Mereka berkata serentak.Julien memandang geram ke arah Kyle.Hanya kerana Kyle yang tidak menumpuhkan perhatian,dia juga terbabit sama.Kyle pula memandang sebentar ke tempat dia melihat Mytrice sebentar tadi.Namun kelibat Mytrice sudah tidak kelihatan lagi.Dia kemudian berlalu masuk ke dalam kawasan memanah dengan perasaan hampa.Sebentar lagi dia akan cuba mencari Mytrice.
Sementara itu Riley pula dengan pantas cuba untuk menghampiri Willstan.Dia berharap agar perbuatannya itu dapat melambatkan pergerakan Willstan yang kelihatan tergesa-gesa untuk naik ke kawasan tempat duduk penyokong bersama dengan kawan-kawannya.Bahu mereka berlaga.Willstan mengangkat sebelah keningnya sambil memandang ke arah Riley dengan perasaan marah.
"Haish..tepi lah.Awak berjalan tak guna mata ke?tadi bukan main berlagak lagi bila awak dapat kalahkan saya memanah."
Willstan menolak bahu Riley dengan kuat sehingga Riley hampir terjatuh.Namun kawan-kawan Riley datang menolongnya.Mereka merenung tajam ke arah Willstan kerana mereka juga masih tidak berpuas hati dengan perangai Willstan yang menganggu mereka semasa acara memanah.
Riley yang menyedari keadaan semakin tegang segera meminta agar kawan-kawannya beredar dari sana kerana dia boleh menyelesaikan masalah antara dia dan Willstan.Dia tidak mahu kawan-kawannya bergaduh dengan Willstan hanya kerana perkara kecil.Mereka kemudian mengalah lalu mulai beredar.Namun di hati mereka,masih tersimpan perasaan marah kepada Willstan.
"Kawan awak ke semua tu?jeling-jeling kat saya.Budak-budak miskin tak sedar diri.Kalau datuk saya tak tolong dulu dah jadi pengemis semua."
Willstan memandang ke arah mereka sebentar, kemudian dia menjeling tajam ke arah Riley.Mulutnya tidak habis-habis melontarkan kata-kata penghinaan kepada mereka.Dia sudah tidak peduli pada mata-mata pelajar lain yang memandang ke arahnya dengan wajah cemberut.
"Salah awak juga.Awak sabotaj mereka tadi.Awak ingat saya tak nampak ke?awak sengaja rosakkan panah mereka.Willstan awak tak layak cakap macam tu,yang bantu mereka tu datuk awak.Bukan awak."
"Awak jangan nak menuduh sembarangan Riley.Kalau awak tak puas hati kenapa awak tak laporkan pada pengajar awak.Saya nak tengok juga berani ke tak pengajar awak tu laporkan pada pengajar saya.Hey Riley..sejak awak pindah sekolah,awak dah naik kepala dengan saya ya.Dulu kalau tak ada Julien,awak macam tikus.Asyik menyorok di belakang Julien sahaja."
Willstan cuba untuk menolak kepala Riley.Namun Kali ini Riley berjaya mengelak.Dia sudah dapat membaca pergerakan Willstan kerana dia sering dibuli dahulu.Hanya Julien yang sering kali datang membantunya sehingga dia menjadi berani seperti sekarang.Julien sering menasihati dirinya agar tidak terlihat lemah di hadapan mereka.Hanya dengan cara itu sahaja yang akan membuatkan dia tidak akan menjadi mangsa buli lagi.Ternyata apa yang dikatakan oleh Julien ada benarnya.Dia sudah tidak dibuli lagi selepas dia bertindak melawan mereka dahulu.
"Willstan saya tak nak bergaduh dengan awak sekarang."
Riley cuba untuk menenangkan diri.Dia tidak mahu menimbulkan masalah di sini.Dia sedar jika dia membuat masalah,dia akan digugurkan dari menyertai acara memanah.Dia tidak mahu pengajarnya kecewa dengannya.Oleh kerana itu dia tidak membalas hinaan yang dilemparkan oleh Willstan.
"Cakap sahaja yang awak takut.Tak payah beri alasan panjang-panjang.Awak malu ke mengaku di hadapan mereka?.Huh!tak apa,saya lepaskan awak hari ini.Sekarang awak bawa saya pergi berjumpa dengan adik angkat awak tu.Hanya dengan cara itu sahaja buat saya tak akan ganggu awak."
Willstan bercakap dengan nada sedikit kuat.Bangga pula dia apabila ramai pelajar perempuan melihat ke arahnya sambil berbisik-bisik.Dia ingin menjadi orang yang paling ditakuti oleh pelajar lain.Memang itulah yang dia mahu.Dia ingin dikenali ramai agar semakin banyak mahu mengikuti kumpulannya.
"Willstan awak cakap apa ni?adik angkat saya tak ada kat sini."
Riley pura-pura terkejut.Dia sudah mengagak yang Willstan datang ke sana kerana mahu menganggu Mytrice.Dia tidak akan membiarkan Willstan cuba mengapa-apakan Mytrice yang naif itu.
"Awak ingat saya buta ke? Riley selagi saya bercakap baik-baik dengan awak,lebih elok jika awak ikut cakap saya.Kalau tak nahas awak.Jangan sampai saya buat kacau kat gerai ibu awak pula.Nanti awak juga yang menyesal."
"Willstan awak jangan nak libatkan ibu saya.Hal ini antara awak dan saya sahaja."
Riley memberi amaran keras kepada Willstan.Sungguh dia tidak berminat dengan gaya Willstan yang selalu membuat onar di gerai ibunya.Nasib baik sahaja,datuk Willstan selalu membantu ibunya.Jika tidak,dia sudah bertumbuk dengan Willstan ketika ini.Namun semakin dia bersabar,semakin galak pula Willstan berkata sesuka hati sehingga membuat kesabarannya semakin menipis.
"Riley kat sini rupanya awak.Pertandingan akhir dah nak bermula.Awak masuk ke kawasan memanah sekarang."
Pengajar yang menyedari kehadiran Willstan di sana segera menarik Riley agar Riley segera masuk ke dalam kawasan memanah.Dia cukup kenal dengan Willstan.Dia tidak mahu melihat Riley balik dengan sia-sia hanya kerana Willstan.
"Hmmm..Sir Ale tak sangka saya dapat berjumpa dengan Sir kat sini.Ayah Sir Ale dah sihat ke?atau Sir Ale tak cukup wang lagi untuk menghantar orang tua tu pergi berubat."
"Willstan awak tu budak lagi.Hal ni biar saya dan ayah awak yang berurusan.Awak tak perlu masuk campur urusan orang dewasa.Lebih baik awak tumpukan pada pelajaran.Riley ikut saya sekarang juga."
Sir Ale segera menarik Riley agar menjauh dari Willstan.Dia tidak mahu Riley terikut-ikut dengan perangai buruk Willstan yang tidak pernah menghormati orang yang lebih tua darinya.Dia memang pernah berhutang dengan ayah Willstan sewaktu dia belum bekerja lagi.Ayahnya sakit teruk ketika itu.Dia tidak punya pilihan lain,selain meminjam wang dari ayah Willstan.Namun sebaik bekerja,dia sudah membayar semua hutangnya.Tetapi ayah Willstan pula mahu dia membayar lebih.
Terjadi pertengkaran antara mereka berdua sehingga dia yang dahulunya sangat rapat dengan ayah Willstan terputus hubungan sebagai kawan lalu menjadi musuh.Dia tidak berpuas hati dengan ayah Willstan yang masih menagih wang darinya sedangkan dia sudah membayar tiga kali ganda dari wang yang dia pinjam.
"Tak baik marah-marah Sir Ale.Apatah lagi dengan orang yang dah banyak tolong Sir.Oh ya Riley..saya tak perlu kebenaran awak untuk cari adik angkat awak tu.Jangan risau,saya tak akan sia-siakan adik awak tu.Hahaha."
Riley yang mendengar setiap butir yang dikatakan oleh Willstan menjadi risau.Dia cuba berpusing untuk menghalang Willstan.Namun Sir Ale menariknya agar tidak menghampiri Willstan lagi.Dia meyakinkan Riley yang Mytrice itu pasti tahu menjaga diri.
Riley yang kurang yakin,melihat ke arah tempat duduk Mytrice.Dia berasa lega kerana Mytrice sudah tidak ada di sana lagi.Dia yakin yang Mytrice akan mendengar kata-katanya.Apabila selesai sahaja acara ini,dia akan segera mencari Mytrice.Willstan pula menjeling tajam ke arahnya apabila dia tidak melihat lagi kelibat Mytrice.Cepat sahaja dia menukar arah langkah kakinya untuk mengejar Mytrice.
Riley pula berdoa dalam hati agar Mytrice tidak dijumpai oleh Willstan.Dia benar-benar risau dengan keadaan Mytrice.Tetapi dia tidak mahu menghampakan harapan Mytrice yang mahu dia mendapat nombor dalam acara memanah.Sekiranya dia berjaya mendapat tempat keempat,dia akan mendapat wang sebanyak 2000ril.Wang itu boleh dia gunakan untuk membawa Mytrice makan di kantin nanti.
Mahu juga dia menunaikan harapannya sendiri untuk melihat Mytrice merasa hidup seperti pelajar lain.Kasihan pula dia dengan Mytrice yang tidak pernah merasai hidup seperti mereka kerana Mytrice yang sepatutnya bersekolah memilih untuk bekerja.Bersemangat pula dia masuk ke kawasan memanah hanya kerana Mytrice.
Saingan terlalu sengit antara mereka berlima.Dua daripadanya mewakili pulau Epeltus.Sementara Kyle dan Julien mewakili sekolah Orili.Hanya dia yang agak bernasib baik kerana dapat bertanding dengan mereka.
Dalam tiga pusingan, Kyle berjaya memanah dengan tepat diikuti oleh Julien yang kalah sepuluh markah dari Kyle.Dia pula agak bernasib baik kerana mendapat tempat ketiga.Markahnya hanya beza dua mata dari pelajar dari pulau Epeltus yang mendapat tempat keempat dan kelima.
Kyle berjaya mendapat hadiah wang berjumlah 99900ril manakala Julien mendapat 77700ril.Dia pula hampir terkaku di sana apabila dia mendapat wang berjumlah 44400ril.Kepalanya sudah sarat memikirkan tentang apa hadiah yang akan dia berikan pada Sir Ale, Mytrice dan ibubapanya.Dia juga akan membelanja rakan sekelasnya atas kejayaan yang tidak dia sangka.Walaupun hanya mendapat tempat ketiga,itu sudah cukup bermakna memandangkan sekolah mereka tidak pernah mendapat nombor sebelum ini.
Terasa kagum pula dia melihat Sir Ale yang mengesat air mata kegembiraan kerana kejayaan Riley yang telah mengharumkan nama sekolah mereka.Sebelum bersurai,Sir Ale datang lalu menepuk bahu Riley.Dia kemudian berpesan agar Riley menjaga diri agar selamat kembali ke bandar Medion semula memandangkan dia harus mengikuti pengajar lain untuk menikmati jamuan yang dikhaskan hanya untuk pengajar sahaja.
Riley pula segera bergerak laju apabila dia teringat tentang Mytrice.Malangnya di pertengahan jalan,bajunya ditarik dari belakang.Dia mengerutkan kening kerana memikirkan Mytrice yang ada di belakangnya.Dia agak kecewa kerana Mytrice tidak mahu mendengar katanya.Namun tekaannya salah.Matanya membulat melihat orang itu.
"Keena?awak..awak buat apa kat sini?."
"Saya datang untuk beri sokongan pada kawan sekolah saya.Hmm..Riley..tahniah.Tak sangka awak berbakat dalam acara ni."
"Lupa pula saya yang awak bersekolah kat pulau Epeltus.Semua tu sebab nasib sahaja.Mungkin sebab kehadiran orang tu buat saya bernasib baik."
Riley tersenyum kecil.Memang benar kata ibunya.Mytrice itu membawa nasib baik dalam keluarganya.Apabila dia mendapat tempat ketiga dalam acara memanah,semakin yakin pula dia dengan kata-kata ibunya.
"Awak maksudkan saya ke?Saya memang selalu bawa nasib baik pada orang yang ada di sekeliling saya.Oh ya Riley..saya nak beredar dulu.Saya nak cuba berkenalan dengan budak yang bernama Kyle tu.Selalu saya asyik dengar nama dia sahaja.Tak sangka hari ni saya berpeluang berjumpa dengan pemilik nama tu biarpun dari jauh sahaja.Hmmm..tak sangka saya yang pemilik nama tu tampan orangnya."
Keena berlalu pergi sambil tersenyum kecil ke arah Riley.Manakala Riley pula terkaku seketika.Baru pertama kali dia melihat Keena tersenyum manis kepadanya.Dadanya berdebar-debar melihat senyuman itu.Namun tidak lama.Dia agak kecewa kerana Keena menyebut nama lelaki lain.Hatinya masih mengharap yang Keena memberi ruang untuknya sedikit.Namun dia cepat tersedar.Antara dia dan Keena jauh bezanya.Dia mengusir perasaan itu jauh-jauh.Apa kurangnya Mytrice fikirnya.Lebih baik dia memilih Mytrice daripada Keena.
Sementara itu, Julien pula kelihatan marah.Hampir sahaja dia melaporkan kepada Sir Addos.Namun melihat wajah gembira Sir Addos,dia hanya mampu berdiam diri.Sebentar tadi dia berasa agak pelik apabila Kyle menerima hadiah dengan wajah bertutup.Alasan yang diberikan kerana kecedaraan.Namun tidak pula dia melihat Kyle terjatuh.
Sebaik dia mengekori Kyle, Kyle hanya berdiam diri apabila ditanya.Dia yang terpaksa menjawab soalan daripada pengajar dari pulau Epeltus.Dia yang berasa pelik mulai mengintip pergerakan Kyle.Apabila kain dibuka dia terkejut kerana orang itu bukan Kyle.Sebaliknya teman sekelas Kyle.
Apabila disiasat, dia tidak mahu memberitahu hal yang sebenar.Tetapi apabila Julien berjanji yang dia tidak akan melaporkan pada Kyle,barulah perkara sebenar diceritakan.Kyle memaksa kawannya mengantikan dirinya untuk menerima hadiah dengan bayaran wang sebanyak 5000ril.Dengan jumlah yang besar seperti itu temannya segera bersetuju.Namun Kyle tidak pula memberitahu dia hendak ke mana.
Berkali-kali pelajar itu meminta agar Julien tidak memungkiri janjinya.Julien pula hanya mengangguk sebagai balasan.Kepalanya pula diggeleng sebentar.Dia melepaskan keluhan kecil.Dia tidak faham apa yang ada dalam kepala Kyle.Untuk kali ini,dia lepaskan Kyle.Jika Kyle melakukan seperti itu lagi di kemudian hari,dia tidak akan teragak-agak untuk melaporkan pada Sir Addos kerana perbuatan Kyle jika diketahui,akan membuatkan mereka hilang kelayakan untuk ikut bertanding lagi.
Share this novel