Matanya dikecilkan.Dia melihat Mytrice turun dari pedati kuda.Kemudian seorang lelaki yang sudah menginjak usia remaja kelihatan cuba untuk membantu Mytrice turun dari pedati kuda.Dia kemudian memberikan Mytrice bakul makanan beserta dengan sedikit wang hasil kemenangan yang dia terima dari pertandingan memanah tadi.Apabila pintu pagar dibuka, Mytrice masuk ke dalam.Sementara lelaki itu memerhati ke arah Mytrice sehingga Mytrice hilang dari pandangan.Kemudian barulah dia berlalu pergi.
Derick yang masih memerhati,segera bergerak laju menuju ke depan Villa untuk menunggu Mytrice.Ternyata apa yang dikatakan Cosmas itu benar belaka.Mungkin lelaki itu yang dimaksudkan oleh Cosmas.Lelaki yang terlalu berani memukul Cosmas sehingga lebam.
Apabila Mytrice sudah semakin hampir di hadapan Villa,langkah kakinya terhenti apabila dia melihat Derick melihat ke arahnya dengan pandangan mata yang tajam.Dia menundukkan kepala lalu cuba berjalan ke arah lain.Namun Derick menarik bajunya agar berhenti melangkah.
"Sudah gelap macam ni baru nak balik?tadi pergi mana?Cosmas yang lelaki dah balik.Awak perempuan masih merayu-rayu kat luar.Banyak wang awak.Pedati kuda saya dah sediakan tapi awak naik pedati kuda lain.Mana awak dapat wang?."
Mytrice hanya diam membisu.Mahu dijawab nanti dituduh pula mereka-reka cerita.Lagipun dia tahu yang Derick tidak menyukai kehadirannya.Jadi untuk apa dia mahu membela diri.Lebih baik dia diam.
"Saya tanya awak.Kenapa diam?dah tak ada suara ke?tadi bukan main rancak awak bercerita dengan entah lelaki dari mana."
Bertambah marah pula Derick apabila melihat Mytrice hanya diam membisu.Dia merasakan yang Mytrice itu tidak mahu menghormati dirinya sebagai orang tua.Terlalu jauh berbeza pula dia melihat perangai Mytrice dan Cosmas.Mytrice sering sahaja menaikkan kemarahannya.Sedangkan Cosmas menjadi pengubat rasa marahnya kepada Mytrice.
"Saya ikut kawan tadi."Jawab Mytrice ringkas.
"Ikut kawan sehingga gelap macam ni?awak ni kecil-kecil lagi dah pandai nak balik malam.Tak malu ke dengan Cosmas tu.Bagi bakul tu.Entah benda apa kawan awak bagi tu.Nanti diracunnya orang kat sini."
Derick menarik bakul makanan yang ada pada tangan Mytrice.Namun Mytrice berkeras untuk memegang bakul makanan itu.Dia sedih kerana Derick menuduh Riley begitu.Sedangkan selama ini keluarga Riley melayannya dengan baik.
Melihat Mytrice yang seperti mahu menentangnya,dia menarik bakul itu dengan kasar sehingga Mytrice jatuh tersembam.Makanan dan wang yang ada pada tangan Mytrice jatuh berhamburan.Mary yang kebetulan lalu di situ segera berlari menghampiri Mytrice.
Mata tuanya merenung ke arah Derick dengan wajah marah.Sedih dia melihat Mytrice diperlakukan seperti itu.Sempat lagi dia melihat Cosmas tersenyum sinis di sebalik pintu.Sebaik dia memandang kembali ke tempat Cosmas berdiri dia melihat Cosmas sudah naik ke atas.
"Derick awak buat apa ni?."
"Awak jangan cuba nak masuk campur.Awak tanya sendiri budak ni.Kalau awak tak manjakan budak ni,dia tak kurang ajar macam ni."tempelak Derick.
"Derick May ni masih kecil.Apa yang awak benci sangat dengan May ni.Dia ada curi wang awak ke?."
Bulat mata Mary memandang ke arah Derick.Dia merasakan yang sikap Derick sudah keterlaluan.Mytrice yang masih kecil sudah diperlakukan seperti itu.Entah apa silapnya Mytrice sehingga Derick memperlakukan Mytrice seperti itu.
"Hah!tengok..tengok..awak puncanya budak ni jadi macam ni.Awak tak tengok lagi rumah tempat budak ni tinggal.Kotor sangat.Macam kandang babi.Mary beritahu cucu kesayangan awak ni saya tak nak dia masuk ke dalam Villa lagi.Nanti diracunnya saya,isteri saya dan anak saya kat dalam tu."
Derick menjengkilkan matanya ke arah Mytrice.Dia sudah tidak peduli Mary ada di situ.Makanan yang ada dekat dengan kakinya dipijak kuat lalu ditendang.Dia kemudian masuk ke dalam Villa dengan perasaan marah.
Mytrice pula masih mengutip makanan dan wang yang jatuh berselerak.Mary yang berasa simpati membantu Mytrice mengutip wang dan makanan yang ada di lantai.Dia sempat melihat Mytrice mengesat air matanya.Namun Mytrice cuba menahan dirinya dari menangis lagi di hadapan Mary kerana dia tidak mahu melihat Mary risau dengan dirinya.
"May buang sahaja makanan tu.Dah kotor semua.Nenek ada bawa dua keping roti untuk awak."
Mary memujuk Mytrice.Dia tahu Mytrice baru sahaja lepas menangis.Tidak sampai hati pula dia melihat Mytrice makan makanan yang sudah tercemar.Namun Mytrice menolak pemberian Mary.Dia tahu hanya itu sahaja makanan Mary malam itu.
"Tak apalah nenek.Saya dah makan tadi.Kawan saya belanja.Nenek kenal dengan anak uncle Thom kan,dia kawan May.Wang ni dia suruh May beri kat nenek.Dia menang pertandingan tadi nek."
"May awak ambil sahaja wang tu.Nenek dah nak terima gaji.Awak tu nak sekolah lagi.Guna wang tu untuk belanja sekolah."
Mary cuba menolak pemberian Mytrice.Namun Mytrice memasukkan wang itu di dalam poket baju Mary.Melihat wang itu,Mary cuba menarik kembali.Namun Mytrice menahan tangan Mary.
"Nenek..wang tu untuk nenek.Tak elok jika saya yang ambil wang tu.Nanti mereka tahu sedih pula mereka tu.Nenek saya balik dulu.Nanti kalau tuan keluar dia pasti marah saya lagi kalau saya masih ada kat sini.Nenek jaga diri ya.Jangan tak makan.May tak dapat kawan nenek lama-lama."
Mytrice memeluk erat tubuh Mary.Sedih pula dia kerana terpaksa berpisah dengan Mary.Ingin sekali dia kembali ke pondok Mary.Namun dia takut jika Derick memarahi Mary.Air matanya mahu mengalir.Namun dengan cepat dia mengesatnya.
"May awak pun jaga diri.Jangan buat hal yang boleh menaikkan kemarahan mereka.Nenek pergi dulu.Sampaikan ucapan terima kasih nenek pada uncle Thom dan isterinya."
Mary cepat-cepat beredar agar Mytrice tidak menunggunya.Namun dia sebenarnya bersembunyi di sebalik pohon.Sebaik sahaja Mytrice berlalu pergi,air matanya jatuh membasahi pipi.Dia kasihan dengan nasib yang menimpa Mytrice.Jika dia mempunyai wang,pasti dia sudah membawa Mytrice keluar dari Villa ini.
Sementara itu, Mytrice yang sudah sampai ke dalam stor kelihatan terkejut apabila melihat barang-barang miliknya berselerak.Satu persatu barang-barang yang jatuh dikutip lalu dikembalikan ke tempat asal.Makanan yang terjatuh juga dikutipnya lalu dimasukkan ke dalam bakul.
Lukisan mukanya yang direnyuk diambil lalu diluruskan semula.Sedih pula dia melihat lukisan yang dihadiahkan oleh Riley dirosakkan seperti itu.Dia kemudian bergerak ke katil lusuhnya.Kotak yang ada di situ telah hancur.Sapu tangan dan wang yang ada di dalamnya telah hilang.Dia tahu siapa yang berbuat onar di dalam rumahnya.Dia yakin pasti Donna yang masuk ke sini untuk mengambil barang miliknya.
Setitis demi setitis air matanya jatuh ke lantai.Entah mengapa dia dibenci.Kakinya melangkah ke arah bakul makanan.Dia membersihkan makanan yang jatuh itu lalu mulai memakannya.Dia berasa sayang mahu membuang makanan yang diberi oleh Daria kepadanya.Dia tahu makanan itu hasil dari kerja keras Daria.
Mulai hari ini,dia tidak akan meninggalkan lagi barang berharga di dalam rumah ini.Jika wangnya asyik dicuri, bagaimana dia mahu menyimpan wang untuk membelanja Kyle.Sapu tangan yang diberi oleh Kyle juga sudah hilang.Nasib baik sahaja beg kecil dan rantai pemberian Kyle sentiasa dia bawa bersama.
Walaupun berasa sedih,namun dia masih mampu tersenyum dalam tangisan kerana tertunai juga harapannya untuk memberi Mary wang hasil dari kerja kerasnya.Tadi Riley ada memberinya wang sebanyak 2000ril.Dia cuba menolak.Namun Riley merajuk.Dia terpaksa mengambil wang itu.Daria pula memberinya gaji sebanyak 500Ril kerana sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual di gerai laris terjual.
Dia menggantikan wang yang diberi oleh Riley untuk diberikan kepada neneknya.Dia terpaksa menipu agar Mary mengambil wang itu.Sekurang-kurangnya dapatlah Mary membeli makanan nanti.Mahu juga dia melihat Mary membeli makanan hasil dari titik peluhnya.Selama ini hanya Mary yang memberi dia wang.Sudah tiba masanya dia membalas jasa Mary.Dalam hatinya dia berdoa agar neneknya tetap sihat sehingga dia berjaya kelak.Dia akan membawa nenek dan mencari ayahnya untuk tinggal di luar.
Share this novel