Dia tidak dapat lagi menahan marahnya lalu menghampiri mereka berdua.Tambah dia sakit hati bila mendengar Keena ingin berkenalan dengan Julien.Walaupun dia tidak mendengar dengan jelas perbualan mereka,dia yakin yang Keena mahu merebut Julien darinya.Cemburu pula dia kerana Julien membenarkan Keena menyentuh tangannya.Sedangkan jika dia berbuat seperti itu cepat sungguh Julien memberi alasan mahu balik.Keena pula dilayannya seperti puteri.
"Awak ni siapa?awak jangan salah faham.Saya dan Julien tak ada apa-apa hubungan pun."
Keena cuba mempertahankan dirinya.Dia terlupa pula mahu bertanya tentang status Julien.Jika dia tahu yang Julien sudah berpunya,dia tidak akan melebih-lebih melayan Julien.Apatah lagi apabila melihat wajah garang perempuan yang ada di hadapannya sekarang.
"Awak ingat betul-betul.Simpan dalam kepala awak.Nama saya Amanda!!.Saya kekasih Julien.Awak jangan nak tipu saya.Awak tak malu ke pegang-pegang tangan lelaki yang dah berpunya.Macam tak ada lelaki lain lagi.Saya tahu awak memang sengaja nak goda Julien kan."
Amanda terus memarahi Keena.Dia tidak percaya dengan penjelasan Keena.Jika dia hanya mendengar cerita itu dari orang lain, mungkin dia akan percaya.Tetapi matanya sendiri yang melihat Julien dan Keena yang duduk berdua-duaan sambil bercakap dengan mesra.Bila ditanya mereka berdua pula tidak berlaku jujur kepadanya.Semakin bertambah marah dia dengan mereka.
"Amanda..awak cakap apa ni?tak baik tuduh Keena macam tu.Apa yang awak dengar sehingga awak cakap Keena kasar sangat?."
Julien menegur kelakuan Amanda yang agak keterlaluan.Dia terlupa pula yang Amanda sudah mulai masuk ke sekolah Orili bermula hari ini.Selama ini dia tidak pernah menganggap Amanda lebih dari seorang kawan.Dia berkawan dengan Amanda pun hanya kerana dia menghormati ibu dan ayah Amanda yang menjadi pelanggan setia kedai bakery mereka.
"Lien..awak..awak..sampai hati awak menyebelahi perempuan ni dari saya.Oh?nama perempuan ni Keena ya.Nama pun dah serupa sangat dengan nama perampas hak orang."
Amanda menghempaskan makanan yang ada dalam genggaman tangannya.Makanan itu dia yang masak sendiri untuk diberikan kepada Julien.Namun dia kecewa dengan Julien.Manakala Keena pula cepat-cepat berdiri apabila kuah makanan itu hampir mengenai bajunya.Merah sedikit wajahnya apabila menyedari mereka menjadi pusat perhatian pelajar yang ada di sana.Jika dia berada di sekolahnya saat ini,dia sudah menampar wajah Amanda yang agak keterlaluan.Namun kerana mahu menjaga imej sekolahnya,dia terpaksa menahan sabar.
"Amanda apa bukit awak nak tuduh saya macam tu?awak salah dengar agaknya.Saya hanya nak cari Kyle teman Julien ni."Keena masih cuba mengawal suaranya.
"Awak tak payah tipu saya.Awak ingat saya pekak ke?kalau awak nak cari Kyle kenapa perlu bercakap dengan Julien?awak jangan nak buat alasan.Dalam sekolah ni tak ada pun lelaki bernama Kyle."
Amanda masih tidak peduli.Dia bercakap penuh dengan emosi.Dia masih tidak percaya dengan Keena.Hatinya bertambah sakit dengan perangai Julien yang berpihak kepada Keena.Dia tidak rela melihat Julien bersama-sama dengan Keena.Ingin sahaja dia mencalarkan wajah cantik Keena agar Julien tidak sudi melihat wajah Keena lagi.Namun dia tidak mahu berbuat seperti itu.Dia mahu memalukan Keena di hadapan ramai agar Keena tidak berani lagi mahu merampas Julien darinya.
"Amanda..sudah..awak faham ke apa yang awak cakap ni?jangan terlalu ikut perasaan.Cuba bawa bertenang."
Julien cuba memujuk Amanda.Kepalanya berserabut memikirkan apa yang harus dia lakukan untuk meleraikan pergaduhan antara Amanda dan Keena.Kasihan pula dia melihat wajah Keena yang terkebil-kebil itu.Pening pula kepalanya melihat perangai Amanda yang agak tidak rasional itu.
"Lien..awak tak faham.Macam mana saya nak bertenang.Dari tadi awak asyik menyebelahi perempuan ni.Kenapa?di mata awak dia lebih cantik dari saya ke?Lien saya nak awak jawab soalan saya di hadapan perempuan ni."
Amanda sudah mulai menangis.Dia sedih kerana Julien tidak pernah cuba untuk memahami dirinya.Dia tidak suka mendengar Julien melebihkan Keena dari dirinya.Julien pula menghembus nafas kecil.Mindanya cuba berfikir ayat yang sesuai untuk dikatakan kepada Amanda.
"Amanda dengar baik-baik.Apa yang Keena cakap tu betul.Dia tak tipu.Saya dan Keena tak ada hubungan.Dia hanya nak cari Kyle.Mungkin awak tak kenal Kyle kerana awak baru kat sini.Amanda awak patut minta maaf dengan Keena.Awak dah tuduh dia bukan-bukan.Satu lagi.Antara awak dan saya tak ada.."
"Lien saya tak nak dengar lagi dan saya tak nak minta maaf dengan perempuan ni.Mungkin awak tak suka perempuan ni.Tapi saya yakin perempuan ni ada niat lain pada awak."
Amanda memotong percakapan Julien.Dia tidak mahu Keena tahu yang hanya dia sahaja yang terhegeh-hegeh mengejar Julien.Sedangkan Julien tidak berminat dengannya.Dia tahu semua itu.Tetapi dia tidak peduli.Dia tetap mahu orang lain tahu yang Julien itu adalah miliknya seorang.
"Amanda awak dah keterlaluan.Tadi saya cuba bersabar dengan awak,tapi sikap awak ni semakin menjengkelkan.Saya dah cakap pada awak tadi yang saya dan Julien tak ada apa-apa hubungan.Awak ni tak faham bahasa.Muka awak tu tak lah cantik sangat ditambah pula dengan gaya buruk awak.Mana lah lelaki nak suka."
Terkeluar sudah gaya Keena yang sebenar.Telinganya terasa panas dengan sindiran pedas dari Amanda itu.Selama ini tidak ada seorangpun yang berani bercakap kasar dengannya.Amanda itu belum kenal siapa dirinya.Pantang sekali dia melihat orang seperti Amanda yang suka menuduh tanpa usul periksa.
"Awak fikir hanya awak yang bersabar ke? saya pun dah cukup sabar dengan perangai awak yang suka berpura-pura.Awak fikir muka awak dah cukup cantik sangat ke?."
Amanda mulai menyerang Keena.Namun Julien agak tangkas menjauhkan mereka berdua agar tidak berlaku pergaduhan.Dia sudah biasa menyelesaikan hal seperti itu.Bezanya,masalah ini berpunca dari dirinya.Kini dia sedar mengapa Kyle selalu sahaja melarikan diri jika ada perempuan yang bergaduh kerana berebutkan dirinya.Rupanya untuk menyelesaikan pergaduhan antara perempuan lebih sukar berbanding lelaki.
"Amanda..Keena..dah..mari kita bergerak kat pondok tu untuk selesaikan masalah ni."
Julien menarik tangan Amanda dan Keena agar mengikuti dirinya pergi ke pondok yang ada di hadapan sebelah kanan.Terdapat beberapa pelajar yang ada di sana untuk menggantikan tugas Julien bagi menyelesaikan masalah pelajar.Di pertengahan jalan,Amanda bertindak cepat dengan cuba menolak Keena.Dia tidak mahu melihat Julien memegang tangan Keena.
Serangan secara tiba-tiba yang dilakukan oleh Amanda membuat Keena hampir terjatuh kerana tangan Julien yang memegang tangannya terlepas akibat dari tolakkan kuat dari Amanda.Panik seketika Julien.Dia melepaskan genggaman tangannya dari tangan Amanda lalu cuba menangkap Keena.Malangnya badan Keena sudah terjatuh lalu menimpa tubuh lelaki di belakangnya yang ketika itu sedang membelakang.Lelaki itu berpusing lalu menolak badan Keena.Wajahnya berkerut memandang ke arah mereka.
Julien pula berasa gembira melihat lelaki itu.Giliran dia pula mahu mengenakan lelaki itu yang sering kali membuat dia sakit kepala.Matanya bersinar.Baru hari ini dia suka dengan kehadiran lelaki itu.
"Kyle?..sini rupanya awak.Ni hah..ada pelajar dari sekolah lain yang nak jumpa awak.Dari tadi dia cari awak.Keena..tu orang yang awak cari.Tugas saya dah selesai.Saya nak beredar segera.Amanda..awak selesaikan hal awak dengan Keena secara baik.Saya yakin awak boleh buat..awak hanya.."
"Julien..awak cakap apa ni?."
Ringkas sekali Kyle bertanya.Dia tidak mahu mendengar Julien berkata banyak.Kerana itu dia memotong percakapan Julien.Sebentar tadi dia ada melihat kelibat Mytrice bersama-sama dengan seorang lelaki.Jika bukan kerana dia dilanggar oleh Keena,dia sudah dapat mengejar Mytrice yang sudah mulai naik ke pedati kuda.
"Keena yang ada kat depan awak sekarang ni nak jumpa awak."
Julien memerhati ke arah Amanda dan Keena yang kelihatan tercengang memerhati ke arah Kyle.Dia sudah menduga reaksi mereka apabila ternampak Kyle.Dia tidak hairan kerana wajah Kyle sememangnya tampan.Namun kelakuan Kyle itu yang agak menjengkelkan.Amanda pula agak terkejut bila dia melihat wajah Kyle.Ternyata orang yang dimaksudkan oleh Keena itu tampan orangnya.
Dia yang berasa malu segera beredar dari sana dengan kadar segera.Dia tidak mahu dipaksa untuk meminta maaf kepada Keena walaupun dia tahu yang dia bersalah kerana menuduh Keena bukan-bukan.Namun kerana egonya yang tinggi,dia tidak mahu tunduk dengan sesiapa.
"Urmmm.. Kyle saya Keena.Saya berasa beruntung sekali kerana dapat berjumpa awak.Urmm..Kyle..boleh tak saya nak berkenalan dengan awak?."
Keena berkata perlahan sambil menundukkan kepalanya.Dia berasa malu mahu bertentangan mata dengan Kyle.Beberapa minit menanti masih tidak ada jawaban.Apabila mendongak, wajahnya berkerut.Kyle, Julien dan Amanda sudah tidak ada lagi di dekatnya.Dia seperti bercakap seorang diri.Agak malu pula dia bila diperhatikan oleh pelajar lain.
Sementara itu Julien pula mengejar kelibat Kyle yang berjalan cepat seperti ingin mengejar sesuatu.Dia rasa bersalah pula kerana membiarkan Keena berseorangan.Namun dia tidak mahu terjadi lagi pergaduhan antara Amanda dan Keena.Nanti dia juga yang malu.Lagipun Keena mahu bertemu dengan Kyle bukan dirinya.
Share this novel