Chapter 66.2

Mature Content Series 586

Baru sahaja dia mulai berjalan, tangannya direntap dengan kuat menyebabkan dia jatuh terduduk.Dia melihat ke arah mereka yang ada di hadapannya dengan wajah berkerut.Namun serta-merta wajahnya berubah pucat apabila dia melihat wajah mereka yang ada di hadapannya sekarang.

"Awak siapa?kenapa awak buat saya macam ni?."

"Hah!!..baru saya nak perkenalkan diri saya pada awak.Tapi awak pula dah tak sabar nak tahu.Saya Willstan.Awak ni adik angkat Riley kan.Hmmmm?..kenapa ya saya buat awak macam ni?Sebab awak lari dari saya.Awak tahu tak kaki saya ni penat nak kejar awak?."

Willstan tersenyum sinis melihat ke arah Mytrice.Sungguh dia marah dengan kelakuan Mytrice yang membuat dia harus berjalan sehingga ke bangunan yang menempatkan kelas mereka.Namun dia cukup berpuas hati apabila melihat wajah Mytrice dari jarak dekat.

"Saya tak faham apa yang awak cakap ni.Saya hanya nak ke dewan makan untuk membeli makanan.Riley tu memang abang angkat saya,tapi saya tak kenal awak."

Mytrice cuba untuk mereka-reka cerita.Dia berharap agar Willstan percaya dengan apa yang dia katakan.Melihat sahaja wajah Willstan membuat dia gerun.Malah kawan-kawan Willstan yang lain juga membuat dia takut kerana mereka asyik memandangnya dengan pandangan pelik.

"Saya dah cakap tadi.Nama saya Willstan.Awak tak dengar ke atau awak pura-pura tak dengar?Boleh percaya ke apa yang awak cakap ni?dewan makan bukan kat sini.Perangai awak ni macam abang awak juga.Licik seperti ular.Nasib baik awak cantik.Kalau tak..hmmm..tak tahulah apa nasib awak."

Willstan cuba menarik Mytrice untuk berdiri.Namun Mytrice tidak menyambut huluran tangannya.Matanya memerhati sebentar ke tepi bangunan.Dia sangat berharap yang ada pelajar lain yang mahu membantunya.

"Hahahaha..Stan dia tak sudi nak berkenalan dengan awak tu.Saya dah cakap awal-awal pada awak perempuan sekarang hanya nak tengok muka."

Daryl dan dua orang kawan-kawannya tertawa kelucuan apabila melihat Mytrice yang tidak mahu menyambut huluran tangan Willstan.Berasa malu dengan usikan Daryl wajahnya mulai berubah.Dia memandang ke arah mereka dengan pandangan tajam membuat mereka terdiam.

"Daryl awak tak sayang mulut awak tu ke?..Trice..awak ni cantik.Tapi perangai awak saya tak suka.Saya perlu ajar awak supaya lain kali awak dengar cakap saya.Daryl awak dan yang lain jaga budak ni.Saya nak ambil tali pinggang saya kat kelas.Kalau dia terlepas nahas kamu bertiga."

Willstan kemudian memandang tajam ke arah Mytrice sebelum dia mulai bergerak naik ke kelas.Apabila kelibat Willstan hilang sahaja dari pandangan mereka,Daryl orang pertama yang datang menghampiri Mytrice yang sudah mulai berdiri.Tangannya kemudian memegang pipi Mytrice dengan kuat sekali membuatkan Mytrice berasa tidak selesa.

"Trice..nama awak Trice..awak tahu tak apa maksud cium?..kalau awak tak tahu biar saya ajar."

"Lepaskan saya.Awak buat apa ni?.Saya..saya tak suka."

Mytrice menolak wajah Daryl.Sungguh dia tidak suka dengan perlakuan Daryl yang agak keterlaluan.Pertama kali dia dibuat seperti itu.Hampir sahaja air matanya jatuh.Namun dia tidak mahu terlihat lemah di hadapan mereka.

"Daryl..tu..tu..Sir Addos!!!...Daryl..cepat..cepat pergi bersembunyi."

Mereka berlari-lari ketakutan apabila mereka melihat kelibat Sir Addos yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka.Namun kerana Sir Addos sedang sibuk berbicara dengan pengajar dari sekolah lain,dia tidak melihat mereka.Sementara itu, Mytrice yang ditinggalkan begitu sahaja,mengambil kesempatan untuk melarikan diri dari sana dengan kadar segera.Dia tidak peduli arah mana dia berlari.Apa yang pasti,dia mahu lari dari mereka.

"Daryl..saya suruh awak jaga budak tu.Buat apa awak naik kat sini?mana budak tu?.Dua orang tu lagi mana?."

Willstan mencekak leher baju Daryl.Terasa geram pula dia dengan perangai Daryl yang sering sahaja ingkar dengan arahannya.Jika bukan kerana kelebihan Daryl yang pandai melepaskan diri itu,dia sudah menendang Daryl keluar dari kumpulan mereka.

"Sir..Sir Addos.."kata Daryl termengah-mengah.

"Habis tu awak tinggalkan sahaja budak tu kat situ?Bodoh betul.Nanti budak tu beritahu pada Sir Addos apa yang kita buat awak nak dihukum ke?."

Merah sekali wajah Willstan.Dia cuba mahu menahan marah.Namun dalam masa yang sama dia takut jika Mytrice melaporkan dia pada Sir Addos.Dia sudah serik didenda oleh Sir Addos yang tidak takut dengan ugutan itu.

"Habis tu kita nak buat macam mana?."

"Nak buat macam mana lagi.Turun sekarang.Kita pergi cari budak tu sebelum Sir Addos jumpa budak tu."

Mereka kemudian segera turun dengan berhati-hati.Mata mereka memandang sekeliling.Mereka sudah bersedia untuk bersembunyi jika Sir Addos ada di sana.Namun sejak berjalan dari tingkat atas sehingga ke bawah,Willstan langsung tidak melihat kelibat Sir Addos seperti yang dikatakan oleh Daryl.Kelibat Mytrice juga sudah tidak ada di sana lagi.Dengan sekuat hati, Willstan bertindak menampar kepala Daryl kerana dia terlalu geram dengan perangai Daryl.

"Ouchh..aduh..Stan sakit.Awak dah gila ke?."

"Tu hukumannya sebab awak tak dengar cakap saya.Mana sir Addos?tak ada pun.Awak sengaja mereka-reka cerita ke?."

"Tak saya tak tipu.Awak boleh tanya pada mereka berdua."

Daryl menunjuk ke arah dua kawannya yang baru muncul.Dia mahu keadilan.Tidak adil rasanya jika hanya dia sahaja yang dipukul oleh Willstan.Sakit pula hatinya kerana dia sering sahaja menjadi mangsa tempat melepaskan kemarahan Willstan.Jika bukan kerana wang,dia tidak akan mengikut kumpulan Willstan.

"Kamu berdua datang kat sini.Dekat sedikit."

Papp..pappp..

Kedua-duanya juga menerima nasib yang sama.Daryl tersenyum puas dalam hati.Manakala kedua-dua kawan mereka terlihat bingung kerana mereka tiba-tiba dipukul oleh Willstan.Namun sebaik sahaja mereka menyedari yang Mytrice sudah tidak ada di sana lagi,mereka dengan cepat memberitahu yang Mytrice sudah lari menuju ke arah bangunan blok 'K' yang menempatkan pelajar terbaik.Mereka kemudian cepat-cepat berlari ke arah bangunan kelas pelajar terbaik untuk mencari Mytrice.

Langkah kaki mereka yang agak cepat membuat mereka dapat mengejar Mytrice.Mereka melihat Mytrice yang ada di hadapan mereka sekarang sedang berlari laju apabila dia ternampak kelibat mereka yang sedang mengejarnya.Jika bukan kerana tersesat jalan,mungkin Mytrice sudah berlari jauh.Tetapi kerana bingung, Mytrice hanya berpusing-pusing pada bangunan yang sama.

"Trice..Trice.. berhenti!!awak jangan lari lagi!!.Kalau saya dapat awak,nahas awak saya kerjakan."

Willstan berteriak dengan suara yang agak kuat sekali agar Mytrice mengikut arahannya.Namun semakin dia berbuat seperti itu,semakin laju pula Mytrice berlari.Willstan pula menyuruh Daryl dan kawan-kawannya menangkap Mytrice sebelum pelajar senior yang lain balik ke kelas untuk mengambil beg.

Tersengih-sengih Daryl bila menerima arahan dari Willstan.Suka pula Daryl mahu mengejar Mytrice.Mereka bertindak mengepung Mytrice.Namun,kelibat Mytrice tiba-tiba hilang dari pandangan mereka apabila Mytrice berlari ke arah taman bunga.Mereka bertindak mencari Mytrice di serata taman.Namun mereka tidak menemui Mytrice.

"Stan..budak tu dah tak ada."

Kata seorang dari kawannya.Daryl juga datang dengan wajah berkerut.Dia memberi jawaban yang sama seperti dua orang kawan-kawannya.

"Tak mungkin dia boleh hilang tiba-tiba.Dia pasti bersembunyi di sini.Saya yakin budak tu masih ada kat sini.Saya nak kita berempat cari budak tu bersama-sama."

Mereka kemudian sama-sama bergerak mencari Mytrice di sebalik pohon bunga di taman itu.Dari jarak beberapa meter,mereka ternampak kelibat seseorang sedang duduk di kerusi yang ada di taman blok 'K'.Mereka saling berpandangan lalu mulai tersenyum-senyum.Mereka kemudian berlari laju lalu menarik baju orang yang sedang duduk di taman.Alangkah terkejutnya mereka bila melihat wajah itu.

"Sir..Sir Addos.."

Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut mereka apabila Sir Addos mulai melihat ke arah mereka dengan wajah serius.Matanya dijengkilkan ke arah mereka.Tangan yang memegang baju Sir Addos terlepas.Wajah mereka bertukar menjadi pucat.

"Kamu berempat buat apa kat sini? bangunan ni bukan blok kelas kamu.Bukan sebelum ni kamu dah diberitahu yang semua pelajar senior wajib pergi ke padang?."

"Kami..kami nak ke dewan makan Sir."kata Willstan.

Dia meminjam ayat dari Mytrice kerana hanya ayat dari Mytrice itu yang dia ingat.Dia tidak dapat memikirkan alasan lain kerana dia betul-betul terkejut bila melihat Sir Addos yang ada di depan mereka.

"Hah?kamu berempat dah rabun ke?dah berapa tahun kamu sekolah kat sini?Dewan makan pun tak tahu arah mana."

Sir Addos bertindak membeliakkan matanya melihat ke arah mereka.Dia cukup kenal dengan keempat-empat mereka yang sering menimbulkan masalah.Namun semenjak mereka menjadi pelajar senior,dia tidak pernah lagi mendengar mereka melakukan kesalahan.Mungkin juga mereka sudah mulai insaf setelah dia memberi denda yang sangat teruk kepada mereka dulu.

"Sir..bukan macam tu.. sebenarnya kami nak cari Sir dulu sebelum kami nak ke dewan makan.Maaf fasal tadi.Kami teruja sangat bila kami nampak Sir duduk kat sini.Sebab tu kami tarik baju Sir.Ni tali pinggang kami belikan untuk dihadiahkan kepada anak Sir.Tapi kami tak sempat bungkus."

Daryl kemudian mengambil tali pinggang mahal milik Willstan.Tali pinggang itu adalah tali pinggang kesayangan Willstan.Namun Daryl pula bertindak memberi tali pinggang itu kepada Sir Addos sebagai hadiah.Willstan pula dengan berat hati terpaksa merelakan tali pinggangnya diberi kepada sir Addos untuk mengelakkan mereka dari didenda.

"Hmmm..bagus..bagus..tak sangka kamu dah berubah menjadi budak baik.Terharu sangat Sir bila Sir lihat perubahan kamu.Sekarang kamu pergi ke dewan makan.Sir tak dapat bercakap lama dengan kamu.Sir ada urusan penting.Nanti ada masa terluang sir nak berjumpa dengan kamu berempat."

Sir Addos menepuk-nepuk bahu mereka berempat dengan perasaan gembira.Dia tidak menyangka ada juga pelajarnya yang mahu memberi hadiah kepada anak lelakinya.Tali pinggang itu bukan murah harganya.Walaupun dia mampu membeli tali pinggang mahal seperti itu tetapi jika diberi secara percuma lebih baik lagi kerana jimat sedikit wangnya untuk membeli tali pinggang serupa seperti yang ada di tangannya sekarang.

"Baik sir..kami pergi dulu."

Mereka kemudian berjalan dengan cepat tanpa menoleh ke belakang lagi.Niat untuk mencari Mytrice dibatalkan.Nanti mereka akan mencari Mytrice di gerai milik ibu Riley kelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience