BAB 17

Romance Series 7398

MARYAM mengikuti langkah Mikhael dengan wajah tidak puas hati. Ergh, rasa nak tarik je rambut hitam lelaki tu dari belakang.

Tadi semasa lelaki itu ingin menempah hotel untuk penginapan mereka, Maryam memberitahu lelaki itu bahawa dia tidak mahu tidur sebilik dengan lelaki itu. Namanya bercuti, mestilah mahu me time kan? Namun balasan seorang manusia yang bernama Mikhael tidak pernah menyakitkan hati.

Katanya,

"Kau ingat aku kaya sangat nak tempah hotel satu lagi untuk kau? Bersyukur tau aku ajak kau tidur dekat hotel mewah ni. Kalau ikutkan hati, aku nak letak kau dekat bawah jambatan je."

Kata-kata yang keluar daripada mulut puaka Mikhael itu masih lagi berlegar dalam kepala Maryam. Ni lah yang jadi kalau nak belanja orang tapi tak ikhlas! Tidak kaya konon, silap-silap satu level hotel ni Mikhael mampu sewa pakai duit Dato Mikhael.

"Muka tu jangan masam sangat boleh?" Mikhael berpaling menghadap Maryam yang masih bermasam muka.

"Saya nak bilik lain. Saya nak me time. Nak hilangkan stress. Kalau sebilik dengan awak, tak hilang stress saya. Lagi bertambah stress ada lah kut.." perli Maryam sambil berpeluk tubuh.

Mikhael mengeluh. Haih, macam-macam!

"Kalau kau nak me time, tak perlu bilik asing pun. Lagi pun, kita dah kahwin, buat apa nak bilik asing? Rugi. Atau kau risaukan sesuatu?" Mikhael mengangkat keningnya nakal.

"Haruslah saya risau! Awak tu buaya, entah apa yang awak buat dekat saya nanti." Maryam menutup dadanya tatkala Mikhael memandangnya dari atas sehingga bawah dengan pandagan menggoda. Gatal!

"Aku nak buat apa dekat kau? Cuba cakap, aku nak dengar.." Mikhael mengusik Maryam. Sebelah keningnya diangkat tinggi. Pura-pura tidak faham dengan maksud Maryam.

"Eihh, apa-apa je lah! Berlagak suci pula." Maryam berjalan meninggalkan Mikhael geram.

Mikhael ketawa mengekek.

"Oit, kau tahu ke bilik kita yang mana satu?" Tanya Mikhael bersama tawa yang masih bermain dibibirnya.

Maryam yang sudah berada dihadapan mengeluh kasar.

"Cepatlah! Orang penat tahu tak?" marah Maryam geram.

"Tak baik tinggikan suara dekat suami. Nak masuk neraka?" Mikhael cuba memanaskan lagi hati isterinya yang sudah sedia panas.

"Habis tu awak ingat tindas isteri tu bagus sangatlah?" Maryam bercekak pinggang.

Mikhael menghampiri Maryam lalu tangannya menarik ke belakang shawl yang dipakai Maryam. Perlahan sahaja namun mampu membuatkan Maryam mengetap bibir geram. Tudung perempuan sensitif!

"Itu bukan tindas, itu menjaga sayangku."

Mikhael berlalu pergi sambil menarik tangan gadis itu. Tawa manis masih keluar dari mulutnya.

Maryam mendengus. Menjaga celah mana entah.

Setibanya di hadapan bilik mereka, Mikhael buka pintu. Mulut Maryam terbuka luas. Cantik dan besar! Maryam pandang Mikhael dengan wajah tidak percaya.

"Tahulah aku handsome. Tapi tutup lah mulut kau tu, kan lalat masuk naya." Kutuk Mikhael. Tangannya laju menutup mulut Maryam bersama sengihan.

Maryam mendengus. Tangannya nenolak tangan Mikhael yang melekat elok pada mulutnya.

"Perasan!"

"Eh, mana ada aku perasan. Aku memang handsome okay. Kau patut bersyukur sebab dapat suami yang kacak plus menawan macam aku ni. Cuba cakap dekat aku, mana kau nak cari orang yang macam aku? Kacak, bijak, kaya, semua ada. Kau pusing satu dunia pun belum tentu jumpa orang yang dapat tandingi kekacakkan aku tau.." Mikhael mengangkat dagunya tinggi. Riak!

"Berlagak! Saya harap anak kita nanti tak ikut perangai masuk bakul angkat sendiri awak tu.." Balas Maryam tanpa sedar. Seketika matanya membulat tatkala otaknya dapat mentafsir dengan sempurna ayat yang baru dituturkannya pada Mikhael sebentar tadi. Dia terlepas kata.

"Eh, kau nak ada anak dengan aku? Serious ni Maryam?! Aku okay je!" Balas Mikhael laju. Teruja. Bab ni memang dia laju. Dia pun tidak tahu bagaimanalah dia boleh tahan diri dia sampai sekarang. Kuat juga iman dia. Tapi apa yang dia tahu, dia tidak akan sentuh Maryam tanpa keizinan dari Maryam sendiri. Itu prinsipnya.

"Saya salah cakaplah!" Maryam menahan malu. Aduh, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dia yang malu!

"Alah, kau nak anak sebenarnyakan? Cepat cakap dekat aku, kau nak berapa? Aku boleh bagi. 10, 20 atau kau nak kembar terus?" Mikhael mengangkat keningnya bersama senyuman gatal.

Maryam mendengus. Geram dengan Mikhael. Sudahlah dia sudah malu teruk, Mikhael pula tengah bahagia tambah perisa lagi.

"Dah lah, malas layan orang gatal macam awak. Cepatlah masuk, buat mesyuarat dekat depan muka pintu ni dah kenapa..." Maryam menolak belakang badan Mikhael supaya lelaki itu berganjak ke tepi sedikit.

Mikhael memalingkan kepalanya untuk memandang Maryam yang masih gigih menolak badan sasanya.

"Eh, tak sabar dah ke?" Usiknya lagi. Dia sengih gatal lagi.

"Mikhael!" Maryam menampar belakang bahu lelaki itu geram. Tak habis-habis nak menyakat orang!

Mikhael pula hanya ketawa suka. Haih, seronok pula main sakat-menyakat ni. Makin bertambah seri rumah tangga.

MIKHAEL melangkah keluar dari bilik mandi dengan rambut yang masih basah. Tuala kecil digunakan untuk mengeringkan rambutnya yang masih lembap. Matanya menangkap kelibat Maryam yang tertidur lena sejak mereka sampai di bilik tadi. Memang kaki tidur sungguh. Lepas solat, terus off. Jumpa katil je, terus buat terjunan bebas. Tak pandang kiri kanan, terus lena.

Kakinya melangkah menghampiri gadis itu.

"Maryam, pergi mandi. Tak elok tidur tak mandi. Busuk tahu tak?" Mikhael mengejutkan Maryam yang sedang tidur.

"Nantilah.." balas Maryam bersama kerutan di dahi seperti sedang menahan kesakitan.

"Kau okay tak ni? Kau demam ke?" Mikhael melekapkan telapak tangannya pada dahi gadis itu.

"Tak ada apalah, saya pening sikit je." Maryam membalas perlahan. Mata masih terpejam rapat, cuba menahan sakit kepala yang menyengat. Tak lain tak bukan pasti migrain.

"Kau airsickness ni. Kau nak ubat ke?" tanya Mikhael agak risau. Haruslah dia risau, dia mana pernah jaga orang sakit sebelum ni sebab tu gelabah semacam!

"Tak payahlah. Sikit je ni. Malam nanti baiklah tu." Maryam cuba meyakinkan Mikhael.

"Kau nak makan?" Tanya lelaki itu lagi.

Maryam menggeleng perlahan. Tak larat nak makan. Sekarang dia buka mata pun tak larat mana dah.

"Saya nak tidur." Balasnya pendek. Mata dipejam kembali.

MARYAM terjaga dari lenanya tatkala terasa ada sesuatu yang basah melekat pada dahinya. Matanya dibuka sedikit. Dia meraba dahinya sendiri.

"Awak buat apa ni?" Tanya Maryam tatkala melihat Mikhael yang sedang duduk di tepinya sambil memerah kain putih kecil.

"Aku lapkan badan kau sikit." Kata Mikhael. Matanya ralit memerah kain itu lalu tangan Maryam diambil dan dilap lembut.

"Kain basah ni?" Maryam memegang kain yang dilipat segi empat tepat yang terletak pada dahinya.

"Ermm, aku saja letak. Mana tahu pening kau boleh hilang." Mikhael menggaru belakang kepalanya. Entah petua mana dia ikut pun, dia tak tahu. Apa yang dia tahu, selama ni kalau tengok tv, orang letak kain basah dekat dahi kalau sakit.

"Awak buat macam saya ni demam. Saya pening sikit je. Letak kain ni dekat dahi bukan boleh hilangkan pening pun.." Balas Maryam lembut. Dia tahan ketawa.

"Aku tak tahu nak buat apa. Sebab tu aku letak kain tu dekat dahi kau." Mikhael garu kepala yang tidak gatal.

"Mana awak dapat semua kain ni?" Tanya Maryam pelik.

"Haih, mestilah dari pekerja hotel ni. Kau ingat dorang miskin sangat ke sampai tak ada tuala kecil ni?" Mikhael menggulingkan matanya. Kain bersama bekas kecil yang bersisi air diangkat lalu diletakkan diatas meja kecil ditepi katil.

Maryam senyum lagi.

"Terima kasih." Ucap Maryam ikhlas.

"Memang tanggungjawab aku kan.." balas Mikhael. Dia berdehem perlahan. Tiba-tiba rasa segan.

Maryam masih tersenyum manis.

"Janganlah senyum macam tu. Aku seram. Selalunya muka kau masam je." Sempat Mikhael mengutuk Maryam.

"Eiiiii." Maryam mencubit lengan Mikhael geram.

"Eh kau ni. Suka sangat mencubit! Nanti beranak keluar anak ketam baru tahu!" Mikhael menggosok lengannya yang terasa sengal.

"Awaklah! Saya senyum salah. Saya masam salah. Awak nak saya buat macam mana sebenarnya? Ini salah. Itu salah. Semua salah!" bebel Maryam geram. Baru je dia nak rasa terharu dengan perbuatan Mikhael tadi, Mikhael dah cari pasal semula.

Mikhael sengih.

"Haaa, kau dah sihat dah ni. Mulut suka complain kau dah datang balik. Petanda yang bagus.." Mikhael menepuk-nepuk tangannya bangga. Kiranya hebat jugalah dia jaga orang sakit kan?

"Eh, awak nak kena cubit lagi ke hah?" soal Maryam geram. Sepit ketamnya mencari lengan Mikhael lagi.

"Cubitlah kalau kau berani. Aku cium kau nanti.." ugut Mikhael. Lengannya dilarikan daripada terus berada berdekatan dengan gadis itu.

"Tak takut pun dengan ugutan awak tu.." Maryam mencebik. Dia tayang muka toya. Asyik ugutan yang sama sahaja.

"Oh tak takut? Kau nak ugutan yang baru? Aku boleh je bagi. Yang extra ordinary lagi.." Mikhael tersenyum nakal.

Maryam mengecilkan mata. Kecil besar, kecil besar dia pandang Mikhael yang tengah senyum nakal.

"Otak kalau tak kuning memang tak sah kan?" Cemuh Maryam.

"Eh, aku tak kata pun apa ugutan tu. Kau yang fikir jauh. Kau fikir apa?" Mikhael memandang Maryam bersama senyuman mengejek. Lelaki itu membaringkan tubuh di sebelah Maryam.

"Tak payah tipulah Mikhael. Saya dah masak sangat dengan otak kuning awak tu." Perli Maryam. Dia membaringkan badannya membelakangi Mikhael. Dia sembunyi pipi dia yang agak memerah.

"Berdosa tidur membelakangi suami.." Kedengaran suara Mikhael memerlinya.

"Erghh!" Maryam mendengus geram. Terus dia baring menghadap Mikhael. Sehari kalau tak cari pasal memang tak sah hidup buaya tu.

Mikhael sengih. Geli hati dengan Maryam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience