Chapter 68.1

Mature Content Series 586

Mayda dan Donna berjalan terhendap-hendap di kawasan stor yang dulu menjadi tempat tidur mereka,namun kini sudah menjadi tempat tidur Mytrice.Sebaik sahaja dia balik dari sekolah, dia membawa ibunya untuk memeriksa tempat tinggal Mytrice kerana dia ingin melihat sekiranya Mytrice ada membeli baju baru lagi.

Sebaik melihat tiada sesiapa yang berjalan ke arah stor, Donna segera mengintip ke dalam Stor dari celahan tingkap yang tidak bertutup rapat.Sementara Mayda pula bertindak melihat-lihat sekitar stor untuk memastikan tiada seorang pun tahu yang mereka ada di sana.

"Ibu..ibu..May tak ada kat dalam.Ibu ada bawa kunci stor ni tak?.Saya nak masuk ke dalam."

Donna menghampiri ke arah ibunya lalu mulai berbisik perlahan.Mayda pula baru terfikir yang dia terlupa untuk mengambil kunci kedua stor tersebut kerana dia terlalu sibuk melihat barang-barang kemas milik Elenor yang membuat dia tidak mahu berdiri keluar dari bilik Elenor.

"Ibu lupa ambil tadi.Donna,awak tak boleh ke masuk dari cermin tu?badan awak bukannya besar sangat."

"Alah..ibu ni.Macam mana ibu boleh lupa pula?dari kelmarin Donna dah pesan kat ibu.Donna tak nak lah panjat-panjat ni.Kotor baju Donna nanti.Tak boleh ke ibu balik ke Villa semula untuk ambil kunci stor ni?."

"Donna,awak fikir ibu ni tak ada kerja lain ke nak dibuat?semenjak auntie awak tu balik semakin sibuk ibu nak kemas bilik auntie Elenor tau.Tak boleh.Nanti pembantu yang lain curiga pula.Awak nak cari apa juga kat dalam rumah May tu?.Kalau awak tak nak panjat,esok sahaja awak pergi sini."

Mayda menggaru kepalanya yang tidak gatal.Kadang kala pening pula dia mahu melayan kerenah Donna yang suka sangat melakukan hal yang tidak penting.Dalam banyak-banyak tempat,stor ini juga yang dipilih.Sedangkan dia tidak yakin ada benda berharga milik Mytrice yang boleh diambil.

"Ibu, tu kan memang kerja ibu.Takkan ibu nak Donna yang buat pula.Ada benda berharga yang May curi dari Donna ibu.Donna nak ambil balik barang milik Donna tu."

Donna membuat muka muram.Kecewa pula dia dengan sikap ibunya yang tidak mahu menolongnya.Sudah beberapa hari dia mahu masuk ke dalam stor.Namun ada sahaja kelibat Elenor berjalan-jalan di sini bersama ibunya.Mahu keluar waktu malam, Mytrice pula sudah ada.Kadang-kala dia melihat Roselyn ada melawat Mytrice di situ.Takut pula dia mahu ke sana malam-malam.

"Bagi sahaja barang tu pada May.Awak boleh minta Cosmas belikan untuk awak lagi."

"Tak boleh.Benda tu pemberian dari Kyle.Saya tak nak May pegang benda tu."

"Hei awak ni.Kalau tahu benda tu penting kenapa letak merata-rata.Tak faham ibu dengan sikap awak ni.Dekat bilik tu bukannya tak ada almari berkunci untuk awak simpan."

"Ibu.. ibu dah kenapa ni?selalu ibu ikut sahaja apa yang saya cakap.Tapi sejak kebelakangan ni ibu selalu sahaja marah-marah.Ibu dah tak sayang saya ke?atau ibu dah mulai kasihan dengan May tu."

Donna mulai menangis.Dia tidak mahu memandang ke arah ibunya.Selama ini ibunya selalu sahaja menunaikan semua permintaannya.Tetapi kali ini,ibunya tidak lagi mahu membantunya.Dia berasa terkilan dengan sikap ibunya yang sudah mulai berubah.

"Donna.. Donna cakap apa ni?ibu bukan marah dengan Donna.Ibu minta maaf ya.Apa kata kita cuba periksa pintu stor tu.Manalah tahu May lupa kunci."

"Ibu tu lah.Berkasar dengan Donna.Kalau ibu buat macam ni lagi, Donna balik ke rumah ayah."

Donna mengugut ibunya.Dia sengaja bercakap seperti itu agar ibunya takut mahu memarahinya lagi.Ternyata benar tekaan Donna.Wajah ibunya berubah sebaik sahaja dia menyebut tentang ayahnya.

"Donna awak tak boleh balik semula ke tempat ayah awak.Kita dah cukup senang tinggal kat sini.Dah..dah..ibu tak nak cakap benda ni lagi."

Mayda kemudian berjalan menuju ke arah pintu depan stor.Dia cuba untuk memusingkan tombol.Namun berkunci.Dia kemudian bergerak ke arah pintu belakang.Baru sahaja dia mahu memulas tombol,pintu itu sudah terbuka.Dia menutup sedikit pintu itu.Matanya memerhati ke dalam.Apabila dia tidak melihat sesiapa di situ,dia mulai membuka pintu itu dengan luas.

"Donna awak masuk ke dalam seorang.Ibu tunggu kat luar.Kalau ibu ketuk pintu sebanyak tiga kali,awak keluar cepat-cepat dan berlari balik ke bilik semula.Faham tak?."

Mayda merenung sebentar ke luar lalu matanya kembali memandang ke arah Donna.Dia tidak berminat mahu masuk ke dalam untuk menyelongkar barang-barang milik Mytrice yang kelihatan langsung tidak berharga di matanya.

"Ibu.. Donna takut.Ibu temankan Donna kat dalam.Nanti ada serangga panjat badan Donna siapa nak buka?."

Donna berusaha untuk memujuk ibunya agar masuk ke dalam bersamanya.Dia mahu ibunya membantu dia mencari sapu tangan yang tertulis nama Kyle.Dia sudah serik mahu masuk ke dalam stor kerana sewaktu mereka tinggal di sana,ada sahaja serangga yang mengigit badannya.Namun kerana sapu tangan yang dia lihat ada pada Mytrice,dia beranikan diri untuk masuk ke dalam.

"Donna..kalau kita berdua masuk siapa nak tengok orang kat luar?dah..jangan banyak alasan.Awak cari barang milik awak tu sekarang.Donna,ingat cakap ibu..kalau ibu ketuk tiga kali,awak lari cepat-cepat tau.Tu tandanya ada orang kat luar."

"Baik ibu."

Donna kemudian bergerak pantas masuk ke dalam stor.Sementara itu Mayda pula menunggu anaknya di luar.Dia berpura-pura memegang bakul makanan sambil berdiri di hadapan stor.Donna pula mulai menyelongkar barang-barang milik Mytrice.Tangannya terhenti seketika apabila dia melihat lukisan wajah Mytrice yang dilukis dengan cantik sekali.

Timbul pula rasa cemburu di hati Donna apabila dia melihat wajah Mytrice dilukis dengan cantik.Terdorong rasa marah,dia merenyukkan lukisan itu lalu dibuang di lantai.Dia kemudian membuka almari pakaian Mytrice yang agak lusuh itu lalu mencari-cari baju Mytrice yang cantik.

Apabila melihat ada baju yang berkenaan di matanya, dia mengambil baju itu.Berasa tidak puas hati kerana belum menemui barang yang dicarinya,dia menyelongkar lagi kotak yang ada di sebelah katil buruk milik Mytrice.Dia tersenyum lebar apabila mendapati sapu tangan itu ada di dalam kotak itu.Malah terdapat juga wang berjumlah 300Ril tersimpan di situ.

Dia mengambil wang itu lalu dia merosakkan kotak kayu itu.Sebelum sempat dia memijak makanan Mytrice,ketukan di pintu berbunyi sebanyak tiga kali.Dia tergesa-gesa berlari tanpa sempat menutup pintu belakang stor itu.Sementara itu,Mayda yang berada di hadapan Stor kelihatan tertunduk-tunduk.Dia tidak menyangka yang Derick akan datang ke sana.

"Mayda..budak tu masih tak buka pintu ke?Cuba ketuk kuat sikit.Pekak agaknya budak tu."

Derick mengerutkan keningnya apabila pintu stor itu masih belum dibuka walaupun sudah berkali-kali diketuk.Dia sengaja datang ke sana untuk melihat Mytrice.Namun dia tidak menyangka pula Mayda ada di situ.Bila ditanya Mayda hanya memberitahu yang dia mahu menghantar makanan kepada Mytrice.

"Tuan..pintu stor ni berkunci tuan.Saya tak perasan pula tadi.Tapi bila saya cuba pulas tombol pintu ni,keras pula."

"Hmm..awak ke tepi dulu.Nanti saya buka pintu ni.Entah apa agaknya budak tu buat kat dalam."

Peluh sudah mulai jatuh di wajah Mayda.Dadanya berdebar-debar.Dia risau jika Donna masih ada di dalam.Selama ini Derick tidak tahu tentang kewujudan Donna.Hanya Elenor sahaja yang tahu.Tetapi Elenor tidak memberitahu hal itu kepada Derick kerana dia takut Derick tidak mahu Mayda ada di situ.Sedangkan dia mahu Mayda tinggal di sana,agar Mayda tidak membocorkan rahsianya.

Apabila pintu stor itu terbuka luas,Mayda cepat-cepat masuk mendahului Derick.Matanya memerhati sekeliling.Ternyata kelibat Donna sudah tidak ada di sana.Dia menghembus nafas lega.Matanya memandang ke arah Derick.Ada kerutan terlihat pada wajah Derick.

"Maaf tuan..saya tak berniat nak masuk dulu dari tuan.Tapi saya risau dengan May.Dia tu dah macam anak saya."

Mayda berkata dengan wajah risau.Mukanya ditundukkan sedikit.Dia sempat melihat wajah Derick yang agak masam itu.Namun tidak lama,kerana Derick sudah berlegar-legar di dalam stor itu.

"Huh...apa dah jadi dengan stor ni.Budak ni pengotor sangat.Makanan pun kat lantai,baju berselerak.Sampah pun buang kat lantai.Pintu belakang pun tak tutup.Mayda awak selalu hantar makanan pada budak tu ke?."

Pening kepala Derick melihat keadaan dalam stor itu yang berselerak.Mahu sahaja dia membuang semua barang-barang milik Mytrice kerana Mytrice terlalu pengotor.Dia sendiri tidak tahu gaya siapa yang diikut Mytrice.Dia sangat pembersih.Begitu juga dengan arwah isterinya dulu.Mengingatkan arwah isterinya,dia menjadi marah.Mungkin sewaktu kecil isterinya juga seperti itu.Dia terfikir mungkin hanya kerana mahu berkhawin dengannya barulah isterinya itu berubah.Namun isterinya itu betul-betul tidak mengenang budi.

"Saya..saya selalu hantar makanan kat sini tuan.. keadaan rumah ni memang selalu begini.Saya yang tolong May kemas barang-barang dia.Kalau saya tak buat macam tu,May tidur dengan keadaan kotor macam yang tuan nampak sekarang.Saya..saya tak sanggup tengok dia tidur dalam keadaan yang kotor."

Mayda berkata dengan nada sedih.Matanya yang berair disapu dengan tangan.Dia meletakkan bakul makanan di atas meja lalu mulai melipat dan memasukkan baju Mytrice ke dalam almari.

"Mayda..tak payah kemas baju budak tu.Sampai bila budak tu nak belajar? dia bukannya kecil sangat sampai tak boleh buat kerja.Makanan tu awak bawa balik.Saya tak nak awak hantar lagi makanan kat sini.Tengok dibuangnya makanan tu kat lantai.Dasar budak tak pandai bersyukur.Awak beritahu juga pada pembantu yang lain supaya mereka jangan hantar makanan kat sini lagi.Suruh budak tu makan kat sana sahaja."

"Baik tuan..kalau macam tu saya pergi dulu."

"Mayda..tunggu sekejap."

"Ada apa tuan?."

"Budak tu belum balik ke?.Saya cari kat dapur tak ada.Sini pun tak ada."

"Agaknya dia ke rumah Roselyn tuan.Tadi dia dah balik dengan Cosmas tuan."

"Hmm..tak apa..awak balik dulu.Nanti suruh Cosmas turun kat meja makan.Saya nak jumpa dengan dia."

"Baik tuan."

Tergesa-gesa Mayda melangkah.Dia tidak mahu berlama-lama lagi di situ kerana dia risau jika Derick dapat membaca penipuannya.Derick pula masih berlegar-legar di situ.Apabila dia sudah mahu bergerak untuk mengunci pintu belakang,kakinya tertendang sebuah kayu.Kain yang menutupi kayu itu terbuka.Langkah kakinya terhenti seketika.Matanya tertancap pada lukisan yang ada di situ.

Dia tidak menyedari yang kakinya sudah melangkah menuju ke arah lukisan itu.Entah mengapa hatinya menjadi sebak apabila melihat lukisan wajah Mytrice dan Mary sedang duduk gembira di hadapan pondok yang Mary tinggal sekarang.

Tidak mahu terus bersedih,dia menutup pintu belakang lalu melangkah keluar dari pintu hadapan.Dia tidak mahu hatinya bersimpati dengan Mytrice.Dia sudah bertekad untuk tidak mahu menerima Mytrice sebagai anaknya.Dia melakukan seperti itu sebagai hukuman kepada Emerlad yang menyakiti hatinya.Dia mahu Emerlad terseksa melihat anaknya hidup menderita.

.............

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience