BAB 3

Romance Series 7398

Maryam mengetuk pennya berulangkali diatas meja. Kepalanya ligat memikirkan gerangan yang bernama Eshan Mikhael.

Apa yang lelaki itu masih tidak puas hati dengan dirinya? Alah, setakat kena baling dengan kasut apalah sangat. Dia yang kena langgar sampai jatuh terduduk masih terasa sakitnya di punggung! Apa dia ingat jatuh terduduk ni tak bahaya ke? Eh, boleh membawa kepada lumpuh tahu tak?!

Maryam menyerabutkan rambutnya. Rasa menyesal pun ada kerana mencari gaduh dengan lelaki itu. Tapi di mana silapnya? Dia hanya mencari keadilan buat dirinya sendiri. Memang dia sedar, 50% juga adalah salahnya. Tapi, apa salahnya jika mengucap kata-kata maaf? Susah sangatkah?

"Ego tinggi melangit!" Kutuk Maryam. Pen yang berada dalam gengaman dilempar kasar diatas meja belajar. Memang semua buaya darat egonya tinggi melangit ya?

Tok tok tok!

Maryam memalingkan wajahnya ke muka pintu biliknya. Kerusi ditolak lemah lalu dia berdiri dan melangkah perlahan ke arah pintu biliknya. Masa dia ingin meluah perasaan inilah ada sahaja yang ingin menganggunya.

"Ya papa?" Maryam menyoal. Wajah Tuan Azhar yang berada di muka pintu disoal lembut. Pelik juga Maryam melihat wajah papanya yang tersenyum manis.

Ni mesti ada apa-apa ni. Bisiknya dalam hati.

"Boleh papa cakap dengan Maryam sekejap?" Tuan Azhar menyoal. Wajah anak gadisnya ditatap lembut.

"Boleh. Masuklah papa." Maryam membuka pintu biliknya luas. Setelah itu dia melangkah kearah katilnya. Punggung dilabuhkan perlahan diatas katilnya yang empuk.

Tuan Azhar melangkah masuk. Ruangan bilik anak gadisnya diperhati. Kemas.

Dia menarik kerusi belajar anaknya lalu duduk berhadapan dengan Maryam. Dia tersenyum lagi.

Maryam memandang Tuan Azhar pelik.

"Kenapa senyum-senyum ni papa?" Maryam menyoal Tuan Azhar. Dahinya berkerut ditemani senyuman kekok.

"Salah ke papa senyum?" Senyuman Tuan Azhar masih setia tertampal di wajahnya.

Oh my, papanya semakin pelik. Ni mesti papanya ada udang disebalik mee udang.

"Tak salah. Cuma pelik. Cuba papa cakap apa yang papa nak cakapkan pada Maryam." Dahi Maryam berkerut memandang Tuan Azhar.

"Okay, macam ni," Tuan Azhar menarik tangan anak gadisnya ke dalam genggaman. Berharap agar Maryam bersetuju dengan rancangannya dan Tuan Malik pada tengah hari tadi.

"Kamu kahwin dengan anak kawan papa ya." Tuan Azhar berkata tenang.

Tapi lain pula bagi Maryam, dia ibarat tercekik biji durian. Apa papanya sudah hilang akal? Papa mahu dia berkahwin? Pada umurnya yang masih muda? No, no, no, usul itu ditolak sama sekali oleh Maryam.

"Papa ingat papa nak satukan kamu dengan anak kawan baik papa. Maryam setuju?" Tuan Azhar menyambung lagi.

Maryam menarik tangannya. Dia ketawa kekok.

"Kejap, Maryam salah dengarkan? Cuba papa ulang sekali lagi." Maryam menelan air liurnya. Haraplah telinganya yang error sebentar tadi dan bukan otak ayahnya. Tak sanggup dia berkahwin pada usia semuda ini. Dia baru 23 tahun! Nanti tak pasal-pasal masuk dewan kuliah dengan perut yang besar. Erghhh, seram. Membayangkan perkara itu sahaja sudah mampu membuatkan bulu romanya menegak.

"Papa nak kamu kahwin dengan anak kawan baik papa. Tarikhnya lebih kurang dua minggu dari sekarang." Ya, itulah yang telah dirancang olehnya dengan Dato Malik sebentar tadi. Mereka akan mengadakan perkahwinan Maryam dan Mikhael dua minggu daripada sekarang. Bagi mereka berdua, lebih cepat lebih bagus.

"Nama dia Eshan Mikhael, satu universiti dengan kamu. Tak silap papa dia ambil business. Kamu kenal?"

"Eshan - - Eshan Mikhael?" Maryam menelan air liurnya buat kesekian kali. Takkanlah dia dijodohkan dengan buaya darat tembaga tua tu!! Sudahlah buaya, sombong lagi.

Tak, tak, tak. Bukan lelaki itu seorang sahaja yang bernama Eshan Mikhael. Ya, ramai lagi. Jangan risau Maryam, bukan buaya tu seorang saja yang bernama Eshan Mikhael, ramai lagi. Maryam cuba menenangkan dirinya.

"Takkan kamu tak kenal, masa kecil-kecil dulu kamu selalu main dengan dia sama-sama. Dia anak Uncle Malik. Kamu dah lupa ke Uncle Malik?" Papanya menerangkan lagi biodata lelaki yang bernama Eshan Mikhael itu.

Maryam masih berfikiran positif. Alah, mungkin nama je kot yang sama. Maklumlah bumi ini kan kecil.

"Tak kenallah papa." Maryam mencebik. Dia tak nak kahwin! Dia masih muda!

"Ini, papa ada bawakan gambar dia. Kamu tengoklah. Mesti kamu berkenan punya. Orangnya kacak." Tuan Azhar tersengih. Gambar yang berada dipegangannya dihulurkan kepada Maryam.

Maryam mengambil dengan perlahan. Dia menutup matanya. Harap-haraplah bukan buaya tembaga tua tu! Haru hidupnya jika dijodohkan dengan buaya bertopengkan manusia itu.

Matanya dibuka perlahan. Prang!

Harapannya hancur seperti kaca menghempas lantai. Sah, ini memang si buaya darat tu! Habislah hidupnya nanti. Ini tak boleh jadi, dia harus menentang dengan sekeras-kerasnya!

"Tak naklah papa. Tak berkenan. Dia tak handsome. Please, Maryam muda lagi papa. Takkanlah papa nak kahwinkan Maryam masa Maryam masih belajar. Sekurang-kurangnya tunggulah sampai Maryam habis belajar dulu." Pujuk Maryam. Dia mengoncang- goncang lengan Tuan Azhar.

"Baguslah kamu kahwin awal. Boleh papa dapat cucu ramai-ramai." Usik Tuan Azhar. Dia mengekek ketawa melihat wajah cemberut anak gadisnya.

"Papaaaaa." Rengek Maryam. Taknak kahwin dengan Eshan Mikhael!

"Maryam, Mikhael tu baik. Apa salahnya kalau kamu terima dia?" Tuan Azhar membelai rambut anak gadis tunggalnya.

Maryam mencebik. Baik? Kalau Mikhael tu baik tak adanya dia meroyan sampai macam ni.

"Betul tu Maryam, apa salahnya kalau kamu bagi peluang pada Mikhael." Sampuk Puan Juwita yang baru melangkah masuk. Dia melabuhkan punggung disisi Maryam.

Dia terkejut juga sebenarnya apabila suaminya memberitahunya akan niat suaminya untuk menyatukan Maryam dengan Mikhael.

Pada mulanya dia was-was. Mampukah Mikhael menjaga anak gadisnya dengan baik? Risau juga dia tatkala suaminya menceritakan kepadanya akan perangai Mikhael yang agak liar itu. Namun, setelah berfikir panjang, dia percaya yang perancangan suaminya adalah yang terbaik.

"Tapi, Maryam tak kenal sangat Eshan Mikhael tu. Apa yang Maryam tahu, dia playboy." Maryam berkata perlahan. Nada sedih cuba diselitkan, mana tahu papanya akan merubah fikiran.

"Disebabkan perangai dia itulah, papa dan Uncle Malik berharap sangat yang kamu dapat ubah dia menjadi seseorang yang lebih baik sayang. Kami berdua percayakan kamu." Tuan Azhar menepuk-nepuk bahu Maryam.

Maryam mengeluh lemah. Mana mungkin dia dapat mengubah Eshan Mikhael. Lihat dari perwatakkan Eshan Mikhael, dia tahu yang ego lelaki itu tinggi melangit. Mungkin lebih tinggi daripada Burj Kalifa!

"Mustahillah papa. Mikhael tu sombong. Bongkak. Berlagak. Kalau dia tu masih kecil, mungkin Maryam dapat ubah dia. Tapi dia dah besar panjang papa, mama. Tak mungkin dia nak dengar cakap Maryam." Ujarnya disertai keluhan lemah.

"Kita tak tahu masa depan sayang. Mungkin hanya kamu sahaja yang dapat ubah dia. Kamu tolong Uncle Malik ya?"

Maryam mengeluh lagi. Tak mungkin bagi dia untuk menghampakan hati papanya. Lelaki itu sudah banyak bersusah payah demi keselesaannya. Bekerja siang dan malam demi menyara keluarga mereka.

Lambat-lambat Maryam mengangguk. Tak apalah, demi kebahagiaan papanya, dia sanggup korbankan waktu mudanya.

"Terima kasih Maryam." Tuan Azhar memeluk anak gadisnya erat. Manakala Puan Juwita hanya menepuk-nepuk perlahan bahu anak gadisnya.

Maryam memejam erat matanya. Berharap agar persetujuannya tidak memakan diri sendiri kelak.

...

Mikhael melayari aplikasi Instagram bersama senyuman di meja makan. Gambar-gambar perempuan seksi memenuhi wall Instagramnya.

Sesekali dia menyuap makanan ke mulut. Dato Malik hanya menggeleng perlahan. Kesal dengan sikap dan adab anak lelakinya.

"Boleh tak simpan telefon kamu tu? Kamu nak daddy bakar ke telefon kamu Eshan Mikhael?" Dato Malik berkata tegas. Matanya mencerlung tajam kearah Mikhael.

Mikhael menjeling.

"Sibuklah daddy ni." Mikhael mendengus.

"Satu." Dato Malik memulakan kiraan.

"Haishhh." Mikhael menyerabutkan rambutnya. Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar.

Dia menyuap makanan kedalam mulut ganas. Menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya dengan cara protes.

"Daddy ada sesuatu nak bincang dengan kamu." Dato Malik meletakkan sudu dan garfunya.

"Apa dia?" Mikhael menyoal bosan. Spagetti carbonara yang berada dihadapannya dipandang tanpa minat.

"Daddy nak kamu kahwin."

Mikhael mengangkat mukanya lalu ketawa sinis. Wajah Dato Malik dipandang.

"Apa daddy merepek ni? Otak dah masuk air ke?" Mikhael memerli Dato Malik. Mustahil bagi dia untuk bergelar suami pada usia sebegini. Dia masih muda. Dia masih mahu enjoy bersama kekasih-kekasihnya.

"Daddy tak merepek. Keputusan daddy muktamad. By hook or by crook, daddy tetap mahu kamu berkahwin. Noktah."

"Kalau Mikhael taknak?" Mikhael cuba menguji kesabaran Dato Malik.

"Kalau kamu tak nak? Credit card, kereta, semua daddy akan tarik balik. Dan mungkin dengan kamu sekali daddy tendang keluar dari rumah ni. Kamu ingat kamu boleh berfoya-foya macam sekarang tanpa duit daddy? Kamu ingat kamu boleh belanja teman-teman wanita kamu beg-beg branded dari Gucci, Chanel or Louis Vuitton tanpa menggunakan duit daddy? Nak ke dorang semua dekat kamu bila kamu jadi papa kedana? Dan yang paling penting, boleh ke kamu hidup tanpa duit daddy?" Giliran Dato Malik pula menyoal sinis.

Mikhael mendengus geram. Dia sedar, dia memang tidak mampu hidup tanpa kekayaan Dato Malik.

"Suka hati daddy lah. Teruskan rancangan daddy dalam menghancurkan hidup Mikhael."

Mikhael menolak kerusi kasar. Dia mendaki tangga ke biliknya laju. Masuk sahaja kedalam biliknya, dia menutup pintu ganas. Menunjukkan tanda protesnya.

Dato Malik menggeleng perlahan. Kesal dengan sikap Mikhael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience