Maryam membuka pintu biliknya. Buka sahaja pintu, semerbak bau wangi perfume menyapa rongga hidungnya. Figura Mikhael yang sedang memperbetulkan rambut di hadapan cermin menyapa mata.
"Awak nak pergi mana?" Soal Maryam sambil melangkah masuk. Punggung dilabuhkan di hujung katil.
Mikhael melirik dengan hujung matanya.
"Kelab malam." Balas Mikhael pendek. Rambutnya diperbetulkan mengikut style yang dia mahu.
"Lambat ke awak balik?" Soal Maryam lagi. Dia melihat jam yang tergantung di dinding biliknya, 10.00 malam.
"Early in the morning maybe." Balas Mikhael acuh tidak acuh. Kunci kereta yang terletak di atas meja solek diambil.
Semasa lelaki itu melintas di hadapan Maryam, gadis itu sempat mengengam tangannya. Dengusan kecil keluar dari mulut Mikhael.
"Kau nak apa sebenarnya?" Tanya Mikhael geram.
"Tak boleh ke kalau awak tak keluar malam ni?" Tanya Maryam perlahan. Tangan Mikhael yang dia pegang dilepaskan perlahan-lahan.
Mikhael mengeluh. "Kenapa tak boleh pulak? Kau tak ada hak nak sekat hidup aku okay. Kita kahwin bukannya sebab kita suka sama suka."
Maryam menarik nafas dalam. Mikhael kalau bercakap memang main lepas. Tak pernah nak fikir perasaan orang.
"Nanti apa yang mama dan papa saya fikir kalau mereka tahu awak balik awal pagi. Tak boleh ke awak jaga hati mama dan papa saya? Nanti kalau kita dah pindah, ikut suka hati awaklah nak balik pukul berapa. Taknak balik pun tak apa." Luah Maryam.
Mikhael menggulingkan matanya ke atas. Semak.
"Then, kau nak aku duduk terconggok dalam bilik ni menghadap muka kau?" Tanya Mikhael dengan nada menyampah.
Maryam menarik nafas dalam. Cuba bersabar dengan perangai ego Mikhael yang tinggi melangit.
"Malam ni je. Esokkan kita nak pindah. Lepas ni, kalau awak tak nak balik rumah pun tak apa. Saya tak kisah. Awak ingat saya pun nak hadap sangat ke muka awak?" Geram Maryam membalas. Apa? Mikhael ingat dia hadap sangat ke nak tengok wajah lelaki itu 24 hours non stop? Hey, dia pun tak hamaklah!
"Semaklah mama dan papa kau ni." Kutuk Mikhael perlahan namun didengari oleh Maryam.
"Awak kata mama dan papa saya semak? Hey Mikhael, awak jangan kurang ajar ya. Dia mama dan papa saya, bukan kawan-kawan awak. Saya boleh terima kalau awak tak hormat saya sebagai isteri awak, tapi awak jangan sesekali fikir yang saya boleh bertolak ansur bila awak tak hormat mama dan papa saya. Jangan layan mama dan papa saya sepertimana awak layan daddy awak." Marah Maryam lalu melangkah keluar. Pintu bilik dihempas kuat sebagai tanda protes dan meninggalkan Mikhael yang masih terpaku.
"Ish Mikhael, mulut kau tak boleh nak control." Mikhael menepuk-nepuk mulutnya sendiri. Dia memandang pintu bilik yang tertutup rapat.
"Merajuk ke?" Soal Mikhael pada diri sendiri. Kepalanya digaru perlahan.
Keluhan keluar dari mulutnya. Kunci kereta diletakkan kembali lalu dia berbaring di atas katil. Dia menunggu Maryam untuk datang kembali.
10 minit.
20 minit.
30 minit.
1 jam.
Mikhael mencebik.
"Mana pulak perempuan ni?" Soal Mikhael pada diri sendiri. Mata yang sudah kuyu cuba dicelikkan dengan lebih besar. Lelaki itu melangkah ke arah pintu, baru sahaja dia ingin membuka pintu, pintu itu sudah terkuak dari luar.
Maryam melangkah masuk. Mikhael yang berdiri statik dijelingnya.
Selimut ditarik lalu dia masuk ke dalam selimut, berbaring membelakangi Mikhael.
Mikhael pula melabuhkan punggungnya di sebelah Maryam. Bahu Maryam dicuitnya.
"Kau marah aku ke?" Soal Mikhael.
Sunyi. Maryam tidak membalas apa-apa. Gadis itu menutup matanya rapat. Rasakan, baru kau tahu rasa bersalah tu macam mana.
"Sorry laa. Aku terlepas tadi. Aku tak bermaksud pun nak panggil mama dan papa kau semak." Pujuk Mikhael. Dia mencuit bahu Maryam lagi.
Maryam mendengus rimas.
"Pergilah keluar Mikhael. Saya nak tidur, penat."
"Tak nak. Kau maafkan aku tak?" Soal Mikhael lagi. Bahu Maryam masih dicuit-cuit berkali-kali.
"Ya, ya saya maafkan awak. Keluarlah Mikhael. Jangan kacau saya." Balasan Maryam membuatkan Mikhael tersenyum.
"Malaslah keluar, nak tidur jugak."
Lelaki itu mula berbaring. Tangannya cuba memeluk pinggang Maryam.
"Awak sentuh saya, saya patah-patahkan tangan awak." Ugut Maryam membuatkan Mikhael menarik tangannya kembali. Mulut dicebikkan.
"Nak peluk pun salah." Rungutan Mikhael membuat Maryam tersenyum dalam diam.
...
Maryam memeluk Puan Juwita erat. Air mata yang bakal mengalir cuba ditahan. Tidak sanggup bagi dia untuk meninggalkan Tuan Azhar dan Puan Juwita.
"Datang lah melawat mama dan papa lain kali. Nanti kami rindu Maryam." Puan Juwita mengusap pipi anaknya.
Maryam mencebir. Mamanya suka buat scene sedih!
Giliran Mikhael pula memeluk Tuan Azhar yang berada disamping Puan Juwita.
"Mikhael jaga anak papa baik-baik tau." Pesan Tuan Azhar. Mikhael hanya mengiyakan bersama senyuman tipis.
Mengiyakan perkara yang dia sendiri belum tahu adakah dia dapat tunaikannya atau tidak.
"Kamu berdua jangan bergaduh tau. Jangan ingat papa tak tahu yang kamu berdua selalu bergaduh macam anjing dengan kucing." Perli Tuan Azhar bersama tawa. Puan Juwita menepuk lengan suaminya bersama senyuman.
Mikhael dan Maryam hanya tersenyum malu.
"Kalau Mikhael tak mulakan, Maryam tak ada sebab nak serang dia." Maryam mengangkat kedua-dua tangannya. Mikhael menjeling.
"Bukan kau ke yang selalu cari pasal dulu dengan aku?" Soal Mikhael geram. Lengan Maryam cuba dicubit namun gadis itu pantas mengelak.
"Maryam, apa cakap macam tu? Hormat Mikhael, dia suami Maryam bukan kawan." Nasihat Puan Juwita lembut.
Mikhael tersenyum bangga.
"Dengar tu, aku suami kau bukan kawan. Suami untuk ajak bermanja bukan ajak berlawan!"
Maryam menggulingkan matanya. Mahu sahaja dia kepit mulut potpet Mikhael.
"Dah, dah. Pergi masuk kereta cepat. Penat papa nak melayan kamu berdua."
Maryam hanya tersengih. Dia memeluk Puan Juwita dan Tuan Azhar buat kali terakhir sebelum melangkah masuk ke dalam kereta diikuti Mikhael.
Kereta itu mula bergerak keluar dari perkarangan rumah keluargannya.
"Awak.." Maryam memegang lengan Mikhael yang dilapisi baju yang berlengan panjang.
"Apa?" Mikhael mengangkat keningnya.
"Saya laparlah." Adu Maryam. Dia memegang perutnya yang berbunyi sejak tadi.
"Bukan tadi dah makan ke?"
"Lapar lagilah." Cebik Maryam. Dia memandang kiri dan kanan, mana tahu ada restoran yang berdekatan.
"Makan dekat rumah kita lah nanti." Cadang Mikhael. Matanya masih fokus dengan pemanduan.
"Mana ada makanan."
Mikhael menghela nafas panjang.
"Then, apa gunanya kau dekat dalam rumah tu? Kau masaklah. Takkan setiap hari nak makan luar." Mikhael menjeling Maryam.
Maryam mencebik.
"Bukan setiap hari awak keluar dengan girlfriends awak ke? Takkan tak boleh tapaukan satu untuk saya?" Tanya Maryam.
Berhabiskan duit untuk teman-teman wanitanya boleh pula. Maryam yang kelaparan di rumah dibiarkan. Bak kata pepatah, kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Elok sangatlah teman-teman wanita Mikhael dilabel kera. Terkinja sana, terkinja sini.
"Mana boleh aku tapaukan untuk kau. Nanti kalau girlfriendssss aku tanya aku nak jawab apa? Nak bagi kucing aku makan? Macam tu?" Soal Mikhael sinis.
Maryam berdecit. Dia berpeluk tubuh. Cis, cakap je la taknak tapau. Nak bagi banyak alasan pula..
Perjalanan mereka berdua sunyi sepi dan hanya ditemani lagu-lagu yang dikeluarkan oleh radio. Maryam hanya memandang Mikhael dari sisi mata. Kelihatan lelaki itu menyanyi kecil mengikut lagu yang dimainkan oleh dj radio.
"Kau tak ada boyfriend?" soal Mikhael secara tiba-tiba. Pantas Maryam memalingkan wajahnya memandang Mikhael.
"Boyfriend?" soal Maryam.
Mikhael mengangguk.
"Awaklah boyfriend saya.." balas Maryam tanpa berfikir panjang. Tapi betullah kan, suami dialah boyfriend dia.
Mikhael tercenggang. Dia berdeham perlahan.
"Janganlah main-main.."
"Mana ada saya main-main. Berdosalah kalau seorang isteri ada perasaan dekat lelaki lain selain suami. Awak ni, takkan itu pun tak tahu.." Maryam menjeling Mikhael. Apa Mikhael ingat dia ni pun ada darah buaya ke yang suka pasang banyak spare part?
"Habistu kau ada perasaan dekat aku?" Soalan Mikhael itu membuatkan Maryam tersentak. Mata mereka berdua bertemu. Perlahan-lahan Maryam memalingkan wajah, buat-buat pandang permandangan di luar tingkap kereta.
"Mana ada saya cakap saya ada perasaan dekat awak.." balas Maryam. Ish malunya, kenapa la dia tak fikir dulu sebelum berkata-kata. Tengok, kan dah termalu sendiri.
"Ya ke? Takkan kau tak ada perasaan langsung dekat aku yang kacak lagikan bergaya ni?" usik Mikhael. Dia menyiku lengan Maryam bersama senyuman nakal.
Maryam mendengus.
"Ish, bawak la kereta elok-elok. Saya taknak jadi janda lagi," kata Maryam geram tatkala Mikhael tidak habis-habis menyikunya.
Mikhael ketawa suka apabila melihat wajah cemberut Maryam. Maryam, Maryam, tak boleh dibawa bergurau langsung!
"Tak kelakarlah.." kata Maryam geram. Namun itu hanya membuatkan tawa Mikhael bertambah kuat.
Maryam menjeling. Lama kelamaan dia turut tersenyum.
Share this novel