Chapter 67.1

Mature Content Series 586

Julien meneliti satu persatu wajah yang ada di kawasan pintu gerbang sekolah mereka.Dia mahu mencari kelibat Kyle yang membuat dia panas hati.Jika bukan kerana sebentar lagi mereka berdua harus berjumpa dengan Sir Addos,dia tidak akan pergi mencari Kyle.Mahu sahaja dia membiarkan Kyle dimarah oleh Sir Addos.Namun memikirkan yang dia juga akan menerima tempias,dia terpaksa juga mencari Kyle.

Dari jauh dia dapat melihat Kyle yang sedang merenung ke arahnya.Wajah Kyle kelihatan selamba memandang ke arahnya,membuat dia berasa geram kerana Kyle langsung tidak berasa bersalah kerana menyusahkan dirinya dan kawan-kawan yang sedang menunggu kehadiran mereka berdua.

"Julien..rajin sangat awak berdiri kat sini.Awak nak jadi penyambut tetamu ke?."

"Kyle awak jangan berpura-pura tak tahu.Awak fikir saya suka sangat ke nak berdiri macam tunggul kat sini."

Julien memandang tajam ke arah Kyle.Marahnya semakin memuncak bila dia melihat perangai Kyle yang agak menyakitkan hati itu.Dia tahu Kyle itu bukannya bodoh.Namun Kyle sengaja memilih untuk berpura-pura tidak tahu.

"Saya tak suruh awak cari saya.Awak yang baik hati sangat nak tunggu saya."kata Kyle sambil merenung ke arah tepi bangunan.

"Kyle kalau sehari mulut awak tak macam ni boleh tak?awak selalu fikir tentang diri awak sendiri sahaja.Kalau awak seorang yang dimarah saya tak kisah sangat.Awak nak balik ke,nak merayu-rayu tanpa hala tuju ke tak ada orang nak kisah.Tapi setiap kali awak buat perangai dengan saya sekali terpalit sama."

Julien meluahkan apa yang tersimpan di dalam hatinya.Walaupun Kyle tidak mahu mendengar,dia akan tetap mahu memberitahu hal itu kepada Kyle.Dia tidak kisah jika dia harus berkata berulang kali sehingga Kyle muak mendengarnya.Hanya itu sahaja cara untuk dia menegur perangai Kyle yang tidak mahu mendengar arahan.

"Awak pun sama sahaja.Membebel macam perempuan.Julien awak tak payah tunggu saya.Awak pergi terlebih dahulu.Nanti saya menyusul kemudian."

Kyle memandang ke arah Julien dengan wajah bosan.Telinganya dikorek.Dia pening mahu mendengar bebelan Julien.Dia kemudian berpusing lalu mulai berjalan tanpa menunggu jawaban dari Julien.Mindanya sarat memikirkan tentang Mytrice yang sudah pasti masih menunggu kedatangannya.Dia tidak mahu Mytrice menunggu terlalu lama.Baginya,Mytrice lebih penting dari Julien dan kawan-kawannya.

"Kyle.. Kyle!!..saya belum habis bercakap dengan awak lagi.Awak nak pergi ke mana?.Saya tak benarkan awak buat sesuka hati awak lagi."

Agak kuat nada suara Julien memanggil Kyle yang sudah berlalu pergi.Sungguh dia geram melihat Kyle yang langsung tidak mahu mendengar arahannya.Pelajar lain yang ada di sana mulai melihat ke arah Julien.Ada yang kelihatan terkejut dan ada juga yang sedang berbisik-bisik.Julien sudah tidak peduli lagi.Dia bertindak mengejar Kyle yang sudah jauh di hadapan.

Julien meramas rambutnya dengan kasar.Kelibat Kyle sudah tidak kelihatan kerana pelajar lain sudah mulai keluar.Wajahnya berkerut.Dia sudah malas untuk mencari Kyle.Dia akan membiarkan sahaja Kyle dimarah oleh Sir Addos.Bukannya dia tidak mencari Kyle.Hanya Kyle sahaja yang tidak mahu mendengar arahan.Dia dengan wajah muram mula berlalu pergi dari sana.Namun langkah kakinya terhenti apabila bajunya ditarik dari belakang.

"Maaf..awak Julien kan?tak sangka saya dapat jumpa awak kat sini.Ramai sangat pelajar.Mari ikut saya.Saya nak berkenalan dengan peserta hebat macam awak dan kawan awak."

Tangan Julien ditarik kuat.Mahu tidak mahu, Julien terpaksa mengikut langkah pelajar perempuan itu kerana dia bingung memikirkan siapa gerangan perempuan itu.Tidak pernah dia melihat wajah itu di sekolah.Sebaik sahaja sampai di tempat yang sedikit terlindung,pelajar perempuan itu duduk di kerusi.Namun tangannya masih memegang tangan Julien.

"Awak..boleh tak awak lepaskan tangan saya."Kata Julien kurang selesa.

"Hahaha.. maaf saya terlupa.Mari duduk dekat dengan saya.Awak mesti ingat saya ni perempuan yang berperangai tak senonoh sebab saya tiba-tiba sahaja tarik tangan awak tanpa kebenaran.Saya hanya nak bercakap dengan awak.Kalau kita berdiri kat tengah tadi susah pula.Ramai sangat pelajar.Lagipun saya tak suka menjadi bahan usikan teman sekolah saya.Hmmm..asyik bercakap saya lupa pula nak perkenalkan diri.Nama saya Keena.Saya pelajar dari sekolah Pulau Epeltus."

Keena tersenyum manis memandang ke arah Julien.Melihat Wajah Julien dari jarak dekat membuat dia terpegun.Ternyata Julien sangat kacak dari pelajar lelaki yang paling popular di pulau Epeltus.Namun bukan Julien yang betul-betul menarik perhatiannya.Dia mahu mencari Kyle.Namun kerana dia tidak bertemu dengan Kyle,dia harus bertanya kepada Julien di mana Kyle berada.Dia yakin Julien pasti tahu.

"Oh..saya memang tak selesa diperlakukan seperti tadi.Tapi saya tak salahkan awak kerana apa yang awak cakap tu ada benarnya.Saya tahu awak dah kenal nama saya.Tapi tak sopan pula bila bukan saya sendiri yang memperkenalkan diri saya.Nama saya Julien.Selamat berkenalan.Awak nak jumpa saya fasal apa?"

"Saya suka dengan perangai awak Julien.Bercakap tak meleret-leret.Sebenarnya saya kagum dengan cara awak memanah.Lebih-lebih lagi kawan awak tu.Siapa namanya? Kyle?."

Keena berpura-pura tidak ingat.Sedangkan nama itu sudah terpahat di dalam hatinya.Julien pula menghembuskan nafas kecil.Dari cara percakapan Keena,dia tahu yang Keena sebenarnya mahu mencari Kyle.Bertambah sakit kepalanya mahu melayan peminat Kyle.

"Semua tu sebab pengajar saya.Kalau dia tak ajar betul-betul,saya tak mungkin sampai ke tahap seperti Sekarang.Terus terang sahaja yang awak sebenarnya nak cari kawan saya tu kan."

Julien berkata tanpa berselindung lagi.Dia mahu cepat kerana dia tidak mahu Sir Addos mencarinya.Jika Sir Addos sudah berbuat demikian dia bakal menerima hukuman kerana ingkar dengan arahan.

"Urmmm..hehe..mana awak tahu yang saya nak cari kawan awak tu?tapi jujur saya katakan yang cara awak memanah tu buat saya kagum."

Keena melarikan pandangan matanya dari Julien.Terasa malu pula dia kerana Julien seperti dapat membaca apa yang ada dalam fikirannya.Dia mulai faham mengapa Julien diangkat sebagai ketua pelajar.Dia tahu pun kerana wajah Julien terpampang pada papan kenyataan sekolah Orili.

"Hmmm..dah bertahun-tahun saya menghadap dengan soalan yang sama.Sebab tu saya dah boleh meneka."

Julien tersenyum kecil.Dia tidak mahu Keena berasa tidak selesa dengannya.Walaupun dia kurang berminat untuk bercerita dengan Keena,dia harus juga melayan Keena dengan baik untuk menjaga imej sekolah mereka.Dia bukan seperti Kyle yang boleh bertindak sesuka hati.Kadang-kala timbul pula perasaan menyesal kerana menjadi ketua pelajar.Namun dia terpaksa juga memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

"Oh..tak tahu pula saya yang Kyle tu ramai peminat.Tapi saya tak hairan kerana wajah Kyle tu memang menjadi idaman perempuan.Oleh sebab awak dah tahu,saya tak nak buang masa awak lagi.Kyle ada kat mana?kalau boleh saya nak jumpa dia sebelum saya balik ke pulau Epeltus."

"Peminat tu memang ramai..tapi tulah saya pun tak nak ulas tentang tu.Awak boleh tanya dia sendiri.Sebentar tadi dia ada kat sini,tapi dia dah jalan.Mungkin kalau awak bernasib baik,awak dapat berjumpa dengan Kyle.Hmm..kalau dah tak ada apa-apa lagi yang awak nak tanya,saya pergi dulu."

Julien sudah mulai mahu berdiri kerana tugasnya sudah selesai.Dia tidak mahu berlama-lama duduk berdua-duaan dengan Keena yang baru dia kenal.Dia kurang selesa dengan gaya Keena yang terlalu mesra itu.

Keena pula mula berasa bersalah kerana dia tidak mahu Julien menganggap dirinya hanya mahu mengambil kesempatan sahaja.Dia ingin bertemu juga dengan Julien untuk menambah kenalan lelakinya biarpun di hatinya lebih tertarik dengan Kyle yang kelihatan sempurna di matanya.Bukan dia sahaja yang berkata begitu.Beberapa orang pelajar dari sekolahnya juga bercakap tentang Kyle.Bukan itu sahaja.Julien juga termasuk dalam senarai lelaki yang diminati.Oleh sebab itu dia mahu berjumpa kedua-duanya.Dia mahu membuktikan kepada kawan-kawannya yang dia rapat dengan Kyle dan Julien.

"Nanti.. Julien,boleh tak awak temankan saya duduk kat sini.Saya baru pertama kali datang kat sekolah awak.Kawan saya pun belum ada lagi yang keluar dari dewan makan.Kalau awak tak keberatan saya nak awak jadi peneman saya kat sini."

Keena menarik tangan Julien agar Julien duduk semula di sebelahnya.Dia terpaksa menipu agar Julien tidak meninggalkan dia berseorangan di situ.Dia mahu Julien dan Kyle ada bersamanya sehingga kawan-kawannya keluar bersama tenaga pengajar mereka.Dia yakin yang mereka akan cemburu bila melihat dia yang agak bertuah kerana diapit oleh kedua-dua lelaki yang menjadi pusat perhatian mereka.

"Keena..saya tak boleh lama kat sini.Saya nak berjumpa dengan tenaga pengajar saya.Awak jangan risau.Kalau awak ada apa-apa masalah awak boleh berhubung dengan kawan-kawan saya yang ada kat pondok depan tu.Mereka sedia membantu."

Julien menarik perlahan tangannya.Dia tidak selesa diperlakukan seperti itu.Hanya Mytrice sahaja yang dia gemar untuk menyentuh tangannya,kerana dia berasa aura Mytrice agak lain dari mana-mana perempuan yang dia temui.Sentuhan Mytrice dan wajahnya terlihat jujur dan naif.

"Maaf kalau saya terlalu memaksa awak.Julien saya hanya nak tanya awak satu soalan sebelum awak pergi.Kyle tu dah ada teman istimewa ke?saya nak berkenalan dengan.."

"Hei Lien..apa ni?siapa perempuan ni?Hei perempuan!!awak jangan cuba rampas Julien dari saya.Dia ni kekasih saya.Kalau awak nak berkenalan cari lelaki lain."

Terkejut sekali Keena apabila disergah tiba-tiba.Wajah Julien pula kelihatan berkerut.Amanda sudah berdiri di antara mereka berdua dengan wajah tegang.Dari tadi dia sudah melihat mereka.Niatnya hanya untuk mencari Julien.Bila dia melihat Julien,dia mulai berasa gembira.Namun rasa gembiranya hanya sebentar sahaja kerana perasaannya mulai bertukar geram apabila dia melihat Julien sedang bercakap sangat mesra sekali dengan Keena.Tambah membuat dia sakit hati apabila dia melihat Keena memegang tangan Julien.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience