BAB 18

Romance Series 7398

MARYAM mencuit bahu Mikhael yang sedang ralit bermain telefon di atas katil. Matanya mengintai sedikit skrin telefon Mikhael.

Oh, patutlah bahagia semacam. Tengah chat dengan kekasih-kekasih sementara rupanya. Sekejap buka chat dari perempuan itu, sekejap buka chat daripada perempuan lain pula. Ramai sungguh spare parts dia!

"Mikhael." Maryam menarik-narik lengan baju Mikhael, cuba menarik perhatian lelaki itu.

"Hmmm." Sahut Mikhael tanpa memandang Maryam sedikit pun.

"Pandanglah saya. Saya nak cakap ni." Dengus Maryam geram. Halah, halah. Macamlah kita ni nak cakap dengan dia sampai satu jam. Tak larilah kekasih tu kalau setakat tak balas chat kejap!

"Ya Maryam. Kau nak cakap apa? Aku dengar ni.." soal Mikhael. Dia menoleh ke arah Maryam. Telefon ditutup lalu diletakkan ke tepi.

"Kita keluar nak? Saya bosanlah terperap dalam bilik je. Kalau macam ni baik tak payah datang bercuti." Cebik Maryam. Hari ini, dari pagi sampai petang mereka hanya duduk di dalam bilik buat hal sendiri. Kalau keluar pun setakat pergi makan dekat cafe hotel. Kalau macam ni baik tak payah pergi bercuti. Buang masa.

"Tak nak. Aku malas." Tolak Mikhael lalu kembali membuka telefonnya.

Maryam mendengus geram.

"Taknak sudah. Saya boleh keluar sendiri." Maryam bangun dari duduknya lalu mengambil tuala dan pakaian untuk dipakai lalu masuk kedalam bilik air.

"Ada suami macam tak ada suami. Baik tak payah pergi bercuti." Pedas Maryam memerli. Sempat gadis itu menjeling Mikhael.

MARYAM melangkah keluar dari tandas sambil mengeringkan rambutnya. Matanya melilau mencari kelibat Mikhael tatkala sedar akan kehilangan lelaki itu.

"Cis, taknak keluar konon. Ni mesti keluar pergi usha perempuan-perempuan berbikini. Dasar mata keranjang!" Cemuh Maryam menyampah. Setelah selesai memakai tudung dan bersolek tipis, dia mengambil sling bag kecil yang terletak di atas meja kecil.

Pintu bilik dibuka lalu kelibat Mikhael yang sedang bersandar pada dinding mengejutkan dia.

"Lambat.." Kata Mikhael sambil memandang Maryam.

"Eh, awak buat apa dekat luar ni?" Tanya Maryam terkejut. Nasib baik dia tiada penyakit jantung. Kalau tak memang dah tak lama.

"Kau cakap kau nak keluar jalan-jalan. Cepatlah." Balas lelaki itu lalu berlalu pergi. Terkedek-kedek Maryam cuba menyaingi langkah laju Mikhael.

"Tadi awak kata awak taknak keluar?' Soal Maryam lagi.

"Memang aku malas, tapi kalau kau hilang aku yang susah. Kau tu bukannya boleh duduk diam. Merayap je kerja. Yelah, acah sangat tahu peta dunia. Padahal duduk dekat KL tu pun kadang-kadang sesat tak jumpa jalan." Perli Mikhael pada Maryam membuatkan gadis itu mengetap bibir geram.

"Awak ni kan. Nak je saya cili mulut awak." Kata Maryam geram.

Mikhael hanya buat endah tak endah.

"Kita nak pergi mana ni?" Maryam memandang Mikhael yang berpakaian simple tapi mampu mengugat iman.

"Pergi pantai jelah. Aku dengar pantai dekat sini ramai awek-awek cantik." Mikhael tersenyum gatal. Fuh, nikmat-nikmat. Mahunya dia tak balik bilik sampai pagi esok. Pacak khemah dekat tepi pantai best ni.

"Gatal. Betullah kata orang, lelaki memang suka tengok benda-benda macam tu." Maryam membuat muka geli.

"Dah dorang yang tayang. Aku tengok je." Selamba lelaki itu menjawab.

"Cakap jelah yang awak memang suka kalau diorang tayang. Tak payah jadi munafik." Kutuk Maryam tanpa menghiraukan Mikhael.

Mikhael hanya buat bodoh. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

"Awak tunggu sini tau. Saya nak pergi beli air kejap. Dahaga. Awak nak tak?" Tanya Maryam.

Mikhael haya menggeleng. Tadi dia dah minum air kosong sebelum keluar, jadi tak haus lagi.

Maryam hanya mengangguk lalu mula meninggalkan Mikhael.

Mikhael membuka telefon pintarnya. Sedang asyik dia bermain telefon, seorang gadis tidak sengaja terjatuhkan pursenya di hadapan Mikhael. Pantas Mikhael mengambil purse itu lalu mengejar gadis itu.

"Miss!" Panggil Mikhael sambil mengejar gadis itu membuatkan gadis itu berpaling.

"Atisha." Nama itu meniti dibibirnya. Bibir merahnya mula mengoyak senyuman. Tak sangka terjumpa gadis ini sekali lagi. Kecil betul dunia.

"Eh, Mikhael." Atisha senyum janggal. Sekali lagi dia bertemu dengan Mikhael.

"Kenapa awak panggil saya?" Tanya gadis itu bersama kerutan di dahi. Matanya dilarikan dari terus bertentang dengan Mikhael.

"Your purse tercicir tadi. Itu yang saya kejar awak untuk pulangkan.." Mikhael menghulurkan purse berwarna coklat itu pada Atisha. Lama dia renung wajah Atisha.

"Eh, saya tak perasan langsung purse saya tercicir. Thank you, Mikha.." Gadis itu berterima kasih. Purse coklatnya diambil daripada huluran Mikhael.

"Dah lama saya tak dengar awak panggil saya Mikha.." Mikhael lakar senyuman nipis. Dulu, Atisha sangat suka panggil dia dengan nama Mikha.

Atisha ketawa janggal.

Kelibat Maryam yang sedang menghampirinya dari belakang Atisha membuatkan Mikhael membulatkan mata. Pantas isyarat mata diberi kepada Maryam supaya gadis itu beredar dan tidak menyapanya.

Kejam sungguh!

Maryam berkerut dahi. Kakinya terhenti daripada melangkah.

Isyarat mata daripada Mikhael cuba dia tafsir. Dia berkerut dahi. Lama kelamaan dia mula faham. Cis, tak guna punya suami!

Pantas kaki melangkah pergi sambil mencarut pendek dalam hati. Susahlah kalau kahwin dengan buaya ni.

"Awak tengok siapa?" Atisha mula berpaling. Dia perasan Mikhael tengah pandang sesuatu di belakangnya. Mencari gerangan yang mungkin berada di belakangnya.

"Eh, mana ada saya tengok sesiapa. Saya tengok awak je." Mikhael tersengih.

Atisha ketawa kecil. Mikhael masih seperti dulu. Bermulut manis.

"Awak sorang-sorang je ke dekat sini? Kenapa tak balik KL lagi?" Soal Mikhael pada Atisha.

Atisha mengangguk.

"Sepatutnya saya dah flyback ke KL pagi tadi. Tapi delay malam ni.." jujur Atisha.

"Nice. Saya pun sorang-sorang ni. Maybe kita boleh sembang? Dah lama kita tak jumpa.." ajak Mikhael. Dia sangat berharap yang Atisha akan menerima ajakkannya.

"Why not.." Senyum Atisha.

Maryam yang memerhati dari jauh hanya mendengus. Kaki dihentak geram. Terpaksalah dia ambil angin sorang-sorang.

MARYAM berjalan seorang diri di tepi pantai sambil menyepak-nyepak pasir pantai yang lembut. Dress yang dipakainya beralun mengikut tiupan angin. Namun wajahnya cemberut tatkala teringat perangai Mikhael yang serupa minta parang untuk disembelih.

"Auchh." Jerit Maryam kecil tatkala terasa seperti ada benda tajam mencucuk tapak kakinya. Darah merah pekat mula mewarnai tapak kakinya. Dia labuhkan punggung di atas pasir sambil membelek kakinya.

"Malangnya hidup aku." Rintih Maryam sedih. Serpihan cengkerang yang melekat pada tapak kakinya ditarik perlahan. Itulah, gedik lagi tak nak pakai selipar. Kan dah mendapat.

"Aduh." Adunya pedih.

"Miss?" Seseorang memegang bahunya dari belakang membuatkan Maryam berpaling.

"Are you okay?" Seorang jejaka yang memakai cermin mata hitam menyapanya. Maryam membulatkan matanya.

"Harraz?" Terkedu Maryam tatkala lelaki itu membuka cermin mata hitamnya.

"Eh, Maryam.." Harraz turut sama terkejut.

"Awak buat apa dekat sini?" Maryam menyoal Harraz. Lelaki itu duduk di hadapan Maryam lalu membersihkan kaki gadis itu.

"Bercuti." Balas Harraz pendek.

"Saya tak sangka pula terjumpa awak dekat sini." Sambung Harraz lagi. Dia mula mengikat sapu tangan yang dibawanya pada kaki Maryam.

"Saya pun tak sangka jumpa awak dekat sini. Kecil betul dunia." Maryam ketawa palsu. Alamak, nasib dia tidak bersama dengan Mikhael tika ini. Kalau tak mesti rahsia mereka sudah bocor.

"Mungkin jodoh kita kuat." Kata Harraz membuatkan Maryam ketawa kekok.

Maryam sedar Harraz masih memegang telapak kakinya. Pantas Maryam menarik laju.

"Hahaha, mungkin..." Maryam menggaru belakang kepalanya. Ish, awkwardnya.

"Awak boleh jalan tak? Atau nak saya tolong?" Tawar Harraz bersama senyuman.

"Eh tak apa. Saya boleh je bangun dan jalan sendiri. Sikit je ni." Tolak Maryam lalu mula berdiri. Perit sedikit terasa pada tapak kakinya namun dia rela menahan sakit daripada ditolong oleh Harraz. Mereka kenal pun baru sahaja. Takkanlah dia mahu membiarkan lelaki itu saja-saja menyentuhnya.

"Jom teman saya pergi minum. Saya belanja." Ajak Harraz. Dia mahu mengenali Maryam dengan lebih mendalam.

Maryam menggaru belakang lehermya. Dia berdeham perlahan.

"Saya tak berapa sihatlah. Saya nak masuk bilik nak sapu ubat dekat kaki saya. Risau kalau jadi makin teruk." Tipu Maryam. Hakikatnya dia tidak berasa selesa dengan lelaki itu. Entah kenapa, hatinya bersa gerun tatkala melihat wajah lelaki itu. Rasa macam ada sesuatu yang disembunyikan oleh Harraz.

"Kalau macam tu, mari saya hantarkan awak." Harraz mula menarik pergelangan tangan Maryam membuatkan gadis itu tidak sempat menolak. Nasib baiklah dilapisi dengan dress lengan panjang

Sampai sahaja di hadapan hotel, Maryam menarik tangannya. Wajah kelihatan sedikit pucat namun dia cuba berlagak biasa.

"Rest well." Ucap Harraz bersama senyuman manis.

"Terima kasih. Saya naik dulu." Balas Maryam lalu cepat-cepat masuk ke dalam lobby hotel. Kaki melangkah laju ke lif. Tingkat yang menempatkan bilimnya ditekan. Dia memegang dadanya yang berdegup laju.

Sampai sahaja di hadapan bilik, pantas dia melangkah masuk dan mengunci pintu. Badan disandarkan pada dinding sambil memegang bahagian dadanya. Jantungnya masih berdegup kencang.

"Macam mana dia tahu aku duduk dekat hotel mana?" Soal Maryam dalam hati. Peluh dingin mula membasahi dahinya.

Sumpah, dia tidak pernah memberitahu Harraz yang mana satukah hotel tempatnya menginap. Padahal begitu banyak hotel di kawasan ini. Tetapi bagaimana lelaki itu boleh tahu?

"JADI, boyfriend awak tak marah ke awak keluar dengan saya?" Soal Mikhael pada Atisha sambil menghirup kopi yang dipesannya.

"Dia tak akan marah. Mungkin dia tak akan kisah pun." Atisha tersenyum hambar. Wajahnya bertukar sayu.

Mikhael berkerut dahi.

"Kenapa dia tak marah?"

"Sebab saya tahu dia tak cintakan saya. Buktinya dia curang belakang saya." Atisha tersenyum nipis. Cuba menenangkan hatinya yang dihambat rasa sayu.

"Mungkin... ini balasan untuk saya selepas apa yang saya buat pada awak.." balas Atisha menunduk.

Mikhael berdehem. Rupanya Atisha pun masih ingin tentang cerita lama mereka.

"Lagipun saya dah putus dengan dia. Buat apa saya terhengeh-hengeh dengan lelaki yang tak cintakan saya kan?" Atisha tersenyum hambar.

"Betul tu. Lupakan dia. Dia tak layak untuk awak. Ramai lagi lelaki yang tengah tunggu awak dekat luar sana.

"Contohnya saya.." Mikhael berkata perlahan namun cukup jelas di pendengaran Atisha. Atisha mengangkat wajah, dia memandang Mikhael lama.

"Jangan nak berguraulah, Mikhael. Takkanlah awak masih tunggu saya lepas apa yang saya dah buat pada awak. Saya curang. Saya tipu awak hidup-hidup sedangkan awak tak pernah sakitkan hati saya.." kata Atisha bersalah. Jujur, dia menyesal kerana pernah meninggalkan Mikhael dulu demi lelaki yang langsung tidak menghargainya. Dia telah sia-siakan lelaki yang amat cintakan dia suatu masa dahulu.

"Saya cakap betul. Saya masih tunggu awak. Bila saya jumpa awak semalam, saya sedar saya rindukan awak dan masih cintakan awak. Saya masih tak lupakan awak, Atisha." Kata Mikhael pada Atisha. Matanya merenung tepat mata gadis itu.

"Tapi saya dah pernah sia-siakan cinta awak, Mikhael. Saya tak layak untuk dapat peluang kedua daripada awak. Awak layak dapat perempuan yang lagi baik dari saya, Mikhael.." Kata-kata Atisha membuatkan Mikhael terkedu.

"Tak, Atisha. Saya tak akan lepaskan awak lagi. Saya nak baiki semula hubungan kita dahulu. Kita mulakan dari awal, ya?" Mikhael memandang Atisha dengan penuh pengharapan.

Atisha terdiam lama. Dia pandang wajah Mikhael. Lambat-lambat, dia mengangguk.

Mikhael senyum kelegaan. Seketika, dia lupa siapakah dirinya, apakah statusnya. Apa yang dia tahu sekarang, dia tidak mahu lagi menjadi kaki perempuan. Dia mahu berubah. Dan itu kerana Atisha, bukannya Maryam, isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience