Mytrice berjalan dengan cepat sambil sesekali menoleh ke belakang.Beberapa pelajar memandang ke arahnya dengan penuh tanda tanya.Badan Mytrice yang agak kecil itu membuat dia sukar untuk melihat kerana semua pelajar yang ada di belakangnya hampir kesemuanya berbadan agak besar dan tinggi.Maklumlah mereka yang hadir itu adalah dari kalangan pelajar senior.
Ada beberapa orang pelajar perempuan dari pulau Epeltus bergerak menghampiri Mytrice.Suka pula mereka melihat ke arah wajah Mytrice yang cantik itu.Dengan senyuman manis menghiasi wajah,mereka menarik tangan Mytrice membuat Mytrice kaget seketika.Mytrice kelihatan cuba mahu melepaskan diri dari mereka.Bila mereka melihat wajah takut Mytrice,mereka saling berpandangan antara satu sama lain.Terasa bersalah pula mereka bila melihat wajah Mytrice.
"Adik..adik pelajar junior kat sekolah ni ke?kami pelajar senior dari pulau Epeltus.Adik boleh tak tunjukkan kami di mana letaknya dewan makan kat sini?".Tanya seorang dari empat pelajar perempuan itu.
"Maaf kak..saya bukan pelajar kat sini.Saya hanya menemani abang saya yang datang ke sini untuk menyertai pertandingan memanah kat sekolah ni."Jawab Mytrice perlahan.
Dia bukannya berniat mahu menipu mereka.Tetapi dia risau jika mereka mahu mengambil kesempatan kepada dirinya.Riley selalu berpesan yang dia harus berwaspada dengan pelajar dari sekolah lain.Apatah lagi pelajar yang bersekolah di tempat ternama,kerana mereka selalunya suka membuli pelajar yang kurang berkemampuan dari mereka.
"Oh saya fikiran awak sekolah kat sini.Abang awak tu sekolah kat mana?"
"Hmm..sekolah kat bandar Medion."Jawab Mytrice pendek.
Wajah mereka kelihatan berubah serta-merta apabila Mytrice menyebut bandar Medion.Manakala yang lain hanya tersenyum sinis.Mereka tahu yang bandar Medion itu adalah bandar yang agak mundur.Malahan kebanyakkan penduduk di situ hanya bekerja sebagai petani.Mereka tidak menyangka yang di bandar Medion itu ada juga wajah cantik seperti Mytrice.Selalunya mereka yang datang dari bandar Medion agak kotor dan tidak terurus.
"Adik tak nak ikut kami ke dewan makan ke?nanti kak belanja adik makan.Mesti adik tak pernah makan makanan yang mewah kan?."
Pelajar kedua mempelawa Mytrice untuk makan bersama mereka.Sementara yang lain hanya tertawa lucu.Kata-kata kawan mereka itu seperti sindiran halus untuk Mytrice.
"Tak..saya tak biasa makan makanan mewah.Tak apa lah kak,saya kena balik ke tempat abang saya semula.Nanti dia cari saya pula."
Mytrice menolak pelawaan mereka kerana dia sedar yang mereka bukan ikhlas mahu membawa dia ke dewan makan.Sikap mereka sama seperti Donna dan Cosmas yang sering sahaja memperlekeh dirinya yang miskin itu.
"Begitu ke cara hidup kat bandar Medion?orang jemput tak nak ikut.Abang awak tu rasanya dah lupa kehadiran awak kat sini.Mungkin dia sedang sibuk berlegar-legar di kawasan sekolah ni.Maklumlah sekolah kat sini ni cantik sangat.Rasanya kat bandar Medion tak ada bangunan cantik macam ni."
"Hey Raisa dah cukup.Jangan cakap macam tu lagi.Nanti menangis pula budak tu.Tak baik awak cakap macam tu.Nanti dia beritahu pada abang dia nahas kita."
"Awak nak takut apa?.Orang tua kat sana bukannya kaya sangat.Datang ke bandar lain jadi pengemis.Kalau abang dia datang,saya petik jari sahaja habis dengan keluarga mereka sekali datang merayu-rayu kat saya."
"Hahahah..dah mari jalan.Perut saya dah lapar ni.Saya nak jumpa peserta dari sekolah ni tadi.Dua-dua peserta lelaki tu menarik perhatian saya."
"Ish..tak malu betul cakap macam tu.Dasar perempuan gatal awak ni Ardile."
Mereka kemudian berlalu pergi meninggalkan Mytrice yang hanya mampu berdiri terkaku di situ.Dia tidak faham mengapa mereka memandang hina pada dirinya yang tinggal di bandar Medion.Benar juga apa yang dikatakan oleh Riley.Pelajar dari luar bandar Medion terlalu memandang status jika ingin berkawan.Hatinya mulai tertanya-tanya.Ikhlaskah Julien dan Kyle mahu berkawan dengan dirinya?
Dia kemudian berpaling ke arah lain.Dia baru teringat yang dia harus masuk ke dalam pedati kuda.Namun kerana terlalu banyak bangunan, Mytrice mulai pening.Dia sudah tidak ingat lagi di mana arah yang dia harus lalui untuk menuju ke pintu depan di sekolah ini.
Dia berhenti seketika.Matanya memandang ke arah bangunan yang ada di hadapannya.Bangunan itu terlihat kosong tanpa pelajar.Dia mahu mencari pelajar untuk bertanya,tetapi dia tidak melihat seorang pelajar pun ada di situ.Hampir sahaja dia mahu menangis.Namun dia kuatkan hati berjalan kembali ke tempat tadi.
Share this novel