BAB 5

Romance Series 7398

Maryam mengeringkan rambutya menggunakan kain tuala setelah selesai mandi. Fikirannya kembali teringat peristiwa di tempat menunggu bas tadi.

Matanya memandang sweater hitam milik Eshan Mikhael yang disangkut pada hanger.

Kenapa? Kenapa Mikhael meminjamkan sweater itu kepadanya? Lelaki itu rasa bersalah ke?

"Ish, tapi playboy tahu ke rasa bersalah?" Maryam mencebik.

Lantas sweater itu diambil lalu dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Esok dia akan pulangkan semula kepada Mikhael setelah selesai membasuhnya.

...

Mikhael melangkah ke arah pintu utama rumahnya bersama nyanyian perlahan. Niatnya untuk ke kelab malam pada malam ini. Hanya tempat itu sahaja yang dapat meredakan stressnya.

Sedang dia cuba membuka pintu utama, Dato Malik datang menghampiri dirinya.

"Kamu nak keluar pergi mana Mikhael?" Soal Dato Malik.

Mikhael mengulingkan matanya.

"Sibuk."

Dato Malik mendengus.

"Tolong hormat daddy. Daddy tanya jawab."

Dato Malik berkata tegas. Jika berlembut lagi, pasti Mikhael akan semakin keras kepala dan semakin enak memijak-mijak kepala Dato Malik.

"Kelab malamlah, takkan nak pergi library malam-malam macam ni," balas Mikhael sarkastik. Lidahnya menolak pipi dari bahagian dalam mulut. Lagaknya seperti ganster yang tidak bertamadun.

"Malam ni tak payah keluar, ikut daddy pergi jumpa bakal isteri kamu." Arah Dato Malik. Semalam, dia dan Tuan Azhar sudah berpakat untuk mempertemukan Mikhael dan Maryam. Katanya, agar Mikhael dan Maryam lebih mengenali hati budi masing-masing.

"Esok esok lusa bolehkan nak jumpa dia. Malam ni Mikhael sibukla." Mikhael cuba memberi alasan. Malas betul dia untuk bertemu dengan gadis pilihan daddynya. Entah dari mana daddynya kutip, dia pun tidak tahu. Tidak pernah sekalipun terdetik dihatinya untuk bertanya apakah nama gadis yang menjadi pilihan daddynya apatah melihat gambar gadis itu.

Sesungguhnya dia masih kental berdiri teguh bersama egonya.

"Daddy dah janji dengan keluarga dia yang kita akan pergi ke rumah mereka malam ni. Daddy tak nak ambil tahu pasal urusan kamu yang tak penting lansung. Apa yang penting, malam ni kita pergi jumpa keluarga mereka." Dato Malik memberi kata muktamad. Dia tidak mahu lagi menuruti segala kata-kata Mikhael. Jika dulu apa yang dikatakan oleh Mikhael pasti dituruti. Jika A maka A lah. Jika B maka B lah.

"Menyusahkan betullah daddy ni." Dengus Mikhael.

"Daddy tunggu dalam kereta." Dato Malik melangkah pergi meninggalkan Mikhael yang masih memendam rasa.

"Tchh, dia memang nak hancurkan hidup aku." Desis Mikhael geram.

...

Maryam memandang pantulan dirinya di cermin.

Bagaimana agaknya ya reaksi Eshan Mikhael apabila mengetahui yang dirinya ialah bakal isteri kepada lelaki itu?

Mungkinkah akan berlaku perang dunia ketiga? Ataupun lelaki itu akan menerimanya dengan hati yang terbuka?

Tapi tak mungkinlah. Mana mungkin lelaki itu menerima dirinya. Lihat sahaja daripada layanan lelaki itu, dia tahu lelaki itu juga tidak menyukai dirinya sepertimana dia tidak menyukai Eshan Mikhael. Lagipun dia sedar, memang jauh benar beza dirinya dengan kekasih-kekasih Eshan Mikhael.

Maryam mengeluh lemah.

"Ada chance tak aku kena dera dengan dia macam dalam drama-drama melayu?" Maryam bermonolog dalam hati.

Dia menggelengkan kepalanya. Janganlah nasibnya seperti watak-watak yang didera oleh suami. Naya hidupnya! Lebam sana, luka sini. Eihh, dia tidak mahu, dia tidak rela!

Dress labuh putih yang dihias bersama bunga-bunga biru yang tersarung pada badan rapingnya dibaiki.

"Tenang Maryam. Kalau dia maki kau nanti, kau maki dia balik." Maryam memberikan kata-kata semangat buat dirinya sendiri. Nafas dalam ditarik lalu dihembus perlahan.

Dia memeriksa penampilannya buat kali terakhir sebelum melangkah keluar.

Kelihatan Tuan Azhar dan Puan Juwita sedang bergurau senda di ruang tamu sambil menunggu ketibaan tetamu.

Makanan-makanan pula sudah siap terhidang di atas meja makan.

"Kenapa mereka tak sampai lagi?" Soal Maryam kepada kedua-dua orang tuanya.

Tuan Azhar ketawa mengekek.

"Tak sabar nak jumpa bakal suami ke?" Usik Tuan Azhar. Puan Juwita pula hanya mempamerkan senyuman.

"Apa papa ni, mana ada lah." Cemberut wajah Maryam menidakkan kata-kata papanya. Kalau diikutkan hati, dia langsung tidak ingin bersua muka dengan lelaki itu setelah kejadian tadi.

"Muka tu jangan masam sangat boleh tak. Nanti lari bakal suami kamu." Tuan Azhar ketawa suka.

"Bencilah cakap dengan papa," kata Maryam. Dia menghempas punggungnya ke atas sofa.

Puan Juwita hanya menggeleng. Dah nak jadi isteri orang pun masih ada perangainya.

Ting Tong!

Mereka bertiga dikejutkan dengan bunyi loceng. Mata Maryam membulat, habislah dia. Buaya dah sampai ke darat!

"Dah sampai dah tu." Tuan Azhar bangun dari duduknya bersama si isteri. Maryam pula ingin mengatur langkahnya ke dapur.

"Eh, kamu nak pergi mana tu?" Soal Puan Juwita pada Maryam. Kelihatan Tuan Azhar sudah berdiri di hadapan pintu utama untuk menyambut kedatangan tetamu.

"Ummmm, tandas?"

Puan Juwita menggeleng.

"Jangan nak mengada. Kamu ikut mama dan papa sambut bakal suami dan bakal mertua kamu." Puan Juwita menarik tangan anak gadisnya.

Wayoug mencebik. Misi melarikan diri gagal!

"Azhar!" Dato Malik memeluk sahabatnya erat. Manakala Mikhael pula hanya menghulurkan salam bersama senyuman terpaksa selepas diugut oleh ayahnya sebentar tadi.

"Selamat malam Uncle." Kata Mikhael. Dia memaparkan muka manis dalam keadaan terpaksa.

Tuan Azhar membalas senyuman Mikhael.

"Inilah Eshan Mikhael ya? Kacaknya. Lama betul uncle tak jumpa kamu." Puji Tuan Azhar. Dia menepuk-nepuk kedua-dua belah bahu jejaka muda itu. Segak dan tegap! Memang patutlah jadi kaki perempuan.

Mikhael hanya tersenyum sipu. Siapa yang tidak suka apabila dipuji kacak?

"Mana anak kau?" Soal Dato Malik pula. Dari tadi dia tidak melihat gadis yang diberi nama Maryam itu.

"Ada tu. Belakang mama dia tu. Malu nak jumpa bakal suami gamaknya." Kata Tuan Azhar bersama tawa. Dia mengerling anak perempuannya yang sedang menyorok di belakang si isteri.

Maryam yang sedang bersembunyi di belakang mamanya hanya mencebik. Papa memang suka kenakan dia!

"Lah, buat apa menyorok. Marilah jumpa Mikhael ni." Panggil Dato Malik.

Maryam menggaru kepalanya yang ditutupi dengan shawl putih lalu berdiri disisi papanya.

"Assalamualaikum Uncle," kata Maryam. Dia menunduk sedikit pada lelaki tua itu bersama senyuman janggal. Mikhael yang berada disisi Dato Malik tidak berani dipandang.

Mikhael membulatkan matanya. Jadi ini bakal isterinya? Gadis yang berani melemparkan kasut pada kepalanya ini adalah bakal isterinya? Wow, kecil sungguh dunia ini.

Maryam yang perasan dengan renungan Mikhael bagaikan hilang arah. Mahu sahaja dia lari naik ke biliknya sekarang.

"Eh, apa sembang-sembang dekat depan pintu ni. Jemputlah masuk. Makanan dah siap terhidang dah pun." Jemput Puan Juwita.

"Susah-susah je." Dato Malik membalas segan.

"Tak ada susahnya. Jemput masuk Mikhael." Tuan Azhar merangkul bahu Mikhael mesra. Lagaknya seperti sudah lama mengenali jejaka muda itu. Sesekali mata nakal Mikhael mengerling Maryam.

Maryam pula yang sedar akan tindak-tanduk Mikhael hanya menundukkan kepala. Kalau dijeling, mahunya tercetus perang dunia!

Mikhael dan Dato Malik melabuhkan punggung diikuti Tuan Azhar dan Puan Juwita. Maryam pula hanya berdiri tegak disisi mamanya. Segan!

"Kenapa tak duduk Maryam?" Soal Tuan Azhar.

"Ouh. Nak duduk lah ni." Maryam menarik kerusi bersama senyuman janggal.

Mikhael tersenyum sinis. Pasti Maryam berasa amat tidak selesa tatkala harus duduk bertentangan dengan Mikhael.

Mereka menikmati hidang yang tersedia dengan diam. Sesekali kedengaran suara Tuan Azhar dan Dato Malik berbicara mengenai dunia keusahawanan.

Mikhael tersengih nakal. Idea nakal mula terlintas dibenak fikirannya. Kakinya mula menyepak perlahan kaki Maryam yang ditutupi dengan dress labuh.

Maryam mengerutkan dahinya. Wajahnya diangkat lalu wajah Mikhael yang sedang tersenyum sinis menyapa matanya. Maryam menjeling.

Dengan muka tidak bersalah, Maryam menyepak kuat betis Mikhael kembali sebagai balasan.

"Awwww," desis Mikhael kuat dan berjaya menarik perhatian orang tua Maryam dan daddynya.

"Kenapa Mikhael?" Tuan Azhar menyoal. Dia memandang wajah Mikhael yang sedang menyeringai sakit.

"Tak ada apa-apa Uncle. Tergigit lidah je." Mikhael memberi alasan ditemani senyuman paksa. Dijelingnya Maryam yang sedang tersenyum mengejek.

Tuan Azhar hanya menganguk. Bicaranya dan Dato Malik diteruskan.

"Maryam, kamu tolong ambilkan pencuci mulut dalam peti sejuk. Mama dah potong buah-buah tu. Bawa sekali dengan puding yang mama buat petang tadi" Kata Puan Juwita. Maryam hanya mengangguk lalu bangun dari duduknya.

"Mikhael, pergilah tolong Maryam dekat dapur. Kesian dia sorang-sorang." Kata Dato Malik. Mikhael yang sedang melayari laman sosial mendengus perlahan namun tetap dituruti kehendak daddynya.

"Baik."

Dia melangkah malas. Sampai sahaja di dapur, bebelan-bebelan yang keluar dari mulut Maryam menyapa telinganya.

"Kenapa malang sangat hidup aku sampai kena kahwin dengan dia? Papa pun satu, dalam banyak-banyak lelaki atas dunia ni, dengan buaya darat tembaga tua tu juga dia jodohkan dengan aku. Apa papa ingat lelaki lain dah pupus ke?" Rungut Maryam sambil mengeluarkan buah-buahan dari peti sejuk.

"Siapa buaya darat tembaga tua?" Soal Mikhael yang baru tiba. Dia menyandarkan badannya pada kabinet dapur. Tangan disilangkan diatas dada.

"Opocot." Maryam menutup mulutnya. Terkejut dia apabila disergah secara tiba-tiba macam itu.

"Tak sangka kau rupanya bakal isteri aku." Mikhael berkata sinis.

Maryam hanya mendengus.

"Saya pun tak sangka bakal suami saya berketurunan buaya." Perli Maryam pula.

Mikhael tersenyum sinis.

"Kau tengoklah lepas kahwin nanti, aku jadi buaya atau jadi kucing jantan yang mengawan." Sejurus berkata Mikhael ketawa nakal.

"Dasar buaya gatal!" Tepik Maryam. Mukanya merah menahan malu.

Tuan Azhar dan Dato Malik yang melihat dari jauh hanya membalas senyum. Dimata mereka berdua, Maryam dan Mikhael selesa bersama. Hakikatnya, gadis dan jejaka itu sedang merangka usul-usul pembalasan dendam kesumat yang teguh terlakar di dalam hati masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience