Sudah hampir setahun Elenor diam tanpa kata.Derick sudah semakin bingung dengan perangai Elenor yang tidak mahu bercakap dengannya.Wajah isterinya itu kelihatan muram sahaja.Setiap pagi isterinya itu akan menghilang.Bila ditanya pada Amran,pekerja itu hanya memberitahu yang Elenor turun di bandar Medion setiap hari lalu menyuruh Amran balik.Hanya waktu petang sahaja Elenor akan kembali ke Villa semula.
Apa yang membuat dia semakin risau bila setiap kali Elenor balik,dia menangis teruk.Bila Derick masuk mahu memujuk,Elenor menyuruh dia keluar dari bilik.Malah Cosmas juga langsung tidak dilayan dan tidak dipedulikan oleh isterinya sehingga Cosmas terasa jauh hati.Derick pula yang memujuk Cosmas agar tidak ambil hati dengan sikap Elenor.
Derick ada juga menyuruh Mayda untuk memujuk Elenor namun Elenor menghalau Mayda keluar.Derick sudah mencuba bermacam-macam cara untuk memujuk Elenor.Namun sikap Elenor semakin teruk.Derick pula menjadi tertekan.Dia terpaksa menyerahkan urusan penting kepada Xavier kerana dia risau melihat keadaan isterinya itu.Dia tidak sanggup meninggalkan isterinya seorang diri di Villa.Lagipun dia tidak boleh bekerja dengan tenang selagi isterinya berkelakuan seperti itu.
"Mayda..saya tahu awak dah lama kerja dengan Elenor,dulu dia pernah bersikap macam ni ke?."
"Err..tak pernah tuan,ini kali pertama saya lihat madam bersikap seperti ini."Kata Mayda dengan wajah muram.
Masih terasa sakit pada kepalanya apabila Elenor berteriak lalu membaling pasu bunga kecil di kepalanya.Geram pula dia dengan perangai Elenor yang semakin teruk itu.Namun dalam masa yang sama,Mayda risau jika Elenor diceraikan oleh Derick.Nanti dengan dia sekali akan kehilangan kerja.
"Saya dah bingung Mayda.Elenor langsung tidak nak bercakap dengan saya."Kata Derick sedih.
"Err..tuan,mungkin madam ni terkena nasib malang agaknya tuan."
"Ishh..saya tak pernah dengar lagi orang boleh terkena nasib malang.Lagipun isteri saya tu orang baik."Bidas Derick.
"Errr..tapi tuan kawan saya dulu pernah kena seperti madam.Sama sangat.Saya tak tipu.Lagipun apa salahnya kita cuba.Mana lah tahu perangai madam akan kembali seperti sediakala."
Mayda mulai terfikirkan sesuatu.Dia boleh mengambil kesempatan atas Derick.Pada fikirannya dia sudah mengira-ngira jumlah wang yang akan dia perolehi dari Derick.Wangnya juga semakin sedikit.Disebabkan Derick kerap berada di Villa,dia tidak boleh meminta Donna membawa kawan-kawannya pergi mencuri di ladang lagi.Donna pula sudah kerap kali bertanya kepadanya.
"Betul ke Mayda?awak jangan tipu saya pula.Saya tak pernah dengar lagi seperti apa yang awak katakan tu."Balas Derick.
Dia berdiam diri sebentar untuk berfikir.Dia kurang percaya dengan kata-kata Mayda yang seperti tidak masuk akal langsung.Tetapi apa salahnya dia mencuba.Dia mahu melihat wajah Elenor kembali ceria seperti dahulu.
"Betul tuan saya tak tipu.Sumpah.Tapi err.."
Mayda kelihatan serba-salah mahu bercakap.Dia takut pula jika Derick tidak bersetuju dengan cadangannya.Dalam situasi seperti sekarang,dia tidak boleh melakukan sebarang kesilapan walaupun sebesar kuman kerana bila-bila masa sahaja Derick akan memberhentikan dia dari terus bekerja di Villa Sakura.
"Tapi apa Mayda.Cakap tu jangan tergantung.Saya pun nak dengar juga cadangan awak."Kata Derick tidak sabar.
"Err..orang yang boleh buang nasib malang tu selalunya nak minta wang pendahuluan.Err..dulu dia minta wang sebanyak 50000ril.Sekarang dah mahal.Saya takut tuan tak nak pula."Kata Mayda takut-takut.
"Kalau dia nak minta lebih pun saya tak kisah Mayda,yang penting isteri saya tu kembali macam dulu semula.Awak pergi panggil orang tu sekarang."Arah Derick.
"Err..tuan..orang tu selalu sibuk.Kalau kita panggil dia datang hari ni,dia tak mungkin dapat datang ke sini.Kalau esok saya yakin dia pasti datang.Tapi saya kena cari dia di bandar Athenil.Dia tinggal sana.Err..tuan..boleh tak tuan bagi gaji saya separuh.Saya tak ada wang nak pergi ke bandar Athenil."Kata Mayda.
"Hmmm.. tunggu sekejap."
Derick masuk ke sebuah bilik tempat dia tidur setelah dihalau keluar oleh Elenor.Dia keluar dengan membawa dua uncang beg kecil berisi wang.Dia kemudian memberi beg kecil itu kepada Mayda.
"Nah ambil wang ni.Ni bukan gaji awak.Tapi pemberian dari saya.Awak pergi cari orang tu sekarang.Kalau dia tak dapat datang hari ni,esok pagi awak bawa dia datang ke sini.Wang dalam beg kedua tu awak beri pada dia,yang satu lagi awak gunakan untuk perbelanjaan awak sepanjang awak kat bandar Athenil.Kalau dia boleh sembuhkan Elenor saya beri dia wang lagi."Kata Derick serius.
"Baik tuan.Saya pergi dulu.Terima kasih atas kebaikan tuan."
Mayda kemudian cepat-cepat bergerak ke bandar Athenil dihantar oleh Ayl.Dia tersenyum lebar sejak dari Villa Sakura lagi sehingga dia sampai ke rumah yang diduduki oleh Donna.Dia kemudian memberi Ayl sedikit wang untuk menginap di bandar Athenil sementara dia menunggu Donna balik.
Sejam menunggu,sebuah pedati kuda masuk ke sana.Donna turun dari pedati kuda diikuti oleh seorang wanita.Mereka masuk ke dalam rumah dengan tergesa-gesa.Donna yang melihat kehadiran ibunya disana mula berubah wajah.Dia tidak senang melihat kehadiran ibunya di rumahnya.Belinda yang ada bersama dengan Donna pula hanya diam membisu.Dia duduk berdekatan dengan jendela sambil melihat ke arah luar.Donna pula menarik ibunya jauh dari Belinda.
"Ibu..ibu nak apa lagi datang ke sini?saya dah kata yang ibu tak perlu datang ke sini minggu ni.Ibu tak faham ke?"Kata Donna geram.
Dia sebenarnya masih lagi marah dengan ibunya yang tidak memberinya wang yang banyak.Nasib baik juga Willstan memberinya wang belanja.Wang itu bukan diberi secara percuma.Dia terpaksa mengikut mereka untuk melakukan kerja memeras ugut penduduk kampung yang mereka temui di jalan.Malah penjual gerai-gerai kecil juga dipaksa membayar kepada mereka sebagai wang perlindungan walaupun penjual itu tidak bersetuju.Namun kerana takut,peniaga kecil itu terpaksa membayar wang kepada Willstan dan ketua mereka yang bernama Efedil.
"Donna..awak dengar cakap ibu dulu.Auntie Elenor sekarang macam nak jadi gila.Tuan Derick nak saya cari seseorang untuk menyembuhkan Elenor.Dia akan beri wang yang banyak kalau kita berjaya buat auntie Elenor kembali ceria seperti dulu.Ni wang pendahuluan yang tuan beri."Kata Mayda tersengih-sengih.
"Huh..memang padan muka orang tua tu jadi macam tu.Bila dah khawin dengan orang kaya,saya dibuang macam ni sahaja.Ibu..Cosmas tu pun sekarang dah cuba nak buruk-burukkan saya ibu.Kawan saya dah tahu identiti sebenar saya kerana mulut celupar Cosmas.Mereka dah tak nak berkawan dengan saya lagi."Kata Donna separuh berbisik.
"Sebab tu ibu rancang nak tipu tuan Derick.Awak ada kawan yang pandai berpura-pura jadi penghalau nasib malang ke?Donna,awak mesti tolong ibu cari.Kalau dapat cari,kita boleh dapat wang banyak."Kata Mayda.
Donna berfikir seketika.Jika dia tidak bersetuju dengan rancangan ibunya,dia akan rugi banyak.Dia tahu yang ibunya pandai mengambil kesempatan ke atas Derick.Matanya dikerling ke arah Belinda yang sedang mengunyah makanan.Dia tersenyum sinis ke arah ibunya.
"Ibu kalau saya boleh cari orang untuk berlakon sebagai penghalau nasib buruk,ibu boleh beri berapa banyak wang ?."Soal Donna.
"Donna..kita boleh dapat wang sebanyak 50000ril.Nanti ibu beri orang tu separuh dari wang tu.Lagipun kerja tu tak susah sangat.Nanti ibu ajar apa yang patut dia cakap di depan tuan Derick."Kata Mayda serius.
Donna pula hampir ternganga mulutnya apabila mendengar jumlah wang yang akan mereka dapat nanti.Dengan wang itu,dia boleh berjalan-jalan di bandar Athenil.Dia juga boleh berehat sepuas-puasnya sehingga wang itu habis digunakan.Kemudian barulah dia akan ikut Willstan lagi.Tidak tahan dia ikut bekerja dengan mereka.Seluruh badannya terasa sakit.
"Ibu tunggu sini sekejap.Saya bincang dengan kawan saya tu dulu."
Donna kemudian berjalan ke arah Belinda.Mayda melihat Donna menyerahkan separuh dari wang yang dia berikan tadi kepada Belinda.Sama seperti reaksi Donna,wajah Belinda juga seperti itu bila dia melihat jumlah wang yang diberi oleh Donna.Dia kemudian segera bersetuju tanpa berfikir panjang.Mereka berdua kemudian berjalan ke arah Mayda.Ketiga-tiga mereka saling berbincang sebelum tertawa besar.
Keesokan pagi,Mayda membawa Belinda pergi ke Villa Sakura.Awal pagi lagi Ayl sudah menunggu di depan rumah Donna.Wajahnya kelihatan ceria sekali bila melihat wajah Donna yang baru bangun tidur.Donna pula tidak menyedari pandangan Ayl kepadanya.
Apabila Mayda dan Belinda sudah masuk ke dalam,Ayl bergerak laju menuju ke bandar Medion kerana Derick sudah menunggu kedatangan Mayda.Malah sejak subuh lagi Derick sudah mengingatkan Ayl agar mengambil Mayda pagi itu juga.
Beberapa jam kemudian,mereka pun tiba di Villa Sakura.Derick yang sedang berdiri di luar Villa kelihatan sedang berjalan mundar-mandir.Namun apabila dia melihat Mayda yang turun bersama dengan seorang perempuan yang kelihatan seperti bomoh,dia tersenyum senang.
"Mayda..dah lama saya tunggu awak.Ni ke orang yang awak maksudkan?."
Derick hanya merenung sebentar ke arah Belinda.Dia kemudian mengalihkan pandangan matanya kepada Mayda kerana dia berasa seriau bila wajahnya direnung tajam oleh Belinda.
"Ni lah orang yang saya maksudkan.Err..tuan..madam ada kat dalam ke?."
"Ada.Nak saya suruh dia keluar ke?saya risau isteri saya tak nak jumpa orang sekarang."
"Jangan risau saya tak nak jumpa dengan isteri awak.Hanya biarkan saya berdiri sebentar di hadapan pintu bilik dia pun saya boleh tahu apa yang terjadi dengan isteri awak.Siapa nama dia?."Kata Belinda dengan suara nyaring.
Dia antara ahli kumpulan geng Oryx yang disayangi oleh Brandon kerana kebolehan Belinda yang mampu berlakon di hadapan orang.Malah dia boleh menukar suaranya dari lembut kepada garau seperti suara lelaki.
"Err.. Elenor..nama isteri saya Elenor."Kata Derick takut-takut.
Sepanjang dia hidup berpuluh tahun,baru kali pertama dia bertemu dengan bomoh di hadapannya.Dia sebenarnya kurang percaya dengan bomoh.Namun melihat kelakuan Belinda,dia mulai percaya dengan kata-kata Mayda.
"Bawa saya kat depan pintu bilik isteri awak."Kata Belinda serius.
Derick kemudian cepat-cepat membawa Belinda pergi ke pintu bilik Elenor.Apabila sampai di sana.Belinda mengeluarkan kayu yang diukir dengan lambang pelik lalu dia membaca mantera yang dibuat-buat.Derick pula hanya melihat dari jarak jauh sedikit.Dia tidak berani dekat dengan Belinda.
Belinda kemudian turun ke bawah lalu menuju ke arah ladang.Derick pula hanya mengikut langkah kaki Belinda.Dia berasa sedikit lega kerana Mayda mengikut mereka berdua.Jika hanya dia dan Belinda sahaja,dia pasti akan takut.
Sampai di ladang, Belinda memerhati ke arah Mayda.Mayda yang faham dengan renungan mata Belinda itu memuncungkan mulutnya ke arah Mytrice yang kelihatan sedang sibuk memasukkan kentang ke dalam beg.
Belinda pula segera menghampiri Mytrice.Dia tiba-tiba rebah di sana.Derick pula menjadi panik.Dia merenung ke arah Mayda untuk meminta penjelasan.Namun Mayda hanya diam membisu.Dia tidak berniat mahu bercakap dengan Derick ketika ini kerana dia takut penipuannya akan terbongkar.
Mytrice yang kelihatan terkejut kerana kakinya dihimpit oleh seseorang,segera melihat ke arah perempuan itu.Kentang yang dikumpulnya tertumpah apabila Belinda mulai meracau-racau.
"Arghhh.. arghhh..awak..awak..awak..arghhh.."
Belinda berteriak-teriak seperti orang yang sedang dalam kesakitan.Mytrice pula hanya terkaku di sana.Dia pelik melihat perempuan itu yang tiba-tiba menjerit.Matanya melihat sekeliling.Dia jadi risau bila memikirkan kemungkinan perempuan itu dipatuk ular berbisa.Namun dia tidak pula melihat ada binatang berbisa berhampiran sana.
"Arghh...arghh..pergi dari sini.Pergi!!!Awak pembawa malang..pembawa sial kawasan Villa.Penghancur kebahagiaan orang.. arghhh.."
Belinda berteriak-teriak ke arah Mytrice.Pekerja ladang pula mulai datang berkumpul ke sana bila mendengar jeritan itu.Sally pula kebetulan sedang berada jauh dari sana.Dia tidak mendengar jeritan Belinda kerana dia sedang sibuk mengangkat air dari telaga untuk memasak nanti.
Share this novel