Dia bertindak lari mengikuti Kyle sebelum sempat Keena berkata-kata.Dia yakin sekarang Keena pasti sedang mencari mereka kerana mereka sudah tidak ada di hadapannya lagi.
"Kyle awak ni gila ke?awak tinggalkan Keena macam tu sahaja.Kalau dia beritahu kepada pengajar kita awak pasti menerima hukuman.Keena tu pelajar dari sekolah lain.Tak baik awak buat dia macam tu."
Julien menegur perbuatan Kyle yang seperti orang tidak beradab itu.Risau juga dia jika Keena melaporkan perbuatan mereka nanti.Dia juga ada bersama Kyle.Dia pun pasti akan menerima hukuman.
"Kalau awak nak layan sangat Keena kenapa awak kejar saya?dah awak yang bawa perempuan tu jumpa saya.Awak tak tanya pun sama ada saya nak atau tak jumpa Keena.Kenapa?sebab Keena tu cantik awak nak jadi hero ke?."
Kyle bercakap tanpa sedikit pun memandang ke arah Julien.Matanya bergerak pantas mencari pedati kuda yang dinaiki oleh Mytrice sebentar tadi.Dia tidak menyangka pula yang Julien mengejar dirinya.Geram juga dia dengan perangai Julien yang terlalu lurus bendul.Asyik mengikut sahaja kata orang.Contohnya seperti sekarang.Keena mahu berjumpa dengan dirinya,diturutkan sahaja oleh Julien.
"Masalahnya Keena bukan nak bercakap dengan saya.Tapi dengan awak.Awak pun perasan ke wajah Keena tu cantik?habis tu kenapa sia-siakan peluang tadi."
"Julien..Julien!awak masih tak faham ke?saya tak nak jumpa dengan sesiapa.Lain kali kalau ada orang nak jumpa saya,awak beritahu yang awak tak kenal saya.Faham tak?.Keena tu memang cantik.Saya tak nafikan.Tapi muka macam tu tak menarik perhatian saya.Kalau awak nak,awak ambil lah."
Kyle merenung sebentar ke arah Julien dengan wajah bosan.Dia kemudian kembali melangkah sambil berpusing-pusing melihat pedati kuda yang sedang menunggu di sana.Namun dia masih tidak melihat pedati kuda yang dinaiki Mytrice.Tetapi tidak ada tanda-tanda dia mahu berputus asa.
Julien pula menjeling tajam ke arah Kyle.Geram pula dia mendengar kata-kata Kyle.Dibuatnya keena itu seperti baju yang boleh diberi kepada orang sesuka hati.
"Kyle dari tadi awak berpusing-pusing.Awak nak cari apa sebenarnya?pedati kuda awak kan kat sebelah kanan tu.Buat apa awak pergi kat sini?Tempat ni dikhaskan untuk pedati kuda dari sekolah lain."
Pening pula kepala Julien melihat Kyle yang bergerak tidak tentu arah seperti sedang mencari sesuatu.Pelajar lain yang ada di sana sudah mulai memerhati ke arah mereka.Dia pula masih juga mengejar Kyle.
"Awak tak payah nak sibuk,ini bukan urusan awak.Lebih baik awak pergi jumpa dengan Sir Addos sekarang.Nanti dituduhnya saya cuba beri pengaruh buruk kepada awak."
Kyle berehat seketika.Cuaca yang agak panas membuat dia dahaga.Peluh di wajahnya diseka.Dia berasa sedih kerana Mytrice tidak menunggunya di tempat yang mereka janjikan.
"Trice.."
Kyle melihat ke arah Julien dengan penuh tanda tanya.Dia seperti pernah mendengar nama itu.Matanya melihat ke arah pandangan mata Julien.Dia agak tersentak melihat Kelibat Mytrice yang sudah menaiki pedati kuda.Namun wajahnya masih jelas kelihatan apabila kain yang menutupi pedati kuda itu terbuka ditiup angin.
Dia mahu mengejar Mytrice.Namun melihat Julien yang masih berdiri di situ,dia berasa cemburu.Dia tidak mahu Julien menghampiri Mytrice.Dari cara Julien memandang Mytrice,dia tahu yang Julien itu sudah tertarik dengan Mytrice.Dia juga lelaki,sebab itu dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh Julien.Matanya melihat sebentar ke arah pedati kuda yang sudah mulai bergerak.Dia akan meminta Aiden untuk menyiasat siapa pemilik pedati kuda itu nanti.
"Julien..awak kata nak pergi ke pejabat Sir Addos.Bila nak jalan?awak nak sir Addos cari kita ke?."
Kyle cuba bercakap dengan Julien untuk mengalihkan perhatian Julien daripada terus memandang ke arah Mytrice.Namun pertanyaan Kyle dibiar sepi.Mata Julien masih melihat ke arah pedati kuda yang dinaiki oleh Mytrice.Kakinya pula mulai melangkah mahu mengejar pedati kuda itu.Namun dengan cepat Kyle menarik bajunya menuju ke pejabat Sir Addos.
"Kyle..awak ni dah kenapa?lepaskan baju saya ni.Ikut suka awak sahaja nak tarik baju saya."
"Awak tu berdiri macam tunggul kat situ.Orang tengok pun takut.Awak tak takut ke dituduh mengintip.Tempat tu banyak pelajar perempuan dari sekolah lain."
"Hish..awak ingat semua orang berfikirkan jahat macam awak ke?.Saya nak kejar kawan saya, itu pun salah ke? lagipun tempat tu tempat terbuka.Bukannya bilik tempat tukar baju."
Julien merenung ke arah Kyle dengan wajah tidak puas hati.Jika Kyle tidak menariknya sebentar tadi,dia pasti sempat mengejar Mytrice.Tidak pula dia menyangka yang Mytrice ada di sini.Dia mulai terfikir.Sekolah apa yang diikuti oleh Mytrice?Jika di bandar Medion,hanya Sekolah Medion Art sahaja yang hadir tadi.Hanya seorang peserta yang dia kenal iaitu Riley.Dia mulai teringat yang Sir Addos akan membawa pelajar senior datang ke pameran dan pertandingan melukis di sekolah Medion Art.Dia tidak akan melepaskan peluang itu untuk bertanya kepada Riley.Manalah tahu Riley mengenali Mytrice.
"Huh..macam saya seorang sahaja yang fikir macam tu.Awak pun apa kurangnya.Sejak bila pula awak ada kawan dari sekolah lain.Kalau ada pun bukannya awak tak boleh jumpa hari lain.Ni tak..macam monyet sahaja terkejar-kejar pedati kuda yang dah nak jalan.Awak tak fikir ke Sir Addos dah tunggu kita?."
Hairan pula Julien dengan sikap Kyle.Selalunya bukan main liat lagi Kyle bila dibawa pergi berjumpa dengan Sir Addos.Tetapi berbeza pula kali ini.Kyle yang memaksa dia untuk datang ke pejabat Sir Addos.
"Lain benar gaya.."
"Hah..dah datang pun kamu berdua.Sir baru nak suruh pelajar lain cari kamu berdua.Masuk..masuk.."
Julien tidak meneruskan kata-katannya apabila Sir Addos sudah terpacak di depan pintu sebelum mereka berdua sempat memulas tombol pintu.Apabila mereka masuk sahaja,beberapa orang pelajar senior menepuk tangan lalu memberikan bunga kepada Kyle dan Julien atas kejayaan mereka.
Sesudah itu,Sir Addos menyampaikan ucapan singkat lalu mempelawa mereka untuk menjamu selera.Dia kemudian datang ke arah Julien dan Kyle lalu menepuk bahu mereka sambil berkata perlahan.
"Sir gembira tengok kamu berdua dah mulai berbaik-baik.Willstan juga dah berubah.Sir harap kamu kekal seperti ini.Tahniah kerana mengharumkan nama sekolah Orili."
Julien dan Kyle saling berpandangan dengan wajah berkerut setelah Sir Addos masuk sebentar ke biliknya.Mereka tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Sir Addos.Namun mereka tidak mahu bercakap banyak.Apatah lagi melihat makanan dan minuman yang sudah terhidang.
Mereka yang ada di sana menikmati makanan itu dengan penuh berselera sekali.Bukan selalu Sir Addos berbaik hati mahu membelanja mereka makan.
Share this novel