Chapter 65.1

Mature Content Series 590

Mytrice kelihatan teragak-agak mahu masuk ke dalam sekolah.Dia risau jika dia terjumpa dengan Cosmas dan Donna.Walaupun dia tidak pernah melihat kelibat mereka di Villa,namun dia tidak pernah mahu bertemu dengan mereka di sini.Dia tahu yang Donna dan Cosmas akan sentiasa mencari peluang untuk memalukan dirinya.Sebolehnya dia tidak mahu Riley tahu tentang apa yang sebenarnya terjadi ke atas dirinya.

"Trice..mari,awak tengok apa tu?awak ada kenal dengan pelajar yang sekolah kat sini ke?."

Hairan pula Riley bila dia melihat kelakuan Mytrice yang agak pelik itu.Sebentar tadi dia melihat Mytrice tersenyum gembira apabila dia mempelawa Mytrice untuk melihat dia menyertai pertandingan memanah.Tetapi sebaik sahaja mereka mulai memasuki kawasan sekolah Orili,wajah Mytrice mulai berubah.Dia melihat Mytrice seperti tidak ingin untuk mengikutinya.

"Tak..saya tak kenal sesiapa kat sini.Saya cuma berasa kagum bila melihat sekolah ni.Cantik sangat."

"Awak baru pertama kali masuk kat sini ke?sekolah ni memang cantik.Dulu saya pun pernah bersekolah kat sini,tapi yuran mahal sangat.Saya tak sanggup tengok ayah dan ibu saya yang terpaksa bekerja sehingga lewat malam hanya untuk membayar yuran sekolah saya."

Riley menarik tangan Mytrice.Dia takut jika Mytrice tertinggal di belakang.Sebentar lagi acara memanah akan berlangsung.Pengajar dari sekolahnya sudah datang awal untuk mendaftarkan namanya bersama dengan tiga orang kawannya.Dia sudah melihat kelibat kawannya di hadapan.

"Riley awak tahu juga kan yang saya tak pernah pergi sekolah.Erm..sebenarnya ini kali kedua saya datang ke sini.Tapi saya tak pernah masuk kat kawasan ni.Kebetulan anak tuan rumah Villa Sakura bersekolah kat sini.Saya pula datang ke sini hanya untuk menghantar makanan kepada mereka."Jelas Mytrice.

"Maaf..saya tak berniat nak tanya soalan tu pada awak.Hmmm..Trice,kalau awak nak,awak boleh sekolah kat tempat saya.Ibu mesti setuju.Trice,anak tuan Villa tempat awak kerja tu orangnya cerewat sangat ke?setahu saya kat sini ada kantin yang menjual makanan.Rasa makanan kat sini pun sedap sangat.Pelik juga kalau anak tuan awak tu masih nak dihantarkan makanan.Nanti kalau sempat,saya bawa awak makan kat sana.Awak pun pasti suka."

Sempat lagi Riley melambaikan tangannya ke arah kawannya yang sedang duduk di tempat yang dikhaskan untuk para peserta.Dia pula sedang sibuk mencari tempat duduk berhampiran dengan mereka untuk Mytrice duduk.

"Erm..tak apa lah.Awak dah ada untuk mengajar saya.Saya bukannya tak nak belajar.Tapi nanti tak berbaloi pula kalau ibu awak hantar saya pergi sekolah.Lagipun saya tak suka pergi sekolah.Saya lebih suka kerja dengan ibu awak.Hurmm..anak majikan saya suka makan makanan kat villa.Mungkin itu sebabnya dia tak nak makan kat kantin.Tak menyusahkan awak ke?saya tengok ramai sangat pelajar.Rasanya bangunan yang jual makanan tu penuh dengan pelajar."

Mytrice menggaru kepalanya yang tidak gatal.Ingin sekali dia merasa makanan yang dimaksudkan oleh Riley.Lagipun dia tidak tahu seperti apa kantin yang dimaksudkan oleh Riley.Dalam fikirannya hanya tergambar seperti dapur di Villa Sakura.

"Kalau awak dah cakap macam tu,saya hormat keputusan awak.Saya tak nak memaksa awak.Trice,saya akan cuba menjadi pengajar yang terbaik untuk awak.Hmmm..pelik sangat perangai anak tuan awak tu Trice.Manja sangat .Hahaha..Trice..tak mungkin kantin tu penuh.Kantin kat sini bukan biasa-biasa.Kalau awak masuk, besar seperti Villa tempat awak tinggal tu.Trice awak tunggu saya kat sini sekejap.Saya nak jumpa pengajar saya tu dulu."

Riley kemudian berlalu pergi meninggalkan Mytrice yang kelihatan bingung.Dia memerhati ke arah Riley yang sedang bercakap sesuatu pada seorang lelaki dewasa yang sedang memegang sekeping kertas.Lelaki tersebut kemudian memandang ke arah dirinya seraya tersenyum.Mytrice pula membalas senyuman lelaki itu.Dia mengagak yang lelaki itu mungkin pengajar yang dimaksudkan oleh Riley sebentar tadi.

Selang beberapa minit kemudian, Riley datang menghampiri ke arahnya.Nafasnya ditarik perlahan.Dia kemudian membawa Mytrice ke arah kiri yang menempatkan penyokong bagi sekolah dari pulau Epeltus.Dia kemudian meminta agar Mytrice duduk di sebuah kerusi yang dikhaskan untuk penyokong yang hadir ke sana.

"Trice awak duduk kat sini tau.Saya nak bawa awak duduk kat kerusi peserta.Tapi penuh pula.Kalau awak nak ke mana-mana,awak turun kat bawah untuk berjumpa dengan saya.Nanti saya temankan awak.Kalau saya tak dapat pun nanti saya minta tolong dengan kawan-kawan saya untuk temankan awak pergi berjalan-jalan."

Riley memerhati ke arah pengajarnya yang kelihatan seperti sedang memanggilnya agar segera turun kerana sebentar lagi dia akan masuk ke dalam kawasan memanah.Risau pula dia mahu meninggalkan Mytrice sendirian.Silapnya juga kerana membawa Mytrice datang ke sini tanpa memikirkan keadaan Mytrice yang terpaksa ditinggalkan sendirian.

"Tak apa.Riley,awak jangan risau fasal saya.Awak buat bagus-bagus tau.Saya akan sokong awak.Riley..rasanya pertandingan ni dah nak bermula,lebih baik awak turun sekarang."

Mytrice cuba meyakinkan Riley yang kelihatan risau tentang dirinya yang akan ditinggalkan keseorangan.Walaupun berasa kekok kerana dia harus duduk bersama dengan orang yang tidak dia kenali,dia berusaha untuk membiasakan diri.Dia tidak mahu menyusahkan Riley.

"Trice..awak janji dengan saya yang awak kena tunggu saya kat sini tau.Awak jangan turun selagi saya tak datang jumpa awak."

Sempat lagi Riley menitipkan pesanan.Dia tetap risau walaupun Mytrice sudah berkali-kali memberitahu yang dia boleh sendirian di situ.Oleh sebab temannya sudah menariknya agar segera turun,dia terpaksa meninggalkan Mytrice yang sedang memandang ke arah dirinya.

"Riley..giliran awak dah nak sampai.Dari tadi saya panggil awak.Tapi awak tak dengar kerana saya tengok awak macam tak nak berenggang dengan adik awak tu."

Pengajar itu menghela nafas panjang.Selama ini tidak pernah pula dia tahu yang Riley mempunyai seorang adik angkat.Terlalu jauh berbeza pula wajah Riley dan adik angkatnya.

"Adik saya tak pernah pergi tengok pertandingan macam ni.Risau pula saya jika dia tersesat kat dalam sekolah ni."

"Riley..awak jangan risau tentang adik awak tu.Awak pernah sekolah kat sini dulu.Awak tahu yang kawalan kat sekolah ni adalah antara yang terbaik.Saya yakin adik awak tu tak akan keluar jauh dari kawasan ni.Sekarang awak tumpuhkan perhatian awak sepenuhnya pada pertandingan ni.Hanya awak yang saya fikir punya harapan untuk mendapat tempat dalam pertandingan ni."

Pengajar itu menepuk perlahan bahu Riley sebelum Riley masuk ke kawasan memanah.Kelihatan beberapa peserta sudah berbaris untuk menunggu giliran.Dia sempat memandang ke arah Mytrice sekilas.Dia berasa lega apabila mendapati Mytrice kelihatan sedang leka bercerita dengan seorang pelajar perempuan yang duduk di sebelahnya.

Dia kemudian melihat ke arah peserta yang sudah mulai memanah.Dadanya berdebar-debar apabila melihat wajah Kyle dan Julien.Selama dia bersekolah di sini,dia tahu yang kedua-duanya merupakan pelajar yang selalu mendapat tempat pertama dalam acara memanah.Dia berasa gementar bila berhadapan dengan mereka.

Beberapa pusingan sudah berlalu.Kawan-kawannya sudah tewas lebih awal.Hanya dia seorang yang layak masuk ke pusingan akhir.Sebelum bermulanya pertandingan akhir memanah,mereka diberi rehat selama empat puluh minit.Riley mengambil kesempatan untuk keluar dari kawasan memanah.Niatnya mahu berjumpa dengan Julien segera dibatalkan.Dia kemudian bercakap sebentar dengan pengajarnya lalu dia naik ke atas sambil membawa makanan menuju ke arah Mytrice.

"Trice..awak lapar ke?ni hah makanan dan minuman untuk awak.Isi perut awak tu.Saya tak pasti lagi bila pertandingan memanah ni akan selesai.Kebetulan pengajar tu bawa makanan lebih.Saya pula segera teringat tentang awak."

"Awak dah makan ke?saya tak nak makan seorang.Awak tu perlukan tenaga lebih."

Mytrice hanya memandang makanan dan minuman yang dihulurkan oleh Riley kepadanya.Perutnya sejak tadi lagi terasa lapar.Tetapi dia tidak sampai hati membiarkan Riley lapar.Sedangkan Riley perlukan tenaga.

"Saya dah makan tadi.Saya nak makan dengan awak.Tapi pengajar tu berkeras agar saya makan bersama dengan mereka.Bila dah siap,pengajar tu beri saya makanan ni untuk awak.Trice..maaf,saya tak tahu pula yang pertandingan ni terlalu lama.Tak pula saya terfikir nak bawa makanan untuk awak.Oh ya Trice,awak nampak tak saya memanah tadi?."

"Kalau macam tu saya makan dulu.Awak hebat sangat semasa memanah.Tadi saya dan kawan baru saya sorak awak.Tapi awak tak tengok.Riley awak menang ke?."

"Hehehe..awak cakap betul ke?malu pula saya.Hmmm..saya kena ikut pertandingan akhir dulu.Barulah tahu menang ke tak.Tapi kalau tengok betul-betul,agak mustahil untuk saya dapat nombor satu dalam pertandingan ni.Kyle,Julien dan pelajar dari pulau Epeltus tu terlalu sukar untuk dikalahkan."

Riley termenung sebentar.Dia mungkin hanya boleh menduduki tempat yang keempat.Namun itu pun sudah cukup baik berbanding dengan Willstan yang terkeluar awal.Agak terkejut juga dia apabila melihat Willstan juga ada mengikuti pertandingan memanah.Namun malangnya Willstan tewas dengannya.Sempat lagi dia melihat jelingan tajam Willstan ke arahnya sebentar tadi.

"Riley.. Riley.."

Mytrice mengangkat tangannya lalu melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Riley yang kelihatan termenung jauh.Dia mengagak yang Riley mungkin risau jika dia tidak menang dalam pertandingan ini.Dia sempat bertanya tentang Kyle dan Julien kepada Riley,kerana dia seperti pernah mendengar nama itu.Namun Riley tidak menjawab pertanyaannya.Rupanya, Riley sedang termenung.Dia hanya melihat ke arah Riley sebentar sahaja ketika Riley sedang bercerita,kerana dia sibuk sekali mahu menyuap makanan pada mulutnya.Namun apabila dia mendengar nama Julien dan Kyle disebut oleh Riley,baru dia terfikir mahu melihat peserta yang dimaksudkan oleh Riley.

"Trice..awak nampak tak budak lelaki kat sebelah kanan tu?"

Riley menunjuk ke arah Willstan yang sedang bercerita dengan kawan-kawannya.Matanya kemudian tanpa sengaja terpandang ke arah Riley dan Mytrice yang sedang memandang ke arahnya.Senyumannya mati.Keningnya dikerutkan.Dia tersenyum sinis memandang ke arah mereka berdua.

"Kawan awak ke Riley?."

Mytrice berasa tidak selesa apabila Willstan asyik memandang ke arah dirinya dengan senyuman nakal.Riley pula segera menarik Mytrice agar kembali duduk semula.Dia mulai risau jika Willstan datang menganggu Mytrice jika dia tidak ada di sana.

"Tak..dia tu bukan kawan saya.Trice,Kalau dia datang kat sini semasa saya kat kawasan memanah,awak jangan biarkan dia datang mendekati atau cuba bercakap dengan awak.Kalau boleh awak elakkan dari berjumpa dengan dia."

"Tapi..tak mungkin dia berani datang kat sini.Bukan kawasan ni hanya untuk sekolah lain ke?."

"Trice..susah saya nak terangkan pada awak.Tapi budak tu selalu buli saya dulu.Saya tak nak dia buli awak pula.Kalau awak nampak dia datang sini,awak keluar dari kawasan ni kemudian awak bergerak menuju ke arah pedati kuda.Awak jangan tunggu di luar.Awak terus masuk kat dalam pedati kuda tau.Awak jangan keluar dari sana selagi awak tak dengar suara saya."

Riley melihat sebentar ke arah Willstan.Namun kelibat Willstan sudah tidak ada di sana.Matanya kemudian memerhati sekeliling.Nafasnya dihembus kasar.Ternyata firasatnya benar.Willstan sedang berjalan menuju ke arah mereka berdua.Mytrice pula yang kelihatan masih bingung dengan kata-kata Riley tadi,ikut memerhati ke arah pandangan mata Riley.Dia terkaku seketika.

"Trice..awak masih ingat lagi ke jalan menuju ke pedati kuda kita tu?."

"Saya..ermm..mungkin kalau saya cuba,saya pasti dapat ingat jalan tu."

"Trice..awak jalan ikut belakang ni sekarang.Nanti saya cuba tahan budak tu."

Riley sudah mulai bergerak dengan pantas.Sebentar lagi dia akan mulai masuk ke kawasan memanah.Namun sebelum itu,dia harus menghalang Willstan daripada menghampiri Mytrice.Manakala Mytrice pula segera berlalu pergi.Sedih pula dia kerana tidak dapat melihat Riley bermain pada pusingan akhir.

Sebelum berlalu pergi,dia sempat melihat ke arah Riley.Namun matanya tidak lagi melihat kelibat Riley.Sebaliknya dia saling berpandangan dengan Kyle.Kyle pula kelihatan agak terkejut apabila dia melihat kelibat Mytrice di sana.Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Suara kuat Sir Addos yang menegurnya membuat dia tersentak.Dia segera memandang ke arah Sir Addos.

"Kyle beri perhatian kat sini.Awak tu peserta bukan penyokong.Julien awak juga sama.Kalau kamu berdua tak dapat nombor teratas dalam pertandingan ni saya denda kamu berdua teruk-teruk."

"Baik Sir."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience