Chapter 128.2

Mature Content Series 573

"Keena?awak pun datang sini?perangai awak ni tak senonoh betul.Ada ke sentuh-sentuh pipi orang.Awak tu perempuan bukan lelaki.Tak elok awak buat macam tu di hadapan pelajar lain.Tak manis dipandang orang."Tegur Riley.

"Hahahaha..awak ni serius sangat Riley.Dengan awak sahaja tau saya buat macam ni.Saya sebenarnya tak dipilih datang ke sini.Tapi saya merayu-rayu agar saya dapat pergi ke sini.Malah saya sanggup keluarkan wang untuk diberi kepada pengajar saya supaya saya boleh ke sini.Awak tahu tak kenapa saya nak sangat pergi sini?."

Keena tergelak kecil melihat wajah Riley yang menaikkan matanya ke atas.Dulu Riley selalu merenungnya tanpa berkelip mata,sehingga dia menyangka yang Riley juga menyukainya.Namun sekarang,kelakuan Riley sedikit berubah.Tetapi dia tidak mahu bertanya pula kerana baginya semua itu tidak penting.Dia tidak hairan kerana semua orang pasti akan berubah.Hanya lambat atau cepat.

"Dah..jangan buat lagi.Nanti kekasih awak salah sangka pula.Kenapa? awak dah mulai rindu nak berjalan-jalan kat sini ke?dah lama saya tak nampak awak dan ayah awak berjalan bersama untuk membeli jualan saya."Kata Riley.

Dulu dia selalu melihat Keena dan Dane berjalan-jalan di bandar Athenil untuk membeli jualan ayahnya.Dia selalu ternanti-nanti kehadiran Keena.Namun setelah berjumpa dengan Mytrice,perasaannya sedikit demi sedikit mulai berubah.

"Mengarut awak ni.Saya belum ada kekasih.Saya sekarang sedang mencari orang yang sesuai dengan saya.Hmm..ayah saya sibuk betul.Saya pula tolong nenek saya jual bunga kat Pulau Epeltus.Tak ada masa lagi nak datang sini.Kenapa awak rindu saya ke? Riley.. tekaan awak tadi salah.Mari sini dekat sikit dengan saya.Saya nak tunjuk awak sebab apa saya nak sangat datang ke sini."

Tanpa segan silu,Keena menarik tangan Riley masuk ke dalam dewan.Dia mencari-cari kelibat orang yang dicarinya.Riley pula yang menjadi malu bila mereka menjadi pusat perhatian pelajar lain.Sedang Riley sibuk menyeka peluhnya,Keena menarik kepala Riley agar melihat orang yang diminatinya.

"Riley..tu..tu..lelaki tu yang saya maksudkan."

Keena bercakap dengan nada sedikit kuat.Riley pula segera menarik tangan Keena agar segera duduk kerana beberapa pasang mata sudah mulai melihat ke arah mereka.Malah ada yang berbisik-bisik sambil menunjuk ke arah mereka berdua.

"Tu..awak suka lelaki tu?biar betul awak ni Keena.Saya nasihatkan awak jangan bercakap kuat sangat Keena.Dia tu ramai peminat kat sini.Nanti habis awak dipukul oleh peminat dia."Tegur Riley dengan nada perlahan.

"Awak..awak kenal dia ke Riley?hari tu saya baru bercakap dengan dia,tapi dia tinggalkan saya begitu sahaja.Awak boleh tak atur perjumpaan antara saya dan dia?."Kata Keena teruja.

"Saya pernah sekolah kat sini dulu,tapi tak lama.Hanya sekejap sahaja.Sebab tu saya kenal dia.Awak gila ke?saya tak rapat dengan dia.Err..Saya bukan nak bercakap buruk fasal dia,tapi perangai dia lain sikit.Saya tak boleh tolong awak."Kata Riley terus-terang.

"Tapi..wajah dia sangat tampan sekali Riley.Tak pernah lagi saya jumpa lelaki tampan macam tu kat sekolah kami."

"Saya tahu.Saya lelaki pun fikir macam tu.Tapi tu lah,kalau awak nak juga,awak pergi sendiri.Saya betul-betul minta maaf pada awak.Saya tak boleh tolong awak."

Keena tergelak kecil.Dia memang menyukai Kyle sejak pertama kali dia melihat Kyle dulu.Dia tidak kisah harus berebut dengan peminat Kyle kerana dia yakin wajahnya yang cantik itu akan dapat memikat hati Kyle.Sedang mereka bercerita,Julien pula datang ke arah mereka.

"Julien..hiii..lama tak jumpa.Awak masih ingat saya tak?."Kata Keena tersenyum-senyum.

"Erm..masih.Keena kan?err..maaf menganggu kamu berdua bercerita.Tapi boleh tak saya bawa Riley kat sana sebentar sahaja?.Saya ada nak cakap sesuatu pada dia."

"wow..awak pun masih ingat saya.Terharu sangat saya bila dengar awak cakap macam tu Julien.Saya harap lelaki pujaan saya tu masih ingat saya lagi.Hmm..awak bawa lah Riley ni.Dia pun saya tengok dah mula bosan dengar saya bercerita."Kata Keena tergelak mesra.

Riley terpaksa mengikuti langkah kaki Julien ke sebuah tempat duduk yang dikhaskan untuk pelajar sekolah Orili.Riley sebenarnya cuba mengelak untuk berjumpa dengan Julien.Namun dia terpaksa juga melayan Julien kerana Julien sudah memanggilnya.

"Riley..duduk..tadi saya nampak awak dengan Trice."

"Oh..ya ke?kat mana?saya tak nampak awak pula.Err..lapar betul saya tadi."Kata Riley menipu.

"Riley.. kenapa saya rasa awak macam nak menjauh dari saya?awak marah saya ke?."

"Tak adalah..saya sibuk sedikit."

"Apa kata saya datang ke rumah awak.Kita boleh melawat Trice sama-sama.Tadi saya ada nampak kamu berdua.Tapi laju pula kamu berjalan."Kata Julien sedikit jauh hati.

"Err..saya bukan tak nak awak datang Julien.Tapi saya sibuk betul.Ayah saya baru sahaja sembuh.Saya pula terpaksa balik lewat dari sekolah kerana banyak ujian yang saya terlepas sebab saya cuti panjang sangat."Balas Riley cepat.

"Oh..tak apa lah.Nanti bila awak senang baru saya datang ke rumah awak.Riley,nah ambil cenderahati ni."

Julien menghulurkan beberapa tangkai bunga yang diikat kemas.Riley pula mengambil pemberian dari Julien itu.Dia berasa bersalah kerana dia terpaksa menipu Julien.Tetapi dia tidak punya pilihan.Lagipun Julien juga yang tidak jujur dengannya terlebih dahulu.

Sedang Riley dan Julien sibuk bercerita,seorang pelajar datang berbisik-bisik di telinga Julien.Dia kemudian menunjuk ke suatu arah.Julien pula hanya mampu menarik nafas panjang.Matanya melihat ke arah Riley yang sedang melihat ke arahnya.

"Riley..teman saya pergi kat luar dewan sekejap."

Apabila mereka sampai di sana,kelihatan Keena dan Evona sedang bertengkar.Riley bertindak menarik Keena agar menjauh dari Evona.Sementara Julien pula menarik Evona supaya mereka berhenti bergaduh.

"Evona..apa lagi ni? saya dah pesan awal-awal yang saya tak nak lihat berlaku pergaduhan kat sini."

"Tapi perempuan ni yang terlebih dahulu cari fasal dengan saya.Takkan saya nak diam."Kata Evona tidak puas hati.

"Saya pula yang disalahkan.Awak tu yang rebut bunga yang saya ambil dari meja Kyle.Awak jangan menuduh yang bukan-bukan pula."Kata Keena membalas.

Riley dan Julien saling berpandangan.Julien sudah mengagak dari awal yang perempuan berdua ini bergaduh pasti disebabkan oleh Kyle.Pening kepalanya.Setiap tahun pasti ada kes seperti ini.Dia pula yang terpaksa menyelesaikan semua itu.

"Riley..awak jaga sini sekejap.kalau awak tak dapat kawal mereka berdua,awak panggil kawan-kawan saya yang sedang berkawal.Saya masuk ke dalam sekejap."

Riley hanya menganggukkan kepalanya.Beberapa minit kemudian Julien keluar bersama Kyle.Wajahnya kelihatan agak cemberut.Peluh yang ada di dahinya diseka dengan tuala kecil yang sentiasa ada di dalam poketnya.Kehadiran Kyle menarik perhatian pelajar lain.Apabila dia sampai ke sana wajahnya berkerut bila melihat wajah kedua-dua perempuan sedang melihat ke arahnya tanpa berkelip.

"Julien untuk apa awak bawa saya berjumpa dengan mereka ni?saya dah cakap dari awal yang saya tak nak kumpulan saya ditambah ahli lagi.Terutamanya perempuan."Kata Kyle bosan.

"Kyle..awak..awak ingat saya lagi ke?."Kata Keena berani.

"Awak siapa lagi?saya tak kenal awak langsung."

"Alah..saya Keena..kita pernah jumpa semasa pertandingan memanah dulu."Kata Keena cuba mengingatkan Kyle.

"Huh..tak kenal.Lagipun awak ni orang penting sangat ke sampai saya perlu ingat?."Kata Kyle kasar.

Julien pula cepat-cepat menarik Kyle.Risau pula dia jika Keena menangis di sana.Dia tahu setiap kata-kata yang keluar dari mulut Kyle tidak pernah bertapis.Keena itu pula dari sekolah lain.Dia tidak mahu timbul masalah lain hanya disebabkan perkara kecil.

"Julien..saya tanya awak dari tadi lagi.Awak tak jawab soalan saya.Saya banyak kerja nak dibuat lagi ni.Awak jangan buang masa saya."Kata Kyle mendengus kasar.

"Ni mereka berdua bergaduh fasal awak.Kyle,boleh tak awak suruh mereka berbaik?saya tak nak timbul masalah lain pula.Boleh tak awak bagi kerjasama untuk hari ni sahaja?."Pujuk Julien.

Kyle menaikkan matanya ke atas.Rambutnya disisir ke belakang menggunakan jari.Dia rimas kerana terpaksa menyelesaikan masalah berkaitan dengan perempuan lagi.Namun kerana permintaan Julien,dia terpaksa menunaikan juga.

"Kamu berdua bergaduh disebabkan saya ke?awak Evona kan.Saya dah cakap dari awal muka macam kamu berdua ni langsung tak menarik minat saya.Masih tak faham-faham lagi ke?.Kamu nak saya tampar muka kamu berdua satu-persatu supaya sel-sel otak kamu bersambung semula ke?Saya ulang sekali lagi,muka macam kamu tak menarik hati saya.Tak payah nak bergaduh lagi.Saya malas nak layan perkara bodoh macam ni.Buang masa saya."

Kyle menjeling tajam ke arah Evona dan Keena.Jika mereka berdua adalah lelaki,sudah lama ditumbuknya sehingga tidak mampu berdiri.Dia geram sangat dengan perangai mereka.Apabila dia melihat Keena,matanya terpandang ke arah Riley.Dia cukup ingat wajah Riley.Dia kemudian berjalan mendekati Riley lalu melanggar bahu Riley dengan kuat.Hampir sahaja Riley terjatuh.Nasib baik dia dapat mengimbangkan badannya.

"Awak jangan cuba-cuba nak merampas hak milik saya.Orang yang berani rampas hak saya,saya akan pijak sampai mampus."kata Kyle kasar.

Julien pula cepat-cepat menarik tangan Kyle.Namun Kyle menarik tangannya kembali lalu berjalan meninggalkan mereka di sana.Riley pula terdiam tanpa kata.Dia bingung tentang apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh Kyle kepadanya.Dia mendengar sendiri yang Kyle tidak menyukai kedua-duanya.

Mungkin dia silap.Kyle mungkin cemburu kerana dia kelihatan rapat dengan Keena.Dalam diam Kyle mungkin menyukai Keena.Namun Kyle tidak mahu memberitahu kepada Keena kerana malu.Wajahnya diraup kasar.Ternyata Kyle sudah salah sangka dengannya.Dia dan Keena tiada sebarang hubungan istimewa selain dari hubungan sebagai kawan.Julien pula terasa serba-salah.Dia terlupa yang Kyle tidak menyukai Riley kerana Riley rapat dengan Mytrice.Namun dia tidak mahu memberitahu kepada Riley tentang itu kerana dia tahu Riley dan Mytrice itu seperti keluarga.

"Keena..Riley.. saya minta maaf bagi pihak Kyle atas kata-kata Kyle sebentar tadi.Kamu berdua jangan ambil hati.Evona awak masuk ke dalam sekarang.Saya tak nak tengok awak bergaduh dengan pelajar dari sekolah lain lagi.Awak tu bukan budak-budak lagi.Sepatutnya perkara macam ni awak boleh fikir sendiri."

Evona kemudian masuk ke dalam dengan perasaan marah bercampur sedih.Dia masih tidak berpuas hati kerana dia tidak dapat merebut bunga milik Kyle yang dipegang oleh Keena.Manakala Riley,keena dan Julien pula masuk ke dalam dewan kerana acara sudah bermula.Nama Julien pula sudah dipanggil untuk berucap di hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience