Cosmas pula yang sejak tadi memerhati,mulai bergerak ke arah mereka.Cemburu pula dia melihat ada orang lain yang memegang tangan Evona selain dia.
"Hei tak faham bahasa ke?kalau dia cakap lepas,lepaslah.Awak ingat tak sakit ke awak genggam tangan Evona macam tu."
Cosmas berteriak dengan lantang sekali menyebabkan mereka menoleh ke arah Cosmas.Tangan Evona dilepaskan.Evona mengambil peluang itu untuk melarikan diri dari Daryl.Dia cepat-cepat berlari lalu bersembunyi di belakang Cosmas.
"Wah..wah..wah..nak jadi hero nampak.Awak kenal tak siapa saya?awak senior kelas berapa?."
Daryl menepuk-nepuk tangannya.Senyumannya mati.Dia merenung tajam ke arah Cosmas.Mindanya cuba mengingat di mana dia melihat Cosmas.Namun langsung dia tidak ingat jika dia ada melihat Cosmas selama ini.Cosmas pula sudah mulai takut.Namun dia cuba untuk memberanikan diri.
"Yelah.. dah awak buat Evona macam tu.Awak fikir dia ni mainan ke?suka-suka awak pegang.Fasal tu awak tak payah sibuk.Awak bukannya terkenal kat sekolah ni.Awak datang dari keluarga kaya mana sampai semua orang nak kenal awak."
"Evona ni milik saya.Apa yang saya buat pada dia awak tak payah masuk campur.Tu urusan antara saya dan Evona.Hah?!saya tahu awak ni mesti pelajar junior."
Daryl merenung Cosmas dari atas ke bawah.Berani sungguh budak yang ada di hadapannya sekarang fikirnya.Tetapi dia tidak mahu kalah di hadapan pelajar Junior.Lagipun dia ada kawan-kawan di belakang untuk menolongnya.
"Cosmas dia tipu.Dia selalu ganggu saya Cosmas.Awak mesti bantu saya."
Evona berbisik di telinga Cosmas.Suaranya perlahan sekali.Matanya sempat melihat Daryl yang bermain mata ke arahnya.Dia seperti tidak takut dengan kehadiran Cosmas.
"Tengok muka pun dah tahu menipu.Tak mungkin muka buruk macam awak ni menjadi pilihan Evona.Agaknya awak perasan lebih.Habis tu kalau saya pelajar junior saya kena tunduk pada awak ke?."
"Wuhu..hu..Daryl.. takkan dengan pelajar junior pun awak dah takut."
Kawan-kawan Daryl yang lain sudah mulai mengejek.Sengaja mereka mahu menaikkan kemarahan Daryl.Manakala Wilstan lebih suka berdiam.Dia malas mahu masuk campur jika mereka bergaduh melibatkan perempuan.
"Hei..apa nama awak?Cosmas kan..Kalau awak berani sangat,saya cabar awak bertumbuk dengan saya.Kawan-kawan tarik budak Junior ni.Saya nak ajar sikit.Dah lama saya tak pukul orang."
"Tak payah nak heret saya.Saya sendiri pergi."
Cosmas kemudian ikut bersama mereka.Sementara itu Donna yang dari jauh sudah melihat Kyle yang seperti menuju ke arah Evona segera berjalan menghampiri Evona.Dia pura-pura menolong Evona menyiram bunga yang tinggal sedikit sahaja.
"Evona kenapa ni?awak penat ke?awak pergi rehat.Saya dah tolong awak siram semua bunga tu."
Donna memegang bahu Evona.Dia pura-pura bersimpati dengan Evona.Sedangkan dia hanya berlakon sahaja.Hakikatnya dia tahu apa yang telah berlaku sebentar tadi.Sempat lagi dia melihat Cosmas yang terlalu berlagak itu.Entah apa yang akan terjadi pada Cosmas nanti.Tetapi untuk apa dia risau.Semua itu salah Cosmas yang mahu ikut campur.
"Lepaslah..tadi saya minta awak tolong saya tapi awak langsung tak hiraukan saya.Awak ni kawan saya atau bukan?."
Evona menolak tangan Donna dengan kasar sekali.Dia terlalu sakit hati dengan Donna yang tidak mahu membantunya sebentar tadi.Nasib baik sahaja Cosmas sudi mahu membantunya.Jika tidak,entah apa akan terjadi pada dirinya.
"Evona,awak cakap apa ni?saya tak dengar pun awak panggil saya tadi.Daryl tu kacau awak lagi ke?kenapa awak tak lari dekat saya?."
"Mustahil awak tak dengar.Awak mesti pura-pura tak dengar kan Donna.Jarak awak dan saya bukan jauh sangat."
Evona tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Donna.Dia sendiri melihat Donna ada memandang sebentar ke arah mereka sebentar tadi.Namun Donna tidak pula cuba untuk menolongnya.
"Evona..awak ni asyik berprasangka buruk dengan saya sahaja.Saya kan sibuk buat kerja.Awak tu senang lah sebab ada orang tolong awak pergi angkat air."
"Donna jadi perempuan cantik ni mesti pandai guna muka.Cosmas tu sahaja yang terhegeh-hegeh nak tolong saya.Takkan saya nak menolak pula.Tu namanya bodoh.Agaknya apa akan jadi dengan Cosmas tu?bukan dia tu kekasih awak ke Donna?Selalu saya nampak kamu berdua naik pedati kuda yang sama."
Tertanya-tanya pula dia tentang hubungan antara Cosmas dan Donna.Semasa dia datang di Villa Sakura,tidak pula dia melihat Cosmas.Tetapi setiap kali datang ke sekolah dia selalu ternampak kelibat mereka berdua.
"Ishhh...awak ni cakap mengarut saja.Cosmas tu anak kawan ayah saya.Kami berdua tak rapat sangat.Tapi ayah saya baik hati sangat nak tolong mereka tu.Saya nak buat macam mana lagi.Evona awak suka ke dengan Cosmas tu?mesra semacam saja kamu berdua tadi."
Donna memulangkan pertanyaan pedas kepada Evona.Mahu sahaja dia berterus terang yang Cosmas itu sebenarnya menyukai Evona.Namun dia risau jika Evona memberitahu secara berdepan kepada Cosmas yang dia tidak berminat dengan Cosmas.Nanti susah pula dia mahu meminta wang dari Cosmas.
"Awak ni masih tak faham lagi maksud saya Donna.Muka macam tu tak layak berdampingan dengan saya.Kalau awal-awal pun dah menumpang dengan awak,bermakna Cosmas tu dari keluarga biasa.Saya tak nak hidup susah geli.Nanti semua kerja saya nak buat.Orang macam mereka tu pembantu pun tak boleh ambil dan beri gaji.Sengsara jadi isteri orang susah.Eihhh..baru fikir dah pening.Tak nak lah saya."
Evona membuat muka jijik.Badannya terlihat menggeletar.Menyampah pula Donna melihat perangai Evona.Terasa hati pula dia dengan kerenah Evona.Jika Evona tahu siapa dirinya yang sebenar sudah dia lihat bagaimana penerimaan Evona terhadap dirinya kelak.Kerana itu dia berusaha untuk hidup senang.Dia mahu berkawan dengan orang-orang yang dapat memberinya hadiah yang mahal-mahal.
"Awak ni tak baik cakap macam tu.Saya ni pun kaya juga.Tapi tak lah macam perangai awak."
"Ehhh..awak tak perlu nasihatkan saya.Kalau awak nak, khawin sahaja dengan Cosmas tu.Kurang sikit saingan saya nak mendapatkan Kyle."Kata Evona sedikit berlagak.
"Hmmm..awak yakin ke Kyle suka kat awak?Tak adanya Kyle nak pandang orang macam kita ni."
"Awak sahaja yang tak dipandang.Muka saya yang cantik ni,mustahil tak dipandang oleh Kyle.Orang macam Kyle tu yang sesuai dengan saya.Dia punya segalanya.Hidup saya pun senang nanti.Awak pula akan hidup merempat kalau awak teruskan dengan sikap baik awak tu."
"Apa salahnya jadi baik.Tak rugi pun.Saya ni jenis orang yang sedar diri.Saya sedar muka saya tak cantik.Kalau hidup merempat pun saya tak kisah."
"Eleh..baru didenda angkat air awak dah mengadu sakit tangan.Jangan nak tipu dengan saya."
Sakit hati pula Evona mendengar jawaban dari Donna.Biasanya Donna akan tunduk sahaja jika dia bercakap.Tetapi kali ini Donna bagaikan mengejek dirinya.Tidak pernah pula Donna berkata baik-baik seperti itu.Dia tidak percaya yang Donna tiba-tiba berubah menjadi baik dalam masa yang singkat.Pasti ada sesuatu yang dia rancang fikir Evona.
"Entah lah..susah saya nak yakin kan awak.Kalau awak fikir macam tu saya tak boleh ubah fikiran awak."
"Donna..awak ni disampuk hantu ke?tak pernah pula awak cakap macam ni.Sejak kita didenda awak dah insaf ke?whahaha..tak sesuai betul perangai baru dengan wajah awak yang penuh muslihat tu.Kenapa?awak fikir kalau awak berubah macam ni Kyle nak tengok awak ke?. Donna..awak tak payah bermimpi.Walaupun Kyle tu rapat dengan awak,tapi awak tu umpama bahan mainan sahaja dalam hidup Kyle.Saya sahaja yang layak bersama dengan Kyle.Awak faham tak?."
"Hurmmm..awak selalu cakap macam ni dengan orang lain ke?."
Evona memusingkan badannya dengan cepat apabila dia mendengar suara lelaki sedang bercakap di belakang mereka.Wajahnya merah sekali apabila mendapati Kyle sudah berdiri di belakangnya.
"Ky..erm..saya..saya bergurau sahaja dengan kawan saya ni.Kami ni memang biasa bergurau dengan nada kasar sedikit."
Tertunduk-tunduk Evona apabila Kyle merenung ke arahnya tanpa senyuman.Donna pula tertawa sinis.Dia sudah tahu Kyle berada di belakang mereka.Kerana itu dia berpura-pura berlakon baik.
"Kalau bergurau sekalipun,boleh tak jangan kaitkan nama saya?saya tak suka."
"Tapi Ky..saya dah lama perhatikan awak.Saya suka awak sejak dari awal saya melihat awak."
Evona mulai berterus-terang.Tiada gunanya dia menipu lagi kerana Kyle sudah mendengar perbualan mereka.Kini dia tahu mengapa Donna tiba-tiba sahaja berkelakuan pelik.Rupa-rupanya Donna sengaja mahu mengenakannya.
"Dah..cukup..saya tak nak dengar semua tu lagi.Saya bosan.Biar saya berterus terang dengan awak.Saya dah punya pilihan sendiri.Mulai hari ni saya tak nak dengar awak sebut nama saya.Nah..ambil surat ni.Sir Addos suruh saya beri pada kamu.Awak edarkan pada kawan-kawan awak.Saya tak ada masa nak bagi seorang-seorang."
Donna yang menyambut surat itu dari tangan Kyle apabila melihat Evona masih berdiri terkaku di situ.Kyle pula beredar dari sana tanpa menoleh ke belakang lagi.Puas hatinya kerana dapat mengeluarkan apa yang dia pendam selama ini.
"Donna..awak ke orang istimewa yang dimaksudkan oleh Kyle tu?."
"Evona..saya tak faham maksud awak."
Takut pula Donna apabila dia melihat wajah serius Evona.Beberapa titik air mata sudah mulai jatuh di pipi Evona.Dia berasa marah kerana Donna seperti mengkhianati dirinya.
"Donna..sampai bila awak nak menipu?tadi pun awak dah tahu Kyle ada kat belakang kita.Tapi awak tak beritahu saya.Awak memang sengaja nak malukan saya di hadapan Kyle kan?."
"Evona..awak.."
"Dah..cukup..saya tak nak dengar lagi."
Evona mengambil dengan kasar surat yang bertulis namanya lalu beredar dari situ.Sementara Aleya dan Mya yang baru sahaja datang ke sana terpinga-pinga melihat kelakuan Evona.
"Donna kenapa dengan Evona tu?Awak bergaduh dengan dia lagi ke?."Soal Aleya.
"Donna..kamu berdua jangan buat masalah lagi.Tak fasal-fasal kita didenda lagi."
Mya pula menyampuk.Takut pula dia jika Sir Addos menghukum mereka lagi.Beberapa hari ini,dia dan Aleya hampir sahaja menangis apabila ada pelajar yang sengaja membuang sampah pada tempat yang mereka telah bersihkan.Apabila ditegur,mereka hanya tersenyum sinis lalu berlalu pergi.
"Ish..kamu berdua ni tuduh saya bukan-bukan pula.Tadi Kyle ada cakap benda yang buat Evona malu.Dia pula tuduh saya bukan-bukan.Nah..ambil surat ni.Kyle bagi tadi,dari Sir Addos katanya."
Donna membuat muka sedih.Dia tidak mahu menceritakan hal yang sebenar.Biar Mya dan Aleya tidak tahu apa yang berlaku antara mereka.Sekurang-kurangnya dia sudah tahu Kyle mempunyai seseorang yang istimewa.Dia yakin dia yang dimaksudkan oleh Kyle kerana hanya dia sahaja yang pernah menerima hadiah dari Kyle.
Mya dan Aleya pula saling berpandangan.Mereka tidak mahu masuk campur urusan Donna dan Evona.Mereka kemudian mengambil surat menandakan mereka sudah menyelesaikan denda lalu mereka bergerak menuju ke kelas meninggalkan Donna seorang diri.
Share this novel