MIKHAEL membuka pintu bilik hotelnya bersama senyuman bahagia. Akhirnya dia berjaya juga mendapatkan kembali gadis yang yang pernah memiliki hatinya dahulu. Anak matanya menangkap kelibat Maryam yang sedang berdiri di beranda hotel menghadap laut pada malam hari yang berombak tenang mengikut tiupan angin.
Lantas kakinya menghampiri Maryam yang semestinya langsung tidak menyedari akan kehadirannya. Idea nakal menjengah fikirannya.
"Bah!" Kejut Mikhael. Lelaki itu ketawa mengekek namun kian menghilang tatkala hanya reaksi hambar diberikan oleh Maryam terhadapnya.
Gadis itu hanya melemparkan pandangan dingin. Tiada senyuman. Tiada kata.
"Kau marah aku ke Maryam?" Soal Mikhael lembut. Tahu sangat, kalau Maryam dah tayang muka dingin macam tu, pasti ada yang tidak kena.
Maryam hanya berdiam diri. Langsung tidak melayan pertanyaan daripada lelaki itu. Dia kembali membuang pandang ke laut luas.
"Kau okay tak ni?" Tanya Mikhael lagi. Nadanya kedengaran prihatin namun langsung tidak berjaya menjentik hati gadis itu untuk membalas persoalannya.
"Maryam.." Mikhael memegang tangan gadis itu namun pantas ditepis Maryam.
"Apa main pegang-pegang tangan orang ni? Saya tak suka buaya darat tembaga macam awak sentuh-sentuh saya. Sila berdiri lima meter jauh dari saya. Kalau nak jauh lagi, satu kilometer." Maryam hanya memberi amaran. Segera dia menjauhi Mikhael yang berdiri tegak disebelahnya.
Mikhael mengeluh.
"Kau hak aku dan kau milik aku. Jadi apa masalahnya? Aku nak peluk kau ke, cium kau ke, suka hati akulah. Lebih daripada tu aku boleh buat sebab kau isteri aku yang sah." ujar Mikhael panjang lebar. Dia masih cuba untuk mendekati gadis itu namun terhenti tatkala gadis itu menuturkan kata.
"Kalau awak anggap saya sebagai isteri awak yang sah, awak tak akan layan saya macam mana awak layan saya sekarang Mikhael." Balas Maryam geram. Bibirnya diketap, menahan amarah.
"Aku layan kau okay je kan? Kau nak aku layan kau macam mana lagi? Aku rasa dah cukup sempurna layanan aku dekat kau. Aku langsung tak sentuh kau sebab aku hormat kau walaupun aku tahu itu hak aku. Kau nak apa lagi?" Mikhael menyoal dengan sedikit geram. Dia meraup rambutnya ke belakang. Rasanya dia telah melayan gadis itu dengan baik. Tidak ada pula dia menjentik gadis itu apatah lagi memukul. Apa yang buruk? Bukankah dia telah memberikan layanan yang sempurna kepada Maryam?
"Okay? Awak kata okay? Awak biarkan saya seorang diri dalam hotel ni, tapi awak? Awak berfoya-foya dengan perempuan lain lepas tu balik tengah malam buta macam ni. Itu yang awak kata awak layan saya baik? Ini yang awak kata sempurna?" Balas Maryam tidak berpuas hati. Biar dia meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya selama ini. Lagi dipendam lagi sakit. Jadi biarlah dia meluahkan segala-galanya.
"So kau cemburu? Maryam, aku dah pernah cakap, apa yang aku nak buat kau tak boleh halang. Sebab kau cuma isteri aku dekat atas kertas je. Kau lupa?" Mikhael pula membalas sini.
Maryam terdiam. Sedikit sebanyak kata-kata Mikhael itu meninggalkan luka pada hatinya.
"Saya tak lupa dan tak akan pernah lupa. Tapi tak boleh ke awak hargai saya walaupun sikit? Saya tak layak ke Mikhael? Saya tak minta banyak, tapi sikit pun jadilah. Tolong hargai saya. Apa gunanya kita datang ke sini kalau awak bawa perempuan lain keluar jalan-jalan sedangkan saya terconggok dalam bilik ni macam orang bodoh tunggu awak?! Awak selfish Mikhael. Awak selfish!" Tepik Maryam geram. Mukanya merah menahan marah. Tangannya memukul dada bidang Mikhael.
Mikhael mendengus. Amarahnya turut memuncak sama. Tangan Maryam yang sedang memukul dadanya direntap kuat.
"Aku selfish? Kau yang selfish! Aku dah cakap jangan kacau urusan hidup aku tapi kenapa kau tetap menyibuk?" Mikhael menatap Maryam tajam.
"Menyibuk? Okay fine. Lepasni saya tak akan sibuk dalam urusan hidup awak lagi. Awak nak buat apa-apa pun, buatlah. Saya tak ada hak nak halang. Awak nak kahwin lain? Saya izinkan. Tapi dengan satu syarat, lepaskan saya." Tutur Maryam tegas lalu berlalu memasuki ruang tidur. Bagasi yang berada dipenjuru bilik diambil lalu semua pakaiannya dimasukkan ke dalam bagasi tanpa menghiraukan Mikhael yang memerhati segala perbuatannya.
"Maryam, kau nak buat apa ni?" Mikhael melangkah menghampiri Maryam. Tangannya menarik lengan gadis itu, memaksa gadis itu berdiri.
"Saya nak balik Kuala Lumpur esok. Kalau awak masih nak bercuti dengan kekasih awak tu dekat sini, silakan. Saya tak ada hak nak halang awak sebab saya cuma isteri di atas kertas awak. Saya pun tak nak jadi macam orang bodoh, terconggok dalam bilik ni." Maryam mengulangi kata-kata yang dituturkan oleh Mikhael sebentar tadi.
"Kita ada 3 hari lagi dekat sini. Boleh tak kau jangan emosi sangat?" Mikhael menyoal geram. Tangannya memegang kemas lengan gadis itu.
Maryam tersenyum sinis.
"Emosi? Ikut suka hati awaklah Mikhael awak nak cakap saya apa. Saya tetap nak balik KL esok. Ada awak ataupun tak ada awak, sama je." Maryam merentap tangannya kuat. Terlepas dari pegangan Mikhael. Dia melangkah masuk ke dalam tandas lalu pintu itu ditutup kuat menunjukkan tanda protesnya.
Mikhael mengeluh. Pening kepalanya melayan kerenah gadis itu.
Dia melangkah ke arah katil. Punggung dilabuhkan lalu tangannya mengurut pelipis dahinya perlahan. Boleh gila jadinya dia.
Setelah 10 minit, Maryam melangkah keluar daripada tandas. Kaki gadis itu menghampiri katil lalu bantal diambil dan sofa yang berada ditepi dinding dituju.
"Kau nak tidur mana tu Maryam?" Soal Mikhael tegas. Dia kembali berdiri, memandang tajam setiap langkah Maryam.
Maryam hanya membuat endah tidak endah. Bantal diletakkan di atas sofa lalu ditepuknya bantal itu perlahan sebelum merebahkan kepalanya membelakangi Mikhael.
Mikhael mendengus.
"Baik kau naik tidur atas katil sekarang sebelum aku yang paksa kau.." Mikhael menahan amarah tatkala melihat kedegilan Maryam.
"Maryam!" Panggil Mikhael geram apabila Maryam langsung tidak mengikut arahannya.
"Sebelum saya ambil keputusan untuk keluar daripada bilik ni, lebih baik awak jangan paksa Mikhael. Saya lebih rela tidur bawah jambatan daripada tidur sekatil dengan awak." Balas Maryam mendatar. Langsung tidak gerun dengan amarah Mikhael yang sedang menggunung.
"Kau ugut aku?" Mikhael menyoal sinis.
"Tak, saya tak ugut awak. Tapi apa yang saya cakap, saya akan buat. Trust me. Kalau awak nak tengok saya mati malam ni, silakan." Dingin gadis itu membalas.
Mikhael mendengus geram.
"Lantak kaulah. Kalau kau sakit esok, jangan salahkan aku." Lantas dia membaringkan tubuhnya dan langsung tidak memandang gadis itu.
Tanpa Mikhael sedar, Maryam mula mengalirkan air mata. Maryam mengaku, hatinya terluka. Bagai dihiris dengan pisau tajam apabila mendengar segala kata-kata yang keluar dari mulut Mikhael.
Salah dia. Kalaulah dia tidak membuka ruang hatinya, pasti dia tidak akan terluka seperti sekarang. Sepatutnya dia tutup serapat-rapatnya pintu hatinya supaya Mikhael tiada ruang untuk memasuki hatinya. Lihatlah sekarang, dia terluka.
MIKHAEL membuka matanya perlahan-lahan tatkala sinar matahari menerangi bilik hotelnya. Mata yang masih kabur ditenyeh perlahan namun serta-merta membulat tatkala menyedari kehilangan Maryam.
"Maryam!" Panggil Mikhael panik. Matanya meliar di segenap ruang bilik. Takkanlah gadis itu benar-benar ingin pulang ke Kuala Lumpur hari ini walaupun tanpa dirinya?
Matanya memandang tempat yang menjadi lokasi terletaknya bagasinya dan Maryam.
Tiada! Hanya tinggal bagasi milik dia sahaja.
Mikhael mula dilanda gelisah. Selimut ditolak ke tepi lalu dia melangkah keluar daripada biliknya.
"Maryam!" Panggilnya kuat tanpa menghiraukan pandangan pelancong-pelancong lain.
Mikhael berlari anak disepanjang koridor hotel. Mulutnya tiada henti memanggil nama sang isteri.
"Kenapa kau tekad sangat Maryam?" Soal Mikhael geram. Kakinya masih laju melangkah mencari isterinya. Dia turun ke lobi.
Mikhael menyerabutkan rambutnya. Jika berlaku apa-apa, pasti kesalahan diletakkan 100% di atas bahunya.
Kelibat seseorang di perhentian bas di hadapan hotel itu berjaya menarik perhatiaannya. Pantas kaki menyusuri jalan dengan langkah yang laju.
"Maryam!" Mikhael menarik lengan gadis itu. Sempat dia menghembuskan nafas lega apabila dia berjaya mengejar Maryam.
"Lepaskan saya lah." Maryam menarik tangannya yang sedang dipegang oleh Mikhael.
"Kau nak pergi mana ni?" Mikhael menyoal risau.
"Kan saya dah cakap yang saya nak balik KL." Datar gadis itu membalas tanpa emosi.
"Tanpa aku?"
"Yes! Sebab saya boleh hidup tanpa awak. Sepertimana awak boleh hidup tanpa saya." Maryam membalas geram. Matanya memandang Mikhael tajam.
Mikhael mengeluh kuat. Rambut dikuak ke belakang.
"Tak boleh ke kau tunggu sehari dua lagi? Kita balik sama-sama." Pujuk Mikhael lagi.
"Nak buat apa saya duduk sini lagi? Duduk macam orang bodoh dalam bilik? Mikhael, sekali saya kata taknak, saya tetap dengan keputusan saya. Awak tak ada hak nak halang saya." Tegas Maryam membalas. Jika Mikhael mengatakan dia tidak mempunyai sebarang hak ke atas diri lelaki itu, jadi semestinya lelaki itu juga tidak mempunyai sebarang hak ke atas dirinya.
"Tolonglah jangan bercakap tentang hak! Ini soal keselamatan kau, kau sedar tak?!" Tengking Mikhael sedikit kuat.
"Saya sedar tapi saya tetap dengan keputusan saya. Saya reti jaga diri saya sendiri." Tegas Maryam lagi.
"Maryam. Tolonglah faham aku.." keluh Mikhael. Dia memandang Maryam lama, mengharap Maryam untuk mengerti.
"Saya dah bosan faham awak, Mikhael. Sepanjang kita kahwin, saya selalu cuba fahami awak. Tapi bila awak nak faham saya? Bila awak nak sedar yang saya dah mula cintakan awak, Mikhael?"
Share this novel