Sudah beberapa minit Cosmas menanti kehadiran Derick.Jika diikutkan hati,mahu sahaja dia tidur kerana terlalu penat membantu Evona sebentar tadi.Badannya juga terasa sakit kesan pukulan dari Willstan dan kawan-kawannya.Tetapi kerana Mayda menyuruhnya turun,dia terpaksa akur dengan arahan itu.Donna pula sejak tadi tidak mahu bercakap dengannya.Dia tahu Donna marah kerana dia hanya membantu Evona.Namun untuk apa dia kisah tentang Donna.Dia boleh mencari kawan lain.
"Cosmas awak dah lama tunggu ke?kenapa tak makan dulu?."
"Ayah?..tak saya baru turun tadi.Saya nak tunggu ayah datang.Kalau boleh saya nak makan bersama-sama dengan ayah.Sudah lama saya tak makan bersama-sama dengan ayah.Ibu pun tak ada kat sini."
Cosmas pura-pura berlagak sedih.Sedangkan dalam hati dia mengutuk Derick yang memaksanya untuk turun ke sini.Jika sahaja ada ibunya saat ini,dia akan segera berpura-pura sakit agar dia tidak perlu berjumpa dengan Derick.Entah mengapa dia tidak menyukai Derick.Andai sahaja ayahnya Jack kaya seperti Derick,dia tidak akan tinggal di sini bersama ibunya.
"Maaf..ayah selalu sibuk.Ibu awak ada hal yang nak diuruskan.Nanti esok dia balik sini.Mari makan dengan ayah.Makanan ni dah nak sejuk.Cosmas ambil wang 60000 Ril ni untuk belanja sekolah.Ayah rasa bersalah pula sebab ayah tak pernah bawa awak keluar, nanti bila ayah ada masa terluang,ayah bawa awak pergi berjalan-jalan."
"Ayah banyak sangat ni.Saya tak boleh terima wang banyak macam ni.Nanti ibu marah pula.Ayah..saya tak salahkan ayah.Ayah bekerja keras macam tu pun untuk kesenangan kita.Saya bangga dengan ayah."
Cosmas memuji Derick kerana dia diberi wang banyak.Belum pernah dia menerima wang sebanyak itu dari ayahnya Jack.Tidak sabar pula dia mahu menayangkan wang itu di hadapan Donna.Dengan wang itu,dia boleh menyuruh Donna untuk memujuk Evona agar semakin rapat dengannya.Derick pula agak tersentuh apabila mendengar kata-kata Cosmas.Alangkah bagusnya jika kata-kata itu keluar dari mulut anaknya sendiri.Tetapi itu hanya impiannya sahaja.Melihat perangai buruk anaknya dia lebih rela jika Cosmas itu yang menjadi anak yang sebenar.
"Bulan ni kilang ayah banyak untung.Semua tu atas berkat kehadiran awak.Awak datang ke sini sahaja kilang ayah ada untung.Cosmas ambil sahaja wang tu.Ayah rahsia kan dari pengetahuan ibu awak.Oh ya..awak ke sekolah dengan May..budak tu belum balik ke?."
Derick mulai teringat tentang tujuan dia mahu memanggil Cosmas.Dia menjadi hairan apabila Cosmas tiba-tiba meletakkan sudu dan garfunya.Cosmas kelihatan hilang selera makan apabila mendengar nama Mytrice disebut.
"Dia..dia..hmmm..saya pun tak tahu nak cakap apa ayah.Saya tak salahkan May.Mungkin dia dah biasa hidup macam tu."kata Cosmas dengan nada sedih.
"Ayah tak faham.Apa maksud awak?Cosmas cuba ceritakan pada ayah.Budak tu buat masalah lagi ke?."
Semakin kuat pula rasa ingin tahu Derick apabila melihat wajah Cosmas yang berubah sedih itu.Tertanya-tanya juga dia tentang perangai Mytrice semasa berada di sekolah.Dia tidak risau dengan Cosmas kerana dia merasakan yang Cosmas itu budak baik.
"Dia suka ikut lelaki berjalan ke sana sini ayah.Saya dah nasihatkan May kerana saya anggap dia macam adik saya sendiri.Tapi dia tak nak dengar.Malah dia suruh kawan lelaki dia pukul saya ayah."
Cosmas menunjukkan badannya yang lebam-lebam dipukul oleh Willstan.Setelah mengamati dari jarak dekat,barulah Derick menyedari yang wajah Cosmas juga terlihat bengkak sedikit.Bertambah marah Derick bila dia mendengar sendiri kelakuan Mytrice yang terlalu biadab dan liar itu.
"Selalu ke May ikut budak lelaki tu?Siapa nama budak lelaki tu?selalu May balik jam berapa?Cosmas ayah nak hantar seorang pengawal untuk menjaga awak.Hari ni dia pukul awak sampai lebam.Nanti tak tahulah apa yang dia buat pada awak lagi.Sebentar lagi ayah suruh uncle Malik panggil perawat untuk periksa badan awak ni.Ayah risau kalau ada luka kat dalam badan awak kerana ayah tengok teruk sangat lebamnya."
Risau pula Derick melihat keadaan Cosmas.Apatah lagi ketika ini Elenor tidak ada di sini.Dia tidak mahu isterinya bersedih kerana dia sudah mulai menyayangi isterinya.Malah dia juga sudah menganggap Cosmas itu seperti anak sendiri.Dia tidak mahu berlaku sesuatu yang buruk kepada mereka berdua.
"Selalu ayah.Dia dah tak nak ikut saya balik lagi.Rasanya dia balik petang nanti ayah.Saya dah tegur.Tapi dia tak nak dengar.Ayah,tak perlu ayah hantar pengawal untuk jaga saya.Saya pandai jaga diri.Kalau bukan May yang suruh lelaki tu pukul saya,mereka tak akan buat macam tu.Hmm..saya sedih pula kerana terpaksa menyusahkan ayah."
Agak terperanjat juga Cosmas apabila Derick mahu menghantar pengawal untuk menjaganya.Memang terlihat bagus idea Derick.Namun dia tidak mahu pergerakannya dipantau.Dia takut jika Derick mengetahui hal yang sebenar.Tetapi dalam hatinya,dia tertawa besar kerana dia dapat mengenakan Mytrice.Masih segar dalam ingatannya bayangan Mytrice yang mengikut lelaki lain menaiki pedati kuda.
"Risau pula ayah dengan awak Cosmas.Tapi ayah tak boleh paksa awak.Nanti kalau mereka buat benda yang keterlaluan,awak beritahu ayah.Cosmas awak kenal ke lelaki yang selalu May ikut tu?."
"Tak apa ayah.Cosmas lebih suka hidup biasa-biasa.Cosmas tak biasa hidup macam orang kaya.Hmmm..kalau tak silap saya Willstan,Daryl dan kawan-kawannya.Saya tak berapa ingat nama yang lain."
"Cosmas awak jangan cakap macam tu.Saya ni ayah awak.Saya tak nak awak hidup susah.Nanti ayah hantar orang pergi beri amaran pada budak tu.Awak dah tak nak makan ke?."
Hampir melompat Cosmas apabila Derick mahu memberi amaran kepada Willstan dan kawan-kawannya.Dia mahu lihat sama ada mereka berani lagi mahu membulinya.Ternyata seronok pula bila hidup dengan kemewahan.Dia boleh melakukan apa sahaja biarpun dia yang salah.
"Terima kasih ayah.Kalau ayah tak tolong entah siapa lagi nak tolong saya.Nak harapkan ibu,ibu pasti salahkan saya.Ayah, perut saya lapar lagi.Tapi saya tak tahan sakit badan saya ni."
Cosmas berpura-pura lemah di hadapan Derick.Sebenarnya dia sudah tidak sabar mahu mengira sendiri wang yang diberi oleh Derick.Sudah lama dia mahu meminta wang daripada ibunya.Namun ibunya hanya memberi dia wang sebanyak 500ril sahaja.Manalah cukup untuk dia berbelanja di bandar besar seperti bandar Athenil.Dia akan cuba memujuk Donna agar membawa Evona berjalan-jalan bersama mereka nanti.
"Awak pergi rehat dulu,nanti ayah suruh perawat tu naik ke bilik awak bila dia dah sampai nanti.Cosmas bawa makanan ni kat bilik awak.Ayah beli semasa ayah kat bandar Athenil tadi.Ayah harap Cosmas suka."
Derick menghulurkan bakul yang berisi makanan kepada Cosmas.Makanan itu sebenarnya dia mahu berikan pada Elenor.Tetapi dia baru teringat yang Elenor tidak ada di sini.Elenor pergi berjumpa dengan pelanggan perempuan yang mahu memborong kain mereka.Dia biarkan sahaja Elenor mengurus kerana dia tidak mahu Elenor cemburu padanya.
"Ayah apa pun makanan yang ayah beli,Cosmas yakin makanan tu sedap.Cosmas pergi dulu ayah.Maaf kerana tak dapat teman ayah makan."
Cosmas memeluk erat tubuh Derick lalu bergerak pergi.Sempat lagi dia tersenyum kecil ke arah Derick sebelum dia naik ke biliknya.Derick pula tersenyum bahagia.Bertuah dia kerana mendapat anak seperti Cosmas.Ternyata benar apa yang Elenor katakan.Cosmas itu budak baik.Dia mulai faham mengapa Elenor mengambil Cosmas sebagai anaknya.
Apabila berseorangan dia mulai teringat tentang Mytrice.Dia mengeluh berat mengenangkan sikap Mytrice yang bakal memalukannya jika dia membiarkan sahaja Mytrice keluar berpelesiran di luar tanpa pengawasan.Dia takut jika orang tahu yang Mytrice itu anaknya.Namanya bakal tercemar kelak.Dia mahu memberhentikan Mytrice dari terus bersekolah.Namun Elenor menghalang kerana dia risau Cosmas tidak mempunyai teman ke sekolah.Dia terpaksa mengalah kerana tidak mahu bertengkar dengan isterinya.
Dia kemudian mulai berdiri lalu memanggil ketua pembantu agar menyuruh Malik membawa perawat datang ke Villa untuk memeriksa keadaan Cosmas.Sementara dia pula berlegar-legar di hadapan pintu gerbang Villa.
Dia sempat bercerita dengan penjaga pintu pagar tentang Mytrice.Namun penjaga pintu pagar itu hanya memberitahu yang dia tidak pernah membenarkan sesiapa yang mencurigakan masuk ke dalam Villa.Penjaga itu sempat memberitahu yang hanya Thom diberi kebenaran masuk ke dalam untuk menghantar barang makanan segar.Tetapi dia sudah tahu semua itu dari Roselyn.Terlalu sibuk bercerita,dia tidak sedar hari sudah menjadi gelap.Baru dia mahu melangkah pergi,dia terlihat sebuah pedati kuda berhenti di hadapan pagar.
Share this novel