BAB 10

Romance Series 7398

Maryam melangkah keluar dari kereta Mikhael dengan malas. Dia memandang sekeliling rumah yang dihadiahkan oleh Dato Malik. Cantik, memang kena dengan cita rasa dia. Untung jugak kahwin dengan anak orang kaya ya, rumah pun dapat free.

"Awak, angkatlah beg awak ni bawa masuk. Takkan nak tinggal dalam kereta pula?" Kata Maryam tatkala Mikhael tidak langsung menghiraukan bagasinya.

"Kau tolonglah angkat." Balas Mikhael selamba. Pintu rumah dibuka dengan kunci yang diberi oleh Dato Malik.

Maryam menggulingkan matanya.

"Saya bukan orang gaji awak."

"Kau memang bukan orang gaji aku tapi kau isteri aku. Tugas isteri adalah untuk ikut semua perintah suami atau kau nak jadi isteri derhaka?" Kata Mikhael sambil berpeluk tubuh. Kuasa vetonya sebagai suami digunakan dengan cara yang salah.

Maryam memandang Mikhael tajam. Oh, masa nak minta tolong pandai pula nak mengaku dia tu suami. Masa keluar dengan kekasih-kekasihnya itu berlagak macam orang bujang!

Maryam menjeling. Bagasi Mikhael dikeluarkan dengan kasar.

"Dasar suami pemalas. Suka tindas isteri.." bebel Maryam perlahan namun tetap didengari oleh Mikhael.

"Best kutuk suami?" Soal Mikhael di sisi Maryam. Maryam hanya buat bodoh. Bagasi Mikhael dikeluarkan kasar.

Mikhael hanya memandang. Tidak terniat langsung untuk menolong Maryam.

Bagasinya dan bagasi Mikhael, Maryam tarik kasar. Biar rosak, biar hancur, dia tidak kisah!

Bagasi Mikhael diletakkan di tepi pintu rumah. Tidak kuasa dia untuk mengangkat beg itu sehingga ke tingkat atas. Apa, Mikhael ingat dia siapa? Raja?

Maryam menarik nafas panjang. Fuh, berat. Dia memandang sekeliling mencari Mikhael.

"Dia pergi mana pulak?" Soal Maryam perlahan. Bunyi tawaan seseorang menarik perhatiannya. Dia melangkah ke taman rumah.

"Pandailah awak buat lawak. Saya suka." Kata seorang gadis yang sedang berbual mesra dengan Mikhael.

Maryam berdecit. Patutlah sampai tak masuk rumah, tengah test jiran baru rupanya. Mikhael yang sedang bergelak ketawa dengan gadis itu, Maryam hiraukan. Kalau dah buaya, memang tak boleh nak diubah menjadi biawak!

Maryam melangkah masuk kembali kedalam rumah. Bagasinya diangkat ke tingkat atas. Ada suami macam tak ada suami! Ingatkan boleh tolong angkat beg ke apa tapi habuk pun tak ada.

"Yang mana satu bilik aku?" Maryam memandang sekeliling. Ada empat pintu ke semuanya di tingkat dua dan apa yang pasti, dia tidak mahu sebilik dengan Mikhael.

Maryam membuka pintu bilik yang pertama. Bilik yang besar dan disertakan tandas itu membuatkan Maryam tersenyum lebar. Cantik.

Gadis itu melabuhkan punggungnya di atas katil. Penat. Bagasinya bukan ringan, berat mengalahkan batu. Haih, tapi dia belum solat asar lagi.

Maryam melangkah ke bilik mandi. Wuduk diambil lalu dia mengerjakan solat asar. Setelah itu dia kembali berbaring di atas katil. Matanya semakin memberat, lama-kelamaan dia tertidur.

...

Mikhael memandang gadis yang berada di hadapannya. Untung hidup dia dapat jiran cantik. Setiap hari boleh cuci mata.

"Awak tinggal dengan siapa dekat sini?" Soal gadis yang bernama Dania itu. Tidak silapnya, dia ada ternampak seorang gadis yang mungkin sebaya dengan dia tadi semasa sedang menyiram pokok.

Mikhael menelan liur. Soalan bahaya!

"Awak dah ada boyfriend?" Mikhael menukar topik tanpa menjawab soalan Dania. Mana boleh beritahu yang dia tinggal bersama isteri, nanti tidak menjadi pula taktiknya untuk menjadikan Dania kekasihnya yang entah ke berapa.

Dania ketawa perlahan.

"Saya single lagi.." jawab Dania malu-malu kucing. Dia menyelit rambutnya ke belakang telinga.

Mikhael melakar senyuman nakal.

"Untunglah siapa yang dapat awak nanti. Cantik, manis pulak tu. Untungnya kalau saya dapat jadi boyfriend awak." Mikhael mula cucuk jarum. Tembok yang setinggi dadanya tidak menjadi penghalang untuk menjalankan misi buaya daratnya.

"Janganlah puji saya. Saya malulah. Sepatutnya siapa yang dapat awaklah yang untung. Dahlah baik, kacak lagi." Dania pula memuji Mikhael. Sungguh dia tidak sangka yang jiran barunya ini sungguh kacak dan muda. Dia ingatkan jiran barunya di kalangan pakcik-pakcik. Rupanya sekali dapat, terus bidadara syurga jatuh dari langit.

"Awaklah tu yang untung sebab dapat saya." Kata Mikhael menggoda membuatkan Dania tersenyum sipu. Malu!

Mikhael pula semakin galak menabur kata-kata bergula tatkala jeratnya sudah mengena si mangsa.

"Kalau awak nak ajak saya keluar, saya free je." Dania bermain-main dengan rambut panjangnya. Dipintalnya rambut panjang itu berkali-kali. Padahal dia tidak sedar yang dia sudah masuk jerat yang dipasang oleh buaya darat.

Mikhael tersenyum.

"Betul ni?"

Dania mengangguk laju bersama senyuman teruja. Bukan senang nak tangkap lelaki kacak seperti Mikhael. Dia harus guna peluang ini sebaik mungkin!

Mikhael tersenyum sinis. Haih, mudahnya nak dapat kekasih baru.

"Saya masuk dululah. Nanti mama saya cari saya pula. Bye." Kata Dania pada Mikhael. Kenyitan mata yang manja dihadiahkan buat si lelaki membuatkan Mikhael ketawa suka. Dua-dua sama gatal!

Setelah habis berdrama sinetron, Mikhael melangkah masuk ke dalam rumah bersama siulan. Haih, senangnya hati apabila mendapat kekasih baru.

"Senyap je." Mikhael memandang sekeliling. Mana pula si Maryam ini pergi? Tadi bukan main merungut laparlah apalah.

Mikhael mengangkat bahunya. Lantaklah, bukan hal dia.

Tangga didaki lalu pintu bilik yang pertama dibuka. Maryam yang sedang tertidur pulas di atas katil dipandang.

Mikhael menggelengkan kepalanya. Tidur je kerja.

"Maryam, bangun. Tak eloklah tidur petang." Mikhael menepuk-nepuk pipi mulus Maryam.

"Janganlah kacau." Kata Maryam perlahan sambil menepis tangan Mikhael. Gadis itu membaiki pembaringannya dengan membelakangi Mikhael.

Mikhael mengeluh perlahan. Dia juga penat sebenarnya. Dengan perlahan-lahan, dia berbaring di sebelah Maryam. Pinggang gadis itu dipeluknya lalu dia terlelap begitu sahaja.

..

Maryam membuka matanya perlahan-lahan. Permandangan diluar tingkap yang sudah gelap membuatkan mata dia membulat. Jam ditangan dilihat, 7.30 malam.

Maryam mengeluh. Lama juga dia tidur. Dari petang sampai ke magrib.

Baru sahaja dia ingin bangun dari baring, sepasang tangan menghalangnya. Dia melihat tangan yang sedang berlingkar di pinggangnya. Automatik matanya membulat.

"Tidurlah." Kata Mikhael perlahan. Pelukan pada pinggang Maryam dieratkan lagi membuatkan wajah Maryam merona merah. Terasa dada bidang Mikhael melekap dibelakang badannya menandakan betapa rapatnya mereka berdua.

"Saya nak solat magriblah." Kata Maryam lalu mengalihkan tangan Mikhael yang berlingkar pada perutnya.

"Awak... taknak jemaah sama-sama ke?" soal Maryam perlahan. Dia memandang Mikhael yang masih menutup mata.

Mikhael diam tidak membalas. Jemaah? Selama ini dia tidak pernah solat jemaah di rumah. Solat pun kadang cukup kadang tidak. Subuh pun kadang-kadang subuh gajah. Tak tahulah solat subuh atau solat dhuha.

"Kalau awak taknak tak apa.." kata Maryam setelah Mikhael tidak memberi sebarang reaksi. Kaki diatur ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Mikhael membuka mata setelah bunyi pintu bilik air dikunci. Dia menarik nafas panjang sebelum dia melangkah turun dari katil. Tanpa berkata apa-apa, dia melangkah keluar dari bilik.

...

Maryam membuka pintu bilik air. Dahinya berkerut tatkala kelibat Mikhael tidak kelihatan.

"Aik, keluar ke?" soal Maryam sendirian. Maryam mengintai ke luar bilik, dia mengeluh. Hmm, lantaklah.

Maryam memakai telekung solatnya. Baru sahaja dia ingin membentang sejadah, pintu bilik dibuka.

Kelihatan figura Mikhael yang berkain pelikat melangkah masuk. Maryam yang baru hendak membentang sejadah terhenti seketika. Terkesima dia memandang Mikhael yang lengkap berkain pelikat, berbaju tshirt dan berkopiah putih.

"Tadi cakap nak jemaah.." kata Mikhael. Dia mengambil satu lagi sejadah lalu dibentang di hadapan Maryam.

Maryam berdeham perlahan lalu dia membentang sejadah. Argh, ini kali pertama dia berjemaah sebagai seorang isteri. Dan yang paling tidak disangka, Mikhael yang imamkan dia.

Mereka mula mendirikan solat magrib. Selesai sahaja memberi salam, Mikhael mula membaca doa lalu diamin. Dia berpaling memandang Maryam, tangan dihulur untuk disalam.

Maryam mencium tangan Mikhael lama. Apa yang lebih tidak disangka, tangan Mikhael naik membelai ubun-ubun kepalanya. Maryam terpana seketika.

'Terima kasih.." kata Maryam setelah dia melepaskan tangan Mikhael.

Mikhael mengangkat kening tanda tidak mengerti.

"Untuk?" soal Mikhael.

"Sebab awak nak solat berjemaah dengan saya...dan imamkan saya.."

Mikhael ketawa membuatkan pipi Maryam berona merah. Patutlah ramai perempuan tergila-gilakan Mikhael. Manis sungguh muka Mikhael apabila ketawa seperti itu. Tawanya mampu membuatkan jantung berdegup laju.

"Inikan tanggungjawab aku," balas Mikhael.

"Walaupun aku agak jahil, tapi aku cuba untuk tunaikan tanggungjawab yang mana aku mampu.." sambung Mikhaael lagi.

Maryam tersenyum. Tidak menyangka Mikhael si buaya darat yang duduk di hadapannya sekarang.

...

Maryam memandang wajahnya di cermin. Wajahnya merona merah tatkala teringat kejadian semalam di mana dia tertidur di dalam pelukan Mikhael.

Pipi mulusnya ditampar perlahan.

"Sedarlah Maryam.." Bebelnya di hadapan cermin.

Maryam mula termenung. Jujur, dia tidak faham dengan lelaki yang bernama Eshan Mikhael itu. Sekajap baik, sekejap dingin semacam. Period ke? hHmm, bingung dia dibuatnya.

Perutnya tiba-tiba sahaja berbunyi.

"Laparlah." Maryam memegang perutnya. Sudahlah hari ini dia ada kelas dari pagi sehingga petang. Takkan nak ikat perut? Mahunya dia kebulur.

Maryam keluar dari biliknya. Dapur dituju untuk mecari makanan. Kalau dapat biskut kering pun dia dah bersyukur.

"Nasib la senah ada roti je.." kata Maryam sambil mencapai plastik roti yang berada di atas meja makan. Semalam mereka tidak sempat ke pasaraya kerana terlelap punya pasal.

"Roti pun rotilah." Maryam mengigit sekeping roti. Mikhael yang baru turun bersama beg galas dipandang.

Maryam berkerut dahi tatkala melihat pakaian Mikhael yang serba hitam.

"Awak nak pergi berkabung ke? Siapa yang mati?" Soal Maryam naif.

Mikhael menggulingkan matanya. Dahi Maryam ditunjal perlahan.

"Soalan bodoh apa kau tanya ni?"

"Dah tu, semua hitam." Balas Maryam. Sekeping roti digigit lagi. Dia memandang Mikhael dari atas sehingga bawah.

Mikhael menggeleng. Bodoh tak habis-habis.

"Makan roti je?" Mikhael mengangkat keningnya. Ergh, low class betul makan roti kosong masa breakfast. Ingatkan lepas ada bini ni dapatlah makan sedap-sedap.

"Dah ada ini je dekat dapur." Selamba Maryam membalas. Plastik roti diikat kembali dan air kosong disisip perlahan.

"Awak nak pergi uni ke?"

Mikhael mengangguk. Jam di tangan dibetulkan.

"Saya nak tumpang boleh?" Soal Maryam sambil berdiri. Mug kosong diletakkan di dalam sinki.

"Hmm, cepat sikit." Balas Mikhael malas. Kunci kereta dikeluarkan dari poket. Kaki melangkah ke arah kereta yang terparking elok di hadapan pintu rumah.

Maryam mengangguk. Tangga didaki untuk mendapatkan buku dan beg sandangnya.

"Selamat pagi Dania." Sapa Mikhael tatkala melihat Dania yang sedang memakai kasut di luar rumah. Tembok yang memisahkan rumah mereka tidaklah tinggi mana, separas dada Mikhael sahaja.

"Pagi Mikhael." Balas Dania manja bersama senyuman.

"Nak pergi mana?" Soal Mikhael pula.

Dania tersenyum.

"Nak pergi kelas. Awak pula?"

"Eh, samalah. Saya pun nak pergi kelas ni. Awak belajar dekat uni mana? Mana tahu saya boleh tolong hantarkan awak." Mikhael cuba menyelidik lagi latar belakang Dania.

"Saya belajar dekat unisel."

Senyuman Mikhael makin melebar.

"Wah, satu jalanlah dengan uni saya. Jomlah, saya hantarkan awak. Boleh kita berkenalan dengan lebih mendalam lagi." Mikhael mencuba nasib. Peluang sebegini tidak boleh dilepaskan. Bukan datang selalu!

"Tak menyusahkan awak ke?" Soal Dania segan. Rambutnya disisir kebelakang telinga.

"Mana ada menyusahkan. Lagipun satu jalan. Jom saya tumpangkan awak." Pelawa Mikhael.

Dania mengangguk akhirnya. Beg sandang dan bukunya diambil lalu dia menunggu Mikhael d ihadapan pintu pagar.

Mikhael masuk kedalam keretanya. Maryam yang ingin menumpangnya ke universiti dilupakan begitu sahaja.

...

Maryam melangkah keluar. Matanya dililaukan ke kiri dan ke kanan.

"Mana dia pergi?" Soal Maryam.

Kereta Mikhael yang tiada di laman rumah membuatkan dia dilanda geram. Takkan dia kena tinggal kot?

Matanya menangkap kelibat Dania yang sedang memasuki sebuah kereta hitam.

"Tu bukan kereta Mikhael ke?" Maryam mengunci pintu rumahnya. Dia berlari keluar pagar.

"Mikhael, Mikhael!" Panggil Maryam cuba menghentikan Mikhael. Namun hampa, Mikhael sudah meninggalkannya.

"Tak guna punya suami!" Maryam menghentak-hentak kakinya geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience