BAB 6

Romance Series 7398

Maryam duduk termenung di dalam perpustakaan universiti. Buku rujukan yang berada di hadapannya langsung tidak disentuh. Dahlia yang berada di hadapannya memandang Maryam pelik. Selalunya ada juga perkara yang akan digosipkan oleh rakannya itu, tapi hari ini diam pula macam ada 30 jongkong emas di dalam mulut temannya itu.

Dahlia menolak bahu Maryam perlahan. Menyedarkan rakannya daripada lamunan panjang.

"Huh, apa?" Maryam termanggu. Matanya dikelipkan berkali-kali.

"Kenapa diam je?" Soal Dahlia. Buku rujukan berkaitan psikologi dibelek ke muka surat seterusnya.

"Tak ada apalah." Maryam mengeluh. Tangan dikepal lalu menongkat dagu. Fikirannya kembali melayang terfikirkan majlis perkahwinannya dengan Eshan Mikhael yang bakal menjelang.

Dahlia hanya mengangguk. Dah kalau itu jawapannya, terima sajalah. Dia pun malas mahu menyoal panjang

Sedang Maryam termenung, kelibat Eshan Mikhael datang menghampiri. Tidak semena-mena, matanya membulat.

'Alamak, apa pula yang buaya ni nak?' Rungut Maryam dalam hati. Mukanya berubah keruh.

"Maryam." Mikhael bersuara di hadapan Maryam dan Dahlia. Dahlia hanya melihat sambil berkerut dahi. Sejak bila Maryam dan Mikhael sebulu ni? Bukan ke sebelum ni kalau jumpa je pasti bertikam lidah? Paling-paling pun pasti ada adegan kau jeling aku, aku jeling kau balik.

"Nak apa?" Soal Maryam malas.

"Balik ni, ikut aku keluar." Kata Mikhael bersahaja. Matanya melilau-lilau mencari gadis yang mungkin dapat dijadikan kekasih sementara.

Memang pantang nampak dahi licin!

"Buat apa?" Maryam berkerut dahi. Haishh, kalau nak ajak keluar pun, perlu ke depan Dahlia? Mesti minah ni tanya aku macam-macam nanti. Penatlah mulut nak menjawab segala soalannya.

"Ikut je lah. Pukul 5 dekat bus stop. Kalau kau lambat walaupun seminit, siap kau." Amaran Mikhael sebelum melangkah pergi.

"Mikhael." Panggil Maryam membuatkan langkah Mikhael terhenti. Jejaka itu memandang Maryam dengan sebelah kening yang terjungkit.

"Sweater awak..." Maryam menghulurkan sweater hitam yang telah dibasuhnya dan dilipat kemas.

Mikhael menyambut huluran Maryam.

"Terima kasih." Ucap Maryam separuh ikhlas.

Mikhael hanya mengangguk lalu melangkah pergi.

"What the hell?" Kata-kata itu akhirnya terluah dari mulut Dahlia.

"Sejak bila kau rapat dengan dia? Balik sama-sama? Sweater? Kau ada sorokkan apa-apa dari aku ke Maryam?" Soal Dahlia tanpa henti. Buku rujukan ditolak ke tepi. Tumpuannya ditumpukan 100% pada gadis itu.

"Panjang ceritanya." Keluh Maryam.

"Pendekkan."

Maryam berdecit.

"Papa aku. Dia nak kahwinkan aku dengan Mikhael." Maryam mengeluh lagi.

Dahlia membulatkan matanya. Kahwin? Dengan Eshan Mikhael? O.M.G.

"Serious lah?!" Jerit Dahlia tanpa sedar.

Maryam menutup mulut rakannya.

"Shhhh! Diamlah. Tak ada siapa-siapa lagi tahu, tahu tak? Kau orang pertama dan mungkin orang terakhir yang tahu," kata Maryam perlahan. Matanya memandang kiri dan kanan. Risau jika ada orang lain mendengar perbualannya dengan Dahlia.

Dahlia menepis tangan Maryam yang menutup mulutnya.

"Tapi seriouslah kau nak kahwin dengan dia?"

"Bukan nak okay... Tapi terpaksa." Maryam menjeling sambil memperbetulkan ayat Dahlia. Perkataan 'terpaksa' ditekankan.

"Hak alah, kau patut bersyukur tahu tak..." Bebel Dahlia.

"Bersyukur celah mananya? Kau tak nampak ke cara dia layan aku? Sombong, bongkak, berlagak! Semua ada dekat dia!" Maryam mendengus geram. Memang buaya tu sombong! Mahal sangat ke senyuman dia? Nak senyum pun susah ke?

Dahlia menggulingkan matanya.

"Tak la, maksud aku, sekurang-kurangnya dia handsome dan kaya. Buatnya papa kau nak jodohkan kau dengan orang yang sebaya dengan Prof Umar tu, tak ke naya hidup kau? Dahlah tua, berkedut,gatal pula tu. Cukup pakej!" Petah mulut Dahlia membebel dan mengutuk pensyarah mereka.

"Kalau muka handsome sekalipun tapi perangai ke laut, tak guna juga." Balas Maryam tidak mahu kalah.

"Eiiii, kau tahu mana perangai dia ke laut? Perangai playboy dia tu kau boleh ubah. Mana tahu lepas dia berubah, dia jadi lelaki paling baik dalam dunia ni." Dahlia mengangkat-angkat keningnya. Bukan senang nak dapat tangkap lelaki sekacak Mikhael, bersyukurlah kalau dapat kahwin dengan dia.

"Entahlah Dahlia. Hati aku berbelah bagi. Aku tak tahu aku boleh bahagia ke tak lepas kahwin dengan dia. Lagipun aku muda lagi.." Maryam meraup wajahnya. Sesungguhnya, perkara itulah yang menganggu fikirannya. Bolehkah dia bahagia selepas bersama lelaki itu? Bolehkah dia merasa manisnya berumah tangga?

"Kau tak boleh cakap macam tu. Kalau dah memang jodoh kau dengan dia, kau kena terima. Seteruk mana pun dia, kau tetap kena terima dia selepas dia bergelar suami kau. Aku yakin kau boleh bahagia dengan dia. And muda? Excuse me, kau dah 23 tahun. Muda apanya?" Dahlia menepuk-nepuk bahu rakan karibnya.

Maryam hanya mengangguk. Harap-haraplah begitu. Dia mahu juga merasa bahagia. Dia akan cuba menerima Mikhael, tetapi mahukah lelaki itu menerima dirinya?

...

Maryam menunggu Mikhael di bus stop seperti yang telah dijanjikan. Tapi sekarang dah pukul 6.00 petang! Batang hidung Mikhael pun dia tak nampak!

"Dia ni memang buaya lah. Pandai berjanji tapi tak pandai tepati! Punyalah warning aku supaya datang awal, last-last dia yang lambat" Bebel Maryam tidak berpuas hati. Tangan disilangkan ke dada. Sudahlah dia terpaksa menahan panas mentari yang terik memancar, menyusahkan!

PIN PIN!

Kereta berjenama Mercedes Benz GT63S hitam berhenti dihadapannya. Maryam berkerut dahi. Macam kenal kereta ni.

Tingkap hitam kereta itu diturunkan.

"Masuk cepat," arah Mikhael. Cermin mata hitam yang dipakainya menambahkan lagi kekacakkan. Pelajar-pelajar lain hanya memandang pelik. Budak biasa dengan budak hot ada hubungan? Bukankah perkara ini bakal menjadi buah mulut paling hangat?

Tanpa berfikir panjang, Maryam melangkah masuk. Pintu kereta dibuka lalu dihempas geram.

"Woi, rosak pintu kereta aku." Kata Mikhael geram. Signal diberikan ke sisi kanan, keretanya meluncur laju membelah jalan raya.

"Kenapa lambat?" Soal Maryam bersama wajah yang masam mencuka.

"Hantar girlfriend aku tadi." Balas Mikhael pendek.

Maryam menjeling.

"Penat saya tunggu tahu tak? Dahlah panas!" Marah Maryam. Geram! Kata pukul 5, tapi pukul 6.00 baru datang.

"Ada nampak aku kisah ke?" Balas Mikhael bersahaja. Matanya fokus pada pemanduan.

Maryam mendengus geram dengan jawapan Mikhael. Tengok, belum kahwin lelaki itu sudah memulakan perang. Nanti lepas kahwin? Alamaknya gempa bumi, tsunami, semua ada!

Kepala ditoleh ketepi. Maryam hanya memandang permandangan luar sepanjang perjalanan mereka. Tidak ingin memandang wajah Eshan Mikhael yang berada disisinya.

Mikhael memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restauran. Maryam berkerut dahi. Lelaki ini mengajaknya keluar semata-mata mahu makan di restauran?

"Kenapa kita datang sini?" Maryam menyoal selepas Mikhael membuka tali pinggang keselamatannya.

"Nak makanlah, apa lagi. Takkan nak main rugbi dekat sini." Selamba Mikhael membalas.

Maryam mengetap bibir. Jawapan Mikhael memang tak pernah tak menyakitkan hati!

"Tahu lah nak makan, takkan nak beli insurans untuk mulut awak pula." Perli Maryam pula. Mikhael menjeling.

"Kalau dah tahu, kenapa tanya?"

"Saya tanya sebab saya rasa macam tak berguna je kita keluar berdua semata-mata nak makan dekat restauran ni. Kalau macam ni, lebih baik awak hantar saya balik." Kata Maryam. Dia bukannya hadap sangat nak makan dengan lelaki itu. Lebih sedap masakannya mamanya di rumah.

"Aku bawa kau keluar sebab daddy aku yang paksa okay. Aku pun tak hingin lah nak keluar dengan kau. And satu lagi, siapa kata kita makan berdua? Aku nak date dengan girlfriend aku dekat sini, kau pandai-pandailah duduk dekat meja lain." Kata Mikhael lalu melangkah memasuki restauran.

Maryam terkedu. Dia bawa aku semata-mata nak teman dia dating? Dasar tak guna punya buaya. Kau ingat aku tugu negara ke apa?!

"Dan satu lagi, jangan merayau-rayau dekat kawasan sini. Sini bahaya. Duduk je diam-diam dalam restauran." Mikhael memberi amaran.

Maryam menghentak-hentakkan kakinya geram. Dia memang nak aku terconggok tunggu dia dekat dalam? Tengok drama sinetron 100 episod dia?

Walaupun dengan hati yang membengkak, Maryam tetap mengikuti langkah Mikhael yang sedang menghampiri seorang gadis yang memakai dress kuning dengan terpaksa. Gadis berdress kuning itu dipeluk oleh Mikhael. Sekali dengan ciuman di pipi gadis itu Mikhael bagi! Memang buaya!

Maryam mengecilkan matanya. Tidak sangka bakal suaminya buaya darat bertaraf antarabangsa! International playboy!

Maryam duduk di salah satu meja berhampiran Mikhael dan gadis itu. Kelihatan Mikhael sedang ketawa manja dengan gadis itu. Sesekali Mikhael mengusap tangan mulus buah hati sementaranya.

Maryam menjeling. Dua-dua sama gatal! Daripada dia tengok aksi ulat bulu naik daun Mikhael, baiklah dia keluar mencuci mata. Manalah tahu ada kedai-kedai menarik di sekitar sini, bolehlah dia shopping sekejap.

Amaran yang Mikhael katakan sebentar tadi dia hiraukan.

Maryam berlegar-legar di tempat parking kereta yang sunyi. Cuaca petang yang mendung menambah lagi aura kesunyian pada petang itu.

Namun, tiba-tiba sahaja bahunya dipegang lembut oleh seseorang. Maryam tersentak. Pantas dia memalingkan badannya.

Kelihatan seorang lelaki yang mungkin berumur lingkungan 50-an tersenyum gatal di hadapannya.

"Encik nak apa ya?" Tanya Maryam kekok. Dia menepis tangan lelaki yang sedang memegang bahunya.

"Tak ada cari sesiapa." Lelaki itu tersenyum miang. Jantung Maryam berdegup kencang tatkala lelaki itu menghampiri dirinya.

Maryam cuba menjauhkan dirinya daripada lelaki itu.

"Saya pergi dulu." Maryam melangkah laju, namun nasibnya malang apabila tangannya sempat dipegang oleh lelaki tua tu.

"Eh, apa pegang-pegang ni?! Lepaskan saya!" Maryam cuba merentap tangannya. Dia meronta. Namun hampa, tenaganya tidak sekuat lelaki itu.

"Awak nak pergi mana cepat-cepat ni? Layanlah saya dulu." Tangan lelaki itu cuba menyentuh kulit muka Maryam.

Maryam tetap meronta-ronta. Hidungnya sempat menangkap haruman yang kurang enak. Sah, orang tua ini mabuk!

"Lepaskan akulah orang tua miang!" Jerit Maryam kuat.

"Tolong!" jerit Maryam. Dia cuba melarikan mukanya dari terus dipegang oleh lelaki tua itu.

"Shhh, tak ada sesiapa nak tolong awaklah sayang." Lelaki tua itu ketawa nakal.

Maryam menutup matanya. Mikhael, tolong saya.

...

"Adriana, saya nak pergi tandas sekejap ya." Kata Mikhael pada gadis dihadapannya. Adriana hanya mengangguk.

Mikhael melilaukan matanya. Mana Maryam pergi? Bukankah tadi Maryam duduk di meja berdekatannya?

Hatinya dilanda resah. Bukankah dia sudah berpesan pada gadis itu supaya tidak berlegar-legar di luar kawasan restauran? Walaupun dia tidak menyukai gadis itu, dia masih mempunyai rasa tangunggjawab terhadap Maryam.

Mikhael melangkah laju bersama peluh yang memercik di dahi. Keluar sahaja dari restauran, telingannya menangkap jeritan seseorang.

"Maryam!" Panggil Mikhael. Matanya menangkap kelibat Maryam yang sedang meronta-meronta meminta untuk dilepaskan.

Dia berlari menghampiri Maryam yang sedang dipegang oleh seorang lelaki tua.

Belum sempat lelaki tua itu merentap shawl milik Maryam, Mikhael terlebih dahulu meretap tangan lelaki tua itu kuat.

"Kau siapa nak sentuh bakal isteri aku?" Soal Mikhael kasar. Dia menarik Maryam kebelakangnya.

"Huh, tak boleh kongsi ke? Bagi la aku rasa sikit. Aku janji, aku rasa sikit je," balas lelaki tua itu nakal.

Mikhael mengempal penumbuknya.

"Baik kau pergi dari sini orang tua sebelum aku pecahkan mula berkedut kau tu." Mikhael berkata keras. Matanya tajam memerhati lelaki tua itu.

Maryam dibelakangnya hanya belakang baju Mikhael erat. Perasaan takut masih tersisa.

"Okey, okey aku pergi." Lelaki tua itu mengangkat kedua belah tangannya lalu berlalu pergi.

"Bye sayang." Lelaki tua itu sempat mengenyit mata pada Maryam.

Mikhael mendengus. Dia berpusing menghadap Maryam yang berada dibelakangnya.

"Kan aku dah cakap tempat ni bahaya! Kenapa kau degil jugak nak merayau dekat sini?!" Marah Mikhael. Maryam hanya menunduk. Tidak berani memandang wajah Mikhael yang merah menyala menahan marah.

"Saya minta maaf." Kata Maryam perlahan.

Mikhael mengeluh geram.

"Boleh tak kau dengar cakap aku sekali je? Sekarang kau tangunggjawab aku walaupun kau belum jadi isteri aku yang sah. Kalau apa-apa jadi dekat kau aku yang susah." Luah Mikhael. Dia meraup rambutnya kebelakang.

Maryam terkedu. Sedikit sebanyak hatinya terusik dengan sikap Mikhael yang bertanggungjawab.

"Saya janji tak buat lagi." Maryam mengangkat sebelah tangannya dengan kepala yang masih setia menunduk.

Mikhael bercekak pinggang.

"Itulah, derhaka lagi dengan bakal suami. Kan dah kena balasannya. Orang nasihat bukannya nak dengar. Degil.." Perli Mikhael. Dia menarik pergelanggan tangan Maryam yang berlapik dengan baju kurung cotton sebelum melangkah ke keretanya.

"Nak pergi mana?" Soal Maryam naif.

"Nak pergi mana lagi, baliklah." Mikhael menjawab malas.

"Habistu girlfriend awak?"

"Tak apa. Biarkan je dia.."

"Kalau dia minta putus macam mana?"

"Kalau dia minta putus, aku boleh cari yang lain. Aku petik jari je, beratur perempuan datang dekat aku." Mikhael mendabik dada.

"Berlagaknya." Kutuk Maryam.

"Yang berlagak ni jugalah bakal suami kau." Mikhael menjeling Maryam.

Maryam hanya berdecit. Menyampah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience