Chapter 64.1

Mature Content Series 590

Julien merenung jam yang tergantung pada baju seragam sekolahnya.Sejam lagi akan diadakan pertandingan memanah antara sekolah-sekolah bagi para pelajar Senior.Dia antara pelajar yang tersenarai untuk mengikuti pertandingan itu.

Sebentar tadi dia diarahkan oleh Sir Addos untuk memantau Kyle yang disuruh pergi menghantar surat kepada pelajar junior yang didenda.Terasa malas pula dia mahu mengekori Kyle dari jarak dekat.Dia hanya memerhati kelibat Kyle yang sedang bercakap sesuatu lalu menyerahkan surat itu.Melihat sahaja wajah pelajar junior itu, kepalanya digeleng berkali-kali.Tidak habis-habis muka yang sama juga yang membuat onar.

Setelah dia melihat Kyle sudah mulai berlalu pergi,dia berjalan ke arah belakang bangunan yang menempatkan pelajar senior untuk berehat seketika.Nanti sahaja dia akan melaporkan semua itu kepada Sir Addos.

Dia duduk sebentar lalu dia mulai membuka bakul berisi makanan yang diberi oleh Emmet kepadanya sebentar tadi.Dia sebenarnya berkeras mahu menolak pemberian dari Emmet,tetapi Emmet menegurnya kerana dia tidak sempat sarapan pagi.Dia agak terlewat bangun hari ini kerana dia terlalu penat pergi menemani Amanda berjalan seharian di bandar Athenil.

Baru sahaja dia mulai makan beberapa keping biskut,sepasang tangan menarik bakul itu dengan kuat lalu mengambil dua keping biskut dari dalam bakul itu tanpa meminta kebenaran dari pemiliknya.Julien kemudian merenung wajah pemilik tangan itu.Dahinya berkerut.Dia kemudian melepaskan keluhan kecil.

"Idea dari awak ke yang suruh Sir Addos beri arahan pada saya untuk serahkan surat tu pada pelajar junior?."

Kyle mengunyah biskut tersebut.Rasa biskut itu seperti rasa biskut yang selalu dia makan.Keningnya diangkat sebelah.Dia pernah makan biskut seperti itu yang diberi kepadanya daripada ibunya dan Mytrice.Pelik pula dia rasakan bila Julien juga membeli biskut yang sama rasa seperti yang pernah dimakannya.Mungkin juga mereka membeli biskut itu di tempat yang sama fikirannya.

"Awak fikir saya ni siapa sampai berani nak suruh-suruh Sir Addos tu.Dah dia yang suruh awak buat semua tu kenapa libatkan saya pula.Kembalikan semula bakul tu pada saya.Saya tak bagi kebenaran awak makan biskut dalam bakul tu."

"Awak jangan cuba nak tipu saya.Awak ingat saya buta ke?sebentar tadi saya nampak awak intip pergerakan saya.Nah ambil balik bakul ni.Biskut dalam ni bukannya sedap sangat pun.Tu pun berkira sangat.Kedekut betul."

Kyle menyerahkan bakul itu kepada Julien semula.Namun sempat lagi dia mengambil tiga keping biskut lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.Manakala dua lagi dia letakkan di dalam poket bajunya.

"Tak ada masa saya nak intip pergerakan awak.Awak fikir awak tu penting sangat ke?Saya hanya nak kejar pelajar senior yang buat hal tadi.Awak tu saja yang melulu menuduh.Tak sedap tapi biskut tu dah berapa keping awak ambil.Bagi balik biskut tu."

Julien menjeling tajam ke arah Kyle.Geram pula dia melihat perangai Kyle yang sering sahaja mahu menyakiti hatinya.Sebab itu dia tidak gemar mahu bercakap dengan Kyle.Ada sahaja yang tidak kena di mata Kyle.Malah Kata-kata yang keluar dari mulut Kyle membuat dia panas hati.

"Hurmmm..tengok muka pun dah tahu menipu.Awak tak payah berpura-pura tak nak mengaku di depan saya.Awak nak minta biskut ni semula?Jangan harap.Tu hukuman awak kerana awak intip pergerakan saya tadi."

Kyle mulai berdiri.Dia mahu menukar bajunya di kelas kerana sebentar lagi dia akan pergi ke padang.Terasa malas pula kakinya mahu melangkah pergi.Namun dia terpaksa pergi kerana namanya tersenarai untuk mengikuti pertandingan memanah.Bukan itu sahaja.Pengajarnya mendesak dia untuk ikut serta pertandingan itu membuatkan dia terpaksa akur.Ayahnya pula sudah memberi dia amaran yang dia harus mengikut pertandingan itu.

"Hei awak nak ke mana?tunggu!!..saya belum habis bercakap dengan awak lagi..awak nak lari ke mana."

Julien sudah mulai mengejar Kyle yang sudah melangkah jauh ke hadapan.Tanpa disangka-sangka,Kyle tiba-tiba mengambil beberapa helai daun untuk menutup mulut Julien,lalu dia menarik Julien pergi bersembunyi di sebalik pokok.Julien yang menyangka Kyle mahu bergaduh dengannya cuba untuk melepaskan diri.Namun Kyle menolak wajah Julien agar melihat ke hadapan.

"Hah tulah..mulut tu bising sangat.Telinga pun dah mulai jadi pekak.Buka mata awak besar-besar.Tu tengok kat depan tu.Bukan mereka tu ke yang awak cari?."

Kyle berbisik di telinga Julien.Sempat lagi dia memerli Julien.Dia kemudian berdiri lalu memeluk tubuhnya.Matanya merenung ke depan.Dia seperti pernah melihat lelaki itu.Julien pula sudah mula berjalan.Namun Kyle menarik tangannya dengan pantas.

"Awak ni bodoh ke?dengar dulu cerita mereka sebelum awak nak jadi hero."

"Awak lupa ke yang saya ni ketua pelajar kat sini.Awak nak saya biarkan mereka bergaduh macam tu saja ke?."

Julien menaikkan matanya ke atas.wajahnya sedikit cemberut.Suka sangat Kyle bila melihat orang sedang bergaduh.Kadang dia sukar mahu memahami kelakuan Kyle.

"Nak sangat tolong orang.Awak pergi lah sekarang.Nanti Sir Addos tanya awak jangan pula libatkan saya."

"Yelah..yelah..awak ni macam perempuan.Membebel tak habis-habis."

Sempat lagi Julien menutup telinganya.Bosan dia mendengar leteran dari Kyle.Kakinya kemudian perlahan-lahan melangkah menuju ke arah mereka.Dia kemudian berhenti sebaik sahaja dia sudah berdiri berhampiran dengan mereka.Dia mahu mendengar apa yang dibualkan mereka dengan lebih jelas.Kyle pula kelihatan sedang tersenyum sinis melihat ke arahnya.

"Hei tadi bukan main berlagak lagi awak ya..sekarang dah mulai kecut perut pula.Awak berani di hadapan Evona tu saja ke?.Whahaha..dah macam orang bodoh saya tengok muka awak."

Daryl bertindak memerli ke arah Cosmas yang masih diam membisu.Keberaniannya sudah mulai hilang kerana dikepung oleh mereka.Rasa menyesal pula dia kerana mengikut mereka sebentar tadi.Tapi dia tiada pilihan.Dia mahu memenangi hati Evona.Sebab itu dia berlagak berani sebentar tadk.

"Awak kata saya takut pada awak?hurmm..menyampah.Begini ke cara orang berani?saya hanya seorang,tapi awak pula bawa kumpulan sebab nak pukul saya seorang."

Cosmas cuba untuk bermain emosi mereka.Dia berharap yang lain akan beredar segera.Namun cubaannya gagal.Mereka langsung tidak bergerak dari kedudukan asal.

"Daryl...awak ni buat malu kumpulan kita sahaja.Kalau awak tak menang berlawan dengan budak junior ni nahas awak."

Willstan mengangkat tangannya agar kawan-kawan yang lain berdiri di belakang Cosmas dan Daryl.Tercabar pula dia dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Cosmas.Dia bukannya mahu ikut campur.Dia cuma mahu melihat kebolehan Cosmas yang terlalu berani menegur Daryl.

"Stan setakat budak ni,saya tutup mata pun saya boleh kalahkan dia."

Sebaik sahaja Daryl habis bercakap,dia mulai menyerang Cosmas.Namun sempat dielak oleh Cosmas menyebabkan Daryl jatuh tertiarap.Kesempatan itu digunakan oleh Cosmas untuk memukul Daryl bertubi-tubi.Kawan-kawan yang lain pula mulai bergerak untuk membantu.Namun ditegah oleh Willstan.

"Huh..saya ingatkan awak kuat sangat macam mulut awak tu.Rupanya hanya tipu sahaja.Agaknya kawan-kawan awak yang lain pun serupa dengan awak.Langsung tak berguna.puii.."

Cosmas meludah ke tanah.Ketawa besar dia melihat Keadaan Daryl yang sedang mengerang kesakitan.Nasib seakan berpihak padanya.Namun dia lupa, kata-katanya itu mengundang kemarahan Willstan.

"Daryl..esok macam biasa..kalau awak tak dapat wang sebanyak 1000Ril nahas awak.Hmmm..ikutkan hati saya tadi saya tak nak masuk campur.Tapi kata-kata awak ni buat darah saya naik ke kepala.Awak jangan ingat Daryl tu sama macam saya."

"Hei jangan ingat saya takut.Siapa nama awak Stan ke syaitan?bhahaha..."

Ketawa besar Cosmas.Manakala yang lain kelihatan sudah berwajah pucat.Tanpa bercakap banyak,Willstan segera menghampiri Cosmas lalu menumbuk kuat perut Cosmas sehingga Cosmas jatuh terduduk.Cosmas kemudian memegang perutnya yang terasa amat sakit.

"Saya dah beritahu awak tadi.Kalau awak jaga mulut awak tu baik-baik saya tak bertindak kejam sangat.Tapi dah terlambat.Disebabkan keceluparan mulut awak,awak harus terima akibatnya."

Willstan yang masih tidak berpuas hati bertindak menampar wajah Cosmas dengan kuat sekali.Tamparan kuat dari Willstan itu membuat Cosmas terjatuh.Belum pun surut kesakitan pada perutnya.Kini ditambah pula dengan kesakitan pada mukanya.

"Awak jangan melampau sangat.Nanti saya beritahu pada ayah saya Derick.Saya akan pastikan kamu menerima nasib yang sama macam apa yang kamu buat pada saya."

Sempat lagi Cosmas berteriak.Willstan terhenti seketika.Dia kenal siapa yang dimaksudkan oleh Cosmas.Malah hampir semua penduduk di sekitar bandar Medion tahu siapa Derick.Julien yang sedang mengintip pun terkaku seketika apabila dia mendengar nama Derick disebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience