BAB 16

Romance Series 7398

MARYAM membaringkan badannya di atas tilam yang berada di dalam bilik lain. Malas dia masuk ke dalam bilik dia dan Mikhael. Tak ada kuasa nak hadap muka Mikhael.

Helaan nafas panjang tanda kelegaan dilepaskan. Sakit badannya mengemas rumah sebentar tadi. Semua ini gara-gara lelaki itu, habis ruang tamu disepahkannya! Dengan plastik makanan ringan merata-rata, kulit kacang segunung di atas meja kecil di hadapan tv dan bantal-bantal kecil sofa yang tunggang terbalik memang menaikkan amarah Maryam. Pandai buat sepah tapi tak pandai kemas.

Maryam menutup matanya sebentar. Dapat rehat 10 minit pun cukuplah. Sakit segala otot badannya.

Baru sahaja dia mahu lena, dia dikejutkan dengan ketukan pada pintu bilik.

"Maryam!"" Panggil Mikhael bersama ketukan pintu yang bertubi-tubi membuatkan Maryam membuka matanya kembali. Dengusan geram keluar dari mulutnya. Kacau daun sungguh!

Dengan langkah yang perlahan serupa siput babi gadis itu melangkah ke pintu lalu membukanya malas. Matanya memanah tajam makhluk indah ciptaan Tuhan yang menganggu waktu rehatnya.

"Awak nak apa?" Soal Maryam geram. Namun wajah resah Mikhael menimbulkan tanda tanya dalam kotak fikirannya.

"Kemas barang kau cepat, kita balik rumah daddy." Kata Mikhael tergesa-gesa. Wajahnya kelihatan risau.

"Hah? Kenapa tiba-tiba nak balik rumah daddy?" Maryam berkerut dahi. Ada hal mustahak apakah sehingga membuatkan lelaki itu tidak tentu arah?

"Bibik telefon aku tadi, dia kata daddy jatuh tangga. Kemas barang kau. Kita duduk seminggu dekat rumah daddy."

Belum sempat Maryam membalas, Mikhael telah berlalu pergi meninggalkam Maryam yang masih berdiri statik di muka pintu dengan dahi yang berkerut.

"Sayang jugak dia dekat daddy dia. Ingatkan tak sayang sebab selalu durhaka." Kutuk Maryam dalam hati. Kaki di atur ke biliknya untuk mengemas baju-baju yang hendak di bawa ke rumah Dato Malik.

"Tapi teruk sangat ke daddy jatuh sampai dia nak stay seminggu dekat sana? Kalau teruk, kenapa daddy tak duduk dekat hospital je?" Maryam menyoal sendirian sambil mengeluarkan baju-baju dari almari.

"Teruk la tu kot." Bebel gadis itu. Setelah selesai mengemas baju, bagasi ditarik lalu dibawa turun ke ruang tamu.

"Kau dah siap?" Soal Mikhael yang sudah bersiap sedia bersama bagasinya.

"Dah. Cepatlah, kesian daddy tunggu kita." Maryam menarik bagasinya keluar rumah. Setelah Mikhael menekan punat kunci kereta, bagasinya dimasukkan ke dalam bonet.

Kereta audi hitam yang baru dibeli Mikhael mula keluar dari perkarangan rumah mereka.

"Teruk sangat ke keadaan daddy?" Maryam memalingkan wajahnya untuk menatap wajah lelaki itu.

"Teruk. Kaki daddy patah." Jelas Mikhael tanpa memandang Maryam.

"Habis tu kenapa tak bawa pergi hospital?" soal Maryam pelik.

"Daddy ada personal doctor, sebab tu dia tak pergi hospital." Terang Mikhael lagi. Petah lelaki itu menjawab segala pertanyaan Maryam.

Maryam hanya mengangguk tanda memahami. Okay, tak peliklah kan orang kaya ada doktor peribadi?

Namun semakin lama, kerutan semakin muncul pada dahi gadis itu. Papan tanda yang tertulis Kuala Lumpur International Airport di tepi jalan raya menimbulkan tanda tanya dalam benak fikirannya. Sejak bila nak pergi rumah daddy kena lalu sini?

"Ini bukan jalan nak pergi rumah daddy. Awak nak pergi mana sebenarnya ni?" Tanya Maryam pelik. Dahinya berkerut.

Mikhael senyum sekilas. Soalan Maryam dibiar tanpa jawapan.

"Mikhael, saya tanya ni.." kata Maryam lagi. Namun Mikhael hanya berdiam diri.

Maryam mendengus. Geram. Susah cakap dengan orang bisu. Semua dapat, sakit hati, sakit jiwa. Semua sakit dapat!

Kalau bukan namanya suami, dah lama dia bagi flying kick. Memang dia dah cium bau neraka.

Kereta audi hitam itu memasuki perkarangan lapangan terbang. Kereta dipakir di tempat yang kosong. Dengan bergaya, Mikhael melangkah keluar dari keretanya bersama cermin mata hitam.

Maryam pula masih terpinga-pinga. Dia tak faham.

"Awak, kita buat apa dekat airport ni? Agak-agaklah kalau kaya sekalipun nak pergi rumah daddy sampai naik flight." Soal Maryam tatkala melihat bagasi mereka mula dikeluarkan oleh Mikhael.

"Aduh kau ni, bodoh tu simpan sikit boleh tak? Kau ikut jelah, jangan banyak soal. Ikat mulut tu baru tahu," perli lelaki itu sambil menarik pergelangan tangan Maryam.

Maryam pula masih dibelenggu tanda tanya. Takkan betul-betul nak pergi rumah daddy naik kapal terbang kot? Ke daddy ada dekat negeri lain sekarang?

"Mikhael, jawab soalan saya. Awak nak bawa saya pergi mana ni?" Soal Maryam geram. Dia menarik pergelangan tangannya yang digengam oleh Mikhael.

Langkahnya dan Mikhael terhenti di tengah-tengah airport.

"Kita nak pergi Terengganu." Balas Mikhael ringkas. Kaca mata hitam mula dipakainya.

"Terengganu? Daddy jatuh tangga dekat Terengganu ke?" Soal Maryam naif.

Mikhael menunjal dahi Maryam lembut bersama gelengan kepala.

"Lembablah kau ni. Kita nak pergi bercutilah. Haritu kau yang beria sangat nak pergi bercuti apa semua. Pasal daddy tu aku tipu je." jujur Mikhael tanpa rasa bersalah.

Mata Maryam membulat. Rupanya dia dah kena tipu hidup-hidup dengan Mikhael. Sanggup Mikhael buat cerita Dato Malik jatuh tangga? Tak ada rasa bersalah langsung!

"Awak suka tipu saya kan?!" Lengan sasa lelaki itu dicubit-cubitnya geram.

"Aduh, aduh. Mana ada aku tipu kau, sayang." Mikhael menangkap jari-jemari Maryam yang ligat mencubit lengannya. Dah macam nenek ketam! Berbisa sungguh!

"Sayang, sayang! Ni apa, bukan tipu?!" Maryam menjengilkan matanya

"Alah, tipu sunat. Aku cuma nak tunaikan janji aku je. Kan hari tu aku dah janji yang aku nak bawa kau bercuti dekat Terengganu. Kau juga yang minta kan?"

Maryam mengeluh.

"Tapi saya tak bawa banyak bajulah. Awak cakap nak pergi rumah daddy, saya bawa baju untuk duduk dalam rumah je lah. Baju untuk pergi jalan-jalan saya bawa sikit je.."

"Alah kau ni. Setakat baju kau tu, kita beli je lah yang baru nanti. Kau nak seratus pasang pun boleh.." ujar Mikhael mudah.

Maryam menggeleng dengan jawapan mudah Mikhael. Tahulah kaya tapi tak payahlah sampai nak membazir macam tu. Kalau cakap dekat rumah tadi kan senang. Ini nak juga tipu dia.

MIKHAEL menoleh ke arah Maryam yang sedang memandang ke luar tingkap. Perjalanan untuk sampai ke Terengganu mungkin mengambil masa dalam tiga puluh minit lagi.

Maryam mengeluh perlahan lalu menoleh ke arah Mikhael. Dia bosan. Matanya menangkap tatapan mata Mikhael lalu lelaki itu dijelingnya. Jangan ingat Mikhael dah bawa dia bercuti ke Terengganu, dia akan berbaik dengan lelaki itu. Dia tidak mudah dirasuah.

Mikhael mengeluh. Asyik nak jeling saja kerjanya.

Mata nakal milik lelaki itu mula meliar untuk mencari 'spare part' yang baru. Walaupun sang isteri sedang merajuk, perangai playboynya tetap tidak dapat ditinggalkan. Hobi tetap hobi.

"Miss." Panggil Mikhael lembut pada seorang pramugari yang hendak melepasi barisan tempat duduknya.

"Ya encik, ada apa yang boleh saya bantu?" Soal gadis itu sambil melemparkan senyuman manis.

Maryam hanya memerhati. Ulat bulu Mikhael dah mula nak naik daun dah!

Tatkala melihat wajah pramugari itu, Mikhael tersentak. Wajah yang dia amat kenali.

"Atisha?" Nama itu meniti di bibir Mikhael. Tidak berkelip Mikhael memandang pramugari itu. Maryam di sebelah hanya diam memerhati.

Dahi pramugari itu sedikit berkerut. Dia turut memandang Mikhael lama.

"Mikhael?" Atisha memandang Mikhael dengan pandangan tidak percaya. Tidak sangka yang dia akan bertemu dengan lelaki itu kembali. Senyuman mula terukir di wajah.

"Tak sangka saya akan jumpa awak selepas.." Mikhael tak mampu menghabiskan kata. Dia masih tidak percaya yang dia dan Atisha bertemu kembali. Otak kembali menggamit memori masa lalu.

Atisha senyum janggal. Dia pun tidak sangka. Fikirnya dia tidak akan berjumpa dengan lelaki itu lagi setelah apa yang dia lakukan pada hubungan mereka dahulu.

"Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu.." Atisha senyum sekilas sebelum berjalan pergi laju. Tidak betah dia berada berdekatan Mikhael. Hati bagai kembali dibelit rasa bersalah kerana pernah mengkhianati lelaki itu dulu.

Mikhael hilang kata. Dia pandang lama Atisha yang makin menjauh. Jauh dilubuk hati, ada satu bahagian rindu terasa bagai diubati.

Maryam pandang Mikhael. Dia bingung. Siapa perempuan itu? Adakah salah satu mangsa Mikhael?

"Dia siapa?" Soalan dari mulut Maryam mematikan lamunan Mikhael. Mikhael berdehem. Dia menoleh memandang Maryam.

"Apa?" soal Mikhael minta diulang. Kurang jelas soalan Maryam tadi.

"Pramugari tu siapa? Awak kenal ke?" ulang Maryam.

Mikhael mengetap bibir. Patutkah dia jujur pada Maryam tentang masa lalunya dan Atisha?

"Dia..." Mikhael diam lagi.

Maryam mendengus. Kening dijongket, meminta Mikhael meneruskan kata. Menanti dengan penuh sabar jawapan Mikhael.

Mikhael menghembus nafas panjang.

"Bekas kekasih aku. Kekasih pertama aku. Cinta pertama aku." Jujur Mikhael tanpa selindung. Benar, sebelum dia menjadi seorang kaki perempuan, Atisha ialah satu-satunya perempuan yang bertakhta di hatinya. Tidak pernah dia duakan Atisha. Namun kerana satu kesilapan Atisha, hubungan mereka terputus begitu sahaja dan meninggalkan luka yang sangat dalam pada hati Mikhael.

Maryam terdiam. Entah kenapa, hati dia bagai disulam sesuatu setelah mendengar jawapan Mikhael. Bagai disulam dengan perasaan cemburu. Tapi, bukankah dia tidak mempunyai perasaan pada Mikhael? Atau dia dah...

Maryam menggeleng perlahan. Dia kembali membuang pandang ke luar tingkap kapal terbang. Memandang awan yang memenuhi langit biru. Dia tanya hati sendiri. Cemburukah dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience