Chapter 129.2

Mature Content Series 573

.

"Awak jangan tipu saya Aleya.Dalam hati awak mesti sedang cakap buruk tentang saya kan.Saya dapat baca air muka awak.Mesti Cosmas dah ceritakan pada awak perkara yang tak betul tentang saya kan.Masalah?awak tanya fasal masalah?awak tak tahu ke yang Kyle tu kekasih saya.Mentang-mentang saya tak ada kat sini lagi,awak pula mula mengambil kesempatan pergi menggatal dengan Kyle."Kata Donna menyindir.

"Hahahaha..Donna..sejak bila pula saya rapat dengan Cosmas tu?apa yang Mya dan Evona katakan pada awak hingga awak marah-marah macam ni?.Donna,awak jangan tuduh sembarangan.Saya dan Kyle tak ada apa-apa hubungan.Nanti kalau Kyle tahu,habis saya dimaki lagi.Awak tahu tak Kyle tu dah ada teman wanita.Saya tak nak dituduh merampas hak orang pula.Dah..dah..saya tak nak bergaduh dengan awak.Banyak lagi kerja yang saya perlu siapkan di dalam.Saya pergi dulu."

Aleya cepat-cepat melangkah masuk ke dalam dewan.Sakit telinganya mendengar bebelan Donna.Dia memang ada diberitahu tentang identiti sebenar Donna daripada Cosmas.Tetapi dia tidak terfikir pula untuk masuk campur urusan mereka.Namun melihat perangai Donna yang biadab itu,dia menjadi malas mahu melayan kerenah Donna.

Donna pula terpaku di sana.Kata-kata Aleya tadi bermain di fikirannya.Menyesal pula dia kerana marah-marah dengan Aleya tadi.Dia pasti Aleya mungkin belum tahu tentang identitinya yang sebenar.Namun yang membuat dia tambah terkejut apabila dia tahu yang Kyle sudah mempunyai teman wanita.Dia terfikir mungkin Evona yang menjadi pilihan Kyle kerana Evona memang cukup terkenal kerana kecantikannya.Dia tidak boleh membiarkan Evona merampas Kyle darinya.Dia harus berfikir cara untuk menyingkirkan Evona dengan kadar segera.

Aleya yang sudah masuk ke dalam,segera mencari tempat duduk.Namun Mya dan Evona menarik tangannya sambil menunjuk ke tengah dewan.Masing-masing terpaku dengan tarian dari pasangan Keena dan Riley.

"Eh?siapa pula tu Kyle ke?."Kata Aleya meneka.

Cantik sekali wajah pelajar perempuan itu.Dia yang perempuan pun tidak lepas dari memandang wajah perempuan itu.Sangat sesuai pula dia dengan pakaian yang dipakainya.Ditambah lagi dengan pasangan yang sepadan membuat mereka yang ada di sana terpukau melihat pasangan itu.

"Kyle? Aleya awak buta ke?tu bukan Kyle.Kalau Kyle yang menari kat sana,perempuan tu akan jadi musuh saya.Tahu tak."Kata Evona.

"Saya mana nampak muka pelajar lelaki tu.Awak tu tinggi sangat.Saya ni pula pendek dari awak."Kata Aleya geram.

"Hahahaha..lain kali minum susu banyak-banyak.Baru tinggi sikit.Lelaki tu namanya Riley.Perempuan tu Keena agaknya."Kata Mya menyampuk.

"Awak ni Mya,mengutuk tak tengok orang.Dah ibu saya rendah,nak minum susu banyak pun tak guna juga.Hmmm..tak pernah pula saya dengar nama mereka tu.Agaknya mereka dari sekolah lain."Teka Aleya.

Matanya sempat pula melihat Julien dan Amanda yang sedang berdiri di suatu sudut dewan sambil melihat pasangan yang sedang menari di tengah-tengah dewan.Wajah Amanda kelihatan ceria di sisi Julien.Namun Julien pula hanya diam membisu.Wajahnya kelihatan muram.Dia seolah-olah tidak berminat dengan cerita Amanda.

"Aleya awak ada nampak Kyle ke?dari tadi saya cari dia.Tapi saya tak jumpa.Saya berminat juga nak tengok siapa pasangan yang dipilihnya."Kata Evona.

"Ada kat luar tadi.Tapi saya tak nampak dia masuk ke dalam.Saya sibuk buat kerja."

Aleya berbohong dengan Evona.Dia malas mahu memberitahu hal yang sebenar kepada Evona.Nanti bila Evona mengejar Kyle di belakang dewan,dia pula yang dimarah oleh Kyle nanti kerana hanya dia sahaja yang tahu di mana Kyle berada.

"Awak ni Aleya.. menyusahkan diri sendiri sahaja.Buat kerja macam pembantu rumah.Kenapa tak suruh pelajar lain sahaja.Kalau saya yang disuruh tak nak saya buat.Dekat rumah pun saya tak pernah buat kerja kotor macam tu."Kata Evona kegelian.

"Nak buat macam mana,dah tak ada orang lain lagi yang nak buat.Saya pun menawarkan diri pergi buat kerja tu .Bukannya susah sangat pun."

Aleya melepaskan keluhan kecil.Dia tidak menyenangi sikap Evona yang tidak tahu menjaga mulut itu.Namun kerana sudah lama berkawan, telinganya sudah lali dengan kata-kata Evona.

"Sepatutnya Donna yang ganti awak buat kerja tu.Nasib baik dia dah tak sekolah kat sini lagi.Sesuai sangat dia buat kerja tu.Aleya..awak tahu tak,Donna ada datang ke sini tadi.Dia masih tak mengaku yang dia anak pembantu rumah.Hahahaha."Kata Mya tiba-tiba menyampuk.

"Ya ke?tak ada pula saya nampak dia ke sini.Dia ikut sekolah mana?."Kata Aleya berpura-pura tidak melihat Donna.

"Sekolah?dia tak sekolah.Mana dia dapat wang nak pergi sekolah?setakat anak pembantu berapa sahaja wang yang dia ada?..hmmm..tak layak pergi sekolah.Willstan yang bawa dia datang ke sini.Tu..tu..awak tengok mereka berdua tu.Geli pula saya tengok mereka berdua tu."Kata Evona tergelak.

Aleya melihat ke arah jari telunjuk Evona.Dia melihat Donna seperti berkata sesuatu dengan Willstan.Dahinya dikerutkan.Dia tertanya-tanya sendiri bagaimana Donna boleh rapat dengan Willstan sedangkan dulu Donna membenci Willstan.Tetapi mengingat perangai Donna yang suka berbohong dia beranggapan yang mungkin kedua-duanya sudah kenal lama.

"Evona..awak tak takut ke dengan Willstan tu?."

"Nak takut apa,dia tu datang dari bandar pengemis.Setakat dia sahaja?ayah saya boleh uruskan."Kata Evona dengan lagak sombong.

Aleya pula hanya mampu menggelengkan kepala mendengar kata-kata dari Evona.Dia pula tidak berniat mahu ikut campur kerana dia tahu Willstan itu terlibat dengan kumpulan samseng iaitu kumpulan Oryx.Matanya kemudian dialihkan kembali di tengah dewan.

Beberapa juri sudah memilih pemenang untuk majlis tari-menari yang diadakan tadi.Apabila pemenang diumumkan,semua bersorak gembira.Tetapi ada juga yang tidak berpuas hati bila Riley dan Keena yang memenangi pertandingan itu.Sementara Julien dan Amanda pula mendapat tempat kedua.Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasangan dari Pulau Epeltus.

"Saya dah agak dari awal,pasangan tu yang akan menang.Kalau lah Kyle dengan saya yang menari tadi,pasti kami berdua yang menjadi juara."Kata Evona berangan-angan.

Mya dan Aleya saling berpandangan.Mya kemudian membuat muka menyampah.Sementara Aleya pula hanya mampu tersenyum kecil.Tidak pula dia berniat mahu membalas kata-kata Evona.

"Jangan nak berangan Evona.Awak tu dah digosipkan dengan Cosmas.Hampir semua pelajar kat sekolah ni tahu.Awak ingat Kyle nak awak lagi ke?."Sindir Mya.

Berubah terus wajah Evona bila Mya mengingatkan dia tentang Cosmas.Dia sudah cuba untuk menjauhkan diri dari Cosmas.Namun Cosmas terlalu berdegil.Sakit pula hatinya bila digosipkan dengan lelaki yang berwajah kurang menarik itu.Dia cuba mencari Cosmas.Mungkin jika dia memalukan Cosmas di hadapan ramai orang,Cosmas tidak akan menganggunya lagi.

Tapi dia membatalkan niatnya bila dia melihat Cosmas ada bersama-sama dengan Daryl yang gatal itu.Dia kemudian hanya mampu mendengus kasar tanpa membalas sindiran Mya.

Sementara itu Riley dan Keena pula sudah mulai keluar bila acara sudah tamat.Mereka saling berjalan secara beriirangan menuju ke pedati kuda masing-masing.Namun Willstan bertindak menahan mereka di pagar.

"Riley.. Riley!!tunggu dulu!!..lama tak jumpa.Ibu awak dah tak berniaga ke?rindu pula saya nak makan buah-buahan yang dijual oleh ibu awak.Walaupun tak sedap tapi tak membazir wang saya.Ni teman wanita awak ke?tak padan dengan awak langsung.Sebab muka awak tu hodoh sangat."

"Saya tak ada mood nak bergaduh dengan awak Willstan.Awak nak apa?."Kata Riley serius.

"Hahahaha..berlagak betul bila ada perempuan kat sebelah.Hei..awak..apa nama awak?Keena?awak tahu ke Riley ni hanya anak kepada penjual sayur sahaja.Muka awak yang cantik ni tak sesuai betul dengan Riley."Kata Willstan tergelak.

"Saya tahu.Dah lama saya kenal dengan Riley.Awak tak beritahu pun saya tahu."Kata Keena.

Wajahnya masih terlihat tenang.Dia menarik tangan Riley agar berlalu pergi dari sana dengan kadar segera.Dia tidak suka melihat pandangan mata Willstan dan beberapa lelaki lain yang ada bersama dengan Willstan kepadanya.

"Huh! berlagak nak mampus."Maki Willstan.

"Siapa yang awak maksudkan?."

Donna tiba-tiba bersuara.Dia hairan bila Willstan tiba-tiba marah.Sementara Daryl dan yang lain hanya tergelak kecil.Mereka sempat mengejek Willstan yang terdiam bila Donna mulai menjawab.

"Erm..tu..budak miskin tu."

"Eh?..macam saya kenal lelaki tu.Dulu dia selalu hantar sayur-sayuran dan buah-buahan kat Villa Sakura.Dia tu selalu saya nampak dengan budak kotor tu."Kata Donna terkejut.

"Budak kotor?awak tak tengok ke muka perempuan tu?cantik..cantik sangat."Kata Willstan.

"Bukan perempuan tu.Perempuan lain.Awak ni,pantang betul tengok orang cantik.Mata tu dah nak tersembul keluar."Kata Donna geram.

"Err..tengok saja.Tak salah pun.Tapi awak juga yang paling cantik di mata saya Donna.Dah,mari balik.Erm..Donna bila lagi kita dapat ambil sayur-sayuran dan hasil tanaman lain kat ladang?."

Willstan cepat-cepat menukar topik perbualan.Dia masih perlukan Donna untuk menarik Cosmas masuk ke dalam kumpulannya.Sebab itu dia perlu menjaga hati Donna.

"Shhhhh..awak ni.Jangan cakap kat sini.Nanti orang dengar pula."Tegur Donna kasar.

Willstan hanya mampu tersengih-sengih.Mereka kemudian masuk ke dalam pedati kuda menuju ke rumah milik Donna.Namun bila melihat kehadiran ibu Donna,mereka menukar fikiran.Mereka balik setelah menghantar Donna.

"Donna..ibu dah kata jangan terlalu rapat dengan budak tu.Awak ni tak faham lagi.Tak ada lelaki kaya lain ke awak nak rapat?tu.. siapa namanya..Kyle..mana budak kaya tu.Kenapa awak tak cari dia."Bebel Mayda.

"Ibu ni..bising betul.Ibu hanya tahu marah-marah sahaja.Ibu tahu tak,mereka yang datang tolong kita kat ladang dulu.Saya bukan nak khawin dengan dia.Muka dia tak menarik.Saya hanya nak dia tolong kita.Nak harap ibu,ibu boleh buat apa?Kyle?Sebab ibu lah saya tak dapat Kyle tu.Ibu fikir dia nak ke orang miskin macam saya."Marah Donna.

Dia mulai membuang barang-barang yang ada di dalam rumah sebagai tanda protes kepada Mayda.Mayda pula menjadi takut melihat kelakuan anaknya.Menyesal pula dia memarahi anaknya tadi.

"Dah..dah..Donna..jangan marah lagi.Ibu tahu ibu salah.Tu,ibu dah bawa makanan untuk awak."Pujuk Mayda.

"Asyik-asyik makanan yang sama.Saya dah muak tengok makanan ni."

Donna membuang makanan itu di luar rumah.Dia masih sakit hati dengan perangai ibunya.Ibunya pula hanya mampu melihat dengan sedih kerana makanan itu dibelinya di kedai dengan harga yang mahal.

"Donna...tak baik awak buang makanan tu.Sekarang awak nak makan apa?."

"Saya tak nak makan.Saya dah kenyang.Ibu berambus dari sini sekarang juga.Ibu datang sini pun tak guna.Berambusss.!!..semua ni salah ibu.Miskin tak berguna langsung!!Saya nak sekolah pun tak dapat!! pergi!!saya tak nak tengok muka ibu!!.

Donna masuk ke dalam bilik lalu dia bertindak menghempas pintu bilik dengan kuat.Mayda pula cuba mengetuk pintu bilik berkali-kali.Namun Donna tidak membuka pintu itu.Melihat cuaca yang agak mendung,Mayda terpaksa pulang bila Ayl memanggilnya untuk balik ke bandar Medion.Sempat lagi dia menyelitkan sedikit wang untuk Donna di bawah pintu bilik Donna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience