BAB 12

Romance Series 7398

Mikhael memberhentikan keretannya di hadapan pagar rumah mereka. Maryam melangkah keluar tanpa berkata apa-apa membuatkan Mikhael berdecit. Pintu kereta Maryam hempas sekuat hati. Menunjukkan rasa sebal di hatinya pada Mikhael. Kalau boleh dia nak hempas pintu kereta Mikhael sampai terbelah dua.

"Woi, rosaklah nanti!" jerit Mikhael dari dalam kereta. Maryam hanya buat bodoh. Gadis itu menonong ke pintu rumah tanpa berpaling. Tidak ditanya pada Mikhael ke manakah hala tuju lelaki itu selepas ini. Tak tanya pun Maryam dah boleh agak, pasti Mikhael nak pergi dating dengan girlfriendsss.

Mikhael menggeleng. Macam-macam perangailah. Nampak je Maryam nerdy macam tu, complicated jugak sebenarnya.

Keretanya dipandu ke arah pusat bandar. Sebuah pusat beli-belah yang terkemuka dituju. Hmm, mungkin dia patut belikan sesuatu pada Maryam. Lagipun, selama mereka berkahwin, Mikhael tidak ada berikan apa-apa pada Maryam. Duit hantaran pun Dato Malik yang sponsor. Dia pun bukannya hati kering sangat nak biar Maryam merajuk sebulan.

Kereta dipakir di bahagian bawah mall lalu Mikhael melangkah keluar. Kedai barang kemas Emperor Jewellery dituju. Selama ini kedai inilah yang menjadi kegilaan kekasih-kekasih Mikhael. Kalau seminggu tak jejak kaki dekat sini memang tak sah. Tapi bezanya, setiap minggu dia akan datang dengan perempuan-perempuan yang berbeza. Agaknya jurujual pun dah kenal muka dia. Namun kali ini, dia datang seorang diri.

"Selamat datang, boleh saya bantu encik? Encik cari apa ya?" soal pekerja kedai barang kemas itu ramah setelah menghampiri Mikhael. Mata Mikhael meliar. Patut beli gelang, rantai atau cincin? Selama ini semua kekasih Mikhael yang pilih, Mikhael tinggal bayar je pakai duit Dato Malik.

"Ummm, saya cari something special untuk isteri saya. Tapi saya tak tahu nak belikan apa.." Mikhael menggaru kepala. Manalah dia arif dalam bab barang-barang kemas ni.

Jurujual itu mengangguk tanda mengerti. Faham sangat dengan lelaki yang memang tidak pandai memilih barang kemas.

"Saya cadangkan encik beli gelang. Kedai kami ada design baru.." ujar pekerja itu. Dia menarik keluar beberapa utas gelang lalu ditunjukkan pada Mikhael.

"Selalunya, pelanggan-pelanggan kami lebih memilih gelang berbanding cincin dan rantai untuk dijadikan hadiah," ujar pekerja itu lagi.

"Isteri saya seorang yang simple, agaknya yang mana ya dia suka?" Mikhael memerhati satu-persatu gelang yang dipamerkan kepadanya.

"Selalunya orang yang simple dia tak suka emas. Mereka lebih sukakan perak kerana tidak terlampau menonjol. Kalau saya, saya cadangkan ini..." Pekerja itu menghulurkan seutas gelang perak kepada Mikhael.

Mikhael memerhati gelang perak itu. Cantik, design yang tidak terlampau padat dan hanya dihiasi dengan beberapa butir permata putih sebagai charm.

"Kalau macam tu, saya beli yang inilah. Tolong bungkuskan cantik-cantik ya.."

...

Mikhael membuka pintu rumah. Jam di dinding menunjukkan pukul lapan malam. Sebelum balik ke rumah tadi, sempat dia keluar melepak sebentar dengan Irsyad.

Matanya meliar. Kelibat Maryam tiada di tingkat bawah.

"Maryam.." panggil Mikhael. Kakinya melangkah ke tingkat atas bersama beg kertas Emperor Jewellery. Pintu biliknya dan Maryam dibuka. Sunyi, tiada kelibat manusia. Namun telinganya menangkap bunyi shower di dalam bilik air.

"Laa, mandi ke.." ujar Mikhael seorang diri.

Dia duduk di hujung katil. Sementara menunggu Maryam, dia membuka whatsapp untuk melihat chat-chat yang diterima.

Tidak lama selepas itu, Maryam melangkah keluar lengkap berpakaian. Rambut panjangnya dibaluti tuala.

Melihat sahaja kelibat Mikhael, Maryam menjeling. Tak nak tegur sebab dia masih berjauh hati dengan Mikhael

Dia duduk di hadapan meja solek. Balutan rambutnya dibuka lalu dia mengeringkan rambut. Matanya masih tidak mahu memandang Mikhael.

Mikhael berdehem. Dia sedar dengan sikap dingin Maryam padanya. Pantas kaki diatur mendekati Maryam bersama beg kertas yang berisi gelang yang dibelinya.

"Merajuk lagi ke?" soal Mikhael. Matanya meneliti wajah masam mencuka Maryam.

"Siapa yang merajuk?" soal Maryam kembali. Rambut yang telah kering dia biar lepas, dia mencapai toner untuk dipakai pada mukanya.

"Kau la yang merajuk. Siapa lagi.. muncung dah panjang sedepa, kalau sangkut hanger pun lepas.." perli Mikhael.

Maryam mendengus. Dia berpusing menghadap Mikhael. Kepala mendongak sedikit.

"Awak ni kalau tak sakitkan hati saya dalam sehari memang tak sah kan?" marah Maryam. Sudahlah hati dia tengah berapi, Mikhael pula bukan main lagi seronok simbah minyak petrol.

"Ye la, sorry.." Mikhael menjuih mulut. Sedar yang dia tak patut perli Maryam ketika ini.

Maryam kembali memandang meja solek. Rutin skincarenya diteruskan tanpa menghirau Mikhael yang terconggok di belakangnya. Selesai sahaja memakai skincare, Maryam ingin melangkah ke katil namun terhalang apabila Mikhael menarik jari-jemarinya.

"Awak nak apa ni?" soal Maryam sebal.

"Ni, ambiklah.." Mikhael menghulurkan satu beg kertas kepada Maryam.

Maryam mengangkat kening.

"Kalau rasuah saya tak nak.." balas Maryam selamba. Mikhael mencebik.

"Mana ada rasuah. Ini aku beli untuk kau lah. Ikhlas dari hati nurani seorang Mikhael.." kata Mikhael. Dia mengambil kotak baldu panjang dari dalam beg kertas itu. Kotak baldu itu dibuka lalu ditunjuk pada Maryam.

Maryam memandang kosong.

"Cantik tak?" soal Mikhael teruja.

"Tak." Maryam malas melayan. Kaki dibawa melangkah ke katil.

Mikhael berdecit. Boleh tahan juga rajuk Maryam kali ini.

Mikhael mengekori Maryam. Tatkala Maryam melabuhkan punggung di hujung katil, Mikhael turut sama duduk di sebelah Maryam. Pergelangan Maryam ditarik lalu dia memakaikan gelang itu pada pergelangan tangan Maryam.

"Haa, kan cantik tu. Berseri.." puji Mikhael.

Maryam mencebik, dia menilik gelang yang terlilit elok pada pergelangan tangannya.

"Kenapa tiba-tiba awak terbuka hati belikan gelang untuk saya? Kena sampuk hantu ke apa ni? Selalunya kedekut tahi hidung masin pahit payau segala perisa dengan saya.." perli Maryam. Setepek kena pada dahi Mikhael.

Mikhael mendengus. Nak je dia sepit mulut pedas Maryam.

"Salah ke saya sebagai suami nak belikan hadiah untuk isteri?" soal Mikhael.

Maryam mengangkat bahu.

"Saya tak ada cakap salah pun. Tapi otak awak tu dah macam salah setting.." kutuk Maryam lagi.

Mikhael menutup mata. Cuba bersabar dengan kutukan Maryam.

"Kalau macam tu, bagi balik.." Mikhael menarik pergelangan tangan Maryam. Cangkuk gelang itu cuba dibuka. Maryam menolak tangan Mikhael.

"Eh, apa ni? Buruk siku!"

Mikhael bercekak pinggang. Oh, lepas tahi hidung masin, buruk siku pula. Lepas ni apa? Pankreas? Buah pinggang?

"Dah kau yang tak nak."

"Bila masa saya cakap saya tak nak?" soal Maryam pula.

Mikhael bersabar. Maryam terlampau pandai menjawab. Dua dia cakap, sebelas Maryam balas.

"Malas lah aku layan kau. Baik aku pergi mandi.." Mikhael mengalah. Tuala yang tersangkut pada penyidai diambil lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik air.

Maryam tersengih setelah kelibat Mikhael menghilang di sebelik pintu bilik air. Matanya menilik gelang yang dihadiahkan oleh Mikhael. Cantik..

...

Maryam melangkah ke dewan kuliah. Matanya melilau mencari kelibat Dahlia yang tidak muncul-muncul. Mungkin gadis itu masih lagi belum sampai.

"Hye you. Stop.." kata seseorang sambil memegang bahu Maryam membuatkan gadis itu berpaling.

Maryam berkerut dahi. Siapa pula gadis ini? Gadis itu dipandang dari atas sehingga bawah. Okay, Maryam rasa dia belum lagi ada kawan yang tak cukup duit nak beli kain lebih.

"Awak panggil saya?" Jari telunjuknya ditunjukkan ke arah diri sendiri. Cuba memastikan adakah gadis di hadapannya itu tak salah orang.

"Yes you. I nak tanya, kenapa you naik kereta dengan baby I tadi? You fikir you siapa nak rampas baby I?" tanya gadis itu gedik.

Maryam berkerut dahi.

"Baby? Awak dah ada anak? Saya tak kenal siapa anak awak.." balas Maryam pelik. Muda-muda begini sudah ada anak? Wah, hebat. Maju.

Gadis itu menggulingkan matanya.

"Excuse me girl, I belum berkahwin. You ni lembab or what? Mikhael, my baby. Kenapa you naik kereta dengan dia tadi? You tengah cuba nak goda dia or what?" Gadis itu memandang Maryam tajam.

Oh, sekarang barulah Maryam faham. Pasal Mikhael rupanya. Inilah antara sebab kenapa dia malas nak tumpang Mikhael ke uni. Mesti kena serang dengan girlfriends lelaki itu. Ni baru sorang, tak tahulah ada berapa lagi yang akan datang serang dia.

Maryam mengerling kad pelajar yang tergantung pada leher gadis itu.

"Emm, Cik Nurin, sebenarnya Mikhael tu sepupu saya. Kami berjiran. Memandangkan lapisan ozon bumi kita semakin nipis dan dah bocor, kita mestilah mengelakkan pencemaran udara daripada berlaku. Jadi untuk mengelakkan pencemaran udara daripada berlaku, saya tumpanglah dia untuk mengurangkan pembebasan karbon monoksida yang berlebihan ke ruang atmosphera kita." Terang Maryam panjang lebar sambil mengedip-ngedipkan matanya. Hentam sajalah apa yang Mikhael ajar dia tadi. Dah tak ada idea nak fikir!

"Sepupu? You tak tipu I kan?" Nurin memandang Maryam tajam. Tangan disilangkan gedik di atas dada.

"Kalau Cik Nurin tak percaya, Cik Nurin yang cantik comel dan seksi meletups ni bolehlah tanya buaya.. eh tak maksud saya Mikhael merangkap baby boo Cik Nurin." Maryam membetulkan kesilapannya. Hampir tersasul memanggil Mikhael dengan panggilan buaya tembaga tua.

Nurin hanya mengangguk. Dia memandang Maryam dari atas sehingga dengan pandangan geli.

"Okay, I percayakan you sebab mustahillah Mikhael suka perempuan macam you, selekeh. Malangnya nasib my baby sebab dapat cousin macam you. Mesti dia malu. Patutlah dia tak pernah cerita pasal you dekat I." Kutuk Nurin lalu berlalu pergi dengan kasut tumit tingginya itu. Sempat dia mengibaskan rambutnya ke muka Maryam.

Maryam menutup matanya lama, menahan amarah daripada meletus. Ya Tuhan, memang semua kekasih Mikhael spesies yang gedik-gedik dan bermulut puaka ke macam mana?

Sedap mulut dia je nak kutuk orang selekeh. Amboi, cili mulut tu kan baru tahu.

Maryam melangkah dengan amarah yang masih tersisa.

'Kalau kau tahu aku ni siapa, baru padan muka kau.' kata Maryam dalam hati.

"Wuitt." Seseorang mencuit bahu Maryam.

"Masam je muka. Bendera merah ke cik adik?" usik Mikhael yang sedang bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh dan ditemani Irsyad.

"Semua ni sebab kekasih awaklah!" marah Maryam.

Mikhael berkerut dahi. Kekasih yang mana satu ni?

"Kekasih aku yang mana?"

Maryam menggulingkan matanya. Susah bercakap dengan lelaki yang bertitle playboy, sampai tak tahu kekasih mana satu yang sedang dibualkan.

"Nama dia Nurin."

Mikhael termenung seketika. Nurin, Nurin. Siapa Nurin? Nurin yang mana satu?

Irsyad di sebelah disiku.

"Weh, Nurin yang mana satu ni?" soal Mikhael pada Irsyad.

"Alah, yang budak course Sains Kimia tu. Nurin Erina tak silap aku nama dia.." balas Irsyad bersahaja sambil memasukkan makanan ringan ke dalam mulut. Itulah, ramai sangat kekasih sampai lupa yang mana satu.

"Ooo, yang itu.." Mikhael mengangguk. Baru ingat!

"Dia buat apa dekat kau?" Mikhael memandang wajah Maryam yang masih masam mencuka.

"Dia tanya saya apa kaitan saya dengan awak."

"Habistu kau jawab apa?" soal Mikhael lagi. Makanan ringan yang berada di tangan Irsyad diambil lalu disua ke mulutnya.

"Saya jawablah yang saya sepupu awak. Pastu kita berjiran, sebab itulah saya tumpang awak." balas Maryam acuh tidak acuh.

Mikhael mengangguk. Bagus, rahsia tak bocor.

"Habistu yang kau panas sangat ni kenapa?"

Maryam mengetap bibirnya lama sebelum membalas.

"Dia kata saya selekah awak tahu tak? Then, dia kata awak malang sebab dapat sepupu macam saya. Mananya saya tak hangin satu badan. Sesedap cekadak dia je nak kutuk saya. Dia ingat dia cantik sangat ke? Hello, pakaian pun macam tak cukup kain dan benang. Nak je saya sedekah kain batik mama tadi.." bebel Maryam geram. Nasib baiklah dia tidak bergusti dengan Nurin tadi.

Mikhael dan Irsyad hanya ketawa mengekek mendengar bebelan Wayoug.

"Memang malang pun." balas Mikhael bersama senyuman mengejek lalu berlalu pergi bersama Irsyad.

Maryam mengetap bibirnya.

"Mikhael tak guna.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience