Mikhael berjalan bersama Irsyad menuju ke dewan kuliah. Tawa mereka berdua memenuhi suasana tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang ke arah mereka. Yang memandang mereka bukannya kerana mahu memarahi, namun kerana terpikat dengan kekacakkan dua orang jejaka itu. Jika Mikhael dan Irsyad menari tarian raver sekalipun, pelajar lain tidak akan pernah kisah. Malah mereka pasti menyukai. Pastinya dua ketul itu selamat daripada kencaman netizen.
"Kelakar betul muka Maryam tadi. Tak boleh blah betul." Gelak Irsyad kuat sambil menumbuk bahu rakan baiknya.
Mikhael ketawa mengekek. Kepalanya mengangguk mengiyakan kata-kata yang keluar dari mulut Irsyad.
"Nasib kau tak gelak depan dia. Kalau tak, mahunya mata kau lebam 7 hari 7 malam." Mikhael menyambung tawanya. Air mata yang mengalir akibat terlampau banyak ketawa disapu perlahan.
"Ganas jugakkan bini kau," usik Irsyad.
"Shh, diamlah. Kang aku yang lebamkan mata kau." Mikhael memandang Irsyad tajam. Mulut tempayan sungguh!
"Sorry bro." Irsyad mengangkat kedua belah tangannya sambil menahan tawa. Jangan main-main dengan Mikhael. Nanti tak pasal dia masuk hospital sebab kena gusti dengan lelaki itu.
"Babyyyy." Suara gedik mula menyapa ruang telinga Mikhael dan Irsyad. Bunyi derapan kasut tumit tinggi semakin menghampiri mereka berdua.
"Baby, I miss you." Kata perempuan itu sambil memeluk leher Mikhael. Pipi Mikhael ingin diciumnya namun pantas Mikhael memalingkan muka.
"Hey, kenapa you taknak cium I? You selalu reject I. Kita kekasihkan, apa salahnya?" Gadis itu menghentak-hentakkan kasut tumit tingginya geram. Bibirnya mencebik panjang.
Mikhael tersenyum sinis. Tangannya menolak perlahan badan gadis itu supaya menjauhinya.
"Simpankan bibir you untuk suami you nanti."
"Tapi you kan nak kahwin dengan I. Maknanya bibir I nanti untuk you juga sayang. So, why not kita kiss sekarang?" Gadis yang bernama Qistina itu mengangkat keningnya bersama senyuman menggoda.
"Kenapa you yakin sangat yang I akan kahwin dengan you?" Mikhael memandang Qistina bersama senyuman sinis yang terlakar diwajah.
"You yang janji dengan I, you lupa?" Qistina memandang Mikhael tajam. Tangannya dibawa ke dada lalu disilang.
"Promises are made to be broken and lies are meant to be kept, sayang." Kata Mikhael sinis. Dia mencuit dagu Qistina lalu berlalu pergi dengan tenang.
"Ehem.." Dehem Irsyad.
"Awak mangsa yang ke 75 tau. Kalau rasa lonely, boleh datang untuk berjumpa dengan Abang Irsyad." Kata Irsyad gedik sebelum mengejar Mikhael yang sudah jauh dihadapan.
Qistina mengetap bibirnya geram. Tidak sangka yang dia sudah menjadi mangsa kepada buaya darat itu. Fikirnya, lelaki itu ikhlas mencitai dirinya.
"Tch, aku boleh cari yang lebih baik dari kau. Aku suka kau sebab kau kaya je Mikhael. Kau cuma credit card aku." Qistina tersenyum sinis lalu berlalu pergi.
...
"Maryam!" Panggil Mikhael setelah kelibat gadis itu dijumpainya. Pantas kaki melangkah menghampiri Maryam yang sedang berjalan bersama Dahlia.
"Apa?" Maryam berkerut dahi.
"Petang ni, kau balik naik bas tau." Kata Mikhael pada Maryam bersama senyuman manis. Mana tahu dengan senyuman manisnya mampu membantutkan kemarahan Maryam yang pastinya akan meletus sebentar lagi.
"Tapi awak kan dah janji nak hantar saya balik?" Wajah Maryam bertukar keruh. Dia paling tidak suka orang yang tidak menepati janji.
"Alaa, sekali ni je. Aku nak date dengan girlfriend baru aku ni." Rayu Mikhael pada Maryam. Kedua belah tapak tangan disatukan.
"Awak memang suka tak tepati janji kan?" Balas Maryam geram. Nak je dia lempang Mikhael sekarang ni.
"Please, tolonglah suami mu yang dalam kesusahan ini." Mikhael memuncungkan mulutnya.
Dahlia yang memerhati cuba menahan tawa yang bakal meletus. Dia memalingkan wajahnya ke sisi namun matanya tanpa sengaja bertentang dengan Irsyad.
Pantas Irsyad mengenyitkan matanya namun dibalas jelingan tajam oleh Dahlia. Kalau dah Mikhael tu playboy, pasti Irsyad juga sama naik sahaja perangainya.
"Lepas ni, saya tak nak percayakan awak lagi." Jeling Maryam. Gadis itu ingin berlalu pergi namun lengannya pantas disambar Mikhael.
"Aku janji ni last." Kata Mikhael lembut. Dia mengangkat sebelah telapak tangannya seperti berikrar. Padahal baru semalam dia dan Maryam berbaik. Hari ini dia buat hal lagi. Mikhael memang tak pernah insaf.
"Kau nak apa? Aku belikan untuk kau sebagai tanda maaf. Kau cakap je, aku belikan." Tawar Mikhael pada Maryam.
Maryam diam seketika lalu membalas bersama senyuman manis.
"Apa je?"
"Yes, apa je!" balas Mikhael yakin. Dia masih cuba merasuah Maryam.
"Saya nak pergi bercuti dekat Terengganu. Deal?" Maryam berpusing lalu memandang Mikhael. Dah lama dia ingin bercuti ke sana, sekarang alang-alang ada orang tanya dia nak apa, apa salahnya dia mengambil kesempatan dalam kesempitan.
"Bercuti? Aku busy la." Mikhael mengeluh.
"Okay bye. Jangan cakap dengan saya lagi." Maryam ingin melangkah lagi namun sempat ditahan oleh Mikhael.
"Okay, okay. Kita pergi Terengganu. Puas hati?" Mikhael mengetap bibirnya. Melayanglah duitnya. Walaupun lebih tepat, melayanglah duit Dato Malik.
"Puas. Okay, awak pergilah date dengan girlfriend awak tu. Taknak balik rumah pun tak apa." Maryam ketawa mengekek lalu menarik tangan Dahlia untuk melangkah bersamanya. Akhirnya, impiannya tercapai juga.
Mikhael memandang Maryam lama. Haih, perempuan ni. Pelik sungguh. Sekejap marah, sekejap ceria.
"Perempuan memang susah difahami." sampuk Irsyad tiba-tiba. Sedih hatinya tatkala dijeling Dahlia. Apa salah dia pun dia tak tahu.
Mikhael mengangguk, mengiyakan kata-kata Irsyad.
"Sekejap bad mood, sekejap macam budak terencat. Tak faham aku." Mikhael menghela nafas lama.
...
Maryam membaca buku rujukan di taman universiti seorang diri. Sedang asyik dia membaca, kerusi batu dihadapannya diduduki oleh seseorang membuatkan dia mendongak.
"Eh, Harraz." Sapa Maryam bersama senyuman.
"Hai." Harraz membalas senyuman gadis itu.
"Awak tak marah kan saya duduk sini?" Tanya Harraz lembut.
Maryam ketawa perlahan.
"Buat apa nak marahnya? Tempat ni bukan hak saya pun." Gurau Maryam.
Harraz hanya mengangguk bersama senyuman.
"Nanti awak balik dengan apa?" Soal Harraz setelah lama berdiam diri.
"Saya balik dengan bas kut. Malas nak naik teksi, mahal." Jawab Maryam.
"Hmm, kalau macam tu jomlah saya hantarkan awak. Bahayalah perempuan naik bas." Harraz mempelawa Maryam bersama senyuman manisnya.
Maryam membalas dengan senyuman kekok.
"Tak payahlah, menyusahkan awak je."
"Mana ada menyusahkan. Awakkan kawan saya. Kawan mesti tolong kawan."
Maryam tersenyum tatkala mendengar balasan Harraz.
"Okaylah kalau macam tu. Tapi class saya habis pukul 5."
Harraz melakar senyuman tatkala Maryam bersetuju untuk pulang dengannya.
"Oh, sama dengan saya. Kelas saya pun habis pukul 5."
Seketika, matanya terpandang cincin perak yang tersarung pada jari manis gadis itu.
"Awak dah kahwin?" Soal Harraz bersama kerutan didahi.
Maryam membulatkan matanya. Takkan lah rahsianya dah bocor.
"Hah? Kenapa awak tanya macam tu?"
Harraz menjuihkan bibirnya.
"Tu, tu bukan ke cincin kahwin?"
Maryam memandang cincin yang tersarung pada jari manisnya lalu dia ketawa kekok.
"Eh, tak lah. Saya saja je pakai cincin ni. Takkan lah saya dah kahwin. Saya kan muda lagi." Tipu Maryam bersama tawa palsu.
"Ooo, macam tu." Angguk Harraz. Laptop dibuka lalu dia mula melakukan tugasannya.
Maryam menghembus nafas lega. Nasib baiklah Harraz tidak bertanya dengan lebih lanjut. Kalau tidak, sakit kepalanya memikirkan pelbagai penipuan yang bakal tercipta.
...
Maryam tiba dirumahnya sekitar pukul 10 malam. Sungguh dia tidak sedar yang jam sudah menginjak angka 9 semasa dia keluar bersama Harraz. Tiba-tiba sahaja Harraz mengajaknya untuk menonton wayang.
Pintu rumahnya dibuka perlahan-lahan. Matanya sempat mengerling kereta Mikhael yang terpakir elok digaraj kereta.
"Dia tak keluar ke malam ni?" Soal Maryam dalam hati. Jarang sungguh lelaki itu melepak di rumah pada waktu-waktu begini. Selalunya, pasti dia sudah tidak nampak bayang lelaki itu pada waktu malam. Ke mana lagi kalau bukan keluar untuk berjumpa dengan kekasih-kekasihnya.
Maryam menutup pintu perlahan-lahan. Kerutan di dahi muncul tatkala rumah itu sepi tanpa suara.
"Mikhael?" Panggil Maryam. Matanya melilau pada segenap ruang rumah itu.
"Tidur kot." Omelnya sendiri.
Tangga didaki menuju ke bilik sambil mengusap-usap lehernya yang terasa sengal dan lenguh.
Maryam berkerut dahi tatkala terlihat biasan lampu yang keluar dari bilik. Takkanlah Mikhael tidur dengan lampu terbuka.
Pintu bilik yang sudah terkuak sedikit ditolak dengan berhati-hati. Matanya membulat tatkala terpandang susuk tubuh Mikhael yang sedang duduk di atas katil sambil mencerlung tajam kearahnya.
Maryam menelan liurnya payah. Kenapa muka lelaki itu tegang semacam?
"Awak tak keluar malam ni?" Soal Maryam lembut. Debaran di dada cuba disembunyikan bersama senyuman palsu. Tangan yang sudah berpeluh hebat digosok sesama sendiri. Seram dia melihat Mikhael yang sedang merenungnya tajam.
"Lambat balik. Kau pergi mana?" Soal Mikhael dingin. Lelaki itu mula mengangkat punggungnya dari duduk lalu menghampiri Maryam yang sudah seperti tugu, beku tidak bernyawa.
"Kenapa awak tanya?" Maryam mengangkat keningnya pelik. Bukankah selama ini Mikhael tidak pernah kisah pada dirinya?
"Kalau aku tanya jawab. Kau pergi mana dan dengan siapa?" Mikhael menyoal keras. Mukanya merah menahan marah.
"Saya pergi makan lepas tu pergi tengok wayang." Balas Maryam sambil menunduk. Sungguh dia tidak mampu melawan panahan tajam bak helang milik lelaki yang bergelar suaminya tanpa rela.
"Dengan siapa?"
"Harraz." Maryam membalas perlahan. Entah kenapa, dia berasa cukup gerun dan takut pada Mikhael saat ini.
"Tanpa izin aku? Izin suami?" Mikhael menyoal geram.
Sudah berkali-kali dia menelefon Maryam sejak petang tadi. Walaupun dia tidak sukakan gadis itu, dia tetap ada rasa tanggungjawab. Kerisauan yang melanda jiwa dan raganya sebentar tadi diganti dengan perasaan marah tatkala melihat Maryam keluar dari kereta Harraz dari tingkap bilik.
"Saya tahu ini salah saya. Tapi saya ingat awak tak kisah langsung tentang dengan siapa saya nak keluar dan berkawan sebab awak pernah cakapkan kita buat haluan masing-masing. Lagipun phone saya mati, habis bateri. Sebab tu saya tak dapat jawab call awak." Terang Maryam sedikit geram. Keberanian tiba-tiba datang membakar jiwanya membuatkan dia berani membalas panahan tajam mata Mikhael.
"Sekurang-kurangnya minta izin aku. Kau ingat aku siapa? Tunggul? Aku risaukan kau, kau tahu tak! Aku ingat kau kena culik sebab aku call, kau langsung tak angkat! Tapi sia-sia je aku risaukan kau sebab sebenarnya kau keluar dengan jantan lain!" Tepik Mikhael sedikit kuat.
Maryam terkedu. Ya, telefonnya mati kerana kehabisan bateri. Sungguh dia tidak tahu dan sangka yang Mikhael akan menelefonnya.
"Kan saya dah terangkan yang telefon saya mati. Sebab tu saya tak angkat call awak. Saya bukannya sengaja nak buat awak risau. Saya minta maaf okay?" Luah Maryam. Dia cuba menghampiri lelaki itu namun terhenti tatkala Mikhael merempuh bahunya kasar lalu menutup pintu bilik kuat.
Terhinjut bahu Maryam tatkala disergah bunyi dentuman pintu yang ditutup ganas.
Maryam mengeluh lemah. Dahi diurut lemah. Sungguh dia tidak menyangka yang Mikhael risau akan dirinya. Fikirnya lelaki itu tidak pernah kisah dengan apa yang dia lakukan.
Namun Maryam masih waras. Dia masih sedar yang dia sudah dimiliki. Dia hanya menganggap Harraz sebagai seorang kawan dan tidak pernah lebih daripada itu. Lagipun Dahlia ada sekali tadi. Tak gila lagi nak keluar berdua-duaan dengan Harraz saja.
Maryam mengurut dahi. Lepas satu hal, satu hal muncul.
...
Maryam menyiapkan sarapan pagi untuknya dan Mikhael. Kalau sebelum ini dia dan Mikhael hanya bersarapankan roti, hari ini dia menyediakan sesuatu yang agak istimewa iaitu nasi goreng kampung berkat bantuan resepi daripada encik google.
Pinggan yang berisi nasi goreng itu dihidangkan di atas meja bersama senyuman. Niatnya hanya satu iaitu untuk meredakan api kemarahan Mikhael terhadap dirinya.
Bunyi derapan kaki yang sedang menuruni tangga membuatkan Maryam berpaling. Wajah dingin Mikhael yang sedang menuruni tangga Maryam pandang bersama senyuman.
"Awak.." panggil Maryam tatkala Mikhael berjalan melintasi dapur.
Langkah kaki lelaki itu terhenti namun dia langsung tidak berpaling untuk memandang Maryam.
"Saya ada buat nasi goreng kampung. Jomlah sarapan dulu." Ajak Maryam lembut. Tidak henti-henti dia berharap agar lelaki itu setuju untuk bersarapan dengannya.
"Aku tak lapar." Balas Mikhael dingin lalu berlalu pergi.
Maryam tersentak. Pantas kakinya laju mengejar Mikhael. Lengan lelaki itu dipegangnya.
"Sekejap. Saya nak ambil beg." Kata Maryam pantas.
Mikhael menepis tangan gadis itu perlahan.
"Hari ni kau pergi uni naik bas. Dania nak tumpang aku lagi hari ni." Balasan dingin Mikhael berjaya melukakan hati gadis itu.
Namun Maryam kekal tenang, nafas ditarik sedalam-dalamnya.
Rilekslah Maryam, macam tak biasa pula kena ignore dengan mamat tu. Maryam cuba menenangkan dirinya.
Matanya mencuri pandang ke arah kereta Mikhael yang sudah meninggalkan kawasan perkarangan rumah.
...
Mikhael memandu keretanya bersama wajah kosong. Dania yang sedang berada disebelahnya berkerut dahi. Selalunya ada saja kata-kata manis yang keluar dari mulut Mikhael. Namun hari ini sepi tanpa ayat-ayat bergula.
"Awak tak sihat ke?" Soal Dania lembut.
Mikhael menoleh bersama senyuman nipis.
"Tak adalah. Saya cuma terfikirkan assignment yang bertimbun.." Tipu Mikhael. Hakikatnya dia sedang dilamun sesuatu. Kenapa dia begitu marah tatkala melihat Maryam keluar bersama lelaki lain. Jujur, dia masih belum mencintai gadis itu dan kerana itulah dia tidak mengerti mengapa dia begitu terasa dengan kelakuan Maryam semalam.
"Awak dah makan?" Soalan dari Dania membuatkan Mikhael terdiam.
Kejadian sebentar tadi dimana dia menolak pelawaan Maryam kembali bermain diminda. Argh, bodohnya dia. Hanya kerana perkara kecil, mungkin dia telah melukakan hati gadis itu tanpa sedar.
"Mikhael, awak okay tak?" Soal Dania tatkala Mikhael tidak menjawab pertanyaannya.
"Okay. Awak tanya apa tadi?" Mikhael memandang gadis itu bersama senyuman nipis.
"Saya tanya yang awak dah makan atau belum?"
"Belum. Saya ingat nak makan dekat cafeteria je nanti." Balasan Mikhael membuatkan Dania mengangguk.
'Haish! Baru nak ajak breakfast sama-sama.' Dengus Dania dalam hati.
Share this novel