Donna keluar dari rumahnya dengan mengenakan pakaian yang cantik.Baju itu dibelinya menggunakan wang yang dicurinya daripada Cosmas.Willstan pula sudah sedia menunggu di depan rumah.Sejak kebelakangan ini,rajin pula dia berkunjung ke rumah Donna kerana mudah sedikit dia hendak bergerak ke sekolah.Lagipun rumah Donna dan Sekolah Orili tidak terlalu jauh jaraknya.Dia tidak perlu bangun terlalu awal lagi hanya kerana mahu bertolak ke sekolah.
Apabila mereka sampai di sekolah,Donna yang kelihatan paling gembira sekali.Sudah beberapa bulan dia tidak masuk ke sana kerana diberhentikan secara tiba-tiba.Ibunya pula langsung tidak berguna kerana tidak mampu membayar yuran persekolahnya selepas Derick tidak mahu membayar lagi.Dia pula tiada pilihan lain.Dia menuruti sahaja arahan dari ibunya walaupun dia terasa bosan kerana asyik duduk di rumah buruk tanpa melakukan apa-apa kerja.
Laju sekali kakinya melangkah masuk ke dalam.Willstan yang ada bersamanya hanya ketawa kecil melihat kelakuan Donna.Dia tidak dapat bersama dengan Donna dalam jangka masa yang lama kerana dia ditugaskan untuk menjaga pelajar dari sekolah lain yang datang ke sini.Dia sebenarnya tidak berminat dengan tugasnya itu.Tetapi dia terpaksa kerana dia tidak mahu berada di bawah kumpulan Kyle.
Matanya dikecilkan bila dia melihat kelibat Riley yang kelihatan sedang berjalan dan bercerita dengan mesra sekali bersama dengan seorang perempuan yang sangat cantik.Dia tersenyum sinis.Cemburu pula dia dengan Riley yang sering sahaja mendapat pasangan yang berwajah cantik.Dia baru sahaja hendak menghampiri Riley.Tetapi muncul pula Julien.
Dia terpaksa membatalkan niatnya untuk bercakap dengan Riley sekarang.Lagipun dia boleh sahaja mencari Riley di bandar Medion.Sebolehnya dia tidak mahu bertembung dengan Julien kerana setiap kali mereka bertemu,pasti akan terjadi pergaduhan besar.
Ketika acara sudah dimulakan,Willstan masih berdiri dekat dengan dinding.Matanya tidak lepas dari memerhati pelajar perempuan yang bersama dengan Riley.Dia cuba untuk mendekati sekali lagi.Tetapi laju pula mereka berdua berjalan.
Willstan melepaskan keluhan kecil.Terasa geram pula dia melihat Riley dan pasangannya itu.Dia sudah terlupa tentang Donna yang masih berlegar-legar di luar kawasan sekolah.Donna pula kelihatan sedang mencari-cari bekas rakan sekelasnya dulu.Namun dia diberitahu yang mereka berada di dalam dewan.
Dia memberanikan diri untuk masuk ke dalam.Kehadirannya tidak disambut oleh penjaga pintu kerana mereka sedang sibuk melihat acara tari-menari yang diadakan di tengah-tengah dewan besar itu.Donna menjadi rambang mata.Sewaktu dia masih bersekolah di sini,tidak pernah pula dia melihat acara besar-besaran seperti ini diadakan di sekolah.
Matanya memandang sekeliling.Dia mencari-cari kelibat Kyle.Namun dia tidak menemui orang yang dicarinya.Dia terlihat pula kelibat Evona dan Mya yang sedang duduk kemudian mereka kelihatan sudah mulai berdiri untuk mencari pasangan menari dari sekolah lain.
Cepat sungguh kakinya melangkah untuk berjumpa dengan mereka.Wajahnya kelihatan berseri-seri.Dia rindu hendak bercerita sambil bergelak ketawa dengan mereka.Aleya pula tidak kelihatan di sana.Dia tidak tahu apa yang berlaku dengan mereka bertiga.Mungkin mereka bergaduh lagi lalu Aleya dipinggirkan.
Apabila dia sampai di sana,dia menarik tangan kedua-duanya.Namun reaksi mereka agak menyedihkan.Mereka berdua seperti jijik apabila melihat kehadirannya di sana.Cepat sahaja mereka menarik tangan mereka dari dipegang oleh Donna.Malah mereka bertindak mengelap tangan mereka yang dipegang Donna di hadapan Donna.
"Mya..Evona.. kenapa dengan kamu berdua ni?saya baru beberapa bulan tak datang ke sini.kamu berdua dah lupa saya ke?.Saya Donna,takkan kamu berdua tak ingat lagi."
"Hurmm..bukan tak ingat.Tapi malas nak ingat.Awak buat apa datang ke sini lagi?awak bukan pelajar sini."Kata Evona kasar.
"Apa salahnya saya datang ke sini?saya dijemput datang ke sini.Bukan saya yang nak datang sendiri."
Donna cuba menipu mereka.Hakikatnya dia yang terhegeh-hegeh hendak mengikut Willstan datang ke sini dengan harapan dia dapat melihat wajah Kyle dan dia mahu berjumpa dengan kawan-kawannya.Malangnya mereka seperti tidak mahu berkawan dengannya lagi.Malah dia langsung tidak berpeluang untuk melihat Wajah Kyle.
"Hahahaha..awak dengar tu Evona!.Dia dijemput datang.Hahahaha..lawak betul.Ada ke orang yang sudi nak jemput anak pembantu rumah datang ke sini?."Kata Mya tergelak jahat.
Evona juga ikut ketawa mendengar kata-kata Mya.Dulu dia suka sangat berkawan dengan Donna.Tetapi bila dia mengetahui hal yang sebenar,dia menjadi jijik mahu berkawan dengan Donna yang sudah terlalu banyak menipunya.
"Yelah..betul lah kata-kata dia tu.Dia dijemput oleh Willstan.Hahaha..alah budak samseng tu.Agaknya mereka berdua ada hubungan.Mesra semacam.Hahaha."Tambah Evona.
"Bagus lah kalau macam tu.Dia ni tak layak nak jadi pesaing kita untuk merebut Kyle.Tak malu betul.Agaknya dia ni sejak dari kecil lagi memang dah berangan nak jadi orang kaya cepat.Alah..macam cerita entah apa namanya tu.Lupa saya."
"Ha'a Mya.Betul cakap awak tu.Nasib baik Cosmas bocorkan rahsia dia.Kalau tak sampai hari ni dia mengaku jadi anak uncle Derick."
Mya dan Evona kemudian tertawa sinis melihat ke arah Donna yang sudah berubah wajah.Dia sakit hati mendengar penghinaan yang dilemparkan oleh mereka berdua kepadanya.Biarpun semua itu adalah benar,namun dia tidak dapat menerima kenyataan yang mereka sudah tahu tentang identitinya yang sebenar.Semua kerana mulut Cosmas yang celupar itu.
"Kamu berdua lebih percaya kata-kata Cosmas dari saya.Kalau saya anak pembantu rumah sekalipun kamu berdua tak patut cakap macam ni tau.Ayah saya bukan orang biasa.Dia orang kaya juga."Kata Donna kasar.
"Hahahaha..masih tak sedar diri lagi.Donna..awak tak perlu tipu kami lagi.Cosmas dah beritahu semua cerita tentang awak.Malah uncle Derick pun cakap benda yang sama.Awak ni macam parasit pula.Suka menumpang kekayaan orang."Ejek Mya.
"Huh!!..kamu berdua benar-benar dah melampau!!tunggu!! kamu tunggu pembalasan dari saya.Kamu ingat bila dah kaya kamu boleh berlagak macam ni ke?.Saya tak akan maafkan kamu berdua."Marah Donna.
"Saya salah dengar ke?Awak nak ugut kami? Hahaha..dalam mimpi.Sebelum awak terfikir nak ugut kami,lebih baik awak kumpul harta awak dulu sebelum ada niat nak mengugut.Lawak betul."Kata Evona.
"Evona..tak payah layan orang yang penipu macam ni.Lebih baik kita cari pasangan untuk menari."Kata Mya.
Mereka kemudian ketawa sinis ke arah Donna.Sempat lagi Donna mendengar mereka mengutuk dia walaupun mereka sudah berjalan meninggalkan dirinya.Donna hilang mood.Dia benar-benar marah dengan Cosmas.Semua itu terjadi kerana Cosmas.Dia tidak akan lupa apa yang mereka lakukan kepadanya.
Dia kemudian berjalan menuju di luar dewan.Hatinya sangat sakit kerana dihina oleh Mya dan Evona.Apabila dia sudah berada di luar,dia melihat Aleya bersama dengan seorang pelajar yang tidak pernah dilihatnya sedang menyusun bunga-bunga untuk diberi kepada pelajar yang akan menjuarai pertandingan menari.
Mereka berdua kelihatan tidak mesra langsung.Sekejap pelajar perempuan itu melalak marah kepada Aleya.Namun apabila Julien tiba di sana,mereka berdua berhenti bertengkar.Dia sempat mendengar Julien mempelawa salah seorang dari mereka untuk menari bersamanya.Kedua-duanya mahu menari bersama Julien.
Tetapi Aleya tiba-tiba mengalah.Dia menyuruh Amanda sahaja yang menari dengan Julien.Sementara dia pula duduk menyambung kerjanya yang terbengkalai.Baru sahaja Donna mahu mendekati Aleya,Kyle keluar untuk membantu.Aleya terlihat segan sekali dengan kehadiran Kyle.Masih jelas tergambar dalam ingatannya tentang kemesraan Kyle dan perempuan itu.Risau pula dia jika Julien melaporkan pada Kyle yang dia dan Amanda ada mengintip Kyle.
"Lambat sangat awak buat kerja.Dah hampir setengah jam kotak kecil ni tak penuh-penuh lagi.Amanda mana?.Dia pergi ambil angin lagi ke?."Kata Kyle serius.
"Err..maaf..dah..dah siap pun.Amanda pergi ikut pertandingan menari dengan Julien.Hanya saya seorang sahaja yang buat kerja ni.Sebab..sebab tu saya lambat sedikit."Kata Aleya.
Walaupun dia tidak menyukai perangai Amanda,namun dia tidak mahu bercakap bukan-bukan tentang Amanda di belakangnya.Sikapnya semakin berubah menjadi baik bila dia sudah kurang bergaul dengan Mya dan Evona yang asyik bercakap buruk tentang orang lain.
"Kenapa awak tak beritahu saya?Kalau benda ni tak siap macam mana?lain kali kalau jadi macam ni lagi awak cepat-cepat beritahu saya.Bukannya awak tunggu saya datang ke sini.Julien tu pun tak pandai cari pasangan lain huh!!..dah..mari saya bawa bunga yang awak dah siapkan kat dalam.Awak pergi berehat sekarang."
Kyle kemudian mengangkat semua kotak yang berisi bunga ke dalam belakang dewan.Dia lebih rela melakukan kerja di belakang tabir dari dipaksa untuk mengikuti pertandingan menari di dalam dewan.Aleya pula masih dengan keras kepalanya.Dia tetap mahu membantu Kyle sehingga siap.
"Kuat juga awak ni ya.Tak macam kawan awak yang dua orang lagi tu.Gedik sangat.Dah..awak pergi rehat sekarang.Tapi jangan masuk ke dalam kerana kat belakang dewan ni semua lelaki.Nanti awak masuk sana menyusahkan saya pula."Kata Kyle selamba.
"Kalau saya rajin macam ni,saya ada peluang untuk jadi pasangan awak pergi menari ke?."Kata Aleya berseloroh.
"Jangan nak mengada-ada.Saya tak nak jadi pasangan awak.Buang masa saya.Awak pergi cari lelaki lain yang ada kat dalam dewan."kata Kyle kasar.
"Hehe..saya bergurau sahaja Kyle.Awak jangan lah marah."Kata Aleya tergelak kecil.
"Huh!..saya tak ada masa nak bergurau dengan awak.Nak saya bagi awak kerja lagi ke?."
"Err..tak..tak.."
"Kalau tak nak berambus cepat sebelum saya berubah fikiran."
Aleya cepat-cepat berlalu pergi dari sana.Risau pula dia kalau Kyle menyuruh dia mengangkat kotak itu masuk di belakang pentas seorang diri.Lebih baik dia bergerak masuk ke dalam dewan untuk melihat pertandingan tari-menari yang sudah berlangsung di dalam dewan.Namun belum sempat dia masuk,tangannya ditarik kasar oleh seseorang.Dia menoleh.Dahinya dikerutkan sedikit.
"Donna?awak buat apa kat sini?."Kata Aleya terkejut.
"Saya dijemput datang kat sini.Kenapa? saya tak boleh datang sini ke?."Kata Donna dengan nada marah.
"Oh..awak datang sini ikut sekolah mana?.Awak ni kenapa tiba-tiba marah pada saya pula.Saya tanya sahaja.Salah ke saya bertanya?.Acara kat dalam dah bermula,kenapa awak masih berdiri kat luar?saya dah nak masuk ni."Kata Aleya tenang.
Pelik pula dia dengan perangai Donna yang bercakap dengan nada kasar.Dulu mungkin dia biasa dengan sikap Donna yang kasar seperti itu.Tetapi sejak dia tahu identiti Donna yang sebenarnya,dia menjadi hairan mengapa Donna terlalu angkuh sekali.Sikapnya mengalahkan anak orang berada yang lain.
"Aleya..awak pun sama macam Mya dan Evona.Awak pun nak menghina saya ke?Siapa tak marah kalau dilayan macam pengemis.Huh!..buat apa saya masuk ke dalam.Menyakitkan hati saya sahaja."Marah Donna.
Dia masih sakit hati dengan layanan yang diberikan oleh Mya dan Evona kepadanya.Kini Aleya juga membuat dia sakit hati.Apatah lagi di depan matanya dia melihat Aleya sangat mesra sekali dengan Kyle.Dia menjadi cemburu.Jika dia masih bersekolah di sini,dia yang ada di sisi Kyle ketika ini.
"Apa maksud awak Donna?Saya tak faham.Sejak bila pula saya menghina awak?awak yang dari tadi asyik tuduh saya yang bukan-bukan.Awak ni kenapa sebenarnya?awak ada masalah dengan saya ke?."Kata Aleya hairan.
Geram pula dia dengan perangai Donna yang dari tadi asyik menuduh dia yang bukan-bukan.Seingatnya,tidak pernah lagi dia memaki hamun Donna.Malah jauh sekali menghina Donna seperti pengemis biarpun dia kecewa dengan Donna yang sudah banyak menipu
Share this novel