu untuk berbincang,Edora melihat ke arah Elenor dari atas ke bawah.Pandangan mata Edora itu seolah-olah dia tidak yakin dengan Elenor.Apa yang membuat dia bertambah sakit hati bila Edora sering sahaja menyebut nama suaminya semasa mereka sedang bercerita.
"Rick tak ada ke?saya nak jumpa dia,bukan orang lain."Kata Edora dengan wajah kelat.
"Cik..suami saya sibuk sedikit.Dia tak dapat datang ke sini untuk berjumpa dengan Cik Edora.Sebab tu saya sendiri yang datang berjumpa dengan cik Edora mewakili suami saya."
Elenor mengawal nada suaranya walaupun dia sudah mulai hilang sabar dengan perangai Edora.Katanya ingin melihat corak kain baru dari kilang.Tetapi lain pula yang dibualkan oleh Edora.Jika Derick yang datang berjumpa dengan Edora,entah apa yang akan mereka berdua bualkan.Dia sendiri tidak pernah memanggil nama Derick dengan panggilan 'Rick' .Tetapi perempuan itu pula berani berkata seperti itu.Dia mulai curiga hubungan antara Derick dengan Edora.
"Awak?..awak isteri dia!!..macam tak percaya pula saya yang awak ni isteri Rick.Seingat saya isteri Rick tu cantik orangnya.Awak ni pula rupa biasa-biasa sahaja.Muka awak ada iras sedikit macam pekerja kebun yang kerja kat Villa saya."
Edora tergelak manja.Dia sendiri berasa lucu dengan apa yang dia katakan pada Elenor.Melihat wajah Elenor yang mula berubah,dia berpura-pura melihat senarai kain corak baru yang dibawa oleh Elenor.Puas pula hatinya apabila dia dapat mengeluarkan apa yang tersimpan di dalam hatinya.Sudahlah dia bergaya lawa-lawa.Derick pula tidak datang.Sebab itu dia marah.Lagipun dia mahu berjumpa dengan Derick bukan Elenor.
"Saya nak semua corak baru ni 50000 pasang setiap satu corak.Saya tak nak lebih atau kurang.Nanti susah lagi saya nak datang ke sini hanya untuk berurusan dengan awak.Saya ni bukan banyak sangat masa terluang nak berjumpa dengan awak.Hmm..Rick selalu bagi hadiah percuma kalau saya beli corak baru.Tu awak jangan lupa pula.Ambil balik kertas ni.Saya dah tandatangan.Wang,saya akan serahkan petang nanti kat kilang Rick.Hmmm..saya pergi dulu.Saya nak cepat."
Edora menolak dengan kasar kertas itu pada tangan Elenor semula.Dia kemudian berlalu pergi sambil berlenggang-lenggang.Sesudah Edora pergi,Elenor bertindak menghempaskan gelas kaca di atas lantai.Dia kemudian meletakkan wang di atas meja lalu dia segera keluar.Dia tidak peduli dengan mata pelanggan lain yang memandang ke arahnya.Nasib baik sahaja Edora itu pelanggan terakhir yang dia mahu temui.Jika tidak,dia akan menyuruh pembantu Derick untuk menggantikan tempatnya.
Sampai sahaja dia di Villa Sakura,dia tergesa-gesa menuju ke bilik.Dia mahu segera bertemu dengan Derick untuk bertanya tentang hubungan Derick dengan Edora.Dia itu isteri sah Derick.Tidak salah jika dia ingin bertanya.Tombol pintu dipulas beberapa kali.Namun pintu bilik itu masih tertutup.Dia mengetuk bertalu-talu.Tetapi tiada balasan dari dalam.Pintu masih tertutup rapat.Hampir sahaja dia berteriak mahu memanggil Derick.Tetapi kemunculan Mayda membuat dia berhenti mengetuk.
"Madam,tuan suruh saya bagi kunci bilik ni kat madam.Semalam tuan dah bergerak kembali ke bandar Athenil semula."
Mayda menyerahkan kunci itu kepada Elenor.Dia sempat melihat wajah Elenor yang masam mencuka.Hatinya tertanya-tanya sendiri.Mungkinkah Derick dan Elenor bergaduh? selalunya mereka balik bersama.Tetapi kali ini mereka balik berasingan.Malah Derick memberinya kunci bilik untuk diserahkan pada Elenor.
"Huh..entah apa lagi yang jantan tu buat kat bandar Athenil.Macam tak ada pekerja yang bekerja kat sana.Asyik melekat kat bandar Athenil.Mayda masuk kat dalam.Saya ada nak cakap dengan awak."
Mayda masuk dengan laju lalu Elenor menolak kuat pintu itu sehingga berdentum bunyinya.Elenor duduk di meja solek lalu memandang wajahnya yang ada di cermin.Berkali-kali dia memandang wajahnya sehingga Mayda yang sudah siap memasang lampu,kipas dan membancuh teh menjadi hairan dengan tingkah-laku Elenor yang kelihatan pelik dari biasa.
"Mayda..awak cakap dengan jujur.Muka saya tak cantik ke? Mana lebih cantik muka arwah isteri Derick atau saya?."
Terpinga-pinga Mayda apabila menerima soalan dari Elenor.Kepalanya yang tidak gatal diggaru.Dia bingung harus menjawab apa.Nanti bila dikata yang benar,Elenor marah pula.Tetapi baginya wajah Elenor boleh dikategori cantik tetapi cantik biasa.
"Urm..madam,muka madam memang cantik.Kalau tak tuan tak akan tertarik dengan madam.Ermm..kalau dengan arwah isteri tuan saya tak pasti pula.Saya tak pernah jumpa dia sebelum ni."
"Mayda awak tak faham.Derick tu terima saya bukan kerana wajah..hah!sudahlah..malas saya nak cakap lagi.Mayda,Derick ada bagi tahu ke kenapa dia balik ke bandar Athenil?."
Hampir sahaja rahsianya terbongkar.Walaupun dia sudah lama bersama dengan Mayda,dia tidak akan membiarkan Mayda tahu rahsianya bagaimana dia dapat berkhawin dengan Derick.Jika bukan kerana hal itu, mungkin sehingga sekarang dia masih terkejar-kejar dengan Derick.
"Tuan marah dengan May dan Mary.Kata Cosmas tuan marah kerana May balik lewat sangat.Lepas tu tuan nampak dia dihantar oleh lelaki lain."
Bukan main gembira lagi Mayda apabila menerima perkhabaran itu semalam daripada Cosmas yang berkunjung ke biliknya untuk bercerita dengan Donna.Dia yang berpura-pura sibuk,mengambil kesempatan untuk mendengar perbualan mereka berdua.Sempat lagi dia melihat Cosmas menghulurkan wang sebanyak 1000ril kepada Donna.Dia dapat mendengar juga yang Cosmas mahu membawa Donna makan ke restaurant terkenal di bandar Athenil.Tersenyum-senyum Mayda kerana nampaknya hubungan Cosmas dan Donna semakin bertambah erat.
"Hei..tak faham saya dengan Derick ni.Kalau dia benci sangat budak tu kenapa tak dihalaunya sahaja May tu.Menyakitkan mata saya sahaja."
Elenor mengeluh keras.Setiap kali nama Mytrice disebut,setiap kali itu juga dia berasa tercabar.Dia takut kedudukannya di Villa diganti dengan Mytrice.Entah apa cara yang dia perlu lakukan agar dia tidak lagi melihat Mytrice di sini.Anaknya Cosmas boleh sahaja menggantikan tempat Mytrice.Dia tidak mahu bayangan yang serupa dengan Emerald sentiasa menghantui hidupnya.
"Madam saya tak rasa Derick tu benci dengan May.Kelmarin,sebaik sahaja tuan balik ke sini dari bandar Athenil,dia terus menuju ke stor untuk mencari Mytrice.Kebetulan saya ada kat sana.Sempat lagi saya lihat tuan mengemas rumah May."
Sengaja Mayda mereka-reka cerita.Dia tidak mahu Cosmas berubah hati.Beberapa hari ini,dia mulai perasan yang Cosmas kerap kali merenung ke arah Mytrice dari beranda Villa.Jika Mytrice terus di situ dia takut kedudukan Donna akan tergugat.Lagipun Mytrice itu anak kepada Derick.Dia terlalu takut membayangkan jika bukan Cosmas yang menerima harta Derick.Sebaliknya Mytrice.Dia tidak mahu dihalau keluar dari Villa Sakura.Sebab itu dia cuba meracun fikiran Elenor agar segera menghalau Mytrice keluar dari Villa sakura.
"Saya memang dah agak semua ni.Mayda saya nak awak buat sesuatu agar May dihalau keluar dari sini dengan segera.Saya tak boleh biarkan budak tu tinggal lama kat sini."
"Tapi madam kan isteri tuan.Madam tak cuba pujuk tuan supaya tuan halau May.Saya yakin pasti tuan akan dengar cakap madam."
"Tak boleh.Saya tak boleh cakap macam tu Mayda.Awak takkan faham.Kalau saya boleh buat,saya tak suruh awak bantu saya.Awak tahu Mayda,di belakang saya,Derick tu macam ada simpan perempuan lain.Awak urus May sementara saya ke bandar Athenil untuk memantau pergerakan Derick."
Terkejut Mayda mendengar pengakuan dari Elenor.Kini dia mulai faham mengapa Elenor selalu sahaja pergi ke bandar Athenil.Sedangkan sebelum ini elok sahaja Elenor bersantai-santai di Villa Sakura.Risau juga dia jika Derick berkhawin lain.Dia harus mengumpul wang untuk persediaan sebelum dia keluar dari Villa ini.
'tokkk..tookk..tookk..'
Ketukan pintu yang agak kuat membuat mereka berdua terdiam.Mayda agak takut jika Derick yang ada di luar.Tetapi apabila si pengetuk pintu belum juga masuk,mereka berdua saling berpandangan.
"Masuk."kata Elenor ringkas.
Kelihatan seorang pembantu rumah muda masuk ke dalam dengan tergesa-gesa lalu menyerahkan sekeping surat kepada Elenor.Pembantu itu memandang ke arah Mayda sebentar lalu kembali memandang ke arah Elenor.Rimas pula dia melihat kelakuan Mayda yang penyibuk itu.
"Madam surat tu dari Jack.Dia tunggu kat bawah sejak dari tadi lagi."
"Awak ni bodoh ke?Saya dah beritahu berkali-kali.Kalau Jack datang cari saya,beritahu Jack yang saya tak ada kat sini.Awak ni masih tak faham-faham ke?berapa kali saya nak beritahu?. Mana awak letak telinga awak ni.Dah!!Keluar sekarang."
"Baik madam.Errr..madam..tadi..Saya ada beritahu pada Jack yang madam tak ada kat sini.Tapi Jack berkeras nak naik ke sini untuk tengok madam sendiri.Saya cuba beritahu sekali lagi yang madam tak ada."
Pembantu muda itu segera berlalu pergi dari sana kerana dia tidak tahan mendengar bebelan Elenor.Ditambah lagi dengan wajah Mayda yang seakan mengejeknya.Membuat dia tidak betah untuk berlama-lama di sana.Namun belum pun sempat dia menutup pintu,Elenor memberitahunya yang dia akan berjumpa dengan Jack.
Share this novel