Awal pagi lagi Julien, Aleya dan Amanda turun ke bandar Athenil untuk memastikan penjual yang mereka telah beritahu kelmarin datang di tempat yang dijanjikan.Sebaik sahaja mereka sampai di sana,Sally dan Thom sudah menunggu kehadiran mereka bertiga.Sally,Thom dan beberapa pekerja mereka kemudian memindahkan barang-barang yang diminta oleh Julien ke arah pedati kuda yang sudah menunggu.
Sir Addos pula datang kemudian.Dia berasa bangga dengan ketiga-tiga pelajarnya kerana mereka dapat mencari pembekal sayur-sayuran,daging dan buah-buahan yang agak murah dari harga yang ditawarkan di bandar Athenil.Malah sayur-sayuran,daging dan buah-buahan itu setanding dengan apa yang dijual di bandar Athenil.
Beberapa pekerja dari Villa Sakura dan beberapa pekerja dari ladang milik Thom sibuk mengangkat sayur-sayuran,daging dan buah-buahan untuk dipindahkan ke dalam pedati kuda.Sir Addos pula sempat lagi bercakap-cakap dengan Sally dan Thom.Dia kemudian membayar harga bahan mentah itu.
Julien yang kebetulan ternampak kelibat Riley dan Mytrice cuba untuk menghampiri mereka berdua.Dia melambai-lambaikan tangan ke arah Riley.Namun Riley segera menarik Mytrice berlalu pergi dari sana.Julien pula terasa kecewa dengan tindakan Riley yang seperti mahu menjauhkan diri darinya.Namun dia masih cuba untuk berfikiran positif.Dia menganggap yang mungkin mereka tidak melihatnya.
"Julien buat apa awak berdiri kat sana lagi?.Kawan-kawan awak dah tunggu kedatangan awak kat dalam pedati kuda.Kita dah selesai berurusan.Sekarang kita nak kembali masuk semula kat dalam sekolah.Nanti kita terlewat pula."Tegur sir Addos.
"Err..maaf Sir,saya hanya nak berehat sekejap.Tak sedar pula saya yang mereka dah siap memindahkan bahan mentah tu.Cepat sangat mereka buat kerja."Kata Julien memberi alasan.
"Nanti bila kita dah sampai ke sekolah,Sir akan gantikan tempat awak dengan pelajar lain.Sir tengok awak penat sangat.Awak perlukan rehat."
Sir Addos menepuk bahu Julien.Mereka kemudian berjalan bersama-sama untuk menaiki pedati kuda.Sally,Thom dan Daria pula kelihatan masih bercerita.Ternyata hari ini nasib mereka agak baik kerana semua jualan mereka diborong habis oleh sekolah Orili.Mereka dapat balik awal ke bandar Medion hari ini.
"Eh?ke mana pula budak berdua tu pergi?.Tadi mereka berdiri berhampiran dengan pedati kuda.Sekarang saya dah tak nampak kelibat kedua-duanya lagi."kata Daria.
"Mereka pergi makan kak.Anak kak kata dia lapar sangat tadi.Dia minta May temankan dia makan.Tapi dia tak ada beritahu kat gerai atau restoran yang mana satu.Saya pun tak sempat tanya tadi.Sibuk sangat buat kerja."Kata Sally.
"Budak bertuah tu..geram betul saya.Kat rumah dah makan,datang ke sini masih lapar.Tak faham saya.Ni mesti sebab dia ikut perangai ayah dia."Kata Daria sempat mengutuk suaminya.
"Awak ni..tu pun salah.Dia bukan buat benda jahat atau tak senonoh Daria.Lagipun bandar Medion dan bandar Athenil bukannya dekat.Mungkin sebab tu dia lapar.Nanti sebentar lagi dia nak ke sekolah lagi.Takkan tu pun awak nak marah.Cuba awak dengar perut awak tu,dah berbunyi.Awak pun sama macam Riley.Dah makan pun masih lapar lagi."Kata Thom tergelak kecil.
"Sally awak tengok orang tua ni.Dia lelaki tapi kuat sangat membebel.Mengalahkan saya yang perempuan.Terbalik pula perangai.Saya baru cakap sedikit,dia dah jawab panjang lebar."Rajuk Daria.
Sally pula tergelak besar.Suka pula dia melihat pasangan di hadapannya ini.Baru sekejap tadi mereka berjumpa.Tetapi mereka cepat mesra dengannya.Mereka seperti sudah lama berkawan dengannya.Sikap mesra dan merendah diri pasangan ini,membuat dia tidak kekok untuk bercerita dengan mereka.
"Dah..dah.. Mentang-mentang awak dah ada kawan,awak kutuk saya.Dah..dah..mari kita pergi makan kat kedai makan tu.Jangan risau fasal budak berdua tu.Mereka tahu jaga diri.Riley tu bukan baru sekali datang ke sini.Tapi dah berkali-kali.Dia tahu sangat selok-belok bandar ni.Lagipun Riley tahu kat mana selalu saya pergi makan.Mereka berdua pasti ada kat sana menunggu kedatangan kita bertiga."Kata Thom.
Mereka bertiga kemudian berjalan masuk ke kedai yang dimaksudkan oleh Thom.Masing-masing memesan berbagai jenis makanan.Daria pula menghalang Sally untuk membayar makanan kerana dia yang akan membelanja mereka bertiga.
Sementara itu Riley pula duduk makan bersama Mytrice.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Mytrice.Rindu pula dia dengan telatah Mytrice yang agak mencuit hatinya.Wajah Mytrice semakin cantik.Namun mungkin kerana terlalu bekerja di bawah panas terik,wajah Mytrice terlihat ada kesan terbakar.Rambutnya yang panjang dulu juga sudah dipotong.Mytrice terlihat comel di matanya.
"Riley..tadi saya tengok Julien panggil awak.Dia tak marah ke awak tinggalkan dia begitu sahaja?err..Riley awak..awak dengan Julien bergaduh ke?."
Mytrice ada melihat Julien sebentar tadi.Tapi hanya sebentar sahaja kerana Riley sudah menariknya untuk berjalan.Dia pula mengikut sahaja langkah Riley berjalan menuju ke sebuah kedai makan.Dia mahu menemani Riley yang sedang lapar itu.
"Julien?err..saya dengan Julien tak bergaduh.Saya cuma tak nampak dia.Dia ada ke tadi?..hahaha..saya lapar betul Trice.Saya tak sempat tengok tadi."
Sebenarnya dia ada melihat Julien tadi.Tapi dia berpura-pura tidak melihatnya.Apatah lagi Mytrice ada di sebelahnya.Dia masih berasa kecil hati dengan Julien yang tidak memberitahunya perkara yang sebenar.Dia paling tidak dapat menerima alasan daripada Julien yang mengatakan Julien tidak tahu siapa pemilik Villa Sakura itu.Sedangkan Derick itu ayah angkat Julien.Walaupun dia cuba berfikir positif,tetapi terlalu sukar untuk dia percaya kata-kata Julien.Tidak mungkin seorang anak tidak tahu tentang ayahnya sendiri.
Dia tidak tahu apa yang sebenarnya dirancang oleh Julien.Dia sampai tertanya-tanya,mungkin selama ini Julien yang melaporkan kepada Derick tentang apa yang dilakukan oleh Mytrice.Apabila Mytrice dipukul teruk oleh Derick barulah timbul kesal di hati Julien.Mungkin kerana itu juga Julien beria-ia mahu melawat Mytrice.
Riley sayangkan Mytrice.Sikap Mytrice yang terlalu naif dan baik itu membuat dia mahu melindungi Mytrice.Namun dia tidak berdaya.Jika dia kaya,dia pasti akan membawa Mytrice lari dari Villa Sakura.Namun dia pun hanya hidup sederhana.Jika dia bertindak melulu,ayah dan ibunya pun ikut susah.
Dia tidak mahu Derick mengapa-apakan keluarganya.Apatah lagi kepada ayahnya yang baru sahaja sembuh beberapa minggu yang lalu.Mahu diharapkan kepada penjaga bandar Medion,mereka itu hanya memandang laporan dari orang yang berada.Sebab itu dia tidak mahu mengambil risiko.
"Riley..Riley..awak sakit ke?."
"Err..tak.."
"Kenapa awak diam sahaja sejak dari tadi.Risau saya.Selalu awak tak pernah bersikap macam ni.Awak dibuli di sekolah ke?."Kata Mytrice hairan.
Selalunya Riley sangat ceria.Mulutnya tidak pernah berhenti bercakap.Tetapi hari ini agak berbeza sekali.Riley lebih banyak termenung jauh.Malah Riley kelihatan lebih banyak melihat wajahnya tanpa bercakap walau sepatah kata dengannya.
"Hahahaha..maaf Trice..saya tengah gementar nak ke sekolah sini.Sebab saya jadi wakil pelajar dari Medion Arts datang ke sekolah Orili.Risau pula saya.Dah lama saya tak datang berkunjung ke sekolah Orili.Saya bukan dibuli Trice.Awak jangan salah faham.Takkan ada orang yang berani buli saya.Awak tengok badan dan tangan saya ni.Dah semakin besar dan tegap."
Riley cuba memberi alasan yang boleh diterima oleh Mytrice.Mahu sahaja dia memberitahu hal yang sebenar kepada Mytrice.Namun dia tidak mahu memburukkan Julien di hadapan Mytrice.Lebih baik dia sahaja yang tahu.Sekurang-kurangnya Mytrice tidak terasa sedih bila mengetahui yang Julien itu anak kepada Derick.
"Awak ni buat saya risau sahaja.Saya fikirkan awak ada masalah.Nah ambil ni.Awak pegang ni bila awak takut.Saya buat sendiri benda ni."
"Hahahaha..Trice..Trice..sejak bila awak jadi ahli sihir ni?.Pandai awak buat.Cantik sangat."
"Kalau awak tak nak tak apa lah.Saya simpan semula.Nanti saya berikan pada awak benda lain yang awak suka."
"Saya bergurau saja.Jangan marah.Saya tak kata yang saya tak nak terima.Sini beri pada saya."
Riley menarik kembali gelang kecil yang diberi Mytrice kepadanya sebentar tadi bila dia melihat Mytrice sudah mahu memasukkan gelang itu ke dalam poketnya.Suka dia melihat wajah merajuk Mytrice.Bukan selalu dia dapat melihat wajah Mytrice seperti itu.
"Riley..dah nak pagi ni.Bukan awak nak ke sekolah lagi ke?.Nanti awak terlambat pula."
"Saya dah lupa pula.Mari saya hantar awak ke tempat kak awak.Saya yakin mereka pasti sedang makan sekarang."
Riley kemudian membayar harga makanan yang dimakan oleh mereka berdua sebelum mereka bergerak ke kedai makan yang biasanya dikunjungi oleh ayahnya.Ternyata tekaannya benar,dia melihat ibu,ayahnya dan Sally sedang duduk makan sambil bercerita.Sebelum sampai ke sana,dia sempat memberikan Mytrice wang untuk berbelanja.
Mytrice cuba menolak.Namun Riley memaksa dia untuk menerimanya dengan alasan yang dia tidak boleh membawa wang yang banyak ke sekolah kerana takut dituduh mencuri.Hakikatnya,dia hanya menipu agar Mytrice menerima pemberiannya.
"Ayah,ibu,kak sally saya pergi dulu.Trice jaga diri.Jangan berjalan seorang diri."
Riley kemudian bergerak menuju ke sekolah di bandar Athenil.Apabila dia sampai di sana,sudah ramai pelajar dari luar sedang menuju masuk ke dalam.Dia terjumpa dengan pengajarnya dulu.Kebetulan mereka juga baru sahaja masuk ke sana.Apabila ternampak Riley dia datang mendekati lalu menepuk bahu Riley.
"Riley..dah lama sir tak jumpa awak.Semakin tampan pula sir tengok wajah awak sekarang."
"Sir ni berlawak pula.Muka saya dari dulu tak berubah pun.Sir apa khabar?."
"Awak tu sahaja yang tak perasan.Sir baik sahaja.Ayah sir pun dah kembali sihat semula.Semua hasil dari sumbangan awak Riley.Hmmm..tengok budak-budak kat sekolah baru saya tu dah mulai bergaduh.Sir pergi dulu.Nanti mereka buat hal kat sini pula."
Riley hanya tertawa kecil melihat bekas pengajarnya dulu iaitu Sir Ale yang kelihatan sedang cuba untuk memujuk kedua-dua pelajar perempuan yang bergaduh tadi.Dia pula mulai berjalan masuk.Namun pipinya dicuit oleh seseorang.
Share this novel