Chapter 66.3

Mature Content Series 586

Sementara itu,Mytrice pula terasa berdebar-debar.Sebentar tadi hampir sahaja mereka menangkap dirinya.Namun sepasang tangan menarik dirinya masuk ke dalam pohon bunga yang ada di tepi bangunan.Dia cuba untuk berdiri.Namun tangan lelaki itu mendakap tubuhnya dengan erat sekali.Jari telunjuknya diletakkan di bibir Mytrice.Meminta Mytrice agar tidak berkata-kata.Mereka dalam keadaan bertidur kerana pohon itu terlalu rendah jika mereka berdiri.

Mytrice kemudian mengambil kesempatan mendongak kepala melihat ke arah wajah orang yang menyelamatkan dirinya.Dia agak terpempan apabila melihat wajah itu yang sedang tersenyum manis melihat ke arah dirinya.

"Sky.."bisik Mytrice perlahan.

Kyle hanya tersenyum sebagai balasan kepada pertanyaan Mytrice.Dia tahu yang mereka sudah berlalu pergi.Namun dia sengaja memeluk Mytrice kerana dia berasa tenang dan gembira apabila bertemu dengan Mytrice semula.Jika boleh dia mahu masa terhenti buat seketika.Dia mahu menatap wajah Mytrice sehingga dia puas.

Sejak tadi dia mengejar Mytrice.Dia rela membayar kawannya untuk menggantikan dirinya yang sepatutnya pergi menerima hadiah.Dia sempat melihat Mytrice bercakap-cakap dengan beberapa pelajar perempuan.Tetapi sebaik matanya dilarikan seketika,Mytrice sudah berlalu pergi.Dalam keadaan tergesa-gesa dia mengejar Mytrice.Namun kerana rambut palsu yang dia pinjam dari kawannya asyik mahu terjatuh membuat pergerakannya agak terbatas.

Dia berasa pelik apabila dia melihat Mytrice masuk ke kawasan blok bagi para pelajar senior yang mendapat keputusan markah ujian yang agak rendah.Terfikir juga dia siapa yang sedang dicari oleh Mytrice.Namun yang lebih membuat dia curiga apabila dia melihat Willstan dan kawan-kawannya kelihatan cuba mengejar Mytrice.Dia tertanya-tanya sendiri.Adakah Mytrice mengenali Willstan?

Langkah kakinya dilajukan.Dia dapat melihat Daryl sedang memegang wajah Mytrice.Manakala Willstan pula tidak ada di situ.Hatinya berasa marah bila dia melihat perlakuan Daryl.Dia tidak suka melihat Daryl menyentuh wajah Mytrice.Dia bertindak mahu membantu Mytrice.Namun dia ternampak pula Sir Addos dan beberapa pengajar lain sedang berjalan ke arah sana.Sir Addos kelihatan sedang menerangkan sesuatu kepada pengajar sekolah lain sambil tangannya menunjuk ke arah bangunan.

Kyle kembali melihat ke arah Mytrice.Namun dilihatnya Daryl dan yang lain kelihatan sudah lari lintang-pukang meninggalkan Mytrice keseorangan.Manakala Mytrice pula dilihatnya sudah berlari menuju ke arah bangunan yang menempatkan bangunan kelasnya.

Dia bertindak mengejar Mytrice yang terlihat sedang berpusing-pusing pada bangunan yang sama.Melihat wajah Mytrice yang kelihatan pucat,dia berasa simpati.Dia ingin memanggil Mytrice.Namun dia melihat Sir Addos sudah mahu masuk ke dalam taman.

Apabila dia mendengar suara Willstan yang memanggil nama Mytrice,baru dia tahu nama sebenar Mytrice.Dia yakin yang Willstan itu mengenali Mytrice.Melihat Mytrice yang berlari menuju ke arahnya,pantas sahaja tangannya menarik Mytrice sambil merebahkan dirinya di bawah pohon bunga.

Dia dapat mendengar dengan jelas derapan tapak kaki mereka yang mahu mencari Mytrice.Malahan sempat lagi dia dan Mytrice mendengar mereka berlalu pergi setelah ditegur oleh Sir Addos.

"Sky..mereka dah pergi.Boleh tak awak hantar saya kat depan pintu sekolah?dah banyak tempat saya berjalan.Tapi saya asyik sesat sahaja.Bangunan ni nampak sama."

Mytrice menerangkan hal yang sebenar kepada Kyle.Hanya Kyle sahaja yang dapat menolongnya sekarang.Mahu berjalan sendiri dia takut pula jika dia ditemui oleh Willstan lagi.

"Boleh..tapi boleh tak awak berdiri terlebih dahulu Peony.Saya tak boleh gerakkan badan saya."

Mytrice yang menyedari keadaan mereka tersenyum kecil lalu mulai berdiri.Dia kemudian cuba menarik Kyle untuk berdiri.Kyle pula menyambut huluran tangan Mytrice lalu berdiri dan menarik Mytrice dalam pelukannya.Tangannya memegang pipi Mytrice lalu membuang bunga yang ada di rambut Mytrice.

Ketika itu juga angin bertiup kencang.Bunga-bunga yang ada di sana bertaburan ditiup angin.Mytrice terpegun melihat bunga-bunga itu sehingga dia tidak menyedari yang pandangan mata Kyle tidak lepas dari merenung wajahnya.Kyle mahu wajah itu terpahat di hatinya.

"Sky..sky..err..ada sesuatu kat muka saya ke?"

"Hmm..tak ada.Cuma tu lah wajah,mata dan senyuman awak tu lebih cantik dari bunga yang ada kat sini.Maaf saya terleka sebentar.Wajah awak buat saya terpaku.Mari saya hantar awak.Peony awak dah makan ke?kalau belum,saya bawa awak pergi makan kat luar."

"Hahaha..Sky..awak memang suka bergurau ke?tak pernah lagi orang cakap saya macam tu.Hanya awak sahaja.Saya dah makan.Saya hanya nak pergi ke pedati kuda sekarang.Tentu abang saya dah tunggu."

"Peony..saya tak bergurau.Awak memang sempurna di mata saya.Erm..tak apa lah kalau macam tu.Lain kali sahaja awak ikut saya pergi makan.Hm?Peony,awak ada abang ke?"

Terkejut pula Kyle bila dia mendengar pengakuan dari Mytrice.Selama ini dia tidak tahu pula yang Mytrice mempunyai seorang abang.Silapnya sendiri kerana dia tidak pernah bertanya tentang keluarga Mytrice walaupun sudah beberapa kali mereka bertemu.

"Terima kasih atas pujian tu Sky.Erm..saya memang ada abang..tapi abang angkat sahaja.Saya tak ada beritahu awak ke Sky?."

Sedikit berkerut kening Mytrice bila dia memikirkan tentang perkara itu.Dia cuba mengingat lagi.Namun dia terlupa sama ada dia ada bercakap tentang itu kepada Kyle atau dia sebenarnya hanya menceritakan semua itu hanya kepada Roselyn sahaja.

"Tak..awak memang tak pernah cerita pada saya."

Pendek sahaja Kyle menjawab.Mindanya sarat memikirkan siapa yang menjadi abang angkat Mytrice.Entah mengapa hatinya tidak tenang bila mengenangkan ada seseorang yang rapat dengan Mytrice.Apatah lagi orang itu lelaki.

"Saya lupa agaknya Sky.Abang angkat saya tu namanya Riley.Dia ada ikut pertandingan tadi.Tak sempat pula saya nak tengok dia beraksi pada pertandingan akhir tadi."

Agak terkejut juga Kyle apabila dia mengetahui yang Mytrice ada di sana ketika mereka bertanding.Ternyata matanya tidak menipu.Memang kelibat Mytrice yang dia lihat sebentar tadi.Namun kepalanya lebih memikirkan tentang Riley yang dikatakan oleh Mytrice.

"Peony tadi awak duduk kat kawasan untuk penyokong sekolah pulau Epeltus ke?Awak ada nampak saya tadi ke?.Hmmm.. Riley?peserta yang mendapat tempat ketiga tu ke?."

Separuh berbisik Kyle bertanya.Berdebar-debar Kyle menunggu jawaban dari Mytrice.Dia terfikir juga adakah semasa dia bertanding tadi dirinya terlihat menarik?Jika dia tahu Mytrice akan datang ke sini untuk melihat pertandingan itu dia pasti akan membuat yang terbaik agar dapat menarik perhatian Mytrice.

"Saya tak pasti.Sebab saya tak tahu sekolah apa.Saya hanya ikut arahan Riley sahaja.Sky,awak pun ada ikut pertandingan tadi tu ke?Saya tak perhati betul pula.Saya hanya lihat abang saya.Kalau awak beritahu saya,saya dah sorak awak tadi."

Agak kecewa pula Kyle bila dia mendengar jawaban dari Mytrice.Setiap kali Mytrice menyebut nama Riley,dia berasa geram sedikit kerana dia mahu hanya namanya sahaja yang meniti di bibir Mytrice.Dia tidak suka mendengar nama lelaki lain disebut oleh Mytrice.

"Tak apa lah Peony.Saya sebenarnya nak juga kenal abang awak tu.Boleh tak awak bawa saya pergi jumpa dia?"

"Boleh..saya yakin kamu berdua pasti akan menjadi kawan baik.Dia tu tak ramai kawan.Kalau awak nak berkawan dengan dia,bertambah seorang lagi kawan abang saya tu."

"Sesuai sangat tu.Saya pun memang berniat nak tambah kawan lagi.Terutama sekali orang yang rapat dengan awak.Kalau boleh saya pun nak rapat dengan mereka juga.Peony awak tunggu kat sini sekejap.Awak jangan keluar selagi saya tak datang.Saya ada nak uruskan sesuatu."

Kyle memandang lama ke arah Mytrice.Tidak sampai hati pula dia mahu meninggalkan Mytrice di situ.Namun kelibat Julien yang berlegar-legar berdekatan dengan pintu gerbang sekolah,membuat dia terpaksa meninggalkan Mytrice buat seketika.Mahu juga dia membawa Mytrice bersama.Namun dia tidak mahu melihat Julien terlalu rapat dengan Mytrice.Dia masih ingat lagi yang Julien beria-ia bertanya tentang Mytrice.Silapnya juga kerana meninggalkan Mytrice di tasik dulu.Jika dia membawa Mytrice bersama,sudah pasti Julien tidak berpeluang untuk bercakap dengan Mytrice.

"Boleh..Sky..hmm..awak jangan lama-lama tau.Saya takut kalau Willstan jumpa saya kat sini."

"Peony..awak jangan risau.Saya pergi sekejap sahaja.Willstan tak akan datang kat sini waktu ni.Awak tunggu sekejap tau."

Kyle mengusap kepala Mytrice lalu mulai bergerak.Dia tahu Julien pasti sedang mencarinya.Dia akan berusaha mencari alasan agar Julien tidak terlalu lama mahu bercakap dengannya.Lagipun dia tahu apa kelemahan Julien.

Sementara itu,Mytrice pula menyandarkan badannya di tepi bangunan.Dia risau mahu keluar dari sana kerana dia takut tersesat lagi.Hatinya berdebar-debar menunggu kehadiran Kyle.Dia takut ditinggalkan sendirian kerana dia trauma dengan apa yang telah dilakukan oleh Willstan dan kawan-kawannya sebentar tadi.

"Trice kat sini rupanya awak.Dari tadi saya cari awak.Saya fikirkan awak dah masuk ke dalam pedati kuda.Tapi bila saya masuk awak tak ada.Saya tanya dengan pelajar lain.Tapi mereka tak kenal awak.Trice awak tahu tak saya dah risau sangat bila saya tak jumpa awak?."

Riley memegang bahu Mytrice lalu menarik Mytrice agar menghadap ke arahnya.Wajahnya kelihatan merah.Peluh menitik di wajahnya.Betapa gembiranya dia kerana akhirnya berjaya berjumpa semula dengan Mytrice.

"Saya tersesat tadi.Riley betul kata awak.Pelajar yang ada kat sini tak seperti kawan-kawan awak.Tadi Willstan kejar saya.Ada seorang lagi yang bernama Daryl.Dia buat benda yang saya tak suka.Nasib baik ada kawan saya tolong tadi.Kalau tak entah apa jadi pada saya."

Mytrice menundukkan kepala.Tidak sanggup pula dia mahu mengingat peristiwa tadi.Sungguh dia tidak suka dengan perlakuan Daryl.Dia benar-benar takut melihat mereka.

"Trice semua salah saya.Saya tak sepatutnya bawa awak kat sini.Maafkan saya Trice.Saya seperti pentingkan diri sendiri.Mari kita bergerak sekarang.Willstan tak akan berhenti menganggu selagi kita ada kat sini."

Riley menarik tangan Mytrice agar Mytrice mengikuti dirinya.Dia tidak mahu melepaskan tangan Mytrice lagi.Dia takut jika Mytrice menghilang lagi.Mytrice cuba berkata sesuatu.Tetapi kerana pelajar sekolah lain sudah mulai beredar dan mereka bercakap terlalu kuat,suara Mytrice tidak didengari.Dia cuba untuk melihat ke belakang.Berharap Kyle melihat kelibatnya.Namun hampa kerana terlalu ramai pelajar berasak-asak untuk keluar.

Dia hanya mampu merenung dengan wajah sedih kerana dia tidak berpeluang mahu mengenalkan Riley dengan Kyle.Entah bila lagi dia dapat bertemu dengan Kyle.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience