Maryam melangkah laju ke dewan kuliah. Disebabkan Mikhael lah dia sampai lambat ke kelas. Kalau dia kena marah sebab datang lewat, memang dia penggal kepala Mikhael. Sudahlah subjek pertama harini subjek Dr Rina yang boleh tahan garang. Kalau mood Dr Rina swing hari ini, memang tak sampai seminit dia masuk kelas mesti kena keluar balik aka kena halau.
Maryam membuka pintu dewan kuliah laju. Dirinya yang sedang berada di muka pintu itu menjadi perhatian mata-mata yang memandang.
"Maryam, kenapa awak lambat?" Soal Dr Rina. Matanya mengerling jam yang tersarung kemas pada pergelangan tangan. 15 minit lewat.
Maryam menggaru belakang kepalanya. Takkan nak jawab dia lambat sebab ditinggalkan suami. Kantoi lah nanti. Otak mula mencari akal untuk memanipulasi keadaan.
"Saya tertinggal dompet tadi Dr, jadi saya patah balik ke rumah. Maafkan saya. Saya janji ini kali yang terakhir saya lambat datang ke kelas," kata Maryam bersungguh-sungguh.
Dr Rina mengangguk. Sebelum ini, tidak pernah lagi Maryam lambat ke kelasnya. Jadi tidak salah jika dia memaafkan gadis itu kerana ini adalah kali pertama.
"Baiklah, saya lepaskan awak sebab ini kali pertama awak datang lambat. Dah, pergi duduk," arah Dr Rina. Sesi pengajaran kembali diteruskan dengan menerangkan beberapa peta minda yang terpapar pada skrin besar.
"Pssst, kau buat apa semalam sampai terlambat bangun?" bisik Dahlia selepas Maryam melabuhkan punggung di sebelahnya. Senyuman nakal dihadiahkan kepada Maryam.
Maryam mendengus perlahan. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh kawan baiknya itu. Gatal tangannya ingin menunjal otak hijau Dahlia.
"Tak, aku bukannya terlambat bangun..."
"Then?" Dahlia mengangkat keningnya. Tumpuan ditumpukan 100% pada sahabat baiknya. Dr Rina yang sedang mengajar di hadapan dihiraukan.
"Buaya tu tinggalkan aku kau tahu tak? Tadi dia setuju nak tumpangkan aku, last-last dia tinggalkan aku. Terpaksalah aku cari teksi. Nak dijadikan cerita, teksi memang jarang lalu dekat kawasan perumahan tu.." ujar Maryam geram. Tangan dikepalkan lalu dia menghentak meja kuliah yang panjang itu.
"Buaya? Maksud kau Mikhael?" Dahlia mengangkat keningnya.
Maryam mengangguk laju. Bibir diketap geram. Ya tuhan, kalau Mikhael ada di hadapannya sekarang, memang dia belasah lelaki itu habis-habisan.
"Pffftt." Dahlia menahan tawa. Sadis betul hidup kawannya. Mulut ditutup menggunakan telapak tangannya, cuba mengelakkan tawanya dari terlepas.
Maryam menjeling. Buku rujukan dibuka lalu dia mendengar segala yang diperkatakan oleh Dr Rina. Dahlia yang sedang menahan tawa daripada terlepas dihiraukan.
...
Maryam bergegas keluar dari dewan kuliah dengan pantas. Apa yang dia tahu, dia mesti berjumpa dengan Mikhael. Kalau dia dapat Mikhael, dia hentak-hentak kepala lelaki itu pada dinding.
Amboi, mentang-mentang dia ni bukan isteri idaman, sesedap nasi kandar lelaki itu je nak tinggalkan dia?
Matanya melilau ke kiri dan ke kanan. Kata hatinya mengatakan yang Mikhael berada disini. Fakulti dia dan fakulti Mikhael sebelah-sebelah. Jadi senang sahaja kalau dia ingin mencari lelaki itu.
Mata dikecilkan. Figura seorang lelaki yang tinggi lampai dan seorang gadis cantik sedang berbual mesra bermain di matanya.
Maryam menyising lengan baju kurungnya. Kaki diatur laju menuju ke arah pasangan yang terlebih gula itu.
"Mikhael," panggil Maryam garang.
Mikhael yang sedang berbual dengan gadis yang bernama Hannah itu menoleh. Kerutan muncul di dahinya. Hannah yang berada di sisi Mikhael juga memandang Maryam pelik.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Mikhael. Matanya mengerling ke arah Hannah yang sedang berkerut dahi. Pasti pelik dengan kehadiran Maryam yang bak singa kelaparan.
Maryam mendengus.
"Awak tanya saya kenapa? Hello cik abang, saya yang patut tanya awak tahu tak? Kenapa awak tinggal- hmmmphh..." Belum sempat dia menghabiskan kata-kata, tangan Mikhael melekap pada mulutnya.
Mikhael melempar senyuman palsu pada Hannah.
"Awak tunggu saya dekat kafeteria ya? Sekejap lagi saya datang." Kata Mikhael lembut pada Hannah.
Maryam menampar-nampar tangan besar Mikhael yang melekap pada mulutnya. Tak boleh bernafas tahu?! Sekali dengan hidungnya lelaki itu tutup. Mikhael ni memang dah tak sabar nak jadi duda terlajak laris ke macam mana?
"Okay. Cepat sikit tau, nanti saya rindu.." balas Hannah manja. Maryam yang sedang bergelut untuk melepaskan diri dijelingnya sebelum dia melangkah pergi dengan gedik.
Wajah Maryam memasam. Jeling-jeling. Cungkil biji mata baru tahu.
"Kau ikut aku.." Mikhael menarik tangan Maryam ke belakang tangga yang sunyi.
"Sakitlah awak. Lepaslah." Marah Maryam. Dia merentap tangannya geram.
"Kenapa kau muncul depan aku tadi? Nanti kalau Hannah tanya aku kau siapa, aku nak jawab apa?" Soal Mikhael geram setelah melepaskan pergelangan tangan Maryam. Dia bercekak pinggang.
Maryam mencebik. Pergelangan tangannya yang memerah diusap perlahan.
"Awak tu yang kenapa. Kenapa awal tinggalkan saya tadi? Awak kata awak nak tumpangkan saya!" bentak Maryam geram.
Melihat wajah bersahaja Mikhael menambah lagi kemarahan Maryam. Lelaki ini memang tiada hati perut ke macam mana?
"Aku tumpangkan Dania tadi. Takkanlah aku nak tumpangkan kau sekali. Nanti kalau dia tanya, aku nak jawab apa? Nak jawab kau isteri aku? Hell no." Mikhael menggulingkan matanya.
"Awak ni memang tak ada hati perut langsung kan?" Marah Maryam lagi.
"Tak, sekarang ni kau faham tak yang aku tumpangkan Dania tadi? Aku tak nak dia tahu tentang hubungan kita." balas Mikhael dengan nada menyampah sambil berpeluk tubuh.
Maryam menghembus nafas panjang. Hatinya kecewa. Walaupun dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pada Mikhael, dia tetap terasa hati.
"Okay, saya faham kalau Dania tu lagi penting. Maafkan saya sebab menyusahkan awak." kata Maryam lalu melangkah pergi meniggalkan Mikhael. Dia menjeling Mikhael sekilas.
Mikhael mendengus. Merajuk pula minah ni.
...
Maryam melangkah ke tasik universiti. Punggungnya dilabuhkan di atas bangku lalu beg sandang diletakkan di atas riba.
Terasa? Sudah semestinya. Hati perempuan mana yang tidak terluka jika diperlakukan sebegitu rupa?
Ada suami macam tak ada suami. Kalau Maryam tahu yang nasibnya sebegini rupa setelah berkahwin, baiklah dia membujang sampai tua. Hati pun tak sakit.
Maryam menarik nafas dalam. Dia bukannya sukakan lelaki itu. Tapi biasalah perempuan, hati tisu, dilayan dengan kasar sedikit pasti sudah tergores dan terluka hatinya.
"Sekurang-kurangnya minta lah maaf. Nak belanja makan ke apa ke. Menyampah. Ni macam aku pulak yang buat salah dekat dia.." Rungut Maryam. Kaki dihayunkan ke depan dan ke belakang.
Maryam menunduk. Mata dipejam erat. Cuba meredakan kemarahan dan kekecewaan yang menguasai diri.
"Auwww.." desis seorang lelaki tatkala betisnya tidak sengaja disepak oleh Maryam yang sedang menghayunkan kaki laju.
Mata Maryam membulat.
"Eh awak, maafkan saya." Kata Maryam lantas berdiri.
Dahi lelaki itu berkerut akibat menahan perit dibetis. Fuh, kuat juga dia kena tendang.
"Awak duduk dulu." Maryam menyuruh lelaki itu duduk di bangku.
Lelaki itu menyinsing seluarnya untuk melihat betis yang tidak sengaja disepak Maryam.
"Lebamlah." kata Maryam risau apabila melihat betis lelaki itu yang membiru. Dia pun satu, mengelamun sampai tertendang orang. Kalau tertendang Mikhael tak apa, ini tertendang orang yang dia tidak kenal. Memalukan sungguh.
"Tak apa, tak apa. Esok lusa baiklah tu." Lelaki itu cuba menenangkan Maryam.
"Tapi betis awak lebam. Awak tunggu sekejap tau. Saya pergi beli ais." Maryam berlari anak ke kafeteria berdekatan sebelum lelaki tersebut sempat membalas.
Lelaki itu tersenyum kecil melihat tingkah Maryam. 10 minit kemudian Maryam tiba bersama satu plastik ais ditangan.
"Saya letak ais dekat betis awak yang lebam ya," kata Maryam lalu duduk mencangkung di hadapan lelaki itu. Ais ditekapkan pada betis lelaki itu dengan perlahan-lahan.
"Saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja." kata Maryam pada lelaki itu.
"Eh tak apa. Awak tak sengaja kan." Lelaki itu tersengih.
Maryam membalas dengan senyuman.
"Dah siap, kalau esok lusa lebam awak tak hilang lagi, awak boleh datang jumpa saya balik. Saya akan bawa awak ke klinik. Saya cover semua cost." Maryam berkata ikhlas. Dia berdiri di hadapan lelaki itu.
Lelaki itu menggeleng.
"Eh, tak payah lah. Nanti eloklah tu." Lelaki itu cuba meyakini Maryam.
Maryam hanya mengangguk. Kalau begitu, legalah sikit dia mendengarnya.
"Saya Harraz." Lelaki itu menghulurkan tangannya.
Maryam tersenyum kekok sambil memandang huluran salam Harraz. Takkanlah dia nak salam Harraz.
Harraz menarik tangannya kembali. Da menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Awkward...
"Saya Maryam."
...
Maryam melangkah seorang diri di koridor universiti. Dahlia sudah awal-awal lagi pulang ke rumah. Hanya dia sahaja yang pulang lambat kerana ingin mengulangkaji pelajaran di perpustakaan.
Langkahnya terhenti tatkala tangannya ditarik seseorang. Maryam tersentak.
"Balik dengan aku.." Kata Mikhael. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan, risau jika ada makcik dan pakcik bawang yang memerhati.
"Tak nak. Saya boleh balik naik bas," balas Maryam cuba berjual mahal.
Mikhael mendengus.
"Ikut je lah cakap aku. Susah sangat ke?" Tanya Mikhael geram.
"Saya kata tak nak, tak nak lah. Nanti tak pasal-pasal awak tinggalkan saya dekat tepi jalan bila kekasih-kekasih awak ajak awak keluar. Awak ni bukannya boleh percaya sangat. Pantang ajak dating, berdesup awak pergi.." Maryam menjeling. Dia serik. Dia tidak mahu lagi terpedaya dengan lelaki itu.
Mikhael menghembus nafas panjang. Maryam dan keras kepala memang tidak dapat dipisahkan.
"Kau nak aku angkat kau? Aku boleh je buat." Ugut Mikhael.
"Teruskanlah dengan ugutan awak tu Mikhael. Saya tak takut." Maryam menjeling lalu melangkah meninggalkan Mikhael.
"Aku pantang dicabar Maryam." kata Mikhael geram lalu cuba mengangkat Maryam.
Maryam membulatkan matanya.
"Eh, lepaskan saya! Orang nampak lah!" Maryam menumbuk-numbuk bahu Mikhael.
"Nope. Aku tak akan lepaskan kau selagi kau tak setuju nak balik dengan aku."
Maryam mendengus.
"Okay! Saya ikut awak. Menyampah betullah dengan manusia yang suka main paksa-paksa orang ni." Balas gadis itu geram.
Mikhael tersenyum sinis. Badan gadis itu dilepaskan. Maryam menjeling lalu berjalan laju meninggalkan Mikhael dibelakang.
...
Maryam masih bermasam muka. Mikhael yang berada disisinya langsung tidak dipandang apatah lagi ditegur.
Mikhael berdeham perlahan.
"Kita pergi makan dulu. Kau makan roti je masa sarapan tadi kan?" Mikhael menoleh memandang Maryam disisinya.
Maryam menggeleng.
"Saya dah kenyang."
Mikhael berkerut dahi.
"Kau makan dengan Dahlia ke tadi?"
"Tak, saya makan dengan Harraz," tipu Maryam malas lalu memejamkan matanya. Menghiraukan Mikhael yang masih dibelenggu pelbagai soalan.
"Harraz tu siapa?" Tanya Mikhael lagi.
"Kawan."
"Kawan istimewa?" Mikhael menyoal lagi.
Maryam berdecit. Marahnya masih belum reda.
"Tak perlu awak tahu." Balas Maryam dingin.
Mikhael mencebik.
"Kau marahkan aku lagi?"
Soalan Mikhael dibiarkan sepi. Wajah Maryam dipalingkan ke arah tingkap kereta. Soalan apa Mikhael tanya ni? Dah kalau muka dia dah serupa asam jeruk, masam mencuka, takkan tengah bahagia kut.
Biar Mikhael rasakan. Apa kau ingat kau je boleh ego? Maryam pun bolehlah.
Mikhael menggaru kepala yang tidak gatal. Maryam masih berdiam diri. Dia buntu, perempuan dan merajuk memang tak boleh berpisah.
Share this novel