Chapter 64.2

Mature Content Series 590

Dia berfikir sebentar.Mungkin Cosmas itu adalah anak ayahnya.Dia tidak pernah pula bertanya kepada ayah angkatnya tentang keluarga sebenar ayah angkatnya.Sebelum perkara menjadi serius,dia mengambil keputusan untuk keluar dari tempat persembunyiannya.

"Apa semua ni?kamu buat apa kat sini?bukan semua pelajar senior kena berkumpul kat padang ke?.Kenapa kamu masih berlegar-legar kat sini? bergaduh dengan pelajar junior lagi."

Terkejut mereka apabila melihat Julien sudah berdiri di belakang mereka.Willstan pula yang pada mulanya ingin memukul Cosmas sekali lagi berubah fikiran apabila dia ternampak kelibat Julien menghampiri ke arah mereka.

"Huh!! malang berganda.. ketua pelajar dah datang.Terganggu sedikit drama kita pagi ni."

Willstan menghampiri Julien.Suaranya dikuatkan sedikit.Sudah lama dia tidak berpuas hati dengan perangai Julien yang selalu melaporkan kegiatan mereka kepada Sir Addos.Selalunya Julien itu berjalan dikelilingi oleh barisan yang bertanggungjawab untuk mencatat kesalahan pelajar.Namun kali ini Julien bersendirian.Dia ingin sekali melihat kekuatan Julien.

"Bukan sahaja ketua pelajar tapi ketua yang tak berguna.Julien awak jangan lupa apa yang awak dah buat pada kami.Tapi kalau awak lupa pun kami boleh ingatkan pada awak semula.Sebab kami takkan lupa semua tu."

Kawan-kawan Willstan mulai bersuara.Mereka memang tidak pernah menyukai Julien.Namun kerana Willstan tidak pernah menyuruh mereka untuk memukul Julien,mereka hanya mampu menunggu arahan.Jika mereka bertindak sendiri buruk padahnya.Willstan akan memukul mereka kerana bertindak tanpa arahan.

"Oh..masih tak puas hati fasal dihukum sebat di khayalak ramai ke?kenapa nak salahkan saya.Salahkan diri sendiri yang enggan nak ikut peraturan sekolah.Kalau kamu tak suka ikut peraturan,lebih baik berhenti sekolah.Membazir wang orang tua sahaja."

Julien tetap mahu membalas sindiran mereka walaupun dia tahu bila-bila masa sahaja mereka akan menyerangnya.Dia tidak peduli,untuk apa dia menjadi ketua pelajar jika dia takut dengan ancaman mereka.

"Saya fikirkan awak dah lupa.Maklumlah bila dah ada kuasa,kepala pun naik sama.Tapi tak beringat.Macam sekarang,bila-bila sahaja saya nak lepaskan kemarahan dan dendam saya pada awak.Awak nak laporkan perbuatan kami pada Sir Addos macam selalu?huh.. malangnya tak ada yang nampak.Sekarang ni semua pelajar Senior tak ada kat sini."

Willstan tersenyum sinis ke arah Julien.Matanya merenung sebentar ke arah kawan-kawanya.Dia mahu memberitahu kepada mereka agar mereka boleh bertindak untuk memukul Julien jika mereka mahu.Namun yang lain hanya mahu menunggu Willstan bertindak terlebih dahulu kemudian barulah mereka berani bertindak untuk menyerang Julien.

"Awak fikir awak bawa kawan-kawan awak ni awak boleh ugut saya ke?Saya dah biasa terima ugutan seperti ini.Terutamanya dari pelajar macam kamu yang suka sangat membuli pelajar yang lemah."

Julien mengerling sebentar ke arah kawan-kawan Willstan.Hanya ada empat orang sahaja.Darly pula masih berbaring di atas rumput.Dia sudah tidak larat untuk berlawan lagi.Cosmas pula hanya melihat pertengkaran antara Julien dan Willstan.Jika Julien tidak muncul tadi, mungkin giginya sudah patah kerana ditampar kuat oleh Willstan.Buat sementara waktu ini dia tidak mahu masuk campur lagi kerana dia mahu mengumpulkannya tenaganya dahulu.

"Kalau macam tu,awak jangan salahkan kami pula jika awak balik dengan pakaian yang koyak-rabak.Tapi saya pula nak pastikan muka awak tu cacat sebelah.Awak nak tahu kenapa?saya nak mengingatkan awak supaya lain kali jangan cuba-cuba masuk campur urusan orang lain."

Willstan cuba untuk menolak bahu Julien.Namun Julien menarik tangannya lalu menghempas tubuh Willstan dengan kuat.Willstan yang mulai marah,cuba untuk menumbuk wajah Julien,namun Julien pantas mengelak lalu menendang kaki Willstan sehingga Willstan terjatuh.

Kawan-kawan Willstan pula tidak mahu melepaskan peluang untuk melepaskan dendam mereka kepada Julien.Mereka bertindak menyerang beramai-ramai ke arah Julien untuk memukul Julien.Namun ketangkasan Julien membuat mereka sukar mahu mendekatinya.Cosmas yang melihat tiada sesiapa yang melihat ke arahnya segera mengambil kesempatan untuk lari dari sana.Dia tidak mahu terlibat dengan pergaduhan mereka.Lagipun dia mahu menyelamatkan dirinya sendiri.

Beberapa minit berlalu,Julien kelihatan sedikit penat.Namun dia tetap berusaha untuk mengelak dirinya dari dipukul.Willstan pula cuba mengambil kesempatan untuk memukul Julien secara curi-curi.

Tetapi malangnya Willstan tersilap langkah.Dia terpukul lalu tertolak seorang kawannya ke belakang bangunan.Julien yang melihat Willstan cuba menyerangnya segera menumbuk perut Willstan lalu menolaknya dengan kuat sehingga Willstan terjatuh.Kawan-kawan yang lain cuba untuk menarik baju Julien yang ketika itu sedang bergelut dengan Willstan.

"Binatang manalah yang berani pijak makanan saya ni..woiiii..biadab betul."

Kyle yang tadinya mahu kembali ke kelasnya terpaksa berpatah balik kerana Sir Addos ada di sana.Sebolehnya dia tidak mahu bertembung lagi dengan Sir Addos kerana ada sahaja yang tidak kena di mata Sir Addos ketika melihat ke arahnya.Mahu sahaja dia melawan,tetapi dia serik menerima bebelan dari ibunya.

Biskut yang ada di dalam poketnya tadi terjatuh kerana dia tergelincir.Baru sahaja dia mahu mengambil biskut yang jatuh itu, tiba-tiba sahaja sesorang jatuh lalu memijak rotinya.Nasib baik sahaja tangannya tidak dipijak sama.

Mendengar sahaja teriakan itu,pergaduhan mereka terhenti seketika.Mata mereka memandang ke arah Kyle yang kelihatan marah.Tangannya kelihatan sudah mencekik leher pelajar tersebut lalu menolaknya ke arah mereka.

"Huh!! muka orang bodoh ni lagi.Tak ada orang lain ke?.Sakit pula mata saya tengok kamu ni."

Kyle mengambil sebatang kayu lalu menghampiri mereka.Satu persatu dikejarnya dengan kayu lalu dipukulnya mereka dengan kuat.Dia tidak mahu membazirkan tenaganya untuk berlawan dengan orang yang seperti mereka.

"Dah lama saya tak ajar orang bodoh macam kamu."

"Hey Kyle awak jangan nak ikut campur urusan kami.Hal ni antara kami dan Julien sahaja.Awak jaga hal awak sendiri."

Willstan sudah mulai berdiri.Dia tidak berpuas hati kerana Kyle tiba-tiba datang ketika mereka mahu memukul Julien.Walaupun dia tahu yang dia tidak mampu untuk mengalahkan Kyle,tetapi kerana marah masih bersisa,dia sudah tidak peduli.Dia tidak mahu malu di hadapan kawan-kawannya.

"Tak ada ayat lain ke awak nak cakap pada saya?Awak tanya apa kawan awak tu dah buat.Saya malas nak beritahu awak.Buang masa."

Pappp..

"Arghh.."

Kyle menampar kuat wajah Willstan menyebabkan Willstan terjatuh lalu mengerang kesakitan.Kawan-kawan yang lain sudah mulai berundur.Jika dengan Julien mereka masih berani mahu berlawan.Tetapi dengan Kyle mereka takut kerana sudah terlalu banyak mereka melihat bagaimana Kyle memukul pelajar yang mahu menyerangnya walaupun di hadapan pengajar.

"Mulut tu biadap sangat.Sakit telinga saya bila dengar bebelan awak tu."

Kyle mengangkat kayunya lalu memukul Willstan bertubi-tubi.Namun dengan pantas Julien menarik Kyle yang sudah naik hantu.Dia risau jika Willstan mengalami kecedaraan serius kerana dipukul oleh Kyle tanpa belas kasihan.

"Kyle..dah..dah.. berhenti!!awak nak bunuh dia ke?!!cukup Kyle.."

"Julien jangan masuk campur.Saya belum puas bermain dengan mereka.Lagipun masih banyak lagi binatang yang saya belum jatuhkan.Sekali sekala saya nak juga mereka rasa tanah ni."

Kyle kemudian bertindak mengejar mereka menggunakan kayu membuatkan mereka lari bertempiaran.Willstan dan Daryl pula cepat-cepat bangun lalu mulai berlari lintang pukang.Kesakitan pada badan mereka seolah-olah hilang kerana takut melihat perangai gila Kyle.

"Kyle awak memang tak guna.Awak fikir kami takut kat awak ke?."

"Oh..tak takut?tapi nak lari?.Jangan fikir saya akan lepaskan kamu dengan mudah."

Julien yang sudah mulai panik segera mengejar Kyle lalu menariknya dengan kuat.Dia takut jika Kyle mengejar mereka sehingga ke padang yang mungkin sudah ramai peserta dari sekolah lain yang hadir.Perbuatan Kyle bakal menjejaskan reputasi sekolah mereka nanti.

"Kyle..dah..mereka dah lari.Tak perlu kejar lagi."

"Hah tulah mereka tak takut langsung pada awak tu.Terlalu berlembut sangat."

"Ya saya tahu.Tapi untuk apa awak balik kat sini?awak nak tolong saya ke?selalunya awak tak baik macam ni."

Hairan juga Julien apabila Kyle bertindak mahu menolongnya.Sedangkan antara dia dan Kyle tidak pernah berbaik.Mungkin juga Kyle ini sudah berubah fikirnya.

"Jangan nak berangan.Saya bukan nak tolong awak.Buang masa.Lebih seronok jika saya tengok awak dibelasah.Kurang sedikit dendam saya pada awak.Kalau bukan kerana ayah awak tunggu kat depan kelas saya,saya tak ingin nak balik sini.Buat penat sahaja."

Kyle membuang kayu yang ada pada tangannya.Marahnya masih bersisa kerana dia tidak dapat memukul mereka sehingga dia berpuas hati.

"Baru nak puji tapi tak jadi.Saya tarik balik kata-kata pujian saya untuk awak sebentar tadi.Awak memang tak layak terima pujian dari saya.Entah apa lah yang awak nak takut dengan Sir Addos tu.Bukan awak ni hero sekolah ke?."

"Tak takut pun.Saya ada cakap yang saya takut ke?telinga awak ni dah tersumbat ke?Saya hanya malas nak berjumpa dengan ayah awak tu.Hei mulut tu jaga sikit.Awak tu pun apa kurangnya.Tengok baju awak tu dah macam samseng jalanan.Dah tak serupa seperti ketua pelajar."

Sempat lagi Kyle memerli Julien.Tangannya pula agak pantas mengambil lagi dua keping biskut sehingga Julien tidak sempat mengelak.Matanya menjeling ke arah Kyle.Sebal pula dia melihat perangai Kyle yang tidak tahu malu itu.

"Wah..wah..wah...kamu berdua buat apa kat sini?bergaduh lagi ke? Pertandingan tu dah nak mula.Bila kamu nak bergerak?Nak sir juga yang cari kamu?Sir dah kata kelmarin tunggu kat padang sejam awal.Ni dah pukul berapa ni?."

Terkejut mereka berdua apabila mereka mendengar suara Sir Addos yang sudah mulai meninggi itu.Terlupa pula mereka tentang acara memanah itu kerana terlibat dalam pergaduhan dengan Willstan dan kawan-kawannya.

"Tak Sir..kami berdua` hanya berkongsi biskut ni."

Cepat pula Julien membalas.Mahu mengharapkan Kyle yang membalas?Agaknya sehingga mereka berjalan ke padang Sir Addos masih membebel.Bukannya dia tidak tahu yang Kyle itu gemar sekali menaikkan kemarahan Sir Addos.

"Berkongsi biskut sampai baju koyak rabak macam ni?Saya tak pernah nampak lagi orang berkongsi makanan sampai baju jadi macam tu.Hei..kamu berdua ni dah jadi pelajar senior bukannya budak junior lagi.Bawa sini biskut tu.Kyle awak pukul Julien lagi ke?"

Julien melangkah ke arah Sir Addos sambil menyerahkan bakul yang tersisa sedikit biskut lagi.Nasib baik juga biskut yang dia letakkan di atas bunga itu tidak dibuang oleh mereka tadi.

"Kenapa saya pula yang asyik dituduh buat jahat.Sir,saya tak pukul Julien.Julien tu terjatuh dari atas pokok tu.Kebetulan saya lalu kat sini.Sir tahu juga yang saya selalu melepak kat sini."

Kyle menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia merenung sebentar ke arah Julien sambil mengisyaratkan sesuatu.

'Awak tak tolong saya,saya beritahu sir yang awak bergaduh tadi.'

Isyarat itu yang dimaksudkan oleh Kyle kepada Julien.Dia tahu Julien faham apa yang dia cuba sampaikan.Jika Julien tidak mahu membantunya dia tidak kisah.Tetapi Julien juga akan menerima hukuman lebih berat darinya.

"Kyle bercakap benar Sir.Saya hanya nak ambil penutup bakul makanan yang terbang ditiup angin dan tersangkut kat dahan pokok tu.Saya tak tahu pula dahan pokok tu licin."

Sir Addos merenung kedua-duanya.Namun tidak pula dia melihat mereka menipu.Selalunya jika mereka bergaduh, Kyle pasti kekal dengan mulutnya yang akan terus-menerus mengutuk Julien tanpa henti biarpun dia sudah ada di hadapan mereka.

"Dah..dah..saya tak nak tengok lagi awak macam ni.Julien awak tu ketua pelajar bukan ketua samseng.Elok dah baju tu kemas pagi tadi,sekarang dah tak terurus.Kyle awak pula jangan cuba-cuba melepak kat sini lagi.Kalau Sir nampak awak kat sini,tahulah Sir bagi denda yang lebih berat untuk awak.Sekarang cepat bersiap dan pergi ke padang.Sir tak nak tengok muka kamu berdua masih berlegar-legar di sekitar sekolah."

Cepat sahaja Kyle memecut meninggalkan mereka berdua.Dia malas mahu mendengar bebelan dari Sir Addos yang kadang-kala membuatkan dia panas hati.Adalah lebih baik jika dia beredar dengan segera daripada terus mendengar suara Sir Addos.

"Julien awak tunggu apa lagi?"

"Sir,biskut tu.."

"Tiada..tiada..jalan sekarang juga.Jangan tanya fasal biskut ni lagi.Biskut ni dah jadi hak milik Sir."

Ternganga pula Julien mendengar arahan dari Sir Addos.Tadi Kyle yang merebut biskutnya.Kini Sir Addos pula.Baru sedikit dia makan biskut itu.Namun dia terpaksa akur dengan arahan Sir Addos.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience