BAB 4

Romance Series 7398

Maryam melangkah dengan lemah longlai menuju ke perpustakaan universiti. Tali beg sandangnya yang hampir melorot jatuh diangkat kembali hingga ke atas bahu. Buat kali entah keberapa, mulutnya tiada henti melepaskan keluhan.

Siapa saja yang tidak akan mengeluh jika dijodohkan dengan musuh sendiri? Sejak kejadian hari itu, Maryam dengan bangganya merasmikan Eshan Mikhael sebagai musuh hati. Eh, alih-alih mereka akan dikahwinkan. Sudah dapat Maryam bayangkan hidupnya kelak, pasti huru hara! Setiap hari pasti akan ada saja perang mulut yang akan tercetus.

Mata Maryam menangkap kelibat Mikhael yang sedang bergurau manja dengan seorang gadis sambil melangkah kearahnya. Automatik, matanya membulat dan kakinya berhenti melangkah.

"Ish, dalam banyak-banyak jalan, jalan ni jugak kau nak guna." Bebel Maryam di dalam hati. Nak buat apa ni? Kalau teruskan berjalan ke hadapan, pasti lelaki itu akan mencari pasal dengannya.

"Pusing pusing pusing." Dia berkata perlahan. Kaki dipusingkan lalu berjalan agak laju. Buku yang berada dipegagangnya dipeluk erat di dada. Niat untuk ke perpustakaan dikuburkan. Lantaklah kena denda pun sebab pulangkan buku lewat, berapa sen sangat kena bayar. Dia tidak kisah asalkan dia tidak terserempak dengan buaya itu!

"Eh eh eh, kau nak pergi mana?" Lengan Maryam yang lengan berlapik baju kurung cotton disambar oleh seseorang.

Maryam menutup matanya erat. Sudah, pasti dia akan dijadikan daging segar oleh buaya tembaga ini atau nama sebenarnya Eshan Mikhael.

"Suka hati aku lah nak pergi mana" Maryam membalas pendek. Dalam hati tidak habis-habis berdoa agar Mikhael melepaskannya.

Mikhael tersenyum sinis.

"Baby, you balik sendiri tau harini. I ada hal pulak dengan perempuan ni. Im sorry." Mikhael mengelus lembut rambut gadis disebelahnya. Sebelah tangannya lagi masih erat mengengam lengan kanan Maryam.

Dalam diam Maryam membuat muka menyampah. Baby baby, geli aku mendengarnya.

Gadis itu menghentak-hentakkan kasut tumit tingginya.

"Tapi you dah janji dengan I yang you nak hantar I harini. Takkan sebab perempuan nerd ni you sanggup biarkan I balik sendiri. Kalau I kena culik macam mana?" Mulut gadis itu memuncung. Tangan disilangkan gedik lalu mata menjeling Maryam.

Maryam membulatkan matanya. Eh, sedap-sedap mulut dia je panggil kita nerd.

Maryam melihat kad nama pelajar yang tergantung dileher gadis itu. Diyana. Oh, inilah pelajar fakulti business yang popular tu. Taste-taste Mikhael memang yang highclass punya! 

"Please baby, I betul-betul ada hal dengan perempuan ni. Esok kita pergi shopping okay?" Mikhael memujuk Diyana dengan lembut. Naik berbulu telinga Maryam mendengarnya.

"Betul ni?"

"Ya baby, takkanlah I berani tipu you." Balas Mikhael pula. Dia mencuit dagu Diyana bersama kenyitan mata menggoda.

'Eh, dia ni tak nampak ke yang aku masih terconggok macam tugu negara dekat sini? Nak bersawit-sawit pun pandanglah kiri kanan dan tak payahlah depan aku. Ingat aku hadap sangat ke drama sinetron 100 episod kau ni?' Maryam berleter dalam hati.

Berkali-kali dia menarik lengannya namun setiap kali itulah Mikhael mengengam lengannya dengan lebih erat. Nampaknya Mikhael betul-betul tidak akan melepaskannya kali ini.

"I nak handbag limited edition from LV tau." Diyana menggosok lengan Mikhael manja.

"Okay baby. Kalau you nak butik LV pun I sanggup belikan untuk you. Anything for you," Mikhael mencuit dagu licin Diyana. Senang saja dia melempar kata-kata manis bergula. Diyana pula ketawa manja sambil menampar lengan Mikhael manja.

Maryam berdeham kuat. Cuba menghentikan drama sebabak di antara Mikhael dan Diyana.

"Haih, panas pula dekat sini. Nak berasmara pun cari la tempat tertutup sikit." Maryam mengibas-ngibas mukanya. Mukanya cuba dikerutkan sebaik mungkin, menunjukkan betapa panasnya cuaca sekarang.

Mikhael menjeling. Sibuk!

"Tak apalah kalau macam tu you, I balik naik grab jelah. Sakit mata pula lama-lama duduk dekat sini." Diyana pula memerli Maryam. Maryam dipandang dari atas sehingga bawah dengan pandangan sinis.

"Bye baby, I love you so much. Muahh." Mikhael melayangkan flying kissnya lalu disambut manja oleh Diyana. Maryam mengulingkan matanya. Menyampah!

"Dah tamat dah?" Tanya Maryam setelah figura Diyana tidak lagi kelihatan.

"Tamat apa?" Mikhael berkerut dahi.

"Drama jejak kasih awak dengan dia. Mesti dapat masuk box office kan?" Perli Maryam. Menyampah betul dia dengan kegedikkan Diyana dan Mikhael. Dah macam ulat bulu naik daun!

"Yang kau panas kenapa? Cemburu?" Mikhael tersenyum sinis. Lengan Maryam masih dia gengam erat seperti tidak mahu dilepaskan.

Maryam ketawa mengejek.

"Excuse me, saya cemburu? Hey, 200% tak okay. Saya cuma benci tengok orang buat maksiat dekat tempat awam." Maryam membalas selamba. Kukunya yang tidak diconteng oleh sebarang pewarna kuku dibelek. Heh, baru kau kenal siapa Maryam Almassyifa.

Mikhael menjeling. Boleh tahan pedas mulut perempuan ni.

"Kau ikut aku." Mikhael mengheret Maryam. Dia berjalan laju membuatkan Maryam hampir-hampir tersadung.

"Ish, lepaslah! Awak nak bawa saya pergi mana ni?" Maryam merentap lengannya kuat dari genggaman Mikhael. Dia mengusap lengannya yang terasa sakit.

"Pergi neraka, kenapa?" Mikhael mencerlung Maryam tajam. Dia masih tidak puas hati dengan kejadian dimana dia dibaling kasut oleh Maryam Almassyifa.

"Apa masalah awak ni? Suka-suka hati je bawa lari anak orang?" Tanya Maryam garang. Ikutkan hati, mahu saja dia lempar Mikhael ke dalam kolam renang yang berada ditepi mereka. Entah sawan apa lelaki itu sehingga mengheretnya ke kolam renang.

"Masalah aku ialah kau. Berani kau lempar kasut kau dekat kepala aku ya?!" Tepik Mikhael. Bergema suaranya di dalam ruang kolam renang itu.

Maryam menutup matanya. Dia main tengking-tengking pula.

"Awak yang tak pandai minta maaf. Saya cuma nak awak minta maafkan? Susah sangat ke?" Giliran Maryam pula menyoal berani.

Mikhael melakar senyum sinis.

"Minta maaf ya?" Mikhael melangkah menghampiri Maryam membuatkan gadis itu melangkah ke belakang dengan perlahan.

Sesekali mata Maryam memandang kebelakang, melihat jarak diantaranya dengan tebing kolam.

Mikhael tetap maju. Semakin menghampiri Maryam yang mengundur kebelakang.

"Arghhh!" Jerit Maryam apabila dia hampir terpelecot jatuh ke dalam kolam namun pergelangan tangannya sempat disambar oleh Mikhael.

Mikhael menatap wajah putih bersih Maryam. Maryam terkedu.

"Maaf." Kata Mikhael sepatah bersama wajah selamba badak.

Sejurus itu, Mikhael melepaskan peganganya membuatkan Maryam jatuh ke dalam kolam.

"Dasar gila!" Jerit Maryam yang sudah basah kuyup dari kepala sampai ke kaki.

Mikhael ketawa besar. Suka hatinya apabila berjaya membalas dendam yang terbuku dihati pada gadis itu.

Maryam terbatuk-batuk. Dia meraut wajahnya yang basah.

"Tak guna kau buaya tembaga!" Jerit Maryam. Dia memicit hidungnya yang dimasuki air. Pedih!

"Aku dah minta maafkan? Chaw." Mikhael mengangkat kedua-dua belah tangannya. Dia melangkah keluar bersama tawa yang masih belum reda.

"Buaya gila!" Jerit Maryam marah. Tak guna! Lelaki itu berjaya kenakan dia!

Tak apa, ada ubi ada batas. Ada hari, dia akan balas!

...

Maryam berjalan ke tempat menunggu bas dengan wajah yang menuduk. Ini semua sebab Mikhael! Kalau bukan disebabkan buaya itu, pasti orang ramai tidak akan bercakap tentang dirinya yang basah kuyup.

Gadis itu melangkah laju. Tidak sanggup berlama-lama di dalam universiti. Nasib baiklah dia memakai baju yang berwarna gelap. Kalau dia tersilap pakai yang warna putih tadi, mahunya dia buat free show!

Tetapi cuaca hari ini seperti tidak terlalu baik, bagaikan mahu hujan. Angin sejuk mula menyapa badan basah gadis itu membuatkan dia mengigil kesejukan.

Tanpa Maryam sedar, Mikhael memerhatikan dia yang sedang berjalan laju.

Lelaki itu membuka pintu keretanya. Punggung dihempas perlahan ke atas kerusi pemandu namun matanya masih setia melihat Maryam yang sedang berleter sendirian melalui cermin sisi keretanya. Dalam tidak sedar, dia ketawa suka melihat wajah bengang gadis itu.

"Itulah, lain kali jangan cari pasal dengan aku." Kata Mikhael seorang diri. Matanya masih setia memandang Maryam yang kini sedang duduk di bangku menunggu bas.

Kelihatan Maryam sedang berpeluk tubuh. Badan kecilnya sedikit menggigil membuatkan Mikhael dihurung sedikit rasa serba-salah.

Mikhael mengetap bibir. Keterlaluan sangat ke aku kenakan dia? Dia menyoal diri sendiri.

Dia memandang ke arah sweaternya yang terletak elok di bahagian penumpang hadapan. Tidak lama selepas itu, dia mula memandu keretanya keluar daripada perkarangan universiti.

Setelah itu keretanya diberhentikan betul dihadapan tempat menunggu bas. Tangannya lantas mencapai sweater lalu dia melangkah keluar daripada keretanya.

Maryam yang melihat Mikhael sedang melangkah ke arahnya berkerut dahi.

Mamat ni nak cari pasal apa lagi?

"Ambil ni." Mikhael melemparkan sweaternya kepada Maryam.

Maryam mengangkat kening tanda tidak mengerti. Dia memandang sweater milik Mikhael yang sudah landing elok di atas pehanya.

Tanda berkata banyak Mikhael melangkah kembali ke keretanya. Lantas, keretanya dipandu laju meninggalkan Maryam yang masih terkesima.

Maryam memandang sekeliling setelah memandang sweater hitam yang berada diatas pehanya lama, banyak mata-mata yang sedang memandang ke arahnya.

Okay, Eshan Mikhael memang pelik.

vote kalau anda syukaa????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience