BAB 8

Romance Series 7398

Maryam menapak masuk kedalam biliknya dengan keluhan panjang. Penat, panas, semua ada. Baju kurung perkahwinan yang masih tersarung elok di badannya sejak pagi tadi sungguh menyusahkan. Rimas tu jangan cakaplah, kalau boleh dia nak pakai T-shirt je lepas kahwin tadi.

Maryam merebahkan dirinya keatas katil. Bestnya kalau dapat tidur sekarang. Tapi dia tak mandi lagi. Badan terasa melekit yang teramat.

Tapi kalau tutup mata sekejap tak apa kan?

Maryam menutup matanya sebentar. Tanpa sedar, dia terlelap tanpa sengaja bersama baju kurung yang masih tersarung dan makeup yang belum dibersihkan. Shawl putihnya pun masih terbelit elok di kepala.

Mikhael menapak masuk kedalam bilik Maryam bersama bagasinya. Si isteri yang tertidur lena ditatap bersama elengan kecil.

"Tak menyempat." Kata Mikhael perlahan.

Bagasi dibuka lalu tuala diambil. Bilik air yang memang sedia ada di dalam bilik Maryam dituju. Rimas dengan badan yang melekit dan berpeluh.

"Kalau dapat berendam dalam kolam air panas sedap ni." Mikhael berkata sendirian.

Tuala disangkut pada bahu lalu pintu bilik air dikunci.

Maryam pula masih dibuai mimpi indah.

Setelah hampir 30 minit berada didalam bilik air, Mikhael melangkah keluar bersama rambut yang masih basah. Dia hanya memakai tuala di pinggang.

Mikhael melangkah kearah Maryam. Bahu gadis digoncang perlahan.

"Oit, bangun." Kata Mikhael.

"Nak apa?" Gadis itu menggeliat sambil menggosok matanya.

"Pergi mandi. Busuk." Kutuk Mikhael sambil menggeringkan rambutnya menggunakan tuala kecil.

Maryam mengelip mata beberapa kali. Pengelihatannya masih samar-samar. Tatkala dia dapat melihat dengan jelas, dia menjerit perlahan. Kedua-dua belah tangannya menutup mata. Mikhael tak pakai baju!

"Kau kenapa?" Mikhael berkerut dahi. Seksi sangat ke dia sampai Maryam menjerit?

"Kenapa pakai tuala je?!" marah Maryam bersama mata yang masih tertutup.

"Alah, bukannya haram pun. Kalau kau nak cium pon boleh.." balas Mikhael bersahaja. Dia masih berdiri tegak di hadapan Maryam sambil menayang badannya.

Maryam membuka mata lalu merenung Mikhael geram. Sebiji bantal diambil lalu dilempar ke arah Mikhael. Mikhael pantas menangkap.

"Gatal!"

Maryam hanya menjeling lalu bangun dari baringnya. Dia menghampiri meja solek yang berada di tepi dinding.

Dari pantulan cermin, dia dapat melihat Mikhael yang sedang bermain telefon tetapi masih bertuala.

"Pakailah baju.." kata Maryam.

"Badan aku tak kering lagi." Balas Mikhael tanpa memandang Maryam.

Maryam mencebik. Tadi dalam bilik mandi taknak lap siap-siap. Sengaja je nak tayang body.

Maryam memandang cermin. Hmmm, malulah nak buka tudung depan Mikhael. Selama ini tiada lelaki yang melihat rambutnya selain papanya. Maryam termenung lama. Argh, malunya!

Mikhael yang perasan akan Maryam yang masih tidak berganjak dari meja solek berkerut dahi. Amboi, lama benar termenung. Lantas kakinya melangkah menghampiri Maryam.

Maryam sedar akan kehadiran Mikhael di belakangnya menelan liur. Terhinjut sedikit bahu Maryam apabila kedua-dua bahunya dipegang oleh Mikhael. Dia memandang Mikhael melalui pantulan cermin.

"Awak nak buat apa ni?" gagap Maryam menyoal Mikhael namun lelaki itu hanya diam membisu.

Tangan Mikhael naik memegang salah satu pin tudungnya. Pin itu ditarik lalu diletakkan di atas meja. Lalu satu-persatu pin lain ditarik sehinggalah shawl milik Maryam tidak berpin lagi. Anak tudung dan shawl dibuka oleh Mikhael lalu diletakkan di dalam bakul baju kotor.

Ikatan sanggul rambut Maryam dilepaskan. Rambut hitam milik Maryam terurai panjang. Hidung Mikhael tercium bauan rambut Maryam, wangi.

Mikhael memusingkan badan Maryam. Kini mereka berdua berdiri menghadap satu-sama lain.

"Cantik.." kata Mikhael sambil mengelus lembut rambut panjang milik Maryam.

Wajah Mikhael mula menghampiri wajahnya. Jantungnya bagaikan mahu meletup!

Maryam diam membisu. Dia tidak tahu mahu berbuat apa. Patutkah dia lari..atau..

Belum sempat wajahnya dan wajah Mikhael bertemu, dia menolak badan Mikhael perlahan.

"Saya nak mandi," kata Maryam bersama senyuman kekok. Pantas dia mengambil tuala dan baju tidurnya lalu berdesup masuk ke dalam bilik air. No, no, dia tak boleh serah diri macam tu je pada Mikhael.

Mikhael memandang kelibat Maryam yang telah menghilang di sebalik pintu bilik mandi. Dia memejam mata lama. Melepas!

Mikhael mula melangkah ke katil Maryam lalu dia berbaring. Telefon dibuka lalu dia melihat satu persatu chat-chat yang dihantar kepadanya dan kebanyakkannya daripada kekasih-kekasihnya.

Sesekali lelaki itu ketawa sinis dengan telatah kekasih-kekasihya. Ada yang minta dibelikan high heels, handbag dan tak lupa juga yang minta untuk berkahwin.

Seletah 20 minit, Maryam melangkah keluar dari bilik mandi dengan lengkap berpakaian. Dia melihat Mikhael yang sedang bermain telefon sambil tersenyum.

"Bahagia nampak." Perli Maryam namun perliannya hanya dihiraukan oleh Mikhael. Lelaki itu masih asyik melayan kerenah-kerenah girlfriendS nya.

"Tchh." Decit Maryam tatkala Mikhael hanya mengabaikan dia.

Selesai menyikat rambut, gadis itu menuju ke arah sofa panjang yang terletak di penjuru bilik. Ergh, memang taklah dia nak tidur dekat sebelah buaya jadian tu. Dia rela tidur di atas sofa yang memang tidak selesa langsung jika dibandingkan dengan katilnya yang empuk. Namun tatkala mengingati kejadian tadi membuatkan dia bertambah seram.

"Kenapa kau tidur sana?" Soal Mikhael yang masih berada diatas katil.

"Sebab dekat sini lebih selamat." Balas Maryam bersama senyuman manis yang pastinya palsu.

Mikhael berdecit. Amboi, dia ingat aku nak bunuh dia ke apa?

"Tidur je la dekat sini. Tak mati pun." Kata Mikhael sinis.

"Tak nak. Saya tak percaya dekat buaya darat macam awak." Tegas Maryam. Pantas dia berbaring membelakangi Mikhael.

Mikhael menjeling.

"Kau nak datang sini sendiri atau aku yang pergi angkat kau?"

Maryam hanya berdiam diri. Mata dipejam rapat, cuba menghiraukan ugutan Mikhael.

"Heish, degil." Mikhael meletakkan telefon bimbitnya lalu turun dari katil. Baru sahaja dia memegang bahu Maryam untuk mengangkat gadis itu, Maryam pantas bangkit.

"Okay, okay. Saya boleh jalan sendiri. Tak perlulah nak angkat-angkat. Ingat orang tak ada kaki ke. Tengok ni, ada dua kaki." Bebel Maryam sambil menunjukkan dua pasang kakinya.

Gadis itu menghempaskan dirinya geram ke atas katil. Bantal peluk dijadikan penghalang diantara dia dan Mikhael.

"Puas hati?" Tanya Maryam geram. Memang layak dilabel isteri durhaka.

"Kau tak payah risaulah. Aku tak akan sentuh kau." Mikhael memberi jaminan. Dia membaringkan dirinya disebelah bantal peluk yang dijadikan sebagai penghadang oleh Maryam.

"Buaya macam awak bukannya boleh percaya sangat." Kata Maryam. Dia membaiki kedudukannya dengan membelakangi Mikhael.

Mikhael menjeling.

"Kau jangan sampai buaya ni makan kau betul-betul. Baru kau menyesal tak sudah." Ugut Mikhael geram.

"Cubalah kalau berani. Tapi saya akan pastikan yang esok awak tak akan dapat tengok dunia lagi." Sembur Maryam pula. Dia menarik selimut ke paras dadanya.

"Menjawab, menjawab. Awal-awal dah tempah tiket ke neraka." Kata Mikhael. Namun Maryam hanya memekakkan telinga.

Lampu tidur ditutup lalu lelaki itu turut berpaling membelakangi Maryam.

...

Tok tok!

Lena Maryam diganggu tatkala kedengaran ketukan pada pintu biliknya. Gadis itu menguap perlahan.

"Maryam, bangun sayang. Sarapan." Terdengar suara Puan Juwita dari luar.

"Ya mama, Maryam dah bangun. Nanti Maryam turun." Balas Maryam.

"Awak, bangun." Maryam menepuk bahu Mikhael lalu melangkah turun dari katil. Bilik air dituju lalu mukanya dibasuh.

Gadisi itu menapak ke katil kembali. Lengan Mikhael ditepuk lagi memandangkan lelaki itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bangun.

"Hmmmm." Mikhael menggaru pipinya.

"Nak apa?" Tanya Mikhael malas. Matanya masih terkatup rapat.

"Mama suruh bangun sarapan. Bangunlah, dah pagi ni." Balas Maryam ringkas.

"Kau turunlah dulu. Nanti aku ikutlah." Kata Mikhael dengan suara yang serak-serak basah.

Maryam hanya mengangguk. Dah kalau itu yang Mikhael suruh, lantaklah. Kalau makanan habis pun, jangan salahkan dia. Tadi masa dia kejut Mikhael untuk solat subuh pun Mikhael tak bangun. Tak tahulah Mikhael subuh atau tidak.

Maryam menuruni tangga dengan berhati-hati. Puan Juwita dan Tuan Azhar yang sudah berada di meja makan dihampiri.

"Selamat pagi," sapa Maryam lalu melabuhkan punggung.

Tuan Azhar berkerut dahi. Aik, sorang je?

"Mana Mikhael?" Tanya Tuan Azhar. Matanya melilau ke tingkat atas.

"Dia masih tidur. Maryam malaslah kacau dia. Dah kejut dua kali tapitak bangun-bangun jugak," balas Maryam. Roti diambil lalu jem strawberi disapu pada roti.

Puan Juwita menepuk tangan Maryam.

"Tak baik tinggal suami. Pergi kejutkan dia. Uncle Malik kata Mikhael ada gastrik. Nanti kalau Mikhael sakit, Uncle Malik kata kamu tak pandai jaga suami pula." Nasihat Puan Juwita. Dia menolak-nolak bahu Maryam.

Maryam mencebik.

"Maryam dah kejut tadi tapi dia yang tak nak bangun. Kalau dia kena gastrik, padanlah muka dia. Jual mahal sangatkan." Pedas Maryam membalas. Eii, kalau Mikhael dengar, mahunya Maryam dicop isteri derhaka.

"Maryam." Puan Juwita mula bersuara tegas.

Maryam mencebik.

"Yelah-yelah. Maryam pergi panggil dia."

Maryam mula melangkah mendaki tangga.

Pintu biliknya dibuka kembali. Figura Mikhael yang masih khayal menyapa mata.

Maryam menggeleng. Eishh, liatnya nak bangun.

"Awak, cepatlah bangun. Mama dan papa dah bising tu." Maryam menarik selimut yang masih menyelimuti Mikhael.

"Tak nak." Rengek Mikhael. Maryam menggulingkan matanya. Oh, menyampahnya.

"Baik awak bangun sebelum saya bagitahu semua kekasih awak yang awak dah kahwin. Haa, baru awak tahu langit tu tinggi ke rendah." Ugut Maryam. Gadis itu merenung Mikhael sambil bercekak pinggang.

"Bangunlah, mama dan papa tengah tunggu awak dekat bawah."

Mikhael membuka matanya lalu Maryam dijeling.

"Haishh." Dengus Mikhael lalu turun dari katil. Muka dibilas dengan air dingin lalu lelaki itu melangkah keluar meninggalkan Maryam.

Maryam mengikuti langkah Mikhael dari kebelakang dengan bebelan perlahan.

"Turun pun Mikhael." Sapa Tuan Azhar. Mikhael hanya membalas dengan senyuman palsu. Munafik!

Maryam turut melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Juwita namun terbantut apabila Puan Juwita menghalang.

"Buat apa duduk sini? Pergilah duduk tepi Mikhael," arah Puan Juwita. Maryam mencebik.

Punggung dihempas disebelah Mikhael dengan geram. Tidur sebelah Mikhael, takkan makan pun sebelah buaya ni?

Maryam menyumbat roti kedalam mulutnya dengan geram. Sesekali dia mendengus tatkala Mikhael menyepak perlahan kakinya dari tepi. Maka bermulalah perlawanan aku sepak kau, kau sepak aku secara tersembunyi dari pengetahuan Tuan Azhar dan Puan Juwita.

"Ehem." Deheman Tuan Azhar menamatkan perbalahan mereka berdua.

"Papa nak minta sesuatu ni." Kata Tuan Azhar sambil tersenyum manis.

Maryam dan Mikhael berkerut dahi sambil berbalas pandang.

Mikhael mengangkat kening namun dibalas oleh angkatan bahu oleh Maryam.

"Papa nak cucu lelaki tau." Sengih Tuan Azhar disambut ketawa kecil oleh Puan Juwita.

Uhuk uhuk!

Maryam dan Mikhael tersedak serentak. Gelas yang berisi air kosong ingin digapai Maryam namun telah dirampas terlebih dahulu oleh Mikhael.

"Hei, tu air saya." Kata Maryam geram. Mikhael hanya menjeling. Terpaksalah Maryam mengambil air lain.

Tuan Azhar dan Puan Juwita hanya tersengih dengan gelagat mereka berdua. Macam-macam. Memang sepadan sungguh!

"Apa papa ni buat lawak pagi-pagi. Tak kelakar lah." Cebik Maryam namun hanya disambut dengan gelak ketawa Tuan Azhar dan Puan Juwita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience