Tok Tok!
Tuan Azhar yang sedang ralit memeriksa kertas kerja mengangkat wajahnya tatkala ketukan pada muka pintu pejabatnya kedengaran.
"Masuk," arahnya. Kertas kerja yang sedang diperiksa ditutup lalu ditolak ke sisi. Mata difokuskan kepada si pengetuk pintu.
"Eh, Malik." Senyuman mula terbit diwajah lelaki itu. Tuan Azhar mengangkat punggungnya lalu memeluk Dato Malik erat. Teman baiknya sejak zaman universiti.
"Balik tak bagi tahu. Bila kau balik dari Paris?" Tuan Azhar menyoal setelah dia merungkai pelukan itu.
Dato Malik mengekek ketawa tatkala melihat wajah cemberut Tuan Azhar. "Aku balik malam semalam, lupa nak call kau sebab penat sangat."
Tuan Azhar memandang wajah Dato Malik. Jelas terserlah kepenatan pada wajah sahabatnya itu.
"So, macam mana urusan kau dengan orang sana? Berjalan lancar?" Tuan Azhar menyoal lagi. Dia kembali melabuhkan punggung diatas kerusi kerjanya yang empuknya.
Dato Malik turut melabuhkan punggung tanpa dijemput. Biasalah kawan lama, pejabat kawan buat macam pejabat sendiri.
"100% berjalan lancar. Aku berjaya dapatkan projek tu." Dato Malik tersenyum lebar tatkala teringat akan kemenangannya ke atas projek yang membawa keuntungan sehingga puluhan jutaan ringgit. Tidak sia-sia penat lelah dia dan pekerjanya dalam menyiapkan proposal, akhirnya projek itu jatuh ke tangan mereka juga.
"Wah, taniah." Tuan Azhar ketawa suka. Dia turut tumpang bahagia di atas kejayaan yang dikecapi oleh rakan baiknya itu.
"Makin kaya lah kau." Tuan Azhar mengusik temannya itu bersama senyuman nakal.
Senyuman di wajah Dato Malik kian menghilang. Hatinya tiba-tiba sahaja sayu.
"Kalau aku kaya sekalipun tapi tak dapat didik anak dengan betul tak ada guna juga." Dato Malik berkata perlahan. Kedengaran keluhan kecewa keluar dari mulutnya. Wajah anak tunggalnya, Eshan Mikhael terlayar diruang fikiran.
Dato Malik menggeleng lemah.
"Lah, kenapa pula? Kau ada masalah ke, Malik? Kalau ada, share la dengan aku. Mana tahu aku boleh tolong?" Tuan Azhar menyoal prihatin. Risau melihat wajah rakannya yang bertukar tiba-tiba sahaja berubah mendung.
"Anak tunggal aku tu, Mikhael. Perangai dia dari hari ke hari makin teruk. Sejak mama dia meninggal, dia jadi semakin tak terkawal. Aku tahu aku tak bagi dia kasih sayang yang cukup dan sebab itulah dia memberontak. Tapi aku sedih tengok perangai dia, Azhar." Dato Malik mengurut dahinya.
Dia kembali teringat kejadian di mana dia terlihat Mikhael sedang berfoya-foya dengan ramai perempuan. Hati ayah mana yang tidak sakit apabila melihat satu-satunya anak yang dia miliki berperangai sebegitu rupa? Liar dan tidak terkawal. Itu di depan dia, belakang dia? Dia tidak tahulah apa lagi yang Mikhael lakukan.
"Kau tak cuba slowtalk dengan dia ke? Mana tahu hati dia tergerak untuk dengar nasihat kau?" Tuan Azhar pula cuba memberi nasihat.
"Tak ada gunanya. Kalau aku bagi nasihat, dia buat bodoh je. Dah berbuih mulut aku nni nasihatkan dia. Katanya aku tak ada hak dalam hidup dia." Mata Dato Malik sedikit memerah. Tidak sangka anak yang dia sayang sepenuh hati dan dijaga dari kecil sehingga besar berkelakuan sebegitu terhadap dirinya.
"Aku pun tak tahu nak cakap macam mana tapi aku harap kau sabar. Aku pun tak tahu nak cakap apa dah kalau itu perangai dia." Tuan Azhar turut mengeluh. Tidak sangka yang Eshan Mikhael menjadi seteruk itu setelah kematian ibu tersayang.
"Aku bukan apa, aku takut dia jadi makin teruk. Sekarang perempuan keliling pinggang, tak terkira. Aku takut esok-esok lusa dia rosakkan pula anak dara orang. Malu aku, Azhar." Dato Malik meraup mukanya.
Tuan Azhar menepuk-nepuk bahu rakannya.
"Kau tak ada rancangan ke untuk Mikhael? Rancangan yang mungkin boleh ubah perangai dia?" Tuan Azhar menyoal.
"Aku ingat aku nak kahwinkan dia. Aku dah tak sanggup tengok dia terlalu bebas dalam bersosial. Mungkin bila dia kahwin, dia boleh berubah dan lebih bertanggungjawab."
Tuan Azhar tersenyum. Bagus juga idea itu.
"Dah ada calon?"
Dato Malik menggeleng. Satu lagi masalah. Calon tak ada! Perempuan baik manalah yang sudi menerima anaknya itu. Takkan mahu jodohkan Mikhael dengan skandal-skandal anaknya itu pula.
"Apa kata kita jodohkan je anak kita berdua?" Usul Tuan Azhar. Dia tersenyum memandang Dato Malik.
"Anak kau? Si Maryam tu?"
Tuan Azhar mengangguk bersama senyuman. "Maryamlah, aku mana ada anak lain."
"Hish, kau biar betul, anak kau tu baik orangnya. Bijak pandai lagi. Nak ke dia terima anak aku yang banyak kekurangan tu?" Dato Malik mengeluh.
"Habistu, takkan kau nak cari perangai yang suka bersosial macam Mikhael. Nanti bukan bertambah baik perangai budak tu, tapi makin teruk pula." Tuan Azhar menasihati lagi.
"Maryam nak terima ke Mikhael?" Dato Malik menyoal lagi. Jelas kedengaran nada risau pada suaranya.
"Aku kenal anak aku. Dia tak akan tolak permintaan aku. Lagipun dia belum ada teman lelaki. Elok sangatlah tu kalau di jodohkan dengan Mikhael. Dapat juga kita berdua merasa timang cucu." Tuan Azhar ketawa suka.
"Aku fikir dululah. Aku bukan apa, kesian dekat Maryam pula nanti. Dahlah anak kau tu cantik, baik. Takut tak sesuai pula dengan anak aku. Nanti kesian pula dekat Maryam." Dato Malik menggosok belakang lehernya segan. Malu dengan perangai anak sendiri. Memalukan mak bapak!
"Apa tak sesuainya, Mikhael pun okay kan? Kacak lagi. Cuma perangai je kurang sikit. Aku percaya yang Maryam dapat ubah dia. Lagipun, aku dah lama nak berbesan dengan kau. Dan aku yakin Mikhael tu baik cuma dia suka memberontak, biasalah jiwa muda. Kita pun macam tu juga dulu masa muda-muda." Tuan Azhar menumbuk bahu Dato Malik bersama ketawa kecil.
"Kalau macam tu kata kau, aku fikir dululah."
Tuan Azhar mengangguk. Kalau itu keputusan kawannya, dia okay-okay saja. Dia pun tidak mahulah memaksa Dato Malik untuk menerima cadangannya.
"Aku balik dululah. Banyak lagi kerja dekat pejabat yang aku kena siapkan." Dato Malik meminta diri. Mereka saling berjabat tangan sebelum Dato Malik melangkah keluar.
Sambil melangkah, Dato Malik memikirkan kembali cadangan rakannya itu. Bukannya dia tidak kenal dengan Maryam, anak teman baiknya itu. Baik dan sopan orangnya. Memang 100% bertentangan dengan perangai anaknya, Eshan Mikhael.
"Patut ke aku terima?" Dia menyoal dirinya perlahan. Tapi dia turut merasakan itu cadangan dan jalan yang paling baik. Dia mahu lihat Mikhael berubah.
Dato Malik berhenti seketika. Ya, dia sudah membuat keputusan. Langkahnya dipusing kembali, menghala semula ke arah pejabat Tuan Azhar.
Tombol pintu pejabat Tuan Azhar dipulas laju.
"Azhar," panggilnya di muka pintu.
"Yes? Kau ada tertinggal barang ke?" Tuan Azhar menyoal.
"Aku--aku setuju."
Tuan Azhar tersenyum. "Baguslah, balik nanti aku akan bincang dengan anak aku, Maryam."
...
Maryam menyedut jus epalnya perlahan. Hari ini, Dahlia mengajaknya lagi untuk lepak di cafeteria universiti. Mahu menolak, Dahlia mengugut untuk merajuk dengannya selama setahun pula. Jadi, terpaksalah dia setuju walaupun hati sebenarnya tidak rela.
"Weh Maryam," panggil Dahlia perlahan.
"Apa?" Maryam mengangkat mukanya. Dia menumpukan perhatian kepada rakannya.
"Tu, cuba kau tengok. Dari tadi Mikhael asyik pandang kau." Kata Dahlia teruja.
"Mana?"
"Belah kanan kau."
Maryam memalingkan wajahnya kearah kanan.
Pap!
Matanya dan mata Mikhael bertemu. Lelaki itu menghadiahkan jelingan tajam setajam pisau kepadanya. Maryam menelan liur.
"Weh weh weh, dia jeling kau siaaa. Aku rasa dia syok dekat kau." Dahlia menepuk tangan teruja.
"Eh kau ni," Maryam menolak kepala rakannya.
"Dia jeling aku, bukannya usya aku!" Maryam berkata geram.
Dia memandang Mikhael kembali. Lelaki itu masih menatapnya tajam.
"Dah tu, kenapa dia jeling kau? Kau ada tercari pasal dengan dia ke?" Dahlia menyoal sambil menyedut minumannya.
"Aku gaduh dengan dia semalam." Maryam berkata malas.
Uhuk uhuk!
Dahlia tersedak. Nasib baik air yang belum sempat dia telan tidak tersembur. Dia menepuk dadanya perlahan.
"Macam mana boleh gaduh?" Dahlia menyoal teruja setelah batuknya reda.
Maryam memandang rakannya malas lalu menceritakan peristiwa di mana Mikhael merempuh bahunya. Tatkala teringat kembali kejadian itu, hatinya bagai disimbah minyak tanah. Ingin sahaja dia mengangkat middle finger kepada lelaki itu.
Dahlia ketawa suka. Kelakar!
"Aku rasakan..."
"Rasa apa pula? Manis? Masam?" Maryam menjeling rakannya.
"Kau dan dia berjodohlah." Gurau gadis itu. Dia mengekek ketawa tatkala melihat wajah bengang Maryam.
"Hey, aku lagi rela kahwin dengan Profesor Umar yang tua kerepot tu dari kahwin dengan dia tahu?" Maryam menumbuk meja geram. Ibaratnya seperti permukaan meja itu ialah wajah Eshan Mikhael.
"Alah kau, sembang! Prof Umar kenyit mata dekat kau pun kau dah macam nak humbang dia dalam parit, ni kau nak kahwin dengan dia? Kau jangan Maryam, kata-kata itu satu doa, tahu?" Dahlia memerli Maryam.
Teringat pula peristiwa dimana Profesor Umar cuba mengorat rakan baiknya. Nasib baiklah dia cepat menenangkan Maryam, kalau tidak sudah mendiang orang tua itu.
Maryam menjeling rakan baiknya. Ada sahaja idea untuk mengenakan dirinya.
Buat kesekian kali, dia merasakan dirinya seperti diperhati. Wajahnya dikalih ke kanan memandang si musuh hati.
Dan itu dia, Eshan Mikhael masih merenungnya tajam.
"Urusan kau dan aku, masih belum selesai." Mikhael mengerakkan mulutnya tanpa mengeluarkan suara.
Walaupun hanya gerakan mulut tanpa suara, amaran itu jelas dapat difahami oleh Maryam.
"Pergi mampus!" Maryam pula membalas. Walaupun Maryam nampak seperti senang dibuli tetapi mulutnya agak berbisa.
Sebelum melangkah keluar dari cafeteria, gadis itu menghadiahkan jelingan maut kepada Mikhael. Kau ingat kau je boleh jeling? Aku pun boleh lah!
Share this novel