BAB 15

Romance Series 7398

SEMINGGU telah berlalu namun perang dingin di antara Mikhael dan Maryam masih belum berakhir. Sudah pelbagai pujukan dan rayuan yang dilakukan oleh sang suami, namun hati gadis itu masih kekal membatu. Roda kini berputar. Ego sang gadis kini lebih memuncak tinggi berbanding ego sang lelaki.

Mikhael menuruni tangga dengan perlahan-lahan lalu menghampiri meja makan yang kini terhidang sepinggan pancake bersama madu. Dilihat sarapan itu tanpa rasa teruja.

Maryam yang turut berada di meja makan langsung tidak mengedahkan kehadiran Mikhael. Pinggan yang sudah kosong diangkat untuk dibawa ke dapur namun langkahnya terhalang tatkala jari-jemarinya ditahan lembut oleh Mikhael.

Maryam tayang wajah kosong. Langsung tidak memandang muka Mikhael.

"Hari ni kau pergi uni tumpang aku." Kata Mikhael lembut. Tangannya masih mengengam lembut jari-jemari gadis yang berwajah dingin itu.

"Saya dah janji nak tumpang Dahlia. Awak boleh pergi dengan kekasih awak yang lain." Maryam merentap tangannya perlahan. Langkah diatur menuju ke dapur. Hati dia masih tawar dengan Mikhael. Masih terasa dengan kata-kata Mikhael seminggu lalu.

Mikhael mengeluh perlahan. Nampaknya gadis itu belum sedia untuk memaafkan kesalahannya. Kerana mulutnya yang lancang mengeluarkan kata-kata berbisa, hubungan mereka berdua kini diibaratkan telur yang berada di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh menyembah bumi. Musnah. Hancur.

Pancake yang terhidang dipandang sepi. Seleranya hilang tatkala dirinya menerima layanan dingin daripada si isteri. Kalau dulu, Maryam akan menemaninya sarapan.

Kaki diatur menuju ke pintu utama tanpa bersarapan terlebih dahulu. Kasut-kasut yang tersusun rapi dipilih tanpa memikirkan cita rasa. Fikirannya kini melayang. Memikirkan pujukan bagaimana lagi yang harus diberikan.

Cinta? Tidak, jangan terlalu melulu menyatakan spekulasi yang bermain di fikiran. Lelaki itu hanya dihurung rasa bersalah yang semakin menggunung. Rasa bersalah pada sang gadis yang tidak berdosa.

Mikhael setia menunggu sehingga bayangan Maryam muncul. Tidak, dia tidak akan pernah mengalah. Dia akan memujuk Maryam sehingga hati gadis itu lembut untuk memaafkannya.

"Maryam." Tahan Mikhael apabila gadis itu ingin berlalu melepasinya. Lengan gadis itu dipegang lembut.

"Awak nak apa lagi?" Tanya Maryam geram. Nadanya kedegaran sedikit menyampah.

"Biar aku yang hantarkan kau."

"Tak perlu. Kan saya dah cakap saya tumpang Dahlia." Tolak Maryam dingin. Dia cuba melepaskan pegangan lelaki itu pada lengannya.

"Kau tanggungjawab aku. Biar aku yang tumpangkan." Kata Mikhael lembut.

Maryam mendengus. Menyampah dia dengan Mikhael.

"Tanggungjawab? Awak tak ada hak nak bercakap pasal tanggungjawab Mikhael. Lepas apa yang awak dah cakap dekat saya, saya dah tak boleh nak percayakan awak.." Balas Maryam sinis dan mampu membuatkan Mikhael terkedu.

Mikhael mengeluh.

"Ikut aku." Mikhael menarik tangan Maryam. Badan gadis itu cuba ditolak masuk ke dalam kereta.

"Apa ni?! Saya dah cakapkan yang saya tumpang Dahlia, apa masalah aw--" Kata-kata Maryam terhenti tatkala hujung bibirnya dicium Mikhael.

Maryam terkedu. Jantungnya ibarat terhenti dari mengepam darah ke seluruh badan. Mukanya merah menahan malu. Debaran di dada semakin memuncak.

Ibarat tersedar dari lena, dada lelaki itu Maryam tolak kasar.

"Apa masalah awak ni?!" Marah Maryam. Dia kesat hujung bibir dengan belakang telapak tangan. Matanya memanah tajam wajah tidak bersalah Mikhael. Wajahnya memerah.

"Salah kau. Kau yang degil sangat. Sebab tu aku kena guna cara halus. Tu pun nasib baik aku cium hujung bibir je." Ujar Mikhael dengan senyuman nakal.

Ditolak lembut bahu Maryam sehingga gadis itu terduduk di tempat penumpang.

"Tutup pintu dan duduk diam-diam. Biar aku yang hantarkan kau." Tegas Mikhael.

"Saya tak nak. Awak tak faham bahasa ke? Awak nak saya cakap bahasa apa lagi? Cina, Jepun atau Bangladesh?!" Marah Maryam.

Mikhael tersenyum sinis.

"Kalau kau keluar dari kereta ni, aku tak akan teragak-agak nak gunakan cara kasar. Jangan salahkan aku kalau aku jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang suami hari ni." Balasan Mikhael berjaya membuatkan bulu roma Maryam meremang.

Melihat Wajah kaku Maryam membuatkan Mikhael tersenyum nipis. Lelaki itu menutup pintu kereta di sebelah penumpang perlahan lalu melangkah ke ruangan pemandu setelah selesai mengunci pintu rumah.

Maryam pula masih membeku. Tidak berani hendak menghalang, risau jika apa yang dikatakan oleh Mikhael bakal menjadi kenyataan.

"NANTI balik dengan aku. Tunggu aku dekat bus stop. Mungkin kelas aku habis lambat sikit, so kau jangan memandai nak merayap. Dan satu lagi, jangan keluar dengan Harraz. Ingat tu." pesan Mikhael tegas. Begnya yang terletak di bahagian belakang diambil. Topi hitam yang berada diatas kepala diperbetulkan.

"Hmmm." Balas Maryam malas.

"Dengar tak apa yang aku cakap?" Soal Mikhael geram tatkala kata-katanya hanya diendahkan oleh gadis itu.

"Dengar. Saya belum pekak lagi." Maryam menjeling Mikhael. Kakinya melangkah keluar dari kereta lelaki itu. Pintu kereta dihempas geram.

Mikhael mengeluh lagi. Dingin gadis itu masih terasa.

"KAK MARYAM!" Panggil seorang gadis yang sedang berlari anak mengejar langkah Maryam.

Gadis itu melakar senyuman tatkala tiba dihadapan Maryam. Di tangannya terdapat sebungkus coklah berjenama Cadbury yang dibalut kemas dengan reben.

"Ya, ada apa ya?" Maryam menyoal pelik. Gadis itu ialah salah seorang juniornya. Mata mengerling coklat yang sedang berada di dalam gengaman gadis itu. Tak kan budak ni nak bagi coklat pada dia kot?

"Boleh tak akak tolong saya?" Pinta gadis yang memakai student card bernama Sara.

Maryam memandang gadis itu pelik. "Tolong apa?"

"Boleh tak tolong bagi coklat ni pada Abang Mikhael?" Kata gadis itu malu-malu. Dia menghulurkan coklat itu pada Maryam.

"Kenapa minta tolong saya? Saya tak rapat dengan Mikhael." Tipu Maryam. Dia melakar senyuman palsu sambil geleng kepala.

"Akak tipu. Saya selalu nampak akak keluar dari kereta Abang Mikhael. Mesti akak rapat dengan dia kan?" Duga gadis itu. Mata mengecil merenung Maryam.

Tangan Maryam ditarik lalu coklat itu diletakkan diatas telapak tangan Maryam.

"Tolong saya ya? Terima kasih kak. Bye!" Lambai gadis itu lalu berlari anak menuju ke dewan kuliah.

Maryam mendengus. Nafas dihela panjang. Menyusahkan!

MARYAM menunggu Mikhael dengan wajah yang masam mencuka. Kata lambat sikit je, ni dah lambat banyak!

Dia mendengus perlahan.

"Cakap kosong." Kutuk Maryam geram.

Gadis itu berleter dalam hati. Setelah 1 jam menunggu, akhirnya bayangan kereta Mikhael muncul juga.

Maryam melangkah dengan geram. Menunjukkan sikap protesnya. Pintu kereta dibuka kasar lalu dihempas kuat.

"Awak lambat." Kata Maryam geram.

Mikhael ketawa kecil.

"Aku ada hal tadi. Tak sangka pula lambat sampai 1 jam." Balas Mikhael tenang. Matanya mengerling wajah masam Maryam. Tanpa sengaja matanya menangkap sebungkus coklat yang berada diatas ribaan gadis itu.

"Coklat? Siapa yang bagi? Harraz?" Soal Mikhael bertubi-tubi.

Maryam menjeling. Kenapalah Harraz selalu dikaitkan dalam perbualan mereka?

"Hello. Ni coklat awak, bukan yang saya punya. Ada budak nama Sara suruh saya bagi dekat awak." Balas Maryam dingin. Dia meletakkan coklat itu di atas ribaan Mikhael.

Maryam berpeluk tubuh.

"Aikk, bunyi macam cemburu je?" Usik Mikhael bersama sengihan. Stereng kereta dipusing menuju ke taman perumahan mereka berdua.

"Cemburu? Huh, tak ada masa." Maryam menjeling. Boleh pergi ke bulanlah dia punya cemburu tu.

"Eleh, orang cemburu mana pernah nak mengaku." Mikhael menjelerkan lidahnya. Sengaja dia mengusik Maryam. Suka melihat wajah menyampah gadis itu.

"Ikut suka hati awaklah." Maryam menggulingkan matanya. Malas hendak melayan kerenah lelaki itu. Lebih baik dia tengok permandangan di luar tingkap kereta. Rasanya lebih indah dari terus pandang Mikhael.

Tiba-tiba tangganya digapai oleh Mikhael. Sepantas kilat Maryam menoleh.

"Kau marah lagi ke?" Soal Mikhael. Mata masih melekat pada jalan raya, fokus pada pemanduan.

"Awak rasa?" Maryam cuba tarik tali. Rasanya Mikhael masih belum bodoh. Jelas-jelas dia masih marah.

"Maryam, aku betul-betul tak sengaja hari tu. Aku terlepas. Dan ya, aku menyesal. Aku tak tenanglah selagi kau marahkan aku.." jujur Mikhael. Dia mengerling Maryam sekilas.

"Awak tahu kan lidah manusia lagi tajam daripada pisau? Awak tahu tak, betapa sakitnya hati saya bila awak tuduh saya macam tu?" Soal Maryam.

Mikhael mengeluh. Ya, dia tahu. Dia sedar. Sesiapa pun akan terasa. Dia tak salahkan Maryam apabila Maryam marahkan dia kerana dia sedar, dia memang layak.

"Aku tahu kau terluka Maryam. Sebab tu aku minta maaf. Tolong bagi aku peluang sekali lagi. Aku janji lepas ni aku akan lebih berhati-hati sebelum aku bercakap." pinta Mikhael.

Maryam diam. Entahlah. Dia percaya Mikhael tidak akan begitu mudah berubah. Pasti suatu hari nanti Mikhael akan ulangi kesilapan yang sama lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience